Anda di halaman 1dari 4

2.0 PENGERTIAN DAN KESIMPULAN TAMADUN MENURUT PANDANGAN SARJANA.

Pelbagai istilah digunakan dalam memberi takrif tamadun oleh para sarjana. Salah satunya, tamadun disamaertikan dengan hadharah, iaitu keadaan kehidupan yang berada pada tahap maju. Lawannya ialah badawah yang diertikan sebagai hidup mundur. Badawah adalah kehidupan yang sentiasa bersandar kepada cara hidup nomad, sama ada dalam pertanian, perburuan dan ternakan untuk memenuhi keperluan hidup. Tetapi kehidupan hadharah sebaliknya, malah keperluan kehidupan banyak tertumpu kepada unsur-unsur yang bercorak teknologi, termasuk industri dan perdagangan. Menurut pandangan sarjana timur iaitu, Ibn Khaldun dalam hal ini menggunakan dua istilah utama dalam memerihalkan tamadun, iaitu umran dan hadharah. Beliau menggunakan perkataan umran untuk menerangkan sifat-sifat tamadun, iaitu sifat-sifat yang merujuk kepada kawasan tanah yang didiami orang secara tetap dalam keadaan berkembang subur lagi makmur dan terdapat binaan-binaan bangunan atau kota-kota yang didirikan oleh pemerintahpemerintah. Manakala, istilah hadharah pula merujuk kepada kehidupan yang menetap. Kehidupan seperti ini sesungguhnya menjadi asas kepada perkembangan tamadun. Menurut Ibn Khaldun, kehidupan yang menetap dan berkembang itu haruslah didukung oleh suatu bentuk keiltizaman pemerintahan yang teguh sehingga tamadun akan dapat terus tumbuh dan berkembang.1 Manakala, Malik Bennabi pula mentakrifkan tamadun melihat dari perspektif objektif dan subjektifnya. Dari segi objektifnya, tamadun didefinisikan sebagai kemajuan yang ditempa dalam pelbagai bidang dan dipindahkan dari generasi ke generasi berikutnya. Sementara subjektif pula adalah seperti yang ditakrifkan oleh Ibn Khaldun, tetapi Malik Bennabi lebih memfokuskan kepada kehidupan yang hampir mencapai ke tahap ideal.2 Sementara itu, Syed Muhammad Naquib Al-Attas mendefinisikan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
3

Dalam erti kata yang lain, kebiadaban

tidak dapat mencerminkan tamadun walaupun masyarakat di sesebuah negara itu telah mencapai tahap kemajuan yang canggih dan moden. Hal ini demikian kerana, taraf kehalusan
1 2

Esa Khalid, 2001. Konsep Tamadun Islam(Sains dan Teknologi) , Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, h. 2. Ibid 3 Ibid

tatasusila akan menjelmakan sebuah kebudayaan yang luhur dan selanjutnya kemajuan akan tercapai dengan pesatnya. Konsep tamadun dalam Islam berbeza dengan apa difahami oleh Barat. Jurji zaidan yang merupakan sejarawan Islam mentakrifkan tamadun sebagai tempat yang mempunyai ciri-ciri Bandar dan kota. Beliau juga telah mempopularkan penggunaan tamadun dalam bukunya bertajuk at-Tarikh al- Tamaddun al-Islami.4 . Di samping itu, Ali Syariati menyatakan bahawa tamadun ialah seluruh himpunan mental dan kerohanian manusia manakala suatu pentakrifan yang berbeza tentang tamadun diberikan oleh Syed Qtub (2000) iaitu manusia yang bertamadun ialah manusia yang telah membebaskan dirinya daripada mana-mana kuasa atau pengaruh makhluk, dan hanya berpandukan dan menurut kuasa Maha Pencipta. Beliau melihat bahawa selagi jiwa manusia terbelenggu dengan unsur ciptaan, jiwa tersebut tidak akan bebas, malah jauh sekali mencapai keunggulan budaya dan pemikiran. Menurut beliau lagi, manusia terus digelar manusia selagi ia mempunyai kewarasan fikiran dan kesihatan roh atau kerohanian.5 Dari segi pemikiran sarjana barat mengenai maksud tamadun , terdapat beberapa pentakrifan alternatif tentang tamadun yang dicadangkan oleh beberapa sarjana barat. Antaranya ialah pentakrifan yang dikemukakan oleh Samuel Hutington menerusi karya popularnya yang berjudul The Clash of Civilisation telah memberikan model tamadun yang komprehensif. Menurut beliau, tamadun diertikan sebagai budaya tinggi yang membezakan manusia daripada haiwan. Tamadun dianggap satu entiti penting dalam budaya dan melahirkan perbezaan dalam isu polisi, hak manusia, imigrasi, dan perdagangan. Pada masa yang sama, menurut Hutington terdapat beberapa tamadun dominan dunia pada masa kini seperti tamadun Amerika Utara, tamadun Eropah, tamadun Islam, tamadun Sino-Jepun, tamadun India dan lain-lain lagi. Beliau juga mengulas bahawa akan berlaku pertembungan antara beberapa tamadun yang berasaskan perbezaan pegangan keagamaan dan nilai sosial. Pertembungan antara tamadun tidak semestinya menghasilkan konflik. Pertembungan boleh lahir dalam wajah positif seperti pemindahan teknologi, perkongsian nilai, dan permuafakatan. Terpulanglah kepada penduduk dunia untuk mencari baik buruk dalam pertembungan tersebut.6

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Esa Khalid, 2004. Beberapa aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun, Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, h. 109.
5 6

Ibid,h 110. Ibid, h 109.

Professor M.A.J Beg (1980) menyifatkan tamadun sebagai pencapaian manusia dalam bentuk kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik. Menurutnya, ciri-ciri ini terdapat pada tamadun tertua di dunia, iaitu tamadun Mesopotamia sekitar 5000 sebelum Masihi terutama dari aspek kewujudan kota, tugu peringatan, agama dan sistem penulisan. Di samping itu, Arnold Toynbee juga mendefinisikan tamadun sebagai suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.7 Selain itu. Sarjana barat iaitu J.K Fiebleman juga mentakrifkan tamadun iaitu kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.8 Perspektif yang dikemukakan oleh E.B Taylor tentang maksud tamadun pula ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.9 Hasil analisis pendapat-pendapat sarjana yang kami pilih, dapat kami simpulkan bahawa kebanyakan sarjana mengaitkan tamadun dengan kebudayaan. Keterkaitannya dengan kebudayaan ibarat seorang ibu dengan anaknya dimana kedua-duanya saling memerlukan untuk mencapai kesempurnaan dan kebahagian hidup. Hal ini demikian kerana, tanpa adanya kebudayaan, maka sesebuah tamadun itu tidak akan kekal lama. Kebudayaan disebut thaqafah dalam bahasa Arab sementara dalam bahasa Inggeris disebut sebagai culture. Kesemua istilah kebudayaan tersebut merangkumi cara hidup yang umum termasuk apa saja yang lahir daripada cara hidup tersebut seperti politik, ilmu pengetahuan, ekonomi , seni bina dan nilai moral. Sebagai analoginya, sesebuah masyarakat hanya akan mendapat status tamadun sekiranya mereka memiliki kebudayaan tersendiri seperti unit politik tersendiri, seni bina sendiri, ilmu pengetahuan tersendiri dan sebagainya yang menonjolkan atau menampakkan ciri-ciri peradaban sesuatu masyarakat dan dapat membezakan mereka daripada yang lain. Pencapaian masyarakat dalam aspek-aspek tersebut daripada kebudayaan tersebut lah yang membuktikan kehebatan, keagungan, serta ketinggian mereka dalam peradaban dunia. Oleh itu, tamadun adalah ciri khusus kepada kebudayaan.

7 8

Mohd Liki Hamid,2006. Pengajian Tamadun Islam, Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd, h.9. Ibid 9 Ibid

Secara kesimpulan daripada perbincangan yang kumpulan kami mengenai maksud tamadun ialah walaupun terdapat pelbagai istilah yang dikemukakan dalam mendefinisikan tamadun tersebut, namun apa yang disimpulkan mengenai pengertian tamadun ialah manisfestasi kecemerlangan seluruh spiritual dan material secara bersepadu yang terhasil secara ideologi. Ini membawa maksud bahawa kewujudan sesuatu tamadun itu adalah sesuatu hasil yang boleh dilihat melalui kecemerlangan pencapaian hidup masyarakat dalam pelbagai bidang yang merangkumi unsur kerohanian dan kebendaan bersama-sama secara utuh, seimbang dan bersepadu yang berasaskan agama sendiri. Hal ini dapat dibuktikan menerusi kajian dan analisis bahan sejarah dimana contohnya sesebuah tamadun atau pemerintahan tidak akan terbentuk tanpa wujudnya unsur spiritual di mana unsur ini telah menonjolkan seseorang dalam masyarakat (yang jauh berbeza, bijak, memilik sesuatu yang lebih hebat berbanding orang orang di sekelilingnya )untuk menjadi pemerintah dan ketua kepada sesuatu masyarakat itu dalam usaha menyatupadukan sesebuah masyarakat untuk membina sebuah tamadun. Unsur kerohanian yang turut melibatkan nilai moral sangat penting dalam diri seseorang pemimpin serta dalam adil, mentamadunkan tersebut

masyarakatnya.Tanpa

nilai

tanggungjawab,

amanah

pemimpin

sememangnya bukan sahaja tidak dapat membina atau mengekalkan sebuah tamadun yang kukuh dan berjaya, malah akan meruntuhkan tamadun tersebut seperti yang berlaku kepada Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah. Kecemerlangan atau kehebatan dalam pencapaian lahiriah seperti membina bangunan tinggi, kegiatan ekonomi pesat serta kekayaan milik negara sememangya tidak akan menjamin kesempurnaan dan kelangsungan sesebuah tamadun tanpa diseimbangi pencapaian rohaniah iaitu unsur moral dalam mengawal sifat-sifat manusia yang mudah tamak dan lalai dalam segala tindakan dan pemikiran mereka.

Anda mungkin juga menyukai