Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Refleksi Minggu Ke-1 Subjek Major

Masalah Pada minggu pertama, saya berasa teruja bergelar sebagai guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa (SMKBS). Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pada minggu pertama saya masih kekok, gementar, takut dan mempunyai keyakinan diri yang rendah kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah. Pada minggu pertama bergelar sebagai guru pelatih, guru pembimbing mengarahkan saya untuk memulakan pembelajaran dan pengajaran (P&P). Saya agak sedikit berasa cemas disebabkan saya belum menyediakan sepenuhnya mental untuk menjalankan P&P. Menurut senior, kebiasaannya pada minggu pertama mereka hanya mengikuti guru pembimbing masuk ke kelas bagi membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap cara mengendalikan kelas serta menilai tingkah laku setiap pelajar. Jelas sekali saya masih kekok dah masih mentah dalam menghadapi situasi P&P bersama pelajar. Di samping itu, saya mendapati bahawa saya sering berbisik dalam hati. Sebagai contoh, Adakah saya mampu menyesuaikan diri dengan warga sekolah? dan Adakah saya mampu menjadi seorang guru yang disenangi oleh para pelajar?. Analisis Saya mendapati saya belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah terutamanya para pelajar saya walaupun sudah seminggu bergelar sebagai guru pelatih di SMKBS. Cadangan Saya perlu mempunyai sifat peramah dan keterbukaan yang tinggi terhadap pelajar saya supaya mereka mampu menerima saya sebagai guru mereka. Di samping itu, saya perlu mengenali latar belakang dan sifat pelajar saya dengan lebih mendalam.

Tindakan Susulan Pada pengajaran saya yang seterusnya, saya akan memastikan saya akan lebih bersedia dari aspek mental dan fizikal. Di samping itu, saya akan merekod setiap latar belakang pelajar saya dengan mengedar satu helai borang soal selidik mengenai latar belakang mereka yang terdiri daripada nama, tarikh lahir, bilangan adik beradik, pekerjaan ibu dan bapa serta pencapaian mereka dalam subjek perdagangan pada peperiksaan yang sebelumnya.

Anda mungkin juga menyukai