Anda di halaman 1dari 19

Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali sebagai kognitif dan

kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Di dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada murid-murid serta para pelajar. Salah satu teori yang ditemui ialah teori konstruktif. Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid peluang membuat penyampaian dan bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid.

Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL) Banyak huraian dapat dibuat tentang SCL. Bagaimanapun ia akan menjurus kepada satu idea asas iaitu pelajar. SCL boleh didefinisikan sebagai disiplin yang melibatkan interaksi antara pasukan pelajar yang mengalami pembelajaran kreatif yang akan diaplikasikan dalam situasi sebenar (Thorburg, 1995). Dalam SCL guru bukanlah tarikan utama. Pendekatan ini juga menjadikan pelajar diistilah sebagai .pasangan. dengan guru sebagai sebahagian proses pembelajaran (Alley, 1996). Csete dan Gentry (1995) menggunakan istilah SCL sebagai pengajaran yang dikawal oleh pelajar. Kawalan disini bermaksud pelajar mengawal prosedur, masa dan penilaian untuk memenuhi keperluan mereka yang berbeza. Seorang tokoh pendidikan di Amerika iaitu Richard M. Felder berkata beban komunikasi akan terletak pada pelajar dalam pendekatan SCL. SCL ialah satu pendekatan pembelajaran yang meluas termasuk teknik-teknik seperti menukarkan pengalaman belajar secara aktif, menyelesaikan masalah yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif, melibatkan pelajar dalam simulasi dan main peranan, menggunakan teknik kadar kendiri dan pembelajaran koperatif. Dalam SCL guru menyediakan pelajar peluang belajar secara bebas. SCL akan meningkatkan motivasi, pemahaman, dan pelajar akan lebih meminati pelajaran yang diajar (Meyes dan Jones 1993). Tidak seperti pembelajaran berpusatkan guru (Teacher-Centered Learning), strategi SCL mengandungi pelbagai kaedah latihan yang mampu membina kemahiran sosial pelajar. Individu belajar dengan cara yang berbeza, dan dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah akan meningkatkan kemungkinan pelajar akan .terkena. dengan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah yang dilaksanakan. Dengan menggunakan satu kaedah sahaja ia akan membosankan pelajar. Perlu diingat bahawa pelajar berlainan dan matlamat latihan yang berlainan memerlukan pendekatan yang fleksibel. Kepentingan SCL Banyak kajian membuktikan kebaikan amalan pendekatan SCL. Lebih penting lagi ia boleh membantu mencapai matlamat pendidikan negara dengan membantu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru kerana penerapan nilai sosial boleh disediakan melalui kaedah ini. SCL secara umumnya dapat membina individu yang akan memiliki fikiran berdaya tinggi (higher-order thinking) kerana: 1. pendekatan ini (SCL) melatih pelajar tentang kemahiran menyelesaikan masalah iaitu melibatkan 'reasoning' untuk menyelesaikan masalah yang kompleks. 2. Pengajaran berpusatkan guru hanya sesuai untuk menyampaikan maklumat berfakta, menggunakan mnemonic dan latihan dan sekali gus membina pemikiran aras rendah. 3. Pengunaan teknik-teknik seperti simulasi, inkuiri-penemuan, penyelesaian masalah, pembelajaran

koperatif boleh membina kemahiran berfikir aras tinggi. 4. Dapat menghayati masalah dan cara penyelesaiannya. Oleh itu pelajar perlu melibatkan diri dengan pelbagai sumber (lihat gambarajah di bawah).

Daripada Sentiasa dilihat sebagai pakar isi kandungan matapelajaran dan sumber untuk semua jawapan bagi persoalan.

Kepada

Penglibatan dalam banyak masa sebagai seorang yang tidak tahu semua tetapi sanggup belajar. Dilihat sebagai sumber utama maklumat yang sentiasa menyampaikannya kepada pelajar. Dilihat sebagai penyokong, pemberi kerjasama, dan jurulatih di mana pelajar belajar bersamasama dan menilai sendiri maklumat berkenaan. Sentiasa bertanyakan soalan dan mengawal fokus pembelajaran. Melatih pelajar membina dan mengeluarkan soalan dan mencari penyelesaian sendiri melalui pelbagai cara Mengarahkan pelajar melakukan latihan langkah-demi-langkah supaya semua mencapai keputusan yang sama. Menggalakkan individu menggunakan pengetahuan dan kemahiran sendiri mencapai penyelesaian.
Rujukan: Newby et al. (2000).

1.0 Pengenalan

Kanak-kanak merupakan aset negara yang perlu dipupuk dan dicema supaya menjadi warganegara yang dapat mendukung wawasan negara.Setiap kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mendapat pendidikan diperingkat prasekolah. Kegagalan menyediakan peluang pendidikan dan memperkembangkan potensi mereka sudah pasti merugikan dan memjejaskan masa depan negara.

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru. Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran mereka. Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar.

1.2 Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan murid

Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.

Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.

Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari.

Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.

Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif

2.0 Kaedah Pembelajaran Secara Koperatif

Sebagai pendidik kita bertanggungjawab untuk membantu setiap pelajar meningkatkan minat dan kecenderungan mereka kearah pelajaran. Pelajar juga digalakkan membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina (Mohd Fadzli, 2001). Keadaan ini boleh dilaksanakan dengan mengambil langkah menggunakan pendekatan pengajaran yang berkesan. Ini termasuklah amalan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada amalan pembelajaran berpusatkan pelajar, misalnya dengan menggunakan pendekatan secara kumpulan. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri.

...Amalan pembelajaran berpusatkan pelajar misalnya menggunakan pendekatan belajar secara berkumpulan memberi peluang murid-murid berinteraksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri...

Pelajar-pelajar melakukan aktiviti secara aktif semasa proses pembelajaran dan ini meliputi pengalaman pembelajaran yang dirasai dan dialami sendiri oleh mereka. Aktiviti-aktiviti dirancang sebegitu rupa supaya berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum 1994). Semasa pelajar-pelajar belajar dalam kumpulan, mereka boleh berkongsi pengetahuan (intelek), memupuk nilai-nilai murni (rohani), bertimbang rasa (emosi) serta mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi (sosial). Justeru itu adalah diharapkan apabila pelajarpelajar yang keluar dari bangku sekolah nanti, mereka akan mencerminkan diri mereka sebagai insan yang menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Kaedah kumpulan merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar khususnya dalam pembelajaran matematik. Kumpulan murid terbahagi kepada dua iaitu kumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Kaedah kumpulan sama kebolehan membolehkan guru membimbing pelajar-pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing. Kaedah kumpulan pelbagai kebolehan memberikan pelajar-pelajar peluang mengamalkan pengajaran sebaya, memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial (Buku Panduan KBSR, 1982).

Kaedah pembelajaran sekarang masih tidak melibatkan murid semasa proses pembelajaran di bilik darjah. Guru perlu merancang dan memilih kaedah pengajaran yang sesuai supaya pembelajaran berlaku dalam keadaan yang dapat merangsang minat dan tumpuan serta belajar bersungguhsungguh. Menyedari hakikat ini, maka sewajarnya guru-guru prasekolah memilih pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat para pelajar. Noraini (1994) menyatakan di antara faktor-faktor yang boleh menarik dan merangsangkan minat seseorang kepada sesuatu perkara iaitu:

Pendengar atau pengguna sedar atau tahu bahawa perkara atau benda itu berguna atau berfungsi kepadanya.

Ia disampaikan atau dipersembahkan kepadanya dengan cara dan gaya yang menarik.

Perkara atau benda itu indah, mengembirakan dan menyeronokkan.

Guru perlu merancang dan memilih kaedah pengajaran yang sesuai supaya pembelajaran berlaku dalam keadaan yang dapat merangsang minat dan tumpuan serta belajar bersungguh-sungguh. Pendekatan yang menggalakkan pelajar-pelajar belajar dan mencari ilmu sendiri perlu dipupuk di samping guru sebagai pembimbing, membimbing supaya mereka lebih ekspresi kendiri yang kreatif. Iklim bilik darjah pembelajaran dibina bertujuan memperkembangkan inovasi pelajar-pelajar supaya mempunyai lokus kawalan dalaman disebabkan yang menggerakkan mereka ialah dirinya sendiri dan standard yang hendak dicapai juga adalah relatif kepada dirinya sendiri. Pemikiran kritikal dipupuk kerana proses pembelajaran ialah induktif.

Pada asasnya Pembelajaran Koperatif merupakan suatu kaeadah yang menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini berstruktur dan menekankan penguasaan konsep pengetahuan maklumat dan kemahiran penyelesaian masalah matematik. Kaedah ini juga mempunyai teknik-teknik tertentu serta ciri-ciri yang tersendiri. Selain daripada pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah yang semaksimum mungkin, mereka juga boleh bersosialisasi. Namun begitu sebagai seorang guru, apa yang diperhatikan ialah guru-guru tidak gemar mengajar secara kumpulan sebagaimana yang diharapkan. Kedudukan para pelajar dalam bilik darjah, suasana sekitaran, kekangan masa dan tumpuan untuk menghabiskan sukatan mendorong guru-guru beralih semula kepada kaedah pembelajaran tradisional. Akan tetapi menurut Zahrah (1996), interaksi antara guru dan pelajar dalam kerja kumpulan menentukan tahap pencapaian objektif pengajaran guru. Interaksi dua hala dan secara kumpulan merupakan iklim sosial pembelajaran yang paling berkesan.

2.1 Kaedah Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar.A.N. Whitehead (1929) mengingatkan kita supaya tidak membebankan kanak-kanak dengan pengetahuan yang tidak berkembang (" dead knowledge").Apa yang diketengahkan oleh Whitehead ialah amalan mengajar di sekolah perlulah menjurus kepada usaha membolehkan kanak-kanak atau murid berfikir dalam persekitaran kehidupan dan mengelakkan daripada hanya memberi pengetahuan yang bersifat kaku ( inert ideas ) yang tidak mampu digunakan bagi menyelesaikan masalah harian.

Barnes (1976) dan Bransford (1986) mengkaji tentang'inert ideas' mendapati kebanyakan pengetahuan yang diajar di sekolah adalah terasing daripada cara kanak-kanak berfikir.Menurut Bransford ramai yang berpandangan bahawa pengetahuan yang didapati di sekolah hanya merupakan pengetahuan yang dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain. Pengetahuan tersebut hanya cukup untuk menjawab soalan daripada guru ataupun untuk menjawap soalan-soalan peperiksaan sahaja tetapi ianya tidak menunjukkan pengetahuan individu secara keseluruhan. Pengajaran yang lazim diamalkan oleh kebanyakan guru masa kini masih lagi berasaskan kepada amalan yang sama iaitu menyuap murid-muriddenganpengetahuan bagi membolehkan pelajar menjawab dengan betul dalam peperiksaan tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah yang melibatkan pengaplikasian pengetahuan tersebut.

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan konstruktivisme menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk berperanan secara saling bersandar di antara satu sama lain. Ahli konstruktivisme berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza dimana individu itu dianggap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian sewajarnya. Pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan.

Seseorang guru boleh mengamalkan pendekatan konstruktivisme dengan mengambil kira beberapa faktor :

Murid diberi peluang berkongsi persepsi antara satu sama lain

Murid diberi peluang mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep

Murid digalakkan menghormati pandangan alternatif rakan mereka

Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah

Pembelajaran berpusatkan murid

Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

Murid digalakkan merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya

Murid diminta menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dibina

Murid digalakkan mengemukakan hipotesis

Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid

Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru

Guru perihatin terhadap keperluan , kebolehan dan minat murid

Murid digalakkan bekerja secara kumpulan

Suasana bilik darjah di mana amalan konstruktivisme dijalankan adalah berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Di samping itu guru akan menggunakan penyoalan bukan untuk menguji kefahaman murid tetapi adalah untuk menguji kemahiran murid dalam membina konsep.

2.1.1 Peranan Guru Dalam Pengajaran Secara Konstruktif

Pengamal teori konstruktif berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran tanpa menafikan hak mereka di dalam mengutarakan sebarang pendapat mahupun idea yang berkaitan dengan pembelajaran pada waktu itu..keadaan ini secara tidak langsung menjadi penyokong kepada minat murid dalam pembelajaran dan akan terhapusnya situasi keterasingan di kalangan pelajar dan murid-murid sendiri.

Kefahaman murid terhadap fakta akan lebih berkesan dan mantap dengan mengabung jalinkan antara pengalaman sedia ada dan fakta yang sedang dibina. Selain dari itu guru perlu mengelakan diri dari beranggapan bahawa minda murid sebagai tin kosong yang hanya cukup diisi dengan fakta dan pengetahuan baru sebaliknya mengambil kira,menilai,mengukur keterlibatan dan kefahaman mereka dalam mengembangkan maklumat yang disampaikan sewaktu proses P&P.Peranan guru sebagai pembimbing dan fasilitator juga dapat membantu dalam mengawal disiplin para pelajar dengan baik.

Di dalam menghadapi situasi di mana kewujudan murid yang enggan melibatkan diri di dalam aktiviti P&P,Golongan pendidik seharusnya lebih kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti serta mengajukan pelbagai persoalan sebagai ransangan terbaik sebagai jaminan keterlibatan aktif murid-murid dalam menemukan idea-idea terbaru.Melaui teori konstruktif ini kita tidak lagi melihat aktiviti P&P berpusatkan murid.

2.1.2Peranan Murid Dalam Pengajaran Secara Konstruktif

Perbincangan teori konstruktif menyatakan bahawa murid sekali-kali tidak menganggap guru hanya sebagai pembekal maklumat tetapi sebagai sesuatu dari sumber pengetahuan untuk membantu mereka mencari maklumat dan peransang bagi mereka berfikir dan berkomunikasi.Ilmu baru yang terbentuk adalah berasakan kepada inisiatif diri individu dan perkongsian pandangan dikalangan mereka selain mengadaptasi setiap pengalaman yang dilalui dengan alam sekeliling sewaktu sesi P&P berjalan.Dengan wujudnya lontaran-lontaran idea dan pengalaman murid ini secara tidak langsung berjaya memecahkan suasana dingin di kalangan pelajar itu sendiri.

Konstruktivisme adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dalam kerangka minda masing-masing berasaskan pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Ia menuntut agar guru lebih perihatin

terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu. Walaupun begitu konstruktivisme merupakan satu anjakan yang perlu diaplikasikan terutamanya dalam pendidikan matematik. Ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka.

2.2 Pengajaran Pembelajaran Berpusatkan Guru

Butler (1998) telah merumuskan empat stail pengajaran yang kebiasaannya dipraktikkan oleh guru dengan menggunakan terma tertentu iaitu:

2.2.1 Concrete Sequential

Guru menggunakan bahan hands-on, model kerja dan dilaksanakan secara demonstrasi untuk membantu pelajar memahaminya melalui pengajaran berbentuk task-oriented lessons.Stail pengajaran begini berbentuk satu hala yang lebih menekankan guru sebagai penyampai ilmu dan lebih berpusat kepada guru.

2.2.2 Abstract Sequential

Pengajaran stail ini lebih berbentuk bercakap atau penerangan secara lisan; guru menekankan usaha untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, membantu pelajar memikirkan kandungan tajuk dan menjana idea. Stail ini juga dilaksanakan lebih berbentuk satu hala antara guru dengan pelajar. Stail pengajaran ini lebih berpusatkan kepada guru. 2.2.3 Abstract Random Guru menggunakan sepenuhnya minat dan keseronokan pelajar dalam pengajarannya. Pengajaran stail ini lebih berbentuk dua hala di antara guru dengan pelajar. Dalam stail pengajaran ini, guru-guru akan lebih banyak bertanya dan pelajar-pelajar menjawab soalan serta mengemukakan pendapat dan pandangan mereka sendiri. 2.2.4 Concrete Random Guru menggunakan sepenuhnya berbagai sumber pengajaran dan melaksanakan aktiviti melalui kerjasama yang diberikan oleh pelajar. Pengajaran bentuk ini akan menggunakan berbagai-bagai aktiviti yang menyeronokkan dan menarik minat pelajar.Guru lebih bersifat sebagai pembimbing atau fasilitator, sementara pelajar-pelajar akan melakukan berbagai teknik pembelajaran bagi menguasai sesuatu tajuk atau isi subjek yang diajar kepada mereka

Oleh itu, guru-guru perlu digalakkan mencuba pelbagai stail pengajaran yang baru, yang boleh menarik minat pelajar walaupun mereka tidak biasa dan merasa kurang selesa. Inidisebabkan peranan guru untuk membantu pelajar mendapatkan kemahiran baru melalui unfamiliar lerning style walaupun kadang-kadang membebankan guru; lebih penting lagi ialah pengajarannya memberi kesan dan impak yang baik kepada pelajar.

Kesimpulan Pendekatan dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu dikuasai oleh guru pendidikan awal kanak-kanak. Pendekatan pengajaran membantu guru untuk melaksanakan kurikulum yang dirancang. Aktiviti pembelajaran pula membantu pengukuhan pembelajaran kanakkanak. Manakala teknik pengajaran yang berkesan dapat menyampaikan kandungan pelajaran dengan menggunakan pelbagai media. Hasil pembelajaran murid didokumentasikan dan boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada guru terhadap pencapaian muridnya. Transisi merupakan aspek yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak dan perlu difahami oleh guru. Memahami pendekatan dan aktiviti pendidikan awal kanak-kanak adalah penting untuk persediaan guru sebelum mengajar murid-murid di kelas prasekolah. Kefahaman tentang pendekatanpendekatan dalam pengajaran lebih memberi keyakinan dalam melaksanakan aktiviti kurikulum. Perancangan pengajaran guru lebih berkesan dan mempunyai prinsip mengajar yang betul untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Guru harus bijak dalam menjana kreativitinya untuk mewujudkan ruang berkenaan sebagai pusat pembelajaran dengan mengambil kira aspek keselesaan , keselamatan dan memanfaatkan kepada murid. Semestilah pusat pembelajaran yang kondusif.Untuk menjadikan sesebuah tadika itu sebuah tempat yang selamat dan penghuninya terjamin dari segi kesihatan sesebuah taska itu harus dapat meransang pembelajaran murid-muridnya. Guru tadika harus memfokus kepada pengukuhan kemahiran bahasa,kemahiran berfikir dan penerapan nilai-nilai murni seperti kerjasama ,bertolak ansur dan meningkatkan keyakinan diri. Alat dan bahan yang disediakan boleh diubah suai dan ditambah dari masa ke semasa. Guru seharusnya menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut di dalam ruang yang disediakan. Untuk itu pengwujudan ruang tersebut seharusnya mempunyai nilai teraputik yang mampu memberikan keselesaan kepada murid-murid. Pengurusan ruang yang baik membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan secara lancar dan berkesan. Ruang ruang utama seperti ruang dalam bilik darjah, ruang penyediaan makanan, ruang bilik air dan ruang luar bilik darjah merupaka pusat pembelajaran bagi murid. Oleh itu sekiranya salah satu ruang tersebut tidak ada maka tidak lengkaplah keperluan asas dan fizikal di kelas taska. Kepentingan dalam menyediakan rancangan pengajaran adalah penentu keberkesanan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Persiapan awal sebelum memulakan pengajaran dapat membantu guru mengenal pasti keperluan pembelajaran murid. Di samping itu guru dapat menambah baik kandungan, hasil pembelajaran, pendekatan dan aktiviti pembelajaran murid dengan menggunakan bahan dan peralatan yang bersesuaian serta menarik minat murid. Persediaan dan perancangan yang teratur memberi kesan yang positif kepada guru dan murid.

Memahami pendidikan awal kanak-kanak dari asek perbandingan adalah penting untuk mengukuhkan kefahaman guru dan juga pengkaji bidang ini. Kefahaman ini akan menjadi pegangan untuk mengenalpasti perbezaan setiap program dan model. Penambahbaikan terhadap program yang sedia ada di Malaysia dengan membandingkan program di luar negara. Banyak yang boleh dipelajari daripada program dan model pendidikan awal kanak-kanak daripada luar negara. Secara tidak langsung mereka yang terlibat dengan bidang ini akan merancang mengikut kesesuaian kanakkanak, masyarakat dan budaya.

Rujukan Putri Zabariah A. R., Bustam K. & R. Hamizah. (2005). Tadika Berkualiti. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. White C. S, & Coleman, M. (2000). Early Childhood Education: Building a Pholosophy for Teaching. NJ: Merill Prentice Hall. Norhasyimah Hasyim(2003) Panduan Pendidikan Pra Sekolah.Malindo Printers, Selangor. Sufean Husin(1993) Pendidikan Di Malaysia: Sejarah ,Sistem dan Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur Kementerian Pendidikan Malaysia(1993) Garis Panduan Kurikulum Prasekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia(1993) Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1993). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Malaysia.KL: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1996). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. KL: Kementerian Pelajaran Malaysia. Ministry of Education. (1984). Status Report of Pre-School Education. KL: Ministry of Education Malaysia. http://www.geocities.com/hypatia_01_2001/ilmiahazie.htm http://www.my-mmy.com/Amalan_Pembelajaran_Koperatif_oleh_Guru Matematik.html

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR: SATU ULASAN DALAMPENDIDIKAN SEMASA Sabar Afifuddin Bin Ahmad Sobri, Mohd Taufek Bin Mohd Noh, Fatimah Zahra BintiA.Jamil, Zuazlina Binti Mohd SadriF AKULTI P ENDIDIKAN ,U NIVERSITI T EKNOLOGI M ALAYSIA ABSTRAK Kertas ini mengulas tentang kaedah, teknik atau pendekatan yang berkaitan dengan pembelajaran berpusatkan pelajar juga menyentuhlatar persoalan kajian. Setiap kaedahatau teknik yang diwujudkan, lahir daripada kajian terhadap masalah atau isu yang berkaitan dengan penagajaran dan pembelajaran. Data menunjukkan pencapaian pelajar berbeza apabila kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru adalah lebihberpusatkan pelajar, sebagai mana dapatan kajia oleh Affandi bin Ag. Ghani dalam tesis yang bertajuk Persepsi pelajar terhadap penggunaan buku teks jawi Pendidikan Islamdalam pembelajaran: Satu kajian ke atas pelajar tingkatan 4 mendapati Guru yang menggunakan buku teks sepenuhnya dalam pengajaran akan menyebabkan timbulnyarasa bosan di kalangan pelajar terutamanya bagi pelajar yang cergas.. Selain itu,kaedah yang dinyatakan dalam ulasan ini disertakan dengan definisi dan ciri-ciri penting kaedah pembelajaran yang berkesan. 1.0Pengenalan Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnyamenentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat gurukepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur

dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah, iaituteknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah caramendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pulaialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajarandengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalamsesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa denganmenggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik.Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz AlQur`an denganmendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. HasanLanggulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalanuntuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi fahamkepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat 2

kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok SoonSeng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) danMahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang adanama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebeldan sebagainya.Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaranyang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pulamempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlahtujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah , iaitu satu jalan untuk mencapaiobektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahajacara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai namanama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long(1981) dan lain-lain.

2.0 Latar Belakang Masalah Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan merupakan salah satu punca matapelajaran pembelajaran tidak diminati. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses pengajaran di dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak guru-pelajar. Sekiranya guruhanya menitikberatkan menghabiskan silibus berbanding aspek penghayatan dan penerapan nilai agama boleh menyebabkan interaksi dua hala ini hilang fokus. Kesannya pelajar hilang minat (Atan Long, 1982)Antara dilema yang dihadapi oleh pelajar masa kini ialah hilangnya konsep tadibdalam pendidikan. Pendidikan itu hanya berbentuk pembelajaran untuk mencapaikecemerlangan dalam peperiksaan tetapi kurang memberikan penekanan terhadapmendidik, mengajar adab serta membentuk akhlak. Berbalik, masalah yang utama iaitukebanyakan penerapan dan penggunaan kaedah, strategi dan teknik mengajar oleh guru-guru tidak dapat menarik minat pelajar kehidupan sebenar. Transformasi dan penambahbaikan yang dilakukan akanmememastikan pelajarpelajar meminati subjek ini sekaligus merubah paradigma merekasebelum ini terhadap subjek Pendidikan Islam. 3.0 Pernyataan Masalah Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guruhanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujungtahun. Apa yang terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja.Tidak mementingkan pemahaman pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran atau pun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar konteks sebenar.Persembahan pengajaran yang hanya melibatkan guru semata-mata memberiimplikasi yang kebanyakannya pelajar tidak melibatkan diri secara aktif sewaktusesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sewaktu P&P dijalankan, merekaseringkali mengantuk, bermain, bersembang dan tidak menumpukan perhatian kerana pengajaran hanya satu hala sahaja tanpa melibatkan penyertaan aktif pelajar. Selainitu, didapati kaedah penyampaian objektif pengajaran seperti ini tidak begitu berkesanmungkin kerana kaedah yang kurang bersesuaian.Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab danmelibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkankreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaransecara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan pelajar dalam aktiviti soal jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kritis serta kreatif.

Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar , pelajar-pelajar akandiberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahapkebolehan pelajar. Pelajar kemudiannya akan mendapatkan maklumat daripada pelbagaisumber untuk menyiapkannya. Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan guru.

Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah gurumesti memantau proses yang dilakukan oleh pelajar sepanjang masa dan secara berterusan. Dengan lain perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudahdiakses oleh para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut,Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berpusatkan pelajar ialah pembentangan hasil tugasan Semasa pembentangan, rakanrakan sebaya digalakkanmemberi pendapat, pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan para pelajar.Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada peringkat yang lebih tinggi. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir secarakritikal, menganalisa maklumat serta mengsistesiskan maklumat bagi menyelesaikanmasalah dalam pelbagai konteks. Oleh itu, kajian harus dijalankan untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan pembelajaran berpusatkan pelajar di dalam pengajaranPendidikan Islam Pembelajaran berpusatkan pelajar Keefe, 1979 dalam Suhaida Abdul Kadir, 2006 . Strategi pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran). seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan (Giam Kah How, 2000). Definisi khas bagi Pembelajaran berpusatkan pelajar ialah Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagaiindividu, memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa yang ingindipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang sesuatu proses pengajarandan pembelajaran. Definisi Pembelajaran berpusatkan pelajar juga boleh dijelaskan dengan erti katalain, pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasidua hala antara guru dan pelajar. Selain itu, guru melibatkan pelajar secara terus dalammenemui pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya sebagai fisilitator manakala pelajar yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri, guru hanyamemantau contohnya dengan mencadangkan bahan- bahan penagajaran dan pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya menberikan pemahaman konsep baru yang mendalam kerana pembelajaran yang melibatkan interaksisosial; menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber danmenggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pemnbelajaran.Selain itu, Pembelajaran berpusatkan pelajar mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan merekadalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalammembentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan

mereka sendiri. Namun begitu guru perlu mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh merekaMenurut Syidam Abdullah, 2008 terdapat beberapa prinsip pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu : i. Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbanganutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ii. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif, dimana guru hanya sebagai fasilitator. iii. Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan.iv.Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri.Menurut Freiberg, 1996 dalam Giam Kah How, 2000 terdapat strategi yang berpusatkan pelajar seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif. Di sini,disenaraikan antara strategi pembelajaran berpusatkan pelajar antaranya adalah: i.Kaedah Koperatif Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasamauntuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya (SuhaidaAbdul Kadir, 2002) .Ciri-ciri penting kaedah koperatif ialah sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja iaitu ketua kumpulan. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja,semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalahtersebut, juga dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsidikalangan pelajar. Guru perlu prihatin untuk memberikan ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat. Guru hendakalahmemupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai serta guru juga hendaklahmelatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahlikumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positi Pendekatan Kumpulan Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologikemasyarakatan dan dinamik kumpulan. Ciri-cirinya, aktiviti secara kumpulanharus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secarakumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik, tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan, penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan, kerja kumpulan yang berkesanakan wujud jika individu diberi tanggungjawab, Semangat berkerjasama dalamkumpulan harus dipupuk. Selain itu, kelebihan pengajaran secara kumpulan ialahmembolehkan pelajar, mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikanmasalah secara koperatif iii.Teknik Perbincangan

Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksisesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Ciri-ciriPentingnya, pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-ideamengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan padaakhir sesi perbincangan, pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentangtopik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru, perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarangsituasi bilik darjah dan tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat,menyoal serta menyelesaikan masalah (Azela Abdullah, 2009). iv.Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikanmasalah yang dihadapi. Ia juga adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan,menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit. kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripadakeseronokkan bermain dan ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah. vii.Kaedah Projek Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimenatau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M.1997). Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu. Ciri-ciriPentingnya, tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek, ia jugamembantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalammenghasilkan sesuatu projek, memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti, projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar, bahan-bahan yang diperlukanuntuk projek hendaklah mudah diperolehi, projek yang sesuai dengan objektif pelajaran, kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan dan kepuasan jika dapat meyelesaikan projek serta pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan. viii.Kaedah Lawatan Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apayang mereka telah belajar dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpulmaklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak bolehdibawa masuk ke dalam bilik darjah, tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsungmenggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran,memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujuddan proses-proses yang berlaku, kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungandisekolah

Anda mungkin juga menyukai