Anda di halaman 1dari 56

HALAMAN JUDUL

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

JABATAN ILMU PENDIDIKAN, INSTITUT PENDIDKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU.

PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: ........................................ : ANBUCHELVI A/P KANNAN : 28 FEB 2011

PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: ........................................ : ARIVALAGAN A/L RAJA MANICKAM : 28 FEB 2011

PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: ........................................ : SIVANATHAN A/L ANBU SELVAM : 28 FEB 2011

PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: ........................................ : VINOODINI A/P ANNATHURAI : 28 FEB 2011

ISI KANDUNGAN

NO 1. 2. 3. 4.

PERKARA PENGHARGAAN RUMUSAN ARTIKEL PENGENALAN HASIL ANALISIS PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN ASPEK-ASPEK UTAMA DALAM TEORI-TEORI 1.1 TEORI- TEORI PERKEMBANGAN 1.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 1.3 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET 1.4 IMPLIKASI TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF 1.5 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.6 UJIAN KONSERVASI PIAGET RUMUSAN / CADANGAN

MUKA SURAT 7 8-10 11

12-13 14 15-17 18-19 20-25 26 27-28 29-33 34 36 39 48 51

I. II. III. IV.

BIBLIOGRAFI REFLEKSI KENDIRI BORANG KOLABORASI LAMPIRAN

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami bersyukur kepada Tuhan yang Maha Esa dengan limpah dan kurnianya kami dapat menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Perkembangan Kanak-Kanak yang diberikan dengan baik. Seterusnya kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran Perkembangan Kanak-Kanak iaitu En.Tauhit bin Sudar yang memberikan tunjuk ajar dan sokongan kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini. Beliau banyak menyumbangkan idea dan tenaganya untuk menerangkan kami tentang kehendak soalan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sedikit sebanyak membantu kami dalam menyelesaikan tugasan ini. Mereka juga berkerjasama dengan kami untuk membincangkan tentang tajuk kerja kursus ini dengan lebih mendalam lagi. Rakanrakan kami memberikan dorongan kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang banyak memberi sokongan dan bantuan yang penuh. Mereka memberi penerangan dan

penjelasan yang sungguh baik kepada kami supaya kami dapat mengaji tahap perkembangan kanak-kanak. Mereka juga memberi contoh-contoh rekod, bukti berasaskan kertas dan benda berkaitan kanak-kanak untuk membantu kami. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan kami yang telah bersama kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan berjaya. Mereka berada bersama kami apabila kami memerlukan bantuan mengumpulkan data tentang kanak-kanak. Akhir sekali, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama sama ada secara langsung dan tidak langsung untuk menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih.

RUMUSAN ARTIKEL

Menurut artikel di atas kami mengetahui tentang ahli psikologi Switzerland , Jean Piaget dan perbincangan beliau tentnag teori utama perkembangan kognitif. Teori-teori beliau memainkan peranan penting dalam mambantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan perannannya dalam perkembangan. Piaget telah mengenal pasti empat factor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu. Antara faktornya ialah kematangan biologi interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial, dan keseimbangan. Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan megadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Kita sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, dalam menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dapat dijangka. Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari menyelesaian atau keseimbangan. Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman ini di dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema. Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi. Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian. Pembentukkan skema bermula sebaik sahaja seseorang indiidu dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks. Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situsi yang baru. Dalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan berdepan dengan masalah. Mereka perlu mengubahsuai skema lama mereka supaya mereka dapat mengadaptasi dengan situasi baru tersebut. Proses perubahan atau penukaran skema lama kepada skema baru di panggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi berlaku apabila individu
8

cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada. Akomodasi akan berlaku apabila indvidu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru.. menurut piaget , proses mengorganiasi, mengasimilasi, dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan. Individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan. Kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk sesuatu situasi atau pengalaman yang baru dan ia Berjaya maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru tersebut. Peringkat-peringkat dalam perkembangan kognitif Piaget mencadangkan empat peringkat di dalam perkembangan kognitif: i. ii. iii. iv. Peringkat sensori motor (semenjak lahir-2tahun). Peringkat pra operasi (2-7 tahun) Peringkat operasi konkrit (7-11 tahun). Peringkat operasi formal (11 tahun ke atas)

Pada pendapat kami, kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep. Guru juga perlu membimbing murid melakukan pemindahan pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam. Bantuan daripada guru dalam tugasan yang diberikan amat membantu kefahaman murid berkenaan tentang apa yang diajar. Guru
9

sebagai tunggak utama membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-murid di sekolah. Peranan dan tugas ini amat berat dan mencabar dalam mencapai perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid di dalam bilik darjah. Setiap pendedahan pelajaran adalah untuk membantu kepada pengenalan kendiri setiap murid berkenaan. Dengan tunjuk ajar seorang guru kepada kanak-kanak, perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial akan terbentuk dengan baik dan normal mengikut pertumbuhan seseorang individu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seseorang murid itu akan merasainya sendiri perubahan dalam kehidupan seharian mereka. Maka, perkembangan dan pertumbuhan akan seiring mengikut usia mereka.

10

PENGENALAN

Perkembangan kanak-kanak atau remaja dari aspek jasmani, kognitif, emosi, social dan sebagainya merupakan proses yang pasti dialami oleh mereka selaras dengan masa dan umur. Setiap kanak-kanak dan remaja pasti melalui siri

perkembangan ini bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dalam masyarakat. Kegagalan mencapai tahap yang sepatutnya mungkin akan memberikan kesan yang mendalam dalam diri mereka pada masa akan datang. Dalam hal ini, R.J Havighurst telah menggariskan satu piawaian yang lengkap dan praktikal dalam menilai perkembangan kanak-kanak. Piawaian ini telah

diistilahkan sebagai Tugas Perkembangan. Melalui piawaian ini, guru-guru khususnya dan ibu bapa amnya dapat melihat perkembangan yang sepatutnya dicapai oleh kanak-kanak dan remaja. Tugas perkembangan boleh juga ditakrifkan sebagai segala pembelajaran sebagai

atau kemahiran yang perlu dikuasai pada peringkat umur yang tertentu

asas perkembangan berikutnya. Terdapat dua prinsip dalam tugas perkembangan : Tugas perkembangan adalah dinamik. Ini bermakna sesuatu tugas itu tidak berakhir pada sesuatu peringkat perkembangan sahaja. Tugas membentuk konsep akan berlaku pada peringkat kanak- kanak tetapi akan berterusan di peringkat yang lebih tinggi.

11

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Pertumbuhan merupakan perubahan dalam saiz dan kematangan. Ia merupakan perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan dapat diukur dari satu peringkat ke peringkat yang lain dimana ia bersifat kuantitatif iaitu dapat dikur dan dilihat. Selain pertambahan fizikal, pertumbuhan dari segi saiz dan bilangan organ dalaman juga berlaku. Oleh itu, boleh juga dikatan jika pertumbuhan adalah melibatkan aspek kognitif dan fizikal. Perkembangan pula ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi yang bermula daripada peringkat awal persenyawaan sehinggalah ke akhir hayat. Berbeza dengan pertumbuhan, perkembangan adalah bersifat kualitatif iaitu dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral yang mana tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perkembangan adalah berbeza dengan pertumbuhan dari segi berberapa aspek iaitu jasmani, mental, sosial dan emosi. Dari segi pertumbuhan jasmani, contoh yang menunjukkan berlakunya pertumbuhan ialah tinggi, saiz, berat dan bilangan gigi bertambah manakala untuk melihat perkembangannya, kita dapat melihat

bertambahnya kemahiran menggunakan anggota seperti mengangkat, berjalan, berlari dan melompat. Pertumbuhan mental berlaku apabila adanya keupayaan memikirkan tentang banyak perkara manakala perkembangan berlaku apabila berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan,

pembentukan konsep dan ingatan. dari segi pertumbuhan sosial,pertambahan pula dapat dilihat apabila mula berinteraksi dengan ahli-ahli bukan keluarga seperti jiran, rakan sebaya dan guru manakala perkembangan dapat dilihat apabila mereka mula menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, kepentingan disiplin kumpulan serta penyesuaian dengan rakan sebaya. Pertumbuhan emosi dapat dilihat apabila mula tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, sayang dan sebagainya manakala perkembangan dapat dilihat apabila mula berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu.

12

Pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz badan, iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. ( Karl E. Garrison) Pertumbuhan sebagai perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dan dari semasa ke semasa. ( Atan long) Pertumbuhan sebagai pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang. (D.S. Wright dan Ann Taylor)

perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung kea rah yang lebih baik dari segi pemikiran,rohani,moral dan sosial.Perkembangan adalah bersifat berterusan,iaitu dari lahir sehingga mati.Ia juga dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran (Crow dan Crow)

Daripada apa yang ditarifkan oleh Karl E. Garrison, Atan Along, D.S. Wright dan Ann Taylor, kita dapat membuat rumusan bahawa pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain lagi yang akan dilalui oleh setiap individu. Sebab itulah di dunia ini, kita dapat lihat bahawa seua individu adalah berbeza-beza dari segi fizikal.

Sumber

Kementerian Pelajaran Malaysia, Projek Usaha Belajar Sendiri Ilmu Pendidikan, Kuala Lumpu.1979.

13

ASPEK-ASPEK UTAMA DALAM TEORI-TEORI

Sejak beberapa abad yang lalau, ahli falsafah dan pendidik telah memikirkan dan mengemukakan pelbagai teori tentang pertumbuhan dan perkembangn kanak-kanak, tetapi mereka tidak pula menguji teori mereka. Di dalam abad yang kelapan belas, beberapa orang pakar yang bijak pandai seperti Charles Darwin telah memerhatikan dan mencatatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang biasanya merupakan anak - anak mereka sendiri. Pemerhatian mereka itu biasanya seronok dan menarik perhatian ramai, tetapi malangnya memihak atau berat sebelah, tidak teratur dan dengan tidak saintifik.

Kajian saintifik hanya bermula pada penghujung abad yang kesembilan belas apabila G. Stanley Hall, seorang ahli psikologi dan presiden (atau naib canselor) Universiti Clark di Amerika Syarikat telah menerbitkan kajiannya yang berjudul Isi kandungan ialah tentang fikiran, perasaan, dan emosi dan berdasarkan soal selidik kepada kanak-kanak yang ramai. Hall juga merupakan orang pertama sekali yang menggunakan kaedah soal selidik kepada kanak-kanak yang ramai.

14

1.1 - TEORI-TEORI PERKEMBANGAN Di dalam usaha mereka menerangkan pelbagai fenomena perkembangan dan pertumbuhan yang begitu kompleks, ahli-ahli sains yang membentuk hipotesis dan teori tentang proses dan perkara-perkara yang berlaku terdahulu dan yang kritikal. Hal ini yang menegaskan kepentingan penerangan dan peranan teori di dalam penyelidikan. Pertama sekali, sesuatu teori saintifik yang dianggap baik tentang pertumbuhan dan perkembangan itu harus dapat merangkumi dan menyatukan pelbagai dapatan dan hasil. Kedua, teori itu harus dapat menghasilkan hipotesis dan ramalan yang dapat diuji tentang perubahan biologi dan tingkahlaku. Tiada satu pun teori yang dapat merangkumi semua fenomena pertumbuhan dan perkembangan. Namun begitu, terdapat beberapa teori yang dapat dirumuskan dan dapat dikatakan bertalian dapat dengan beberapa bahagian bidang ini. Contohnya ialah teori pertumbuhan fizikal dan fisiologi, perkembangan kognitif dan pembentukan personaliti. Teori-teori ini adalah berbentuk induktif; iaitu teori-teori ini berasal daripada penyelidikan, penganalisaan, dan penyatuan hasil kajian yang begitu banyak, diikutibpula dengan pembentukan suatu ciri atau suatu hipotesis penerangan. (Mok Soon Sang. (2007), Hipotesis-hipotesis ini seterusnya telah diuji secara imperikal dengna cara-cara eksperimental atau secara semulajadi, dan kemudiannya teori tersebut diubahsuaikan atau dibaiki lagi dengan terdapatnya dapatan yang baru. Inilah cara-cara yang telah digunakan oleh Charles Darwin dalam usahanya membentuk sesuatu teori. Pada amnya, ada empat teori moden tentang perkembangan yang telah menjadi punca hipotesis dan yang dapat diuji. Teori-teori ini adalah tentang mekanisme dan proses-proses yang berkaitan dengan satu bahagian sahaja, dan bukan tentang semua tahap pertumbuhan dan perubahan. Setiap teori ini juga mempunyai kaedah atau jenis ramalannya yang tersendiri dan seterusnya telah menggalakkan pengumpulan datanya yang khusus. Teori yang pertama ialah teori permatangan biologi yang telah dipelopori oleh Arnold Gesell. Megikut Arnold Gesell, tingkah laku seseorang individu itu akan mengembang secara yang telah ditentukan mengikut jadual masa yang agak tetap.
15

Kajian-kajian yang membuat pemerhatian teliti tentang kebolehan psikomotor telah dapat menyokong teori ini. Sebagai contoh, kebolehan berjalan dan mendaki tangga itu telah muncul dengan cara gerakbalas yang tidak dapat diubah; iaitu setiap gerak balas muncul secara spontan apabila kanak-kanak telah mencapai suatu tahap kematangan yang diperlukan. Percubaan kebolehan berjalan atau mendaki tangga tadi, dan seterusnya ketiadaan peluang untuk berlatih tidak dapat melambatkan perkembangan tersebut, kecuali di dalam kes-kes yang sangat ekstrem. Teori kedua ialah teori pembelajaran rangsangan-gerak balas atau R-G. Terdapat pelbagai variasi teori ini. Pelopor-pelopor teori ini yang sangat terkenal ialah John Watson, Clark Hull, dan B.F Skinner. Mengikut Watson perkembangan tingkah laku itu ialah akibat pelaziman klasikal, iaitu pelaziman yang biasa dikenali sebagai pelaziman Pavlov. Mengikut teori ini, kesemua tingkah laku manusia yang penting adalah dipelajari, iaitu dipelajari dengan cara sedikit demi sedikit dengan kaedah peneguhan dan ganjaran. Jika gerak balas seseorang individu terhadap sesuatu rangsangan diikuti dengan suatu ganjaran yang pantas, maka gerak balas tersebut akan diteguhkan; iaitu gerak balas ini mungkin akan berlaku lagi pada suatu masa akan datang apabila individu tersebut menemui rangsangan yang sama. Sebagai contoh, kadar senyuman bayi atau kadar gerak balas sosialnya yang am akan bertambah dengan pelukan atau geletek kerana pelukan dan geletek ini merupakan ganjaran bagi bayi. Teori perkembangan seterusnya pula ialah teori psikoanalitik yang menegaskan bahawa perkembangan psikologi seseorang individu itu ialah hasil daripada konflik yang tidak dapat dielakkan di antara naluri biologinya, khususnya naluri seks dan keagresifan dengan tekanan-tekanan sosial luaran khususnya di dalam tahun-tahunnya yang terawal. Teori psikoanalitik ini telah menjadi punca pelbagai hipotesis tentang sosialisasi, dan khususnya tentang kesan-kesan latihan serta cara-cara untuk menjaga kanak-kanak ketika umur mereka masih kecil lagi untuk membentuk personaliti dan tingkah laku mereka kemudian. Pelopor yang sangat terkenal nagi teori ini ialah Sigmund Freud. Sigmund Freud telah mengandaikan bahawa bayi itu pada mulanya ingin memuaskan naluri serta kehendaknya yang kuat serta yang tidak rasional dengan cara serta-merta; tetapi sejak awal-awal lagi di dalam hidupnya ia telah sedikit demi
16

sedikit menjadi tersebut. Apabila kanak-kanak terpaksa menemui realiti atau akan menjadi fungsi ego atau persepsi pembelajaran, dan proses-proses rasional yang lain. Teori perkembangan yang paling terkenal ialah teori Piaget. Teori Piaget ini telah mengesan fungsi intelek daripada sejak kemunculannya di peringkat terawal hinggalah ke pelbagai urutan peringkat, termasuk peringkat penaakulan dan pemikiran matang. Di dalam tempoh masa hidup yang terawal, pengetahuan kanak-kanak itu dikatakan bergantung kepada fungsi sensorimotor, iaitu pengubahsuaiannya dan adaptasinya itu adalah berdasarkan persepsi dan tindakan-tindakannya sendiri dan bukan berdasarkan simbol bahasa atau imageri. Kemudian di dalam tempoh operasi konkrit, kanak-kanak akan lebih banyak menggunakan konsep, walaupun konsep-konsep ini pada mulanya diarahkan terhadap tindakan dan pemerhatian kejadian-kejadian yang konkrit. Akhir sekali, ketika awal remaja kanak-kanak akan mencapai peringkat pemikiran dan logik yang formal. Yang mengasaskan kesemua perubahan ini ialah usaha yang berdasarkan biologi agar dapat dibuat adaptasi atau pengubahsuaian dan keseimbangan. Setiap satu peringkat perkembangan dapat dilihat sebagai akibat yang diperlukan hasil daripada peringkat yang terdahulu dan juga sebagai persediaan untuk peringkat yang akan datang. Jelaslah bahawa kematangan biologi tersangatlah penting. Namun begitu, teori Piaget menegaskan peranan kritikal aktiviti-aktiviti subjek itu sendiri; iaitu persepsinya, interpretasinya, pembentukannya, dan pengalamannya dengan dunia luar. Kesemua ini mengarahkannya kepada kematangan intelek. Pengertian utama di sini ialah manusia itu mengembang untuk menjadi apa yang ditentukannya sendiri oleh tidakantindakannya sendiri.

17

1.2 - PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitf kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otak mereka serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Hal in bermaksud, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada

perkembangan otak dan sensori motor(fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembanagn sosial. Secara holistiknya juga, perkembangan kognitif boleh ditakrifkan sebagai proses peningkatan keupayaan fikiran, pengetahuan dan keintelektualan seorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelasaian masalah, memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman baru yang dilaluinya. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Kognitif juga didefinisikan seperti berikut (Azizi Yahaya & Azmah Suboh & Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya (2005): Aplikasi Kognitif Dalam Pwndidikan.Pts Professional Publishing Sdn.Bhd): Individu berbeza daripada segi kecerdasan atau kecerdikan dan ini

mempengaruhi tahap pembelajaran di sekolah. Perbezaan ini dinamakan Gaya Kognitif (Bjorklund, 1956). Menurut Shull (1981), gaya kognitif adalah perkara baru. Ia dikembangkan melalui penyelidikan berkaitan cara individu menerima maklumat daripada persekitaranya. Keputusan daripada kajian Shuell mencadangkan, setiap individu berbeza daripada segi pendekatanya menyelesaikan tugas. Namun behiru, perbezaan ini tidak mencerminkan tahap kecerdasan individu itu yang dikatakan mempunyai kemampuan istimewa (Anita Woolfolk, 1995).

18

Shuell (1891) juga menjelaskan, sebagai gantinya setiap individu menunjukkan perbezaan dalam memproses dan mengurus maklumat serta bertindak balas pada rangsangan persekitaran. Contohnya sesetengah individu bertindak balas begitu cepat dalam beberapa situasi. Manakala yang lain bertindak balas perlahan pada rangsangan yang diterima yang diterima walaupun kedua-duanya mempunyai pengetahuan yang sama berkaitan perkara itu. Messick (1976) mendefinisikan gaya kognitif berkaitan dengan perbezaan individu dalam memproses maklumat dan mengorganisasikan maklumat. Gaya kognitif adalah bidang berkaitan tingkah laku iaitu pemilihan strategy yang digunakan oleh individu dalam pemikirannya. Ia adalah konsep kepelbagaian dimensi yang mana setiap gaya kognitif mempunyai nilai positif dalam keadaan tertentu. Maka dengan ini, saya dapat rumuskan bahawa Perkembangan kognitif merangkumi sagala perkara yang berkaitan dengan pengetahuan dan aplikasinya dalam kehidupan harian individu. Pengajian perkembangan kognitif kanak-kanak

meneliti proses bagaimana maklumat dari persekitaran diterima, disimpan dalam ingatan dan bagaimana maklumat tersebut diingat semula apabila perlu. Perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami dunia di sekitar mereka. Terdapat pelbagai teori dan penjelasan mengenai bagaimana kanakkanak memperoleh, memproses dan menggunakan pengetahuan ini dlam aktiviti mereka. Tumpuan dan penjelasan tentang perkembangan kanak-kanak berbeza antara satu teori dengan satu teori yang lain.

19

1.3 - TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

Piaget lebih menumpukan kepada proses daripada hasil perlakuan. Begitulah Piaget terpesona dengan interaksi yang diperhatikan di antara mollusks dan persekitarannya. Melalui pemerhatian itu, Piaget membuat keputusan bahawa tindakan biologis adalah tindakan adaptasi atau penyesuain kepada persekitaran fizikal dan juga tindakan-tindakan untuk mengorganisasikan persekitaran itu. Menurut Piaget,

organisasi tidak boleh dipisahkan daripada adaptasi. Kedua-duanya merupakan prosesproses komplimenter sesuatu mekanisme. Beliau menjelaskan bahawa aktiviti intelektual dan biologis merupakan suatu proses keseluruhan yang dilakukan oleh organisma bagi mengadaptasikan dirinya dengan persekitarannya, dan seterusnya mengorganisasikan penalaman-pengalamannya supaya sejajar dengan keadaankeadaan yang sudah wujud di dalam diri organisma itu. Terdapat empat konsep untuk memahami proses organisasi dan adaptasi intelektual. Iaitu i. ii. iii. iv. Skema (bilangan / tunggal ) / skemata (bilangan majmuk) Asimilasi Akomodasi Perimbangan atau equilibrium

SKEMA

Akal perlu mempunyai struktur sama seperti aggota tubuh badan manusia yang lain. Skema atau skemata adalah struktur-struktur kognitif atau mental yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi atau mengorganisasi persekitarannya. Struktur ini merupakan kosep yang abstrak yang tidak wujud sebagai entity konkrit. Skemata di dalam akal manusia dapat mengenali rangsangan-rangsangan tertentu dan dapat pula bertindak dengan sewajarnya terhadap rangsangan-rangsangan ini. Menurut Piaget,

20

semasa kanak-kanak dilahirkan dia mempunyai skemata yang amat kecil bilangannya, dan ia terbatas kepada beberapa gerakan pantulan semata-mata.

Sambil dia membesar, bilangan skemata ini juga kian bertambah hasil dari interaksinya dengan persekitarannya. Skemata ini kian bertambah bilangannya, dia juga menjadi kian kompleks untuk membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran yang kian kompleks. Skemata tidak pula terbatas kepada objek sahaja. Ia merangkumi juga peristiwa-peristiwa, perlakuan, tingkah laku, ciri-ciri, sifat sifat dan sebagainya. Skema terbentuk berdasarkan ciri-ciri yang serupa yang terdapat pada objek, peristiwa, ataupun perlakuan dan sebagainya. Skema adalah struktur-struktur kognitf yang berubah dan berkembang melalui interaksi dengan persekitaran, maka peluang hendaklah disediakan dengan sebanyak mungkin untuk menggalakkan perkembangan skemata secara maksimum.

ASIMILASI

Adalah suatu proses kognitif yang dengannya seseorang itu menyatupadukan rangsangan-rangsangan baharu ke dalam skemata yang sedia ada, atau ke dalam tingkah laku yang sedia wujud. Asimilasi berlaku sepanjang masa, dan manusia terusmenerus memproses rangsangan-rangsangan yang kian bertambah bilangannya itu. Asimilasi tidak menghasilkan skemata baharu, tetapi membantu di dalam

mengembangkan skemata-skemata yang sedia ada supaya menjadi lebih kompleks agar dapat memahami rangsangan-rangsangan yang lebih kompleks pula.

21

AKOMODASI Dalam proses membesar dan berkembang, kanak-kanak ini akan berhadapan dengan banyak rangsangan yang tidak boleh diasimilasikan dengan skemata yang sedia ada kerana skemata yang wujud tidak berupaya untuk mengasimilasikan rangsangan-rangsangan baharu ini. Akomodasi menyebabkan struktur kognitif berubah dan bertambah bilangannya. Setelah proses akomodasi tamat, maka proses asimilasi pun bermula. Keadaan asimilasi dan akomodasi yang silih berganti membantu satu sama lain untuk mengembangkan skemata seseorang itu. Asimilasi dan akomodasi ialah di dalam asimilasi, persekitaran atau rangsangan baharu disesuaikan dengan skemata yang sedia ada, manakala di dalam akomodasi, skemata diubah bentuknya ataupun skemata baru dibentuk bagi menguasai rangsangan atau persekitaran baharu .

PERIMBANGAN Dari segi kuantiti atau kualiti, asimilasi dan akomodasi hendaklah berlaku secara berimbang. Ekstrim bagi mana-mana satu proses ini akan merencatkan proses perkembangan kognitif seseorang itu. Terlalu banyak asimilasi akan menyebabkan seseorang mempunyai skemata yang terbatas bilangannya dan kerana itu organisma akan menghadapi kesulitan atau kesukaran untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Jika terdapat akomodasi dengan yang terlalu banyak maka hasilnya ialah skemataskemata kecil yang besar bilangannya. Piaget berpendapat bahawa ekstrim bagi mana-mana proses tidak akan mendatangkan faedah atau kebaikan kepada perkembangan kognitif seseorang itu. Proses perkembangan skemata melalui proses asimilasi dan akomodasi ini akan berlaku terus-menerus dari kanak-kanak kecil membawa kepada peringkat dewasa. Satu hal yang ditekankan oleh Piaget ialah skemata-skemata ini wujud secara berhierarki, yakin skemata-skemata baharu adalah dibina di atas skemata-skemata yang sudah ada, dan semuanya saling berkaitan antara satu sama lain
22

TEORI JEAN PIAGET Menurut Piaget, kanak-kanak digalakkan meneroka persekitaran mereka ssupaya ini dapat meningkatkan perkembangan intelektual mereka. Pengalaman meneroka perlu diawasi oleh orang dewasa kerana bayi belum pandai membezakan antara sesuatu yang berbahaya dengan suatu yang tidak berbahaya. Proses kognitif dalam kalangan kanak-kanak melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. Dalam konteks ini, kita tidak boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget. Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai. Misalnya, kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik. Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak, Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan
23

kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP) meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanakkanak. Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada peringkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain. Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran. Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami. Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu.

24

Kanak-kanak pada peringkat akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati. Contohnya memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak dan pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain.

25

1.4 - IMPLIKASI TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF Terdapat pelbagai implikasi teori perkembangan kognitif terhadap guru diantaranya ialah ia membolehkan mereka lebih memahami mengapa kanak-kanak nertingkah laku sedemikian dan membantu kanak-kanak memahami diri mereka sendiri. Dengan amali yang saya telah lakukan ada pelajar yang tahu jawapan dan ada juga pelajar yang tidak tahu jawapan. Berdasarkan Jean Piaget, pada peringkat operasi tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Maka, guru harus merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang ditetapkan.Pendidik juga dapat merancang dan dapat memberi peneguhan yang sesuai untuk pelajarnya dalam usaha mengawal tingkah laku dan motivasikan pelajar supaya rajin belajar. Manakala terdapat guru yang dapat meramal tingkah laku kanak-kanak, kegemarannya dan apa yang tidak digemari. Ia juga dapat membuatkan guru mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, mental sosial dan emos dan dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Selain itu, guru akan lebih prihatin kepada individu yang lambat pembelajarannya dan akan lebih sabar dalam membimbing pelajar ini dalam pembelajaran mereka. Guru akan dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pelajarnya. Pelajar yang belum bersedia, dapat diberi aktiviti pembelajaran yang lebih mudah atau asas. Pelajar yang lambat

perkembangannya boleh diberikan aktiviti pemulihan, sementara pelajar yang lebih cepat boleh diberikan aktiviti pengayaan. Guru juga dapat memberitahu ibubapa tentang keadaan pelajar dan menjelaskan fakor-faktor yang mungkin menyebabkan perkara itu berlaku.
26

1.5 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kajian pakar-pakar pendidik menyatakan bahawa kanak-kanak sebenarnya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan. Seperti yang diketahui, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Tidak kiralah pada peringkat pra operasi, peringkat operasi konkrit atau peringkat operasi formal, kesemuanya mempunyai perbezaan kognitif. Oleh yang demikian, guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit yang dapat meningkatkan perkembangan kognitif mereka. Pengalaman pembelajaran yang pelbagai boleh disediakan oleh guru agar dapat melatih murid- murid supaya lebih berfikir dan mengingat pengalaman yang mereka lalui. Piaget juga berpendapat perubahan dari satu peringkat ke peringkat seterusnya menyebabkan kanak-kanak akan mencapai tahap kematangan yang sesuai. Hal ini disebabkan kanak-kanak telah terdedah dengan pelbagai jenis pengalaman yang relevan. Guru perlu sentiasa menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit pada setiap peringkat umur kanak- kanak terutama sekali pada peringkat pra operasi apabila mereka mempelajari kemahiran baru. Segala arahan dan pembentangan haruslah tersusun dan ringkas supaya mereka mudah menerima dan faham apa yang guru kehendaki sebagaimana yang dilakukan pada ujian Piaget di atas. Aplikasikan segala pengalaman yang dilalui murid- murid sebagai contoh dalam pengajaran-pembelajaran di dalam kelas. Melalui ujian seperti yang telah dijalankan, Piaget juga menyatakan supaya guru perlu memberi peluang kepada pelajar berumur 7 hingga 11 tahun untuk memanipulasi dan menguji objek- objek yang diajar. Soalan- soalan berbentuk penyelesaian masalah perlu diperkenalkan supaya mereka lebih berfikiran logik dan analitik. Guru juga perlu mengemukakan konsep yang luas kepada kanak- kanak di peringkat operasi formal supaya mereka tidak terikat dengan fakta- fakta sahaja.
27

Apabila perkembangan peringkat murid- murid semakin meningkat, guru perlu memberi peluang kepada mereka untuk menyelesaikan masalah. Menurut tokoh Arnold Gesell seorang ahli psikologi yang amat mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan seseorang individu. Beliau mempercayai bahawa kematangan merupakan faktor yang paling utama dalam menentukan proses pembelajaran. Menurut Arnold lagi, semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan yang tertentu. Pertumbuhan tisu, organ serta perkembangan fungsi berlaku mengikut urutan tertentu serta dikawal oleh kematangan. Faktor-faktor persekitaran tidak penting dalam perkembangan seseorang individu. Oleh sebab itu, tingkah laku kanak-kanak sudah ditentukan pola-polanya maka, ia senang diramal. Peringkat perkembangan berbeza-beza antara individu. Ini kerana kadar pertumbuhan adalah berlainan bagi setiap individu. Gesell menekankan bahawa setiap individu adalah unik, keunikan atau individualitinya harus dihormati. Lantaran itu, kanak-kanak hendaklah dibenarkan berkembang mengikut kadar perkembangannya sendiri. Ini bermakna mereka tidak boleh dipaksa untuk membuat sesuatu tanpa mengambil kira peringkat kematangan serta peringkat perkembangannya.

Perkembangan tidak bergantung kepada sifat perwarisan sahaja tetapi kepada interaksi daripada sifat baka dan persekitaran. Guru harus merancangkan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai dengan kematangan, keperluan dan kebolehan kanak-

kanak. Ini akan lebih mempunyai motivasi dan galakkan yang tinggi bagi kanak-kanak. Mereka mempunyai peluang untuk berjaya dalam proses pengajaran-pembelajaran. Memaksa kanak-kanak mempelajari akan menghasilkan perasaan gagal, sikap negatif dan tidak mahu belajar.

28

UJIAN KONSERVASI JEAN PIAGET

Jean Piaget menyatakan bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang mengikut turutan peringkat-peringkat. Peringkat yang lebih awal merupakan peringkat yang menjadi asas bagi perkembangan kanak-kanak kerana mereka mula mempelajari sesuatu perkara. Setiap peringkat membentuk satu rangka mental atau skema.

KONSEP-KONSEP ASAS DALAM PEKEMBANGAN KOGNITIF Menurut Piaget berfikir adalah satu proses persambungan yang nyata. Penyesuaian berlaku melalui dua proses iaitu asimilasi dan akomodasi dan keduaduanya saling berinteraksi. Asimilasi bererti seseorang itu menerima pandangan dari luar, mentafsir dan memproses mengikut pengalaman yang sedia ada. Piaget telah membuat kesimpulan bahawa timbulnya ketegangan antara proses asimilasi dan proses akomodasi. Piaget juga berpendapat bahawa pertumbuhan berlaku pada setiap peringkat dan pada tiap-tiap peringkat tersebut didapati kanak-kanak berfikir dan berkelakuan berbeza. Terdapat 4 peringkat dalam perkembangan kanak-kanak menurut Piaget iaitu Peringkat Deria Motor, Peringkat Praolahan, Peringkat Pengolahan dan Peringkat Pengolahan Formal.

29

Peringkat Deria Motor (Daripada kelahiran hingga dua tahun) Di peringkat ini, kanak-kanak menggunakan simbol dan bahasa untuk menyatakan sesuatu objek atau kejadian dalam persekitaran mereka. Piaget menyatakan kanak-kanak mengetahui perkataan hanya melaluiinteraksi deria motor mereka. Kanak-kanak di antara dua hingga empat bulan boleh mula mengolah persekitaran mereka. Kanak-kanak yang berumur dua belas bulan dapat mengenali bahawa objek-objek adalah kekal dan tidaklah menghilang secara ghaib. Kanak-kanak yang berumur dua tahun berkebolahan menunjukkan kepandaian mereka. Melalui proses cubajaya, mereka membina kemahiran menyelesaikan masalah. Contohnya, membuka tutup botol, membalikkan muncul botol ke bawah,

menggoncangkan botol jika isinya tersekat dan melihat isinya yang jatuh.

Peringkat Praolahan (Mulai dua tahun hingga tujuh tahun) Pada peringkat ini,perkembangan deria-motor tidak begitu berfaedah pada kanakkanak untuk merancang atau membolehkan dia menyimpan maklumat. Kanak-kanak memerlukan pengolahan atau tindakan secara mental dan bukannya setakat fizikal. Di peringkat ini, mereka menggunakan lambing dan mula menguasai perkembangan kebolehan intelek. Kanak-kanak mula memberi makna yang baru kepada benda-benda yang terdapat di persekitarannya. Piaget menyatakan bahawa kebolehan menggunakan lambing adalah ganti kepada benda membebaskan pemikiran kanak-kanak daripada terikat kepada benda atau kejadian yang berkenaan. Kebolahan berfikir sesuatu tindakan secara logic adalah terhad.

30

Contohnya ujikaji tugas membina jalan raya satu set objek-objek kecil dan sejalur kertas diberikan kepada kanak-kanak dan satu set lagi diberi kepada penguji. Penguji menyusun mengikut cara tertentu dan kanak-kanak disuruh menyusun mengikut susunan tersebut. Dapatan kajiannya adalah kanak-kanak dapat mencapai objektif ujikaji dengan Berjaya sekiranya mencapai pengolahan sehala secara logic. Untuk memastikan kanak-kanak beralih ke peringkat olahan, ujikaji tadi boleh diubahsuaikan untuk menguji kefahaman kanak-kanak tentang konsep pembalikan.

Susunan Susunan Kanak-kanak

Penguji

Susunan objek oleh penguji disuruh kepada kanak-kanak untuk disusun objek tersebut secara bertentangan. Kanak-kanak mungkin keliru pada awalnya dan menyusun mengikut susunan penguji. Pada peringkat praolahan ini, kanak-kanak tidak dapat membina konsep dan paling nyata mereka sukar membina konsep pembalikan. Contoh seterusnya adalah kanak kanak diberi dua bekas air yang sama ukuran saiz dan ketinggian. Air dalam kedua-dua bekas itu sama banyak.

Ujian Pengekalan Bahan Kanak-kanak pada peringkat praolahan tidak dapat mengenali sesuatu benda dari satu dimensi. \Menurut Piaget kanak-kanak pada peringkat ini belajar mengaitkan perkataan dan lambing dengan cara intiusi. Kanak-kanak di peringkat ini tidak dapat mengumpulkan sesuatu benda daripada aspek-aspek yang berlainan.
31

Kanak-kanak peringkat praolahan adalah egosentrik dan mempunyai keinginan untuk melakukan kegiatan-kegiatan mengikut kehendaknya.

Peringkat Praolahan Konkrit (Tujuh hingga sebelas tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak telah bermula membuat asimilasi maklumat-maklumat dari tindakannya dan mula membuat penyesuaian mental kepada maklumat baru ini. Kanak-kanak juga kurang menunjukkan sifat egosentrik dan mula menerima konsep yang logic. Contoh ujian yang dilakukan oleh Piaget menunjukkan kanak-kanak sedar bahawa bilangan biji kacang tidak berubah dalam ujikaji yang dilakukan.

Olahan Kuantiti Kanak-kanak pada peringkat ini, berkebolehan berfikir dengan logic dan juga mematuhi peraturan. Mereka juga tidak berapa egosentrik. Mereka masih menggunakan imej atau symbol sebagai alat pemikiran.

Pengolahan Formal (Mulai sepuluh atau sebelas tahun) Kanak-kanak mula berfikir tentang perkara yang mungkin akan terjadi. Mereka boleh mengandaikan keadaan-keadaan hypotetikal dan membuat kesimpulan yang betul. Mereka tidak terikat dengan benda-benda sebenar atau konkrit.
32

Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh mengolah perkara-perkara yang mungkin dan strategi yang abstrak. Menurut Piaget Pemikiran mereka mempunyai sayap. Mereka boleh menggunakan satu atau banyak teori untuk menyelesaikan masalah. Kemampuan baka dan persekitaran mempengaruhi pencapaian dalam peringkat pengolahan formal ini. Peringkat operasi formal bercorak kuantitatif.

33

UJIAN KONSERVASI PIAGET


Jean Piaget telah menjalankan beberapa kajian bagi memahami keupayaan kognitif dan perspektif kanak-kanak serta bagaimana individu memproses maklumat dan mengemukakan pendapat tentang perkembangan kognitif manusia dari tahap demi tahap (Nani Menon, Rohani Abdullah, 2003). Oleh itu, teori perkembangan Piaget juga dikenali sebagai teori tahap. Antara ujian yang selalu digunakan untuk menguji keupayaan kognitif kanak-kanak adalah Ujian Konservasi. Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun) sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation. Operasi kognitif adalah aktiviti mental dalaman yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun semula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik (John W. Santrock, 2003). Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini. Antaranya ialah pengekalan (conservation), klasifikasi serta juga berupaya membuat perkaitan logik (relational logik). Di dalam konsep ini, kanak-kanak dapat menguasai tiga prinsip asas iaitu Prinsip identity. Mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangakan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah dan keduanya ialah Prinsip compensation [ ganti rugi ]. Mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain. Seterusnya Prinsip keterbalikan. Pelajar boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula. Seterusnya, pelajar-pelajar pada peringkat 1 dan 2 pula masih tidak boleh membuat hipotesis dan menyelesaikan soalan-soalan yang abstrak atau masalah yang melibatkan penggabungjalinan faktor-faktor yang kompleks. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. Mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Mereka memahami konsep-konsep yang

konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

34

Pengekalan (konservasi) adalah istilah yang diberikan oleh Piaget untuk mengenal pasti kemampuan kanak-kanak. Ujian konservasi Piaget diuji daripada tujuh perspektif konservasi termasuk nombor, jarak, cecair, jisim, kawasan, berat dan isipadu. Semasa ujian ini dijalankan,peralatan diletakkan di tengah dan penguji serta kanak-kanak duduk bersemuka.Objektif utama ujian ini dijalankan adalah untuk:

Melihat ciri-ciri pemikiran kanak-kanak berdasarkan umur dan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak Membuat kesimpulan kebolehan kognitif kanak-kanak berdasarkan tahap perkembangan kanak-kanak tersebut Membandingkan kebolehan kognitif kanak-kanak dengan teori Piaget.

35

CONTOH UJIAN KONSERVASI JEAN PIAGET

UJIAN PERTAMA : PEMERHATIAN PANJANG JARAK.

Langkah pertama : Melukis dua garisan yang lurus dan sama panjang tetapi arah panah yang berbeza pada sehelai kertas. Langkah kedua : Memberi masa kepada murid untuk memerhatikan keduadua garisan itu. Langkah ketiga : Menanya murid sama ada dua garisan itu sama panjang atau tidak. Langkah keempat : Merekod keputusan murid menugikut darjah.

36

UJIAN KEDUA : PEMERHATIAN BILANGAN BULATAN

Langkah pertama : Menyusun sebuah benda berbentuk bulat dalam dua baris dengan angka yang sama pada sehelai kertas. Langkah kedua : Menyusun sebuah benda berbentuk bulat dalam dua baris tetapi dalam angka yang berbeza pada sehelai kertas yang lain. Langkah ketiga : Menanya kepada murid sama ada bilangan susunan benda berbetuk bulat dalam dua helai kertas itu sama atau tidak. Langakah keempat : Merekod keputusan murid ke dalam bentuk jadual.

37

UJIAN KETIGA : PEMERHATIAN ISIPADU AIR.

RAJAH 1

Dua buah gelas disediakan dan diisi air yang sama kuantiti seperti A dan B. Kemudian, air yang sama kuantiti dipindahkan ke bekas lain seperti A dan C.

Pertanyaan : Adakah isipadu di kedua- dua gelas A dan B adalah sama dengan bekas A dan C.

38

RUMUSAN/ CADANGAN

Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan kanakkanak akan melalui proses yang berterusan sepanjang hayat. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dengan pembelajaran. Semua kanak-kanak akan mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama tetapi corak perkembangan mereka yang berbeza- beza. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

Untuk membantu setiap perkembangan berikut supaya sentiasa stabil dan meningkat mengikut aturan, pelbagai cara dan faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan itu. Seperti faktor baka dan persekitaran, kedua- duanya amat penting dalam membentuk fizikal dan mental kanak- kanak yang baik. Oleh itu, peranan ibu bapa dalam mendidik dan melatih anak- anak mereka untuk menjalani gaya hidup yang sihat amat dititikberatkan.

Dewasa ini, banyak keperluan dari segi intelek, jasmani, rohani, sosial dan emosi perlu diterapkan dalam diri kanak- kanak. Justeru itu, ibu bapa dan guru dilihat sebagai individu perlu memberikan peluang kepada anak- anak mereka untuk meningkatkan perkembangan kendiri agar mereka mempunyai kemahiran yang lebih tentang menguruskan diri sendiri. Komunikasi antara ibu bapa dan anak- anak harus terjalin agar anak- anak lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain pula. Selain itu, di setiap kawasan perumahan juga perlu diadakan aktiviti mingguan bagi kanak- kanak. Ia
39

bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka untuk bergaul dengan rakan sebaya, mengamalkan gaya hidup yang sihat, sekaligus dapat melatih komunikasi yang berkesan antara mereka dengan rakan- rakan yang lain. Dengan cara ini, kanak- kanak akan mempelajari bagaimana untuk bersosial dengan betul dan sihat. Aktiviti yang dilakukan oleh kanak- kanak juga perlu mendapat pengawasan daripada ibu bapa. Ia bukan bererti mengongkong tetapi sebagai ibu bapa, mereka harus mengambil berat tentang anak- anak mereka.

Bukan itu sahaja, langkah lain yang boleh dilakukan untuk membantu perkembangan kanak- kanak ialah guru haruslah peka dengan kebolehan dan minat murid- murid. Komunikasi dan interaksi yang baik dengan murid dapat membantu guru mengetahui kebolehan dan minat mereka. Dengan cara ini, kendiri positif dapat ditingkatkan dalam diri murid. Apabila mereka menyedari keupayaan diri mereka, maka keyakinan diri akan meningkat. Ini membolehkan mereka menjalin persahabatan dengan individu di persekitarannya, berinteraksi dengan baik, gaya percakapan, cara bertindak dan tingkah laku yang baik.

Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam membentuk perkembangan kanak- kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan yang stabil dan sempurna.

40

BIBILIOGRAFI
BUKU RUJUKAN

1.Asmah Hj Omar. 1993. Bahasa dan Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2.Daud Hamzah. 1996. Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. 3.Eve. V. Clark. 1994. The Proceedings of the Twenty-sixth Annual Child Language Research Forum. Stanford: Stanford Linguistics Association. 4.Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi. (2008), Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 5.Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2009), Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 6.John W.S. (2003). Adolescence (Perkembangan Remaja). Jakarta : Penerbit Seni wan. 7.Mengantar Simanjuntak. 1989. Pertumbuhan dan Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Melayu. Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, 8.Mataim Bakar. 1994. Fonologi Dialek Melayu Brunei: Satu Analisis

Berdasarkan Teori Standard Fonologi Generatif. Tesis MA. Universiti Kebangsaan Malaysia.

41

9.Mok Soon Sang. (2007), Perkembangan Kanak- Kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 10.Nani Menon, Rohani Abdullah. (2003). Panduan kognitif kanak-kanak prasekolah. Shah Alam : PTS publications dan Distributors Sdn.Bhd 11.Paitoon M.Chaiyanara. (2002). Pengenalan Teori Fonologi. Singapore: Deezed Consult. 12.Sinclair,A. Jarvella,R.J. & Levelt, W,J,M. (pnyt.). (1978). The Child's Conception of Language. New York: Springer- Verlag. 13.Soenjono Dardjowidjojo. 2000. Echa: Kisah Pemerolehan Bahasa Anak Indonesia. Jakarta: PT Gramedia Widiasarana. 14.Zaharani Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin. (1992). Fonologi Generatif. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

INTERNET

1.Adams, G.R., 1977, (summer). Personal identity formation: A synthesis of cognitive and ego psychology. Adolescence. Dimuat turun pada 5 March 2010 daripada http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/search/label/Psikologi%20kanak-kanak 2.Adams, G.R., 1977, (summer). Personal identity formation: A synthesis of cognitive and ego psychology. Adolescence. Dimuat turun pada 5 March 2011daripada http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/search/label/Psikologi%20kanak-kanak

42

3.Azizi Yahya.Azmah Suboh.Zurihanmi Zakariya.Fawziah Yahya.(2005). Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.Dimuat turun pada 2 March 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/16429506/Implikasi-Teori-Pembelajaran-KognitifDalam-P roses-Pengajaran-Dan-Pembelajaran.

4.Jas Laile Suzana Jaafar (2008) Pertumbuhan dan Perkembangan . Dimuat turun pada 8 March 2011 pada pukul11.46pm daripada http:// rujuknota.blogspot.com/

43

REFLEKSI KENDIRI

44

REFLEKSI ARIVALAGAN

Tugasan kerja kursus bagi Perkembangan Kanak kanak Semester 1 adalah tugasan kumpulan. Tugasan ini diberi pada 14 Februari 2011 dan tarikh penyerahan tugasan ditetapkan pada 28 Februari 2011. Saya menyiapkan tugasan ini dengan

menggunakan maklumat ataupun fakta yang sahih bersama dengan ahli kumpulan saya. Tugasan jean piaget Pelbagai pendekatan amat penting bagi menghasilkan sebuah tugasan yang lengkap dan sempurna. Maklumat yang diperoleh seharusnya dikaji, diselidik, diproses secara teliti, analitik dan secara saintifik. Daya kretiviti dan kemahiran menggunakan Microsoft Word juga amat diperlukan dalam menghasilkan tugasan yang menarik.Terima kasih diucapkan kepada Pensyarah Perkembangan Kanak kanak saya iaitu Encik Tauhit Bin Sudar yang banyak mengajar kami cara cara memproses maklumat supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan lengkap dan sempurna. Ketika menyiapkan tugasan ini perkara pertama yang harus dilakukan ialah mendalami konsep dan prinsip perkembangan kanak - kanak yang sesuai bagi ini merangkumi tentang perkembangan kanak-kanak mengikut teori

mengumpul data ataupun fakta yang sahih. Seterusnya, mengumpul maklumat dan bahan dilakukan samada mencari di dalam internet dan buku rujukan . Sumber rujukan yang saya perolehi adalah melalui buku-buku rujukan di Pusat Sumber. Setiap bahan atau maklumat yang dicari mudah diperolehi kerana sumber rujukan yang disediakan adalah mencukupi. Tambahan pula dengan teknologi yang moden kini,maklumat mudah diperolehi dengan cara mengakses internet. Keadaan ini lebih mudah dan dapat menjimatkan masa yang diperuntukkan. Dalam menyiapkan tugasan ini segala kemudahan saya gunakan sepenuhnya.

45

Daripada maklumat yang saya proses, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat tahu tentang ahli ahli falsafah dan theorist iaitu Jean Piaget, Atan Long, Lerner,M, Slavin, Crow, Lev Vygotsky, Havighurst dan Arnold Gessell. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya mendapat tahu bahawa, perkembangan kanak kanak dari aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan sebagainya merupakan proses yang pasti dialami oleh mereka selaras dengan masa dan umur. Dalam konteks pembentukan kanak kanak yang sempurna perkembangan fizikal dan kognitif harus mencapai tahap yang seimbang bagi setiap kanak kanak. Tunjuk ajar dari pensyarah, dorongan dan bantuan daripada rakan

seperjuangan yang tidak putus-putus telah berjaya menjadikan tugasan saya dapat disiapkan dengan jayanya dan dihantar pada masa yang telah ditetapkan. Akhirnya, saya telah berjaya menyiapkan kajian ini dengan berjaya. Saya berasa amat gembira dan berasa lega selepas sudah menyiapkan kerja kursus ini. Saya berharap agar saya dapat mengaplikasi apa yang belajar hari ini untuk masa hadapan semasa saya menjadi sebagai seorang guru di sebuah kelak.Semoga apa yang dapat hari akan berkekalan untuk hari ini dan selamanya.

46

REFLEKSI ANBUCHELVI

Saya diberi tugasan KKP untuk subjek Perkembangan Kanak-Kanak yang berkaitan dengan Perkembangan kognitif kanak-kanak berasaskan Ujian Jean Piaget. Kerja Kursus ini perlu disiapkan dalam kumpulan yang terdiri daripada tiga atau empat orang ahli. Pensyarah pembimbing telah memberi penerangan tentang keperluan tugasan ini dan cara untuk menyiapkannya. Tarikh penyerahan tugasan pula ditetapkan pada 28.Februari.2011. Saya menyiapkan tugasan ini bersama ahli kumpulan saya dengan memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber seperti internet, buku rujukan dan sebagainya. Kami telah mengagihkan tugasan kami untuk disiapkan pada masa yang singkat dan berbincang dalam kumpulan tentang maklumat yang kami perolehi. Rakanrakan dari kelas lain juga berkongsi pendapat mereka dan membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Encik Tauhit bin Sudar yang merupakan pensyarah matapalajaran Perkembangan Kanak-Kanak telah tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini. Beliau Mengnalpasti kesilapan kami dan memperbaikinya. Saya telah mendapat manfaat melalui kerja kursus ini. Saya dapat mengenali tentang Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget, Ujian Konservasi Jean Piaget, Peringkat-peringkat dalam perkembangan kognitif Jean Piaget dan sebagainya. Saya juga telah mendapat maklumat yang terperinci melalui pelbagai sumber yang berkaitan dengan topik tugasan yang diberi. Sebagai seorang guru, saya perlu memahami emosi anak murid saya serta keperluan mereka. Saya juga sedar bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak mempengaruhi kecergasan minda mereka. Saya akan mempraktikkan tugas saya sebagai seorang bakal guru di sekolah semasa mengajar. Walau bagaimanapun, saya menghadapi kesukaran untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Saya tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan lebih efektif. Saya akan berlatih untuk membaca dan menulis esei dalam Bahasa Melayu untuk menguasai bahasa tersebut dengan sepenuhnya. Saya juga akan menguasai Bahasa
47

Melayu dengan membaca surat khabar dan majalah-majalah dari perpustakaan pada masa lapang. Sebagai seorang guru, saya juga perlu seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial(J.E.R.I.S). Terutamanya saya perlu seimbang dari segi sosiemosi untuk memahami persekitaran murid-murid di bilik darjah. Saya juga perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik berdasarkan pengalaman saya untuk membentuk skema. Saya juga harus menjadi bijaksana untuk menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi di bilik darjah. Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang memberi sokongan moral secara langsung dan tidak langsung untuk menyiapkan tugasan in dengan sempurna terutamanya Encik.Tauhit bin Sudar, Pensyarah Matapelajaran subjek Perkembangan kanak-kanak, rakan-rakan sekumpulan dengan saya dan rakan sekelas saya.

48

REFLEKSI VINOODINI

Saya Vinoodini A/P Annathurai dari opsyen 1PISMP MT/BI/BT Kumpulan 4, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Tauhit bin Sudar, pensyarah subjek Perkembangan Kanak-kanak atas bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan yang telah diberikan oleh tuan telah memberi kekuatan kepada saya untuk menjayakan projek ini tanpa apa jua rintangan. Sewaktu saya diberi projek oleh pensyarah, saya agak keliru dan tidak mendapat gambaran yang jelas tentang tajuk yang diberikan. Selepas, penerangan dan tunjuk ajar yang jelas daripada tuan, barulah saya mendapat idea dan satu gambaran yang luas tentang tajuk yang diberikan. Maklumat-maklumat yang diberikan oleh tuan dan nota telah menghulurkan bantuan kepada saya dalam menjayakan projek ini pada masa yang ditetapkan. Saya juga dapat bantuan daripada kawan-kawan sekelas saya, dan juga kawan-kawan dari kelas lain. Mereka telah berkongsi maklumat dan memberi idea dan pandangan yang berlainan terhadap tajuk. Hal ini telah membantu saya dan ahli kumpulan saya untuk berfikir dari sudut yang berlainan untuk mendapatkan maklumat yang lebih padat dan benar. Selain itu, saya juga telah mendapat mempelajari beberapa pengetahuan yang baru ketika membuat kerja khusus ini, antaranya adalah saya dapat mengenali tentang teori perkembangan kanak-kanak, Ujian Konservasi Jean Piaget kepentingan profesion perguruan serta peranan guru dalam perkembangan kanak-kanak. Selain itu, dengan membuat kerja kursus ini saya dapat tahu betapa pentingnya perkembangan kanakkanak untuk seorang guru. Saya sedar bahawa perkembangan kognitif kanak -kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.

49

Walaupun saya mempelajari banyak pengetahuan, saya tetap mengalami kesusahan dalam menulis esei dalam Bahasa Melayu. Saya akan mempelajari lebih lanjut tentang menulis esei. Saya akan berlatih membuat esei bahasa melayu walaupun opsyen saya tidak mengandungi subjek Bahasa Melayu. Saya sebagai bakal guru, haruslah mempunyai emosi yang stabil terhadap kanak-kanak. Saya perlulah menggunakan skema baru untuk sesuatu situasi atau pengalaman yang baru dan ia berjaya, maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuian yang baik maka ketidakseimbagan akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru tersebut. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang memberi bantuan dan memberikan tunjuk ajar kepada saya terutamanya pensyarah tuan yang sangat membantu saya untuk menjayakan projek ini dengan kerjasama ahli kumpulan saya.

50

REFLEKSI SIVANATHAN

Saya Sivanathan A/L Anbu Selvam dari 1 PISMP Mt/Bi/Bt mengambil subjek PKK sebgai salah satu matapelajaran teras dalam semester ini. Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Perkembangan Kanak-Kanak ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif dan sebagainya yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini.

Saya juga mula merasai kepentingan PKK ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah pikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran PKK ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek perkembangan kanak-kanak ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.

Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama
51

pensyarah dan semua rakan-rakan juaga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakanrakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek PKK ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

52

BORANG KOLOBORASI
NAMA AHLI KUMPULAN : ANBUCHELVI A/P KANNAN (911004-10-6070) ARIVALAGAN A/L RAJA MANICKAM (900814-07-5153) SIVANATHAN A/L ANBU SELVAM (900327-05-5577) VINOODINI A/P ANNATHURAI (910116-01-6358) NAMA PENSYARAH SUBJEK : ENCIK.TAUHIT BIN SUDAR : PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

TARIKH 14/2/11 o

AKTIVITI Tugasan telah diberi oleh Encik tauhit dan beliau telah menerangkan tentang tajuk tersebut. o Kami dibahagikan dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 orang. o o

KOMEN Mendapat pandangan tentang keperluan tugas.

TANDA TANGAN

16/2/11

Membuat perbincangan di pusat sumber. Mencari maklumat di pusat sumber IPGKTI.

Dapat menyenaraikan isi isi yang penting bagi tajuk tugasan

53

17/2/11

Mengagihkan tugas antara ahli kumpulan.

Menghasilkan draf bagi tajuk tugasan untuk dikemukakan kepada pensyarah

18/2/11

o o

Mengarang esei Mengadakan perjumpaan di pkp dan menyusun semula draf tersebut

Dapat membetulkan kesilapan yang terdapat dalam karangan.

22/2/11

Mengemukakan draf yang telah diubahsuai kepada pensyarah

Mendapat kepastian daripada pensyarah untuk menghantar tugasan

25/2/11

o o

Membuat penyemakan bagi kali terakhir. Mencetak tugasan yang disiap Penyerahan tugasan.

Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan tatabahasa Dapat menyiapkan kerja kursus dengan sempurna

28/2/11

54

ARTIKEL 1

55

ARTIKEL 2

56

Anda mungkin juga menyukai