Anda di halaman 1dari 21

10 Cara Kreatif Untuk Mengajar Matematik

Berikut ini ada beberapa aktiviti di kelas untuk menambahkan kreativiti dalam pengajaran matematik. Dalam pengajaran, guru boleh sering mengajukan pertanyaan kritis seperti Adakah kamu telah mencuba ini? Apa yang akan terjadi jika ada ini ? Apakah yang boleh kamu dapati? untuk meningkatkan pemahaman murid-murid dengan idea-idea dan kosa kata matematik. Berikut adalah beberapa aktiviti yang mungkin dapat dipraktikkan di kelas: 1. Gunakan dramatisasi. Ajaklah murid-murid berpura-pura berada di sebuah bola (sphere) atau kotak (prisma), merasakan sisisisinya, hujung-hujungnya, dan sudutnya dan menyandiwarakan secara sederhana masalah aritmatika seperti: Tiga katak melompat dalam kolam. 2. Menggunakan anggota badan murid-murid. Menyarankan agar murid-murid menunjukkan berapa banyak kaki, mulut, dan sebagainya. Ketika diminta untuk menampilkan tiga tangan, mereka akan memprotes keras, dan kemudian menunjukkan berapa banyak tangan yang mereka memiliki( membuktikan) ini. Kemudian mengajak murid-murid untuk menampilkan nombor dengan jari, dimulai dengan pertanyaaan sederhana, Berapakah umur kamu? Kemudian murid menunjukkan angka yang diminta guru. Selain itu guru menampilkan angka dalam berbagai cara (misalnya, menunjukkan lima dengan tiga pada jari tangan kiri dan dua di jari tangan kanan). 3. Menggunakan permainan.

Melibatkan murid-murid bermain permainan yang memungkinkan mereka untuk melakukan matematik dalam pelbagai cara, termasuk pengurutan, menciptakan bentuk simetri dan bangunan, membuat pola, dan sebagainya. Kemudian memperkenalkan permainan jual-beli di kelas, menunjukkan murid-murid permainan membeli dan menjual mainan atau benda kecil, belajar menghitung, aritmatik dan konsep ruang. 4. Menggunakan simulasi. Mendorong murid-murid untuk menggunakan adegan dan mainan untuk simulasi kejadian nyata, seperti tiga kereta di jalan, atau misalnya, untuk menunjukkan ada dua monyet di atas pohon dan dua di atas tanah. 5. Menggunakan cerita. Bercerita tentang sebuah kisah menarik yang didalamnya berisi konsep matematik. Jika perlu, cerita boleh diaksikan khususnya untuk memperjelaskan konsep matematik. 6. Gunakan kreativiti murid. Mencungkil idea murid tentang matematik yang harus didiskusikan dengan mereka. Misalnya perbualan di antara 2 seorang murid yang berumur 8 tahun,Fikirkan angka terbesar yang kamu tahu, lalu tambah angka itu dengan lima. Bayangkan kamu memiliki coklat sejumlah angka itu. Wow, itu 5 angka lebih besar daripada angka yang kamu tahu. 7. Menggunakan kemampuan penyelesaian masalah. Menyuruh murid-murid untuk menjelaskan bagaimana mereka mengetahui masalah-masalah seperti mendapatkan bilangan gunting yang cukup untuk

kumpulan mereka atau berapa banyak makanan ringan yang perlu disediakan jika seorang tetamu telah menyertai sesuatu kumpulan. Guru mendorong mereka untuk menggunakan jari-jari mereka sendiri atau apapun yang mungkin berguna untuk menyelesaikan masalah. 8. Menggunakan pelbagai strategi. Gunakanlah matematik di kelas bila-bila masa sahaja. Guru boleh meminta murid menghitung jumlah muridmurid yang hadir, menghitung meja dan kerusi, meminta murid-murid mengeluarkan barangan yang mempunyai nombor tertentu atau nama geometri yang disebut. 9. Menggunakan teknologi. Cuba menggunakan kamera digital untuk mengambil gambar hasil kerja murid, permainan dan aktiviti yang dilakukan, dan kemudian menggunakan gambar tersebut untuk membuat perbincangan dengan muridmurid, perencanaan kurikulum, dan komunikasi dengan orang tua. Gunakan juga teknologi lain, seperti komputer secara bijak. 10. Gunakan ujian penilaian untuk mengukur pencapaian murid-murid dalam matematik. Menggunakan observasi, perbincangan dengan muridmurid untuk membuat penilaian tentang pencapaian pembelajaran murid-murid dalam matematik.Guru perlu memikirkan keputusan yang perlu dibuat supaya muridmurid dapat belajar dari pengalaman. Guru juga boleh menggunakan program di dalam komputer untuk membuat penilaian terhadap murid-murid secara automatik.
Posted by Moo Chuin Hui at 02:49

Rahsia Ilmu Matematik


Pelbagai perkara boleh kita perolehi sekiranya kita mengkaji, meneliti dan membuat eksperimen tentang sesuatu perkara tersebut. Berikut sebagai contohnya: Siapa sangka nombor-nombor ini seperti saling ada hubung-kait sesama sendiri bukan? 1x8+1=9 12 x 8 + 2 = 98 123 x 8 + 3 = 987 1234 x 8 + 4 = 9876 12345 x 8 + 5 = 98765 123456 x 8 + 6 = 987654 1234567 x 8 + 7 = 9876543 12345678 x 8 + 8 = 98765432 123456789 x 8 + 9 = 987654321 1 x 9 + 2 = 11 12 x 9 + 3 = 111 123 x 9 + 4 = 1111 1234 x 9 + 5 = 11111 12345 x 9 + 6 = 111111 123456 x 9 + 7 = 1111111 1234567 x 9 + 8 = 11111111 12345678 x 9 + 9 = 111111111 123456789 x 9 +10= 1111111111 9 x 9 + 7 = 88 98 x 9 + 6 = 888 987 x 9 + 5 = 8888 9876 x 9 + 4 = 88888 98765 x 9 + 3 = 888888 987654 x 9 + 2 = 8888888 9876543 x 9 + 1 = 88888888 98765432 x 9 + 0 = 888888888 Hebat bukan?? Cuba lihat pada simetri ini pula: 1x1=1 11 x 11 = 121 111 x 111 = 12321 1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321 111111 x 111111 = 12345654321 1111111 x 1111111 = 1234567654321 11111111 x 11111111 = 123456787654321 111111111 x 111111111 = 12345678987654321 Sekarang, lihat di bawah: 101% Dari sudut pandangan ilmu Matematik: Apa yang sama dengan 100%? Apa yang dimaksudkan dengan memberi sesuatu lebih dari 100%? Pernahkah anda terfikir bahawa ada orang yang berkata hendak memberi lebih dari 100%? Kita juga pernah mendengar ada orang yang mampu memberi LEBIH dari 100%. Bagaimana kalau kita memperolehi 101%? Apa yang sama dengan 100% dalam kehidupan kita? Di bawah adalah jawapan kepada persoalan di atas dengan menggunakan kaedah formula matematik: Sekiranya: ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ melambangkan nombor berikut: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26. Sekiranya: Bekerja Kuat atau dalam Bahasa Inggeris disebut:

H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98% Dan: Ilmu Pengethuan atau dalam Bahasa Inggeris disebut:

K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96% Tetapi:

Akhlak atau dalam Bahasa Inggeris disebut:

A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100% SEKARANG, kita lihat sejauh manakah Cinta kepada Tuhan boleh membawa kita:

L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101% Maka, kita boleh menyimpulkan secara kajian ilmu Matematik bahawa:

Bekerja Kuat dan mempunyai Ilmu Pengetahuan sahaja


tidak cukup untuk seseorang mencapai sesuatu dalam hidupnya melainkan setiap yang dia lakukan hendaklah dengan Berakhlak Mulia.Tetapi dengan meletakkan Keikhlasan dan Cinta Kepada Allah lah yang membuatkan seseorang itu dapat mencapai

101% dalam kehidupannya


Mari Mencuba Latihan Bentuk 2-D

Sekarang, cubalah anda mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Ini ialah bentuk segitiga.

Bentuk ini mempunyai ___________ bucu. Bentuk ini juga mempunyai ___________ sisi. Papan tanda amaran ini berbentuk _________!

Ini ialah bentuk segi empat tepat. Bentuk ini mempunyai ____________ sisi. Sisi bertentangan adalah ___________ panjang. Bilangan bucunya ialah _____________. Sampul surat berbentuk _____________.

Ini ialah bentuk bulat. Bentuk ini mempunyai sisi melengkung. Ia tidak mempunyai ____________. Bola ini berbentuk _____________.

Ini ialah bentuk segi empat sama. Bentuk ini mempunyai ___________ sisi yang sama panjang. Bilangan bucunya ialah _____________ . Bingkai gambar berbentuk ______________ .

Posted by Moo Chuin Hui at 01:56 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: TOPIK : Bentuk Dan Ruang

Mari Mencuba Permainan Menguji Memori Bentuk 2-D


Mari menguji daya ingatan anda!

Lihat dan ingat 3 bentuk 2D yang ditunjukkan...

Klik pada bentuk-bentuk yang betul mengikut turutan.

TOPIK: MASA ( 1 )
Adik-adik, apakah aktiviti yang adik-adik lakukan hari ini? Bilakah waktu adik-adik lakukannya?

Pagi

7.00 pagi

Bangun tidur
Selepas bangun tidur,

8.00 pagi

Belajar di sekolah Adik-adik, waktu pagi telah berlalu, jom kita bergerak ke waktu tengahari pula. Tengahari

1.00 tengahari

Makan tengahari

Selepas waktu tengahari, waktu petang mengambil tempat. Petang

5.00 petang

Bermain bola

Setelah penat bermain bola di waktu petang, malam pun menjelma. Jom lihat apakah aktiviti yang dilakukan pada waktu malam. Malam

9.00 malam

Membuat kerja sekolah

10.00 malam

Tidur

Nampaknya, kita sudah tahu apakah aktiviti seharian yang telah adik-adik lakukan dan bilakah waktunya. Tahniah buat adik-adik!

Jom main game waktu dengan klik link di bawah: http://www.softschools.com/time/tellingtime.jsp

Nampaknya adik-adik sudah tahu mengenai waktu, tetapi bagaimana pula dengan hari? Adakah-adik-adik tahu? Kalau nak tahu, jom belajar mengenai hari pula.

1 minggu = 7 hari
hari-harinya ialah: Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat

Sabtu Ahad
Sekarang, adik-adik sudah tahu hari-hari yang adik-adik lalui dalam 1 minggu. Ingin belajarnya dalam Bahasa Inggeris pula? Mari lihat dan tontoni video yang sangat menarik ini.

Hai adik-adik, bertemu lagi kita pada kali ini. Setelah belajar topik waktu dan hari, jom kita belajar tentang bulan pula.

Di atas ini merupakan gambar kalendar. Kalendar menempatkan tarikh dan bulan. Jadi, jom kita belajar bulan-bulan yang ada bagi setahun.

Bulan 1 - Januari Bulan 2 - Februari Bulan 3 - Mac Bulan 4 - April Bulan 5 - Mei Bulan 6 - Jun Bulan 7 - Julai Bulan 8 - Ogos Bulan 9 - September Bulan 10 - Oktober Bulan 11 - November Bulan 12 - Disember

Sekarang, adik-adik sudah mengetahui bulan-bulan yang ada dalam setahun. Ingin belajar dalam Bahasa Inggeris? Jom tonton video ini.

Posted by Moo Chuin Hui at 08:48 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: TOPIK : MASA

Saturday, 22 October 2011

TOPIK : MASA ( 2 )
Adik-adik, mari lihat jam di bawah.

Adik-adik, di luar jam ini kita dapat lihat angka 05, 10 hingga 60. Sebenarnya, ini adalah hasil minit-minit yang ditambah dari satu jarum ke jarum seterusnya. Maka, setiap jam ada 60 minit. Adik-adik, sedarkah kamu bahawa masa bergerak, dari malam ke siang dan dari siang ke malam. Tidak percaya? Lihat situasisituasi di bawah.

1 jam = 60 minit

Jika kita amati, terdapat dua situasi iaitu malam dan siang.

malam

siang

malam ke siang = 12 jam

siang ke malam = 12 jam

Maka, jika dijumlahkan setiap hari, kita akan ada 24 jam. 12 + 12 = 24 jam