Anda di halaman 1dari 4

Kaum Iban- Apai Saloi

Pada suatu hari Apai Saloi diajak kawannya Apai Seumang-umang pergi ke hutan mencari harta kerana niatnya ingin mempergunakan Apai Saloi yang terkenal dengan sifat lurus bendul tersebut. Kerana bercadang untuk merantau sebulan, mereka menyediakan bekal yang mencukupi sebelum meninggalkan rumah panjang. Keesokan harinya, mereka berdua pun berangkat meninggalkan rumah panjang dengan menyusuri Sungai Rajang. Setelah agak lama bersampan melalui sungai, mereka pun naik ke darat. Apai Saloi hanya mengikut Apai Seumang-umang dari belakang. Mereka berjalan terus berjalan di dalam hutan. Apabila penat mereka berehat dan kembali meneruskan perjalanan. Sehinggalah pada suatu hari mereka terjumpa sebuah gua. Apai Saloi tetap mengikut Apai Seumang-umang memasuki gua tersebut. Alangkah terkejutnya mereka apabila terlihat cahaya yang bergemerlangan dari timbunan emas dan permata. Seronoknya Apai Seumang-umang kerana bertemu dengan harta karun yang banyak seperti yang diingininya. Tetapi Apai Seumangumang baru tersedar mereka tidak membawa bekas untuk mengisi harta karun tersebut. Apai Seumang-umang meminta Apai Saloi menunggu di dalam gua sementara dia keluar mencari rotan untuk dibuat bakul. Apabila Apai Seumang-umang keluar dari gua, tinggallah Apai Saloi seorang diri. Kerana menunggu terlalu lama, Apai Saloi pun tertidur. Tiba-tiba Apai Saloi terjaga apabila terdengar suara dari beberapa orang lelaki yang bersenjata tombak dan parang. Apa yang kamu buat di sini? tanya salah seorang dari lelaki tersebut. Aku menjaga harta karun ini jawab Apai Saloi. Harta siapa yang punya? tanya lelaki tersebut lagi. Tentulah raja yang punya, jawab Apai Saloi. Bawa orang ini bersama harta ke istana, perintah seorang lelaki lain yang seperti seorang ketua. Apai Saloi dibawa ke istana dan menerima anugerah dan pujian daripada raja kerana beranggapan Apai Saloi telah menjaga harta karun raja yang telah hilang selama ini.

Kaum Melayu Budak&Harimau


Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika harimau gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya. Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan kerbau yang dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan punya kerbau itu sangat marah. Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang telah dibaham itu, kata orang kaya itu dengan marah. Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini malang pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon pokok. Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti, kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba. Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Sampai ketikanya, seekor harimau yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau itu. Kamu pencuri bedebah mesti diajar! kata budak itu dengan berani. Harimau yang besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya. Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya. Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua orang kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak itu. Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, Mulai malam ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung.

Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari memancar, getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. Sejak itu tiada lagi harimau datang membaham binatang ternakan di kawasan itu.

Kaum ChinaTahun Baru Cina


Zaman dahulu kala di sebuah desa di China, terdapat seekor binatang buas yang besar, menyerupai singa namun memiliki sisik yg berwarna keemasan, mereka menyebutnya dengan haiwan Nian(tahun). Kerana setiap awal tahun, dia selalu masuk ke desa untuk menyantap mangsanya, iaitu manusia. Setiap tahun memasuki tanggal 1 kalender cina, masyarakat desa selalu ketar ketir. Suatu hari, sekelompok anak-anak kecil lupa bahwa hari ini adalah saatnya NIAN mencari mangsa. Anak-anak kecil itu sedang asyik menyalakan petasan. NIAN sempat ketakutan untuk mendekat saat lihat seorg anak memakai baju merah dan dia hanya berani mendekat pada anak yg memakai baju warna selain merah... Namun mendengar suara petasan yg keras, NIAN lari masuk hutan, sangat ketakutan dan diapun bersembunyi selama setahun, menanti tahun berikutnya untuk memangsa manusia. Masyarakat desa akhirnya tahu bahawa Nian takut dengan suara petasan dan warna merah. Maka sejak itu, supaya binatang buas itu tidak datang dan merugikan orang-orang desa, maka setiap tanggal 1 bulan 1 kalender cina, mereka selalu mengenakan pakaian serba merah dan

memasang petasan di depan rumah-rumahnya dan bersembahyang untuk meminta perlindungan, juga membagikan angpao untuk membuang sial dan menarik rezeki dan keselamatan.