Anda di halaman 1dari 3

Definisi Sosiologi

Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang


berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi
juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi (pendek kata sebagai
anggota masyarakat).

Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam
masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara
ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal
kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.

Bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosilogi,untuk melihat dan


memahami apa yang berlaku dalam sukan.Ini termasuklah usaha untuk memahami
interaksi yang wujud antara individu,dalam pasukan dan mereka yang berkaitan
dengannya seperti guru pendidikan jasmani,murid,penonton,pengurusan dan media.

Sosiologi Dalam Pendidikan Jasmani


1
Sosiologi dalam senaman telah menjadi satu subjek pembelajaran.Ianya dikaji di
amerika utara yang telah diorganisasikan sebagai satu bidang professional.

Cara pembelajaran dalam bidang sosiologi dalam pendidikan jasmani ini menjadi satu
pertanyaan dalam bidang akademik. kenyon dan loy iaitu sesuatu pihak individu telah
mentakrifkan sosiologi dalam pendidikan jasmani sebagai kajian mengenai sosial yang
mempunyai perspektif yang positif dan teorinya adalah untuk mengkaji sukan.

Sosiologi dalam pendidikan jasmani mendedahkan isu yang kritikal.ianya adalah kerana
sukan dianggap sebagai salah satu bidang kemasyarakatan,isu yang sama wujud
dalam kelompok masyarakt yang besar dan juga di dalam aspek pendidikn jasmani.

Sosiologi dalam pendidikan jasmani juga menggunakan cara yang kritikal dalam
menggalakkan kita untuk mengkaji cara yang berlainan untuk melihat tempat dan
organisasi sukan sebagaimana masalah dan isu yang timbul dalam sukan
mempengaruhi seseorang individu.

Sekali lagi ditegaskan bahawa,sosiologi dalam pendidikan jasmani adalah sesuatu isu
dalam sukan yang melibatkan banyak perkaitan seperti nilai, bangsa, jantina, etnik,
kelas, umur, kelebihan, politik, agama dan ekonomi.

Sosiologi dalam pendidikan jasmani juga ditakrifkan sebagai satu pembelajaran yang
sistematik tentang manusia dan tingkah laku masyarakat yang berinteraksi dalam
menghasilkan satu tindakan sosial.

Proses Sosiolisasi Dalan Pendidikan


Jasmani
2
Sosiolisasi
• Proses di mana manusia mempelajari mengenai budaya serta bagaimana
menjadi ahli dalam sesuatu kumpulan dalam masyarakat.
• Proses sosiolisasi dala Pendidikan Lasmani/Sukan berlaku menerusi dua cara;

1. Sosiolisasi kedalam PJ
• Melibatkan diri ke dalam PJ/sukan kesan dari pengaruh,dorongan serta impak
agen-agen sosiolisasi.Pengaruh agen-agen sosiolisasi ini membantu membentuk
sikap,nilai dan pelakuan yang diperlukan.

1. Sosiolisasi menerusi PJ
• Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sukan menjadi alat kepada proses
sosiolisasi. Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap
bekerjasama,toleransi,berdisiplin serta menghormati individu lain dan peraturan
membantu dalam proses pembentukan sikap,nilai dan pelakuan individu.
• Bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosilogi,untuk melihat dan
memahami apa yang berlaku dalam sukan.Ini termasuklah usaha untuk
memahami interaksi yang wujud antara individu,dalampasukan dan mereka yang
berkaitan dengannya seperti guru pendidikan jasmani, murid, penonton,
pengurusan dan media.