Anda di halaman 1dari 5

Refleksi Aktiviti Gotong Royong Pada 14 September 2013 bersamaan dengan hari sabtu, kami telah menganjurkan aktiviti

gotong royong di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Mohammad, Bintulu. Aktiviti ini merupakan satu langkah untuk menceriakan sekolah disamping merapatkan hubungan masyarakat setempat dengan warga sekolah. Gotong royong in berlangsung selama beberapa jam iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga 1 petang. Ibu bapa dan masyarakat tempatan menjadi sasaran kepada aktiviti ini. Sumbangan dan perkhidmatan daripada beberapa pihak luar juga turut mewarnai gotong royong yang berlangsung di sekolah. Syarikat gas asli iaitu (MLNG) menerusi bahagian khidmat sosialnya telah banyak memberi sumbangan termasuk menderma meja, kerusi, perabot dan sebagainya. mereka juga telah turut serta dalam gotong rotong tersebut. Pihak alumni Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Mohammad juga telah memainkan peranan yang penting dalam memberikan sumbangan berbentuk kewangan untuk membeli peralatan membersihkan persekitaran sekolah. Pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) cawangan Bintulu telah memberikan hebahan di dalam radio, iklan atau pemberitahuan telah dibuat menerusi Bintulu FM kepada masyarakat sekitar Bintulu. Ini melancarkan lagi urusan jemputan serta pengiklanan. Park City Everly Hotel pula telah menaja makanan untuk semua peserta gotong royong, penyediaan sarapan pagi serta makan tengah hari secara tidak langsungnya memberikan motivasi kepada para peserta. Dan yang terakhir sekali Lembaga Pembangunan Bintulu iaitu lebih dikenali sebagai (BDA) telah memainkan peranan yang penting dalam membersihkan kawasan luar sekolah, iaitu sekitar longkang dan pagar. Penyatuan dan kerjasama kesemua badan-badan kerajaan, badan bukan kerajaan serta masyarakat setempat telah menjayakan gotong royong ini.

Kelemahan Penglibatan masyarakat dalam gotong royong ini tidaklah seperti yang disangka, ini kerana kaum bapa kurang berminat dalam aktiviti ini dan tidak aktif menampilkan diri, hanya beberapa orang bapa sahaja yang hadir. Keadaan ini jelas sekali berbeza

dengan kaum ibu, ramai yang hadir memberi sokongan yang kuat. Mereka telah mengerah tenaga dalam beberapa zon yang telah dibahagikan dalam sekolah. Peminjaman peralatan gotong royong daripada BDA pula dibuat pada minit-minit akhir, ini kerana pihak sekolah telah terlepas pandang soal ini. Mujurlah pihak BDA sanggup menghulurkan bantuan walaupun surat permohonan dihantar terlalu lewat. Kelangkapan atau kemudahan peralatan milik sekolah pula tidak diurus secara sistematik sebelum ini, ia melambatkan aktiviti ini bermula pada masa yang telah dirancang awal. Penyediaan makanan oleh pihak panaja juga tidak mencukupi, keadaan ini tidak sepetutnya berlaku memandangkan makanan merupakan keperluan asas semasa gotong royong. Makanan juga tiba di sekolah lewat. Perserta peserta telah agak keletihan dan kehabisan tenaga, walaupun mereka tidak merungut. Hakikatnya raut wajah masing-masing menunjukkan kekecewaan mereka terhadapa kelemahan tersebut. Kekuatan Secara jujurnya, penglibatan masyarakat luar iaitu pelbagai pihak dari pelbagai lapisan yang telah menjayakan aktivtiti ini. Mereka telah menyumbang tenaga dengan begitu ikhlas, tenaga kerja juga mencukupi dengan kehadiran mereka. Peralatan yang dibawa oleh mereka juga mencukupi dan memenuhi keperluan gotong royong ini. Tugas atau kerja dalam gotong royong ini telah dibahagikan dengan baik. Kawasan pembersihan telah dipecahkan kepada beberapa zon, satu jadual telah dibuat bagi memastikan setiap kawasan atau zon diberikan perhatian yang seimbang dan menyeluruh. Pembahagian tugasan ini telah menyebabkan gotong royong berlangsung dengan begitu lancar, malah kerja-kerja yang dirancang telah disiapkan menjelang tengah hari. Kerjasama, toleransi dan persefahaman semua jiwa-jiwa murni yang hadir telah memudahkan pelaksanaan gotong royong. Di samping menjalankan tugas di zon masing masing, mereka sempat bergurau dan berborak. Ini menjadikan mereka tidak bosan melakukan kerja.

Sebelum perserta dibahagikan zon dan tugasan. Satu sesi senaman bagi telah diatur, senamrobik dan regangan telah diketuai oleh Encik Solihin iaitu pegawai sukan dari MSN Bahagian Bintulu. Beliau telah mengetuai senamrobik dengan rentak muzik serta lagu yang menarik disamping melakukan regangan atau panasa badan sebelum kerja-kerja membersihkan dan menceriakan sekolah bermula. Kekuatan atau kelebihan aktiviti ini juga amat jelas dalam merapatkan hubungan antara masyarakat, sekolah, badan bukan kerajaan dan badan kerajaan. Keadaan ini akan mewujudkan satu suasana yang menyenangkan dalam kalangan penduduk tempatan. Mereka juga boleh berganding bahu pada aktiviti atau program-program yang akan menyusul sekitar mereka pada masa yang hadapan. Pelbagai rancangan atau aktiviti juga boleh dirangka pada masa hadapan dengan pengenalan muka muka baru dan juga saluran saluran penting untuk pelaksanaan aktiviti seumpamanya pada masa masa hadapan. Antara tugasan yang telah diselesaikan merupakan masalah atau isu lama yang telah timbul selama beberapa tahun yang lalu, menerusi gotong royong ini banyak kebaikan telah diterima oleh sekolah. Pokok yang tinggi dan membahakan murid-murid telah ditebang, dahan pokok ini pernah patah dan rebah ke tanah semasa angin kencang, mujurlah tidak ada warga sekolah dibawah pokok besar ini. Untuk mengelakan sebarang malapetaka, pokok ini telah ditebang dengan bantuan pihak Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA). Kantin dan tandas juga telah dicat oleh ibu bapa, situasi di kedua-dua tempat tersebut amat menyenangkan dan ceria. Surau dan beberapa kelas perdana yang merupakan masih berdiri dengan bangunan kayu telah diperbaiki atau diganti dengan papan, tiang yang baru. Ada diantara papan lantai dalam kelas dan surau telah patah dan ini menyebabkan lantai berlubang. Keadaan ini membahayakan warga sekolah, namun sekarang telah dibaik pulih dengan kerjasama pelbagai pihak. Keceriaan sekolah juga telah meningkat dengan penanaman pokok bunga di sekitar kawasan sekolah. Pokok bunga seperti bunga raya, bunga kertas dan bunga

bunga lain ditanam. Pokok-pokok bunga lama juga telah dibersihkan dan dibaja. Rumput-rumput sekitar sekolah juga telah dipotong dengan mesin rumput. Dengan pengesanan beberapa kes denggi yang melibatkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Mohammad, persekitaran sekolah juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Tempat takungan air dihapuskan serta merta dalam gotong royong tersebut. Longkang-longkang dalam sekolah pula dibersihkan, ini kerana pengaliran air tidak lancar dan tersumbat. Tidak mustahil juga tempat ini dijadikan tempat bertelur oleh nyamuk Aedes.

Penambahbaikan Dengan pelaksanaan gotong royong Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Mohammad, pelbagai kelemahan telah dikenalpasti. Perkara ini penting untuk memastikan kesilapan tidak berulang pada masa hadapan agar perancangan dan pelaksanaan lebih lancar. Kaum bapa perlu diseru supaya lebih memgambil berat tentang sekolah, pihak sekolah harus menerangkan kepentingan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sedemikian melalui surat atau mesyuarat atau perjumpaan seperti mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kesedaran boleh diwujudkan dengan memberikan sedikit kefahaman kepada ibu bapa. Dalam merancang aktiviti seumpama ini, satu senarai semak perlu dibuat untuk memastikan semua kerja persiapan atau perancangan berjalan dengan lancar. Setiap kerja yang seharusnya dibuat awal tidak boleh ditunda sewenang-wenangnya, kita perlu bergerak aktif dalam penyiapan kerja sedemikian agar tidak kelewatan. Peralatan yang digunakan juga harus disimpan di tempat asal agar tidak menjadi satu masalah semasa aktiviti yang akan datang. Ini yang berlaku pada aktiviti gotong royong pada kali ini. Peralatan yang penting sukar dicari memandangkan ia tidak diletakkan pada tempat asal semasa pengunaan sebelumnya.

Di samping itu, makanan tambahan perlulah disediakan oleh pihak sekolah untuk menghadapi sebarang kemungkinan, misalnya jika makanan yang ditaja tidak mencukupi. Tempahan makanan hendaklah dibuat melebihi anggaran dan bukanya dibuat kurang daripada anggaran. Kelemahan-kelemahan yang timbul haruslah diambil sebagai ikhtibar bagi memastikan aktiviti atau program yang akan dianjurkan pada masa hadapan lancar dan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai