Anda di halaman 1dari 13

KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID TAHUN 5UTM MENGGUNAKAN TEKNIK

WARNA

Oleh :

ROHANA BINTI BAKAR MOHAMAD AZMIE BIN AWANG

SK LKTP BUKIT BATU 81000 KULAIJAYA JOHOR

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid- murid yang lemah dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 UTM. Seramai 2 orang terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ISI KANDUNGAN 1. Kandungan 2. Penghargaan 3. Abstrak 1 ..2 ....... 3

4. Latar Belakang Kajian / Refleksi P & P yang lalu 4 5. Fokus Kajian / Isu Keprihatinan 6. Objektif Kajian 7. Kumpulan Sasaran 8. Methodologi 9. Pelaksanaan Kajian 10. Dapatan Kajian 11. Refleksi Kajian . 4

. 5 ... 5 .. 6 . 7 9 . 9

12. Cadangan Tindakan Seterusnya ... 10 13. Penutup 14. Bibliografi 15. Lampiran 10 11 . 12

1)PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang kami menjalankan kajian ini kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah membiayai Kajian Tindakan yang telah kami jalankan pada tahun 2013 ini. Terima kasih juga kepada Encik Rahim Bin Jamian, Guru Besar SK LKTP Bukit Batu, Encik Hassan Bin Mohamed, Penolong Kanan Pentadbiran SKBB dan semua yang turut terlibat memberi kerjasama sepanjang kajian ini dilakukan. 2)LATAR BELAKANG KAJIAN Berpengalaman 3 tahun mengajar murid Tahun 5 membuatkan kami memahami kelemahan dan kesalahan yang sering dilakukan oleh murid-murid. Setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar. Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan adalah Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai. Di samping itu,kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut. Kami mengambil satu daripadanya untuk dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf besar. Jika murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar sekurang-kurangnya di permulaan ayat, maka kehilangan markah amat ketara. Walaupun setiap kali sebelum mula menulis kami mengulangi ungkapan yang sama iaitu permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, kami menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut.

3) ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, kami dapati masih ketara di kalangan murid Tahun 5 UTM tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat dan sebagainya. Oleh kerana kami mengajar murid yang sama semasa tahun 2012 ,maka agak mudah untuk kami mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar adalah penting setiap kali menulis.Kemungkinan besar jika masalah ini tidak diatasi, peratus markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahun 5 nanti akan terjejas. Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu , setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran menulis yang menitikberatkan penggunaan tanda baca.

Contoh : Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik

Aras 2 : 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. i. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda baca dalam teks.

Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan. i. Mengambil imlak teks dengan ejaan dan tanda baca yang betul berdasarkan teks yang diperdengarkan.

Oleh itu, kami mesti lakukan sesuatu. Kami perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.

4) OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum i)Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar. Objektif Khusus i)Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada permulaan ayat. ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar

5) KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 2 orang murid Tahun 5 UTM . Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf huruf besar. Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah lagi murid lemah. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut.

6) METHODOLOGI KAJIAN Methodologi yang digunakan ialah : a)Pemerhatian Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. b) Ujian Pengesanan Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar dalam ayat. c)Tindakbalas didalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan. Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kamahiran berkenaan.

7) PELAKSANAAN KAJIAN Tindakan yang dijalankan Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat.Oleh itu, langkah pertama yang kami jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka, adalah penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penggunaan huruf besar pada permulaan ayat sahaja. Tindakan seterusnya ialah : i) ii) iii) Memulakan setiap tulisan dengan warna. Pemeringkatan secara bergred Latih tubi.

Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian 1 Pelaksanaan Aktiviti: Aktiviti dijalankan setiapkali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan yang memerlukan murid menulis, murid perlu memulakan dengan warna kerana warna dapat meningkatkan daya ingatan. Saya telah mencantumkan warna dengan pensel murid agar mereka tidak lupa bahawa setiap kali mula menulis, warna itu mesti didahulukan.

Aktiviti dijalankan seperti berikut: 1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar. 2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut. 3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai menggunakan warna. 4. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat. i. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat sahaja menggunakan warna) 5. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar i. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas noktah menggunakan warna)

8) DAPATAN KAJIAN Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan terutamanya untuk item 1 dan 2. Murid mengambil berat penggunaan huruf besar.Kesilapan akibat kecuaian, sifar bagi murid cemerlang dan berpotensi cemerlang.

9) REFLEKSI KAJIAN Penilaian Pencapaian Murid Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif. Latihan harian masih menggunakan warna untuk huruf besar tanpa arahan daripada guru. Di dalam Ujian Penilaian yang lalu, hanya 3 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu Salin semula ayat di bawah dengan menggunakan tanda baca yang betul. Meskipun dalam setiap ujian bulanan, markah yang diperolehi tidak cemerlang tetapi sekurang-kurangnya membantu murid lemah untuk mendapat B atau C. Rumusan Pemerhatian Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya ketara berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah juga menunjukkan peningkatan di luar jangkaan kami. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid.Sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu, guru kelas dan guru mata pelajaran lain di kelas yang sama, pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar banyak membantu meningkatkan peratus keseluruhan ujian di samping membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran lain. 10) CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang kami jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Kami bercadang untuk meneruskan program ini di samping berkongsi idea bersama guru pemulihan khas. Seterusnya kami ingin meningkatkan penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan tanda baca (koma dan noktah). 11) PENUTUP Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, meskipun agak sukar dan kadangkala kita mengeluh dengan pencapaian yang begitu minima dalam setiap mata pelajaran, namun itu bukan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas yang semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita buat semampu mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan selaras berasaskan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.

BIBLIOGRAFI 1.Manual Kajian Tindakan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 2. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 Unit Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 3. Rancangan Tahunan Bahasa Melayu Tahun 5 Jabatan Pelajaran Negeri Johor 4. Buku Teks Bahasa Melayu KBSR Tahun 5 5. Buku Latihan dan Aktiviti Bahasa Melayu Tahun

Salin semula ayat di bawah ini menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai. 1. hari jumaat yang lalu saya pergi ke kelantan bersama-sama keluarga saya. _________________________________________________________________ 2. setiap petang salim dan azmi selalu bermain di padang sekolah. _________________________________________________________________ 3. sekolah kebangsaan bukit batu menjadi johan perlawanan bola sepak pada tahun ini.

4. setiap hari bapa david memandu kereta proton waja miliknya untuk ke tempat kerja. ___________________________________________________________________ 5. guru kelas tahu lima UTM bernama encik azmi bin awang. __________________________________________________________________

UJIAN PENCAPAIAN

Nama : ______________________________ Kelas : Tahun 5 UTM

Item 1 Salin semula ayat berikut. (5 markah ) Alif memelihara seekor arnab.Bulu arnabnya berwarna putih. Dia memberi arnabnya makan kangkung. Arnabnya sangat pantas berlari. Alif sangat sayang akan arnabnya.Setiap hari apabila ada masa terluang Alif akan menghabiskan masanya bermain dengan arnabnya.

Item 2 Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul (5 markah ) 1.amin duduk di anjung rumah sambil membaca majalah kuntum. __________________________________________________________________________ 2.bangunan-bangunan di pekan kundang ulu usang-usang belaka. __________________________________________________________________________ 3.tuk penghulu asyraf merupakan orang yang amat dihormati di kampungnya. _________________________________________________________________________ 4. wajah nasuha dan zafira seiras kerana mereka adik-beradik kembar. __________________________________________________________________________ 5. pengurus filem itu adalah sepupu saya. _________________________________________________________________________

Item 3 Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul. (10 markah) 1.warga asing itu telah didapati bersalah kerana memiliki dadah.dia telah ditangkap dalam serbuan itu.

___________________________________________________________________________ 2.nyamuk aedes dan nyamuk tiruk ialah pembawa penyakit berbahaya kepada manusia.gigitan kedua-dua jenis nyamuk ini dapat memudaratkan kesihatan manusia.

___________________________________________________________________________

3.nazuan seorang anak yatim piatu.dia hidup sebatang kara. ___________________________________________________________________________

4. nenek sangat gemar akan ulam-ulaman.ulam yang paling disukai oleh nenek ialah ulam raja.

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

5. datuk menunggang motosikal ke kebun yang terletak di kampong sebelah. di kebun datuk ada pokok durian.

___________________________________________________________________________