Anda di halaman 1dari 6

RAHSIA PERSONALITI WARNA MELALUI TARIKH LAHIR

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui


tarikh lahir seseorang itu. Dengan menggunakan tarikh lahir, personaliti
seseorang itu dapat dibaca berdasarkan warna yang mewakili tarikh
lahirnya. Selain itu, anda juga dapat mengenali peribadi diri sendiri.
Sekiranya tarikh lahir anda jatuh pada 24hb Februari, bermakna anda
mewakili warna Kuning. Setelah kenal pasti warna anda, bolehlah melihat
keperibadian diri sendiri menerusi warna tersebut.

23 hingga 31hb Disember - Merah


1 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25 Januari hingga 3hb Februari - Merah Jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1 hingga 10hb Mac - Aqua (Biru Kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
1 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga 24hb Mei - Emas
25 Mei hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga 13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 Jun hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos hingga 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah

Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang
comel dan disayangi ramai. Anda juga suka disayangi dan menyayangi. Anda
juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda "angin satu
badan!". Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak
berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan
dengan mereka.

Krim
Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu
ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga
bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan.
Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun
kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai
seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi
percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan
tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar
benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk
melafazkan sayang!

Teal (Warna Kayu)


Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu
menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu
sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu
yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam
memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang
sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain
menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah
membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam
apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil
tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk
dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang
lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan
keindahan semata.

Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri
dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak
begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain
kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi
dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini
lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar
benar sesuai untuk dirinya!

Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan
silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan
ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa.
Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar
kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan
begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali
yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai
oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih
suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.
Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia!
Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu
yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga
orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia.

Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang
yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga
suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri
tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi
masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu buru
untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu
dalam perhubungan!

Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas
tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani
buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di
sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya
matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan
sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu
sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila
kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga
dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat
mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai.
Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah
terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood
memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika
kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria
bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan,
kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan
agak stabil kewangan mereka.

Warna Buah Limau (Lime)


Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi
jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah.
Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara
kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri
yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini
rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu
turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau
bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal
juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu
menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri
untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta,
kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia.
Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu
stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari
nanti.

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk
melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar
kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan
perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat
keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga
begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan
itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)


Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan
suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga
membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya
kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu
percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup
menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai
aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang
teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain.
Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh
sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta.
Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa
dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu
kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin
'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu
pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus
kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain
itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu
berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan
dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat
jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta
kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia
setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu
berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik
orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan
menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh
sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga
perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh
bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati
orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk
mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi
terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam
pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya
dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan
cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si
dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu,
cemburu buta namanya!

Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya.
Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga
seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai.
Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati
hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang,
sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain.
Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, ego
sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan
kesilapan!

Biru kehijauan (Aqua)


Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu
berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin
sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri
melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan
pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada
orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap
terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu
serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta
tuli, kelak memakan diri!