Anda di halaman 1dari 4

Mata pelajaran Sains tahun 5 Kelas Tarikh Hari Jumlah pelajar Masa Objektif pembelajaran Hasil pembelajaran Pada

akhir pembelajaran ini, diharap pelajar dapat : 1) Menyatakan tiga daripada empat cara pencaran biji benih dan buah. 2) Memberikan sekurang- kurangnya dua contoh tumbuhan bagi setiap jenis pencaran yang dipelajari. Pengetahuan sedia ada Kemahiran proses sains Unsur kemahiran berfikir Sumber PdP Nilai Buku teks, buku latihan Patuh arahan guru, menghormati orang lain. Membina perkaitan, mengingat kembali Membuat inferens, memerhati Pelajar mengenali buah-buahan yang terdapat di sekeliling mereka. 5 Kembara 5 Februari 2014 Rabu 19 orang 10.20 pg 10.50 pg (30 minit) Memahami pelbagai tumbuhan mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan kemandirian spesies mereka.

Aktiviti

Fasa pembelajaran Orientasi 3 minit

Isi pembelajaran 1. Cerita Tompi si buah lada. 2. Pencaran biji benih lada

Aktiviti 1. Guru bercerita mengenai Tompi si buah lada. 2. Guru bercerita sambil melukis beberapa elemen yang ada di dalam cerita. 3. Guru mendapatkan respons pelajar.

Catatan KB Membayangkan situasi

Nilai Patuh arahan guru Pencetusan idea 5 minit 1. Pencaran biji benih lada. 2. Pencaran melalui haiwan 1. Bagaimanakah ciri-ciri luaran si Tompi? 2. Apakah yang terjadi selepas burung memakan Tompi? 3. Mengapakah Tompi bercambah menjadi anak pokok setelah dinyahtinja oleh burung? KPS Membuat inferens KB Membina perkaitan

Nilai Patuh arahan guru

Penstrukturan semula idea 13 minit

1. Pencaran melalui haiwan. 2. Contoh biji benih dan buah yang dipencarkan oleh haiwan.

1. Guru menanyakan soalan

BBM

a) Apakah buah-buahan lain yang dipencarkan melalui Realia hidup haiwan? 2. Guru menyenaraikan tumbuhan, buah dan biji benih yang disenaraikan oleh pelajar. 3. Guru berbincang dengan pelajar mengenai contohcontoh yang telah diberikan oleh pelajar. KPS Memerhati Membuat 4. Guru menekankan sifat tumbuhan dan buah yang dipencarkan melalui haiwan serta menambahkan sedikit sebanyak contoh jika tidak mencukupi. 5. Guru mengeluarkan pokok kemuncup dan bertanya soalan. a. Apakah nama pokok ini? b. Dimanakah letaknya biji benih pokok ini? c. Bagaimanakah biji benih pokok ini disebarkan? KB Membina perkaitan inferens (pokok kemuncup)

6. Guru mendapatkan respons pelajar dan seterusnya menanyakan contoh lain yang menggunakan cara pencaran sedemikian.

Aplikasi idea 5 minit

1. Kepentingan tumbuhan membuat pencaran. 2. Aplikasi dalam kehidupan seharian dan nilai murni

1. Guru menanyakan soalan a. Apakah kepentingan tumbuhan untuk melakukan pencaran biji benih? b. Apakah tanggungjawab kita dalam melestarikan kehijauan bumi ini? 2. Guru mendapatkan respons daripada beberapa orang pelajar.

Refleksi 4 minit

1. Pencaran melalui haiwan. 2. Contoh-contoh tumbuhan yang menggunakan pencaran melalui haiwan.

1. Guru bersama pelajar membuat rumusan pelajaran pada hari itu. 2. Guru mengaitkan kepentingan haiwan sebagai agen pencaran.

Sumber PdP

1. Buku teks 2. Buku aktiviti