Anda di halaman 1dari 20

Oh NO Cinta?!

Aku menemani bonda ke bandar.Biasalah... macam-macam barang nak dibeli. Nak lagi bakal
tibanya Syawal. Lepas pergi pasaraya aku ikut bonda jalan-jalan ke bazar ramadhan. Bonda kata
nak cari mee kari.Oklah.. aku on je..Sampai kat gerai mee kari....

“Eh! Macam kenal..”tiba-tiba wanita pemilik gerai itu menyapaku.

Alaa..budak 1 sekolah dengan aku dulu r.. Aku just sengeh.Tak tahu nak kata apa..

“Kau sekarang dimana?Kerja ke study?”soal Juli.

“Aku di Selangor.Kerja ..”jawabku sambil memerhati dia menyediakan pesanan bonda.

“Aku dengar kau dah kahwin eh?”tanyaku.

“Ha’ah.. mana kau tahu?”

“Dayah bagitahu,”jawabku.Ha..kali ni dia pulak yang sengeh.

Sambil jalan aku borak-borak dengan bonda... “Dia 1 sekolah dengan abang dulu,”

“1 kelas?”

“Tak,dia budak sastera..Dia dah kahwin,”ceritaku.

“Hmm..kawan-kawan awakkan memang ramai yang dah kahwin.Awak tu je....entah


tunggu apa entah!” sambil berjalan-jalan di bazar ramadhan aku di fire bonda.Aduh!
menyesallah pulak cerita pasal Juli dengan bonda...

“Abang nak makan apa?”tanya bonda.

“Kita cari Tau Fu Fa bonda.Dah lama tak makan...”

“Hmm..bonda nak pergi beli barang sikit di kedai Ekonomi tu.Nanti abang tunggu bonda
dekat sanalah ya?” kata bonda.Aku mengangguk dan kami berpecah.

Sambil jalan-jalan aku jumpa lagi seorang kawanku.Dari jauh aku sedar yang dia dah lama
memerhatikan aku.Nak nyorok tak boleh.Karang apa pulak dia kata.Nak buat tak tahu je pun tak
boleh.Nanti dia kata aku sombong pulak.Aku bukan tak nak jumpa kawan-kawan lama aku
Cuma takut kena soalan cepu mas diorang je.

“Hey! Fiy....”jerit Sham.

“Oi..!beli juadah berbuka?”aku segera menghulur tangan.Dah lama tak jumpa dengan dia
nih! Lepas SPM hilang entah kemana tah!
“Tak adalah..Aku tengah tunggu isteri aku.Dia pergi kedai sana tu,”kata Sham sambil
memimpin seorang gadis kecil yang ku agak mungkin berusia 4 tahun.

“Anak aku..Kakak,salam uncle.”suruh Sham.Terkial-kial anak kecil itu menghulur


tangannya.

“Assalamualaikum Uncle,”ucapnya.

Aku tersenyum.“Waalaikumsalam..nama kakak siapa?”tanyaku sambil menyentuh ubun-


ubun kepalanya.

“Shira Uncle,”jawabnya sambil bibirnya tersenyum manis.Aku juga tersenyum.Tapi


semakin lama aku pandang senyuman gadis itu semakin aku mengingati seseorang.

“Siapa isteri kau?”tanyaku.

“Zira.Kau kenalkan?”

“Zira?Masyaallah....! Patutlah bila aku tengok Shira senyum tadi ada iras-iras dia.” Sham
ketawa mendengar kata-kataku.

Seketika sedang berbual Azirah isteri Sham datang. “Ni..kenal tak?”tanya Sham pada
Zira. Seketika aku melihat kening Azirah berkerut namun tidak lama dan kini bibirnya
menguntum senyum.

“Ah! Siapa tak kenal dengan bekas kapten KRS yang selalu buat semua budak
perempuan gila dengan dia!” Aku ketawa besar.Aduh!

“Kau apa cerita?Datang sorang je?Isteri mana?”tanya Azirah.

“Aku masih single lah...”

Membulat mata Sham memandangku. “Haii...takkan tak laku?”

“Wooo... mulut!Bukan tak lakulah..belum sampai seru lagi,”

“Yelah tu.Ke kau memilih sangat tak?” usik Sham.Aku just diam sambil tersengeh.Tu je
yang mampu aku buat..

“Kerja dimana?”tanyaku pada Sham.Saje tukar topik.

“Aku mengajar disekolah lama kita.”

“Wah! Tak sangka aku..dulu kaulah student paling nakal sekarang dah jadi
cikgu...”selorohku.

Sham dan Azirah ketawa serentak. “Kau pula?”


“Aku peguam cabuk je,”

“Aku dah agak dah! Memang dari sekolah aku dah agak kau sure jadi lawyer.Tengok la
masa sekolah dulu asal ada debat muka kau, asal ada syarahan muka kau jugak!”perli Azirah.
Aku cuma ketawa.

Pertemuan aku berakhir hampir 20 minit berbual-bual.Ah! Sebenarnya bermacam-macam


lagi yang ingin diceritakan tapi Shira sudah tidak betah duduk diam.Terpaksalah diturutkan
kehendak anak kecilnya itu.

“Tadi abang jumpa Sham.”ceritaku pada bonda.

“Sham?Anak Haji Ismail tu?Apa cerita dia sekarang?”

“Dah kahwin.Dah nak masuk dua dah.Sekarang mengajar disekolah lama abang dulu.”

Aku lihat bonda tersenyum. “Kenapa bonda?”

“Taklah..kalaulah abang kahwin mungkin dah ada baby sekarang,”

GLUPP!! Aku telan air liur.Bonda ni...dah mula dah...!! Aduh!! Bisa sungguh telingaku bila
kena lazer bonda. Kahwin...bla,bla,bla... anak..bla,bla,bla...

“Abang dengar tak apa bonda cakap ni?!” pehaku ditampar bonda.

“Dengar..aduh! bonda sakitlah!”jeritku.

Bonda ketawa. “Ha...jangan dengar je.Carilah,kahwin lepastu bagi cucu pada bonda,”
Aku just diam.Alaa... pening-pening!!!!

“Faham tak?!”sergah bonda lagi.

“Allahuakhbar! Bonda...”hampir terlepas handphone yang ku genggam.

Bonda ketawa.Hai...mak aku ni suka betul menyergah-nyergah.Aduh! Terkejut jantung aku!


Dangerous betul mak aku ni!!

Aku cuti 8 hari.Hmm..tak puas rasanya. Hari ini adalah hari cutiku yang ke 5 dan merupakan hari
raya ke-3 dan jadualku cuma 1.Hantar adik sepupuku pergi nikah.Sepatutnya aku tak pergi
kami sekeluarga tunggu dan buat persiapan dikampung aje tapi tiba-tiba makcik aku cakap
macam ni malam tadi...

“Awak bawalah kereta awak tu.Alaa.. jomlah ikut.Sekarang giliran Izal esok-esok giliran
awak pula.”kata Mak Lang ku.

“Pergi ya.Tolong bawa hantaran,”pujuk Mak Lang lagi.


“Yelah! Esok Hafiy tunggu di simpang jalan ya Lang.”jawab bondaku. Aku pandang
bonda.Hish! Aku tak jawab apa-apa pun! Bonda ni...

“Abang tak kata nak pergi pun bonda,”kataku dalam perjalanan pulang dari kenduri
rumah Mak Lang.

“Awak tak dengar apa Mak Lang cakapkan tadi? Sekarang ni giliran Izal,kamu hantar.
Nanti bila giliran kamu dia orang pula yang ikut hantar.Pergilah!”

“Tapi bonda...”

“No excuse Hafiy!” Aku diam.Bonda ni...

Dari Negeri Sembilan ke Batu Pahat Muar ambil masa 3jam juga.Aku dah penat
memandu. Rumah pengantin perempuan tak juga sampai-sampai.Jam teruk buat perjalanan
makan sampai 3 jam.

Sampai dirumah pengantin perempuan aku dok dengarlah Pak Long dan Pak Su
berbincang denga ayah pihak perempuan sebelum majlis nikah dijalankan.

Tiba-tiba Mak Long mencuit pehaku. “Nanti kalau abang kahwin jangan dengan orang
jauh-jauh tau.Lenguh lutut mak long ni duduk lama-lama dalam kereta.”bisiknya.

Aku just senyum. Huh! Aku kahwin tak naik kereta.Naik kapal terbang.Kahwin dengan
orang korea.Hahaa..aku jawab macam tu dengan Mak Long.Dia ketawa terkehek-
kehek.Hai..Mak Long, Mak Long...!

Aku tengok Izal adik sepupuku tersenyum bahagia.Huh! Yelah.. dah jadi suami
orang.Aku tengok wife dia pun ok orangnya.Nadia namanya.

“Kau bila lagi?”tanya Izal.

“Lambat lagi...”balasku.

“Umur kau dengan umur aku tak jauh jarak.Aku sekarang pun dah rasa tua takkan kau tak
terasa?”usiknya lagi. Aku gelak. Suka hati akulah nak kahwin bila!

“Jangan lambat-lambat Fiy.Nanti tak laku!”usik Pak Usuku.

Aku tersengeh.Waaa...!!! Senangnya cakap.Bila nak kahwin?Calon pun tak ada nak
kahwin apa nye??

“Kamu anak Mansur ya?Mak kamu Rodziah?”tiba-tiba seorang makcik eh! Nenek.. ha..
tiba-tiba dia menyapaku time kenduri Izal di kampung.
Aku angguk mengiakan kata-katanya. “Anak kamu ya Yah?”teriak nenek tu bila nampak
bonda duduk tidak jauh dari kami.

“Ha’ah Wan...anak kedua saya.”Nenek tu angguk-angguk sambil matanya masih


memerhati aku.

“Kamu yang belajar diluar negara tu ya?” tanya nenek tu lagi.Aku pun angguk lagi.

“Dah ada yang punya?” Aku geleng.

“Kamu nak cari teman?”

Keningku berkerut. Nenek ni siapa?Tiba-tiba tanya aku macam tu?

“Aku ni mak mertua Mak Cik kau.Asmah tu...”nenek ni macam ahli magik pulak tahu je
apa yang terlintas dikepala ku.

“Kau kalau nak cari teman nenek boleh tolong,”ceritanya lagi.

“Kau nak yang macam mana?Kurus,tinggi lampai,tembam,kulit putih melepak... ha..


semua nenek boleh carikan! Cakap aje macam-mana ciri-ciri yang kamu berkenan,”Wah! Dah
macam agensi cari jodoh lah pulak nenek ni.

“Tak apalah Wan.Saya belum nak kahwin lagi,”jawabku.

“Belum nak kahwin?Hey! Biar betul kau ni?” Aku garu kepala.Betullah! Apa pasal pulak
nenek ni?

“Yah! Anak kau ni kata dia belum nak kahwin lagi.Kenapa?”nenek tu membebel kat
bonda pulak.

“Entahlah Wan..dah berbuih mulut saya nasihatkan dia tapi tetap tu juga jawapannya.Apa
lagi saya nak cakap?”jawab bonda.

“Kena mandi bunga kamu ni,” Keningku berkerut.Apa pasal pulak?!

Aku segera bangkit.Malas mendengar bebel-bebelan.Wah tensionnya aku..!!!

“Nak kemana?”tanya nenek tu.

“Nak makan.Lapar ..”bukan sengaja bagi alasan but perut aku memang kelaparan. Nak
lagi lepas hidungku terbau ayam masak kurma.Peh! Tak tahan rasanya.Bye-bye lah Wan!

“Hish! Budak ni..aku nak tolong dia.Ada aje alasan dia nak lari.”bebel nenek tu.Lepastu
aku tak tahu apa yang dia bagitahu dekat bonda.
Aku pelik plus konfius plus tak faham apa pasal diorang risau aku tak ada girlfriend?
Well, I’m only 27.Bukannya 57! Diorang risau bagai nak rak tu kenapa?

May be betul pendapat Halil.Katanya 27 tahun bagi penduduk kota adalah usia yang baru
nak menginjak dewasa.Masih sibuk mengejar kejayaan. Tapi lain pula bagi warga desa.Bagi
mereka 27 tahun dah seharusnya berumah tangga.Kalau anak dara sure dah hampir-hampir dicop
andartu.Tapi bagi aku, kalau dia ada kerjaya, kehidupan terurus dan ekonomi stabil tak harus
dipaksa kalau dia tak mahu berumah tangga.

Aku sendiri.. usiaku 27.Baru 3 tahun aku menceburi dunia undang-undang.Sebelum ini
aku menyambung pelajaran di UK.Aku punya kerjaya, ada sumber ekonomi yang kukuh dan
aku tidak terlibat dengan dunia sosial.Jadi patutkan aku fikir soal rumah tangga? Ya! Memang
aku patut fikirkannya tapi bukan sekarang...Ah! Biarlah..asal aku enjoy dengan hidupku!

“Hoi Pak Cik! Termenung nampak?”sergah Halil.

“Kau ni kan?!”marahku. Halil ketawa melihat aku terkejut beruk.

“Apa hal masuk bilik aku ni?”

“Aii..marah ka?”perli Halil.

“Tak..suka.”sengaja aku senyum buat-buat.

Halil ketawa lagi. “Fiy, tadi Mimi...”

“Mimi??Mana dia?Aduh!” aku serta merta bangkit.

“Hoi! Mengelabah tahap keterlaluanlah kau ni? Dengarlah apa aku nak cakap dulu. Tadi
Mimi call aku. Dia tanya khabar kau.Maklumlah kau kan ambil cuti..lama tak jumpa.Heh! Hah...
lagi, dia suruh aku kirim salam rindu dia pada kau,”

Aku menggaru-garu kepala.Laaa...

“Kenapa kau takut sangat dengan Mimi tu?Setiap kali dengar nama dia sure muka kau
mengalabah. Apa pasal?”

“Aku..ala...susahlah nak cakap.”

“Cakap ajelah!”Desak Halil.

“Aku takut la dengan dia tu.Manja dia buat aku seram!”

Halil ketawa. “Dia suka dekat kaulah.”

“Haii...kau jangan Lil.Aku..ee..elergiklah!”


Sekali lagi bilikku bergema dengan tawa Halil. Aku tahu Mimi ada perasaan padaku tapi... Tiba-
tiba interkom aku menyala-nyala.

“Ya,Mas ada apa?”

“Encik Hafiy,Cik Mimi nak bercakap boleh saya sambungkan talian?”

Ahh!! Mimi lagi.... Aku menggaru-garu kepalaku.Halil dihadapanku sudah mula ketawa. “Mas,
you tolong I boleh? Kata dekat dia I busy.Cakapla I meeting ke apa ke...”

“Ok Encik Hafiy,”

Sekali lagi meletus gelak Halil. “Apalah kau ni... tolak rezeki betul!”

“Banyaklah kau punya rezeki! Itu namanya malapelaka tau tak.Malapetaka!!”

Halil ketawa dan terus ketawa. “Mimi tu memang menggedik sikit.Manja tak kira tempat.
But, I think kau beruntung...Becouse what, Mimi tu anak tunggal Datuk Jamil.Bos kita!”

“Argh! Aku tak kira.Lantaklah dia anak tunggal datuk mana aku tak peduli!Kau kalau
berkenan ambillah!”

“Kalau ikut hati nak aje.Tapi masalahnya dia nakkan kau.Apa dia cakap.. Abang Fiy, nak
keluar dengan Mimi tak?”Halil membuat gaya ngada-ngada Mimi.Terlentok-lentol Halil
menggayakan perwatakan Mimi.

“Hah! Sebiji..ada jodohlah korang!” saja aku kenakan Halil balik.

“Hush!Janganlah cakap macam tu lagi.Setiap perkataan tu doa tau.Kalaulah masin mulut


kau huh! Mati kena cincang 14 aku dengan Seha bini aku tu,”

Aku gelak.Halil kalau dilayan memang memang non-stoplah gamaknya. “Dahlah!


Pergilah bilik kau.Aku banyak kerja nak buat ni,”

“Oi! Menghalau nampak?”

“Halau tak halau la..tapi kalau terasa bagus jugak!”

Sekali lagi Halil ketawa.Bergoyang-goyang bahunya menahan tawa dari meletus kuat.Aku
menggeleng-gelengkan kepala.Sawan gelak agaknya dia ni! Asyik gelak je kerjanya.Aku marah
dia gelak, aku bebel dia gelak aku buat lawak lagilah gelak!

“Fiy, aku doakan kau dan Mimi cepat naik pelamin,”

“Hoi! Aku tak naklah!”

“Cepat nikah,cepat dapat baby,”


“Ah! Diamlah kau!”

“Aku juga doakan semoga kau berdua berbahagia hingga akhir hayat,”

“Kau nak keluar cara baik ke atau nak kena sepak dengan aku dulu baru kau
keluar?”Halil ketawa lagi.Lagi dan lagi.

Dalam masa yang sama aku lihat ada 4,5 orang staff yang memandang gelagat
kami.Aduh! Malu sungguh aku.Bayangkan pekerjaan peguam, tapi otak ting tong.Huh!Ini semua
Halil punya pasal!

“Hai you’ll!”

Terlepas pen dari tanganku.Terperanjat! Jantungku berdebar kencang.Aku bangkit


menyelak tirai yang menutupi bilikku.Ah sudah..! Dia datang lagi..mana aku nak lari.Ah!
Sembunyi-sembunyi! Mana aku nak sembunyi?Hah!Toilet..

Tanpa berlengah aku membuka pintu bilik tapi... “Hai abang! Nak pergi mana tu?”
Alamak!

“Abang, I tanya you nak pergi mana?”suara manjanya kedengaran lagi.Kali ini semakin
dekat. Aku tahu dia sudah berdiri disisiku.

“Nak pergi toilet.”jawabku.

“Toilet?Hmm..ok I tunggu you di bilik ya.Jangan lama-lama tau!”pesan Mimi.

Aku just sengeh.Apa lagi yang mampu ku buat.Tu jelah.Sengeh macam kerang busuk!
“Mas, apa pasal awak tak bagitahu saya Mimi datang?”bisikku pada Mas.Secretary aku.Dia pun
komplot dengan aku.Haha!

“Tak sempat la Encik.Tiba-tiba dia dah terpacak depan saya,”

“Aduh! Habis macam-mana sekarang?”

“Encik layanlah dia.”

“Oh..no! Saya tak boleh! Saya elergik dengan orang perempuan yang nama dia
Mimi.Kalau saya duduk dekat dengan mereka nanti badan saya bengkak-bengkak.”

Kening Mas berkerut. “Penyakit apa tu Encik?”

Aku angkat bahu.Sengaja menyakat Mas. “You tolong I uruskan dia ya?Thanks Mas!”

“Eh! Encik Hafiy nak kemana?”


Dari jauh aku melihat Halil dan Seha begitu mesra berpegangan tangan menuju ke pintu masuk
restoran. Aku yang duduk betul-betul ditepi cermin kaca restoran hanya memandang gelagat
mereka.Aku jadi bangga dengan Halil.Walaupun sudah lebih lima tahun kahwin dan sudah
punya dua cahaya mata namun kasih sayangnya pada Seha masih tak ada bezanya dengan
keadaan mereka 7tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Universiti.

“Hai Fiy!”tegur Seha sambil duduk di sisi suaminya.

“Hai!”aku membalas senyuman Seha.

“Dah berapa lama kau lepak sini?”tanya Halil.

“Baru je..”

“Baru ke dah setengah jam?Eleh! Kau ingat aku tak tahu ke kau cabut dari Mimi?Kasihan
dia Fiy, tunggu dibilik kau sorang-sorang,”

Aku mengeluh.Bukan sengaja aku buat Mimi macam tu tapi...ah! Aku sendiri tak tahu kenapa
aku rasa begitu sukar didekati wanita.Nak lagi dengan Mimi..

“Aku rasa lebih baik aku keluar dari duduk dengan Mimi.Biarlah dia fikir yang bukan-
bukan tentang aku asal dia tak terus menaruh harapan macam tu,”

“Eh!Lain macam aje bunyinya Fiy?”Seha bersuara.

“Taklah..dari aku layan lebih baik aku menghindar.Jauh dari gosip,jauh dari syak
wasangka hati dan perasaan,”luahku.

Benar..aku fikir kalau aku jauhkan diri mesti Mimi faham yang aku belum sedia didampingi.
Oleh itu aku berharap moga-moga dia faham maksudku. Aku memerhati gelagat pasangan
suami isteri dihadapanku yang sibuk memilih menu tengahari mereka.

“Hmm..pilih ejelah! Nak romantik-romantik depan aku pulak!”perliku.

Seha dan Halil ketawa. “Hey!Takkan cemburu?”usik Seha.

“Me? Cemburu? Oh! No..”

Sekali lagi aku melihat Seha dan Halil ketawa.Hah! Sepadanlah diorang ni.Suka na
gelak! “Kau kalau teringin nak happy-happy macam kami,carilah pasangan.Kau tahu, hidup kita
akan lebih bahagia kalau ada orang yang tersayang disisi tau!” Halil memulakan bebelannya.

“Yelah.Betullah tu..Tapi bila kau sebut pasal orang tersayang aku jadi rindu pada orang
tersayang aku.”

“Siapa orang tersayang kau?”tanya Seha.


“Bonda,Ayah,adik-adik aku...”

“Laaa..itu memang memang lah kena sayang! Maksud aku tadi buah hati,kekasih,orang
yang kau cintai.Ada?”Halil memandang wajahku sekilas sebelum menyedut jus apple yang di
ordernya.

“Ha..tu belum ada.”

“Bila nak cari?”soal Seha.

“Cari?Malaslah... aku lebih suka hidup single macam ni,”

“Kau tahu Fiy, ada budak pejabat kita yang panggil kau gay tau.”cerita Halil.

Hampir tersedak jus oren yang kusedut.Buntang biji mataku memandang Halil. “Siapa
yang buat cerita?”

“Ramai..nak dikatakan separuh agaknya dari staff dipejabat tu panggil kau macam tu,”

“Sebut siapa nama dia?Biar balik ni aku hentak kepala dia dengan kayu hoki,”marahku.

“Hey! Rileks man... ala, tak payahlah kau ambil port apa diorang cakapkan tu.Buat tak
tahu sudah.”pujuk Halil.

“Buat tak tahu kau kata?Habis mereka dah jatuhkan maruah aku tu takkan nak biarkan
aje? Suka-suka hati nak gelarkan aku gay,”

Halil dan Seha tersenyum-senyum melihat aku yang sedang geram,marah,menyampah!


Ah! Kalaulah aku tahu siapa punya cerita memang habislah aku kerjakan dia!

“Dah,jangan marah-marah.Kita makan dulu,”kata Halil sebaik sahaja makanan pesanan


kami sampai.Aku memandang pinggan berisi nasi goreng paprik pesananku tadi.Tiba-tiba aku
jadi hilang selera.

Selesai makan tengahari aku naik kembali ke pejabat.Waktu lunch hour dari jam 12.30 – 2.00
petang. Masih berbaki 30minit aku seperti kebiasaan menuju ke surau pejabat.Mahu menunaikan
solat zuhur. Halil mungkin lambat. Tadi dia dan Seha masih berbual dilobi bawah.

Selesai solat aku menuju ke ruanganku. Kiri kanan ruang pejabat masih lengang.Mungkin staff
yang lain masih keluar makan agaknya. Langkahku yang tadi laju semakin perlahan bila aku
terdengar ada suara-suara yang sedang berbual sambil ketawa di ruang rehat pekerja.

“Korang tahu,tadi Cik Mimi kita tunggu lama tau dalam bilik dia.Tapi kesian, sebenarnya
dia dah cabut keluar senyap-senyap,”

“Ish! Kesianlah Cik Mimi,”sahut dua tiga suara yang menjadi pendengar.
“Tulah..kenapalah dia jatuh cinta pada lelaki yang tak ada perasaan pada perempuan.
Kalaulah dia suka dekat aku..huh! Aku akan layan dia macam tuan puteri .Dahlah cantik, kaya,
manja pulak tu. Siapa tak mahu beb! Orang yang tak normal je yang tolak mentah-mentah.”

“Aku sure dia single sebab aku tak pernah tengok dia keluar dengan perempuan.Aduh!
Kalaulah dia betul-betul gay...kesiannya! Muka dahlah handsome tapi...”

“Eh! Betul ke yang Encik Hafiy tu gay?Aku macam tak percayalah!”

“Hek eleh kau ni... cuba kau tengok dia betul-betul.Mana nak berbual dengan kita
perempuan-perempuan ni.Kalau ada pun Cuma dengan Mas secretary dia atau Kak Seha isteri
Encik Halil.”

“Cik Mimi yang cantik macam JLo tu pun dia tolak.Apa maknanya tu?Lagi satu, dia
setiap masa aku tengok asyik berkepit dengan Encik Halil kan? “

“Ha’ah la...” sahut dua tiga suara yang tadi diam.

Aahh! Aku sudah hilang sabar. Sengaja aku menolak kasar pintu bilik rehat.Terbelalak mata
mereka-mereka memandangku yang berdiri menyilang tangan dihadapan mereka.

“Apa pasal diam?Ceritalah lagi,”tegurku.

“Err..Encik Hafiy..hmm..kami. Kami..sebenarnya..”Shauki tergagap-gagap bersuara.

“Kamu sebenarnya apa?!”tanyaku dengan nada marah.

Mereka semua diam membisu sambil tunduk memandang bumi.Hatiku jadi semakin
sakit! “Cakaplah apa yang kamu nak tanya tadi?!”marahku.

Shauki dan 3 orang teman-temannya terkejut.Tu baru sikit aku sergah. Ingat aku ni apa?
Bekas Kapten KRS dan 3 tahun berturut-turut menyandang gelaran Ketua Pasukan Terbaik
antara sekolah-sekolah tahu!

“Hmm..sebenarnya kami musykil.Betul ke Encik Hafiy ni gay,”Rokiah bertanya


mewakili Shauki.

“Kalau ya kenapa?Is that your problem?”

Empat orang staff bawahan ku itu berpandangan antara satu sama lain. Aku mendengus.
Marah! Sebaik sahaja aku berpusing mahu kembali kebilik aku hampir terlanggar Halil yang
entah sejak bila ada dibelakangku.

“What?”soalku pada Halil bila dia menjarakkan posisi duduknya ketika dalam bilik
perbincangan.
Dia tersenyum tipis. “Betul ke apa yang kau kata tadi Fiy?”soalnya.Huh! Ni sorang lagi..

Aku garu kepala. “Kenapa?Takut?Atau nak rasa ciuman aku?”aku bangkit mendekati
Halil sambil memuncungkan bibir seolah-olah mahu menciumnya.

Halil segera bangkit menuju ke muka pintu.Mukanya pucat lesi.Hahaaa..!! “Kau biar
betul Fiy,”katanya. Aku ketawa.

“Lil,berapa lama kau kenal aku?”

“7 tahun,”

“Habis dalam masa 7 tahun tu kau masih tak kenal siapa aku?”Halil terdiam.Aku pasti
dia sedang memikirkan sesuatu.

“I’m so sorry Fiy..Aku dah berfikiran buruk pada kau,”Halil kembali duduk disisi
kananku.Bahuku dipeluk tanda memujuk barangkali.

“Ah! Sudahlah kau! Dahla...duduk jauh-jauh sikit.Nanti tak pasal-pasal aku kena gosip
dengan kau lagi,”aku menolak kerusi Halil.

Halil ketawa.Sebaik sahaja 2 orang pegawai masuk di bilik mesyuarat aku lihat Halil
masih belum reda dengan gelaknya.Walaupun tak berbunyi namun bahu dan badannya yang
bergoyang-goyang jelas menunjukkan rasa geli hatinya tidak dapat ditahan-tahan.Huh!Lantak
kaulah!

“Abang Hafiy sayang..!”

Dia datang lagi!!! Aku menggaru kening.Wajah Mimi sudah tersembul dimuka pintu. Ku
paksa bibir ini supaya senyum walaupun sebenarnya aku gelisah melihat dia datang.

“Tak nak ajak Mimi duduk?” manja sekali suaranya.

“Eh! Duduklah..” eleh! Ngada-ngada! Selama ni boleh je duduk sendiri hari ni pulak nak
manja-manja dengan aku.

“Abang sibuk?”suara manja plus gedik-gediknya kedengaran lagi.

“Takla..kenapa?”

“Saja tanya.Abang kenapa suka lari dari Mimi? Mimi ni tak cantik ke?Tak suka ke
dengan Mimi ni?” tanya Mimi sambil menarik kerusi lalu duduk disisiku.Jarak kami sangat
hampir hingga kadangkala aku boleh merasai deru nafasnya.

Adeh! Apa pulak ni? Nak goda akulah tu! Ya ALLAH!! Lindungilah aku dari termakan
godaan nafsu serakah! Bisikku.
“Hmm..Mi,tak eloklah kita duduk macam ni,”aku menjarakkan tubuhku.

“Alaaa.. abang nih!”Mimi merajuk.

Huh! Ingat aku nak pujuk? Wekkk!!

“Abang, kita keluar jalan-jalan nak?Mimi teringin sangat nak tengok wayang dengan
abang,” pujuk Mimi lagi.

Aku bangkit menuju ke sofa.Panas duduk dekat dengan Mimi.Tapi Mimi tetap
membuntutiku. “Kalau pergi wayang nak tengok cerita apa?”tanyaku.

Bibir Mimi tersenyum. “Kita tengok Jin Notty nak?” Keningku berkerut.What?? Cerita
Mawi tu?? Alaaa.... biar betul budak ni!

“Hmm..tak minatlah.”

“Alaa...ada Mawi berlakonlah abang.” Ah! Peduli apa aku Mawi ke Abon ke aku tak nak!

“Ok,Ok...abang bagi cadanganlah nak pergi mana,”

“Masjid nak?”

“Alaa..abang ni nakallah! Masjid pulak.”Mimi ketawa mengekek.Hai! dia kata aku


nakal?Aku ajak pergi masjid lah! Kalau aku ajak pergi pub tu bolehlah dia kata aku nakal.

Aku melihat cara pandangan mata Mimi lain.Seolah-olah ada maksud yang tersurat dan
tersirat. Ah! Aku tahu perasaanmu tapi, maafkan aku Mimi.

“Mi,”tegurku bila tangannya melingkari pinggangku.Kepalanya sengaja dilentokkan


kebahuku.

“Mimi, kita orang Islam.Haram buat macam ni,”

Aku bangkit lalu duduk bertinggung diatas meja tugas sebelum itu sempat aku membuka
luas pintu bilik.Sengaja mengelakkan fitnah juga dengan cara ini barangkali akan membuatkan
Mimi rasa segan buat benda yang bukan-bukan.

“Abang tahukan Mimi suka abang?”

Dia berdiri dihadapanku. Aku terdiam.Wajahnya ku pandang. Dia wanita sempurna bagi
lelaki yang cintakan kejelitaan.Tubuhnya tinggi lampai, kulit kuning langsat,berwajah pan-asia
kerana Mamanya orang Jerman.Segalanya ada pada Mimi namun... padaku kecantikan bukan
tiket untuk hidup bahagia.

“Abang..”
“Mi, sebenarnya abang nak minta maaf.Abang bukan menolak cinta Mimi. Tapi,abang
harap Mimi faham..abang belum bersedia untuk bercinta.”

“Pada abang cinta itu adalah tanggungjawab.Abang tak mahu berjanji dan abang tak
mahu berkasih.Kerana itu semua salah.Haram!Kalau suatu hari ALLAH kata inilah wanita yang
dihadiahkan buat abang, Insyaallah abang akan terus pinang untuk jadikan dia yang halal bagi
abang.Tapi,selagi ALLAH tak bukakan pintu hati abang untuk menerima cinta selagi itulah
abang begini.Maafkan abang Mimi,”

“Mimi cantik.Abang yakin ramai diluar sana yang minat pada Mimi.Ramai yang
mengharap cinta Mimi.Tapi bukan abang..”bisikku.

Aku lihat ada airmata yang telah gugur dipipinya.Ya ALLAH ampunilah aku kerana
menghancurkan keinginannya.

“Tapi Mimi hanya nak abang,”

Aku tersenyum. Dia seperti adikku sendiri.Mungkin kerana tidak matangnya pemikiran dia
nekad berterus-terang.Dia muda 5 tahun dariku.Baru selesai pengajian di kolej dan boleh
dikatakan setiap hari dia datang ke pejabat.Dari situ kami bertemu.Datuk Jamil juga sudah
beberapa kali cuba mengatur supaya aku dan anaknya itu berteman tapi..ah!

“Mimi Suzanna .. cinta tak boleh dipaksa.Kalau sekalipun abang terima Mimi tapi
perasaan cinta itu tak ada,tak ada maknanya.”

“ Habis cinta Mimi pada abang macam-mana?”

Aku menghela nafas.Wajahnya ku pandang dalam-dalam. “Alihkanlah cinta Mimi pada


abang dengan cintakan DIA.Sesungguhnya menyintai DIA lebih terasa nikmatnya.Dan berdoalah
agar ALLAH memberikan perasaan cinta Mimi itu pada lelaki yang ikhlas mahu memiliki
Mimi,”

Mimi menangis lagi.Ah! Hatiku jadi sebak melihat gadis itu menangis dihadapanku. Salahkah
aku berterus-terang begitu Ya ALLAH?

Saat itu tiba-tiba lagu dari Kerispatih bertajuk ‘Tapi bukan aku’ kedengaran sayup-sayup
ditelingaku.Khasku kutujukan buat Mimi,bisik hatiku.

“Apa kata mulai hari ni Mimi jadi adik abang?Dalam masa yang sama kita saling akan
memiliki. Abang ada Mimi sebagai adik dan macam tu juga Mimi?”aku cuba memujuknya.

Lama dia terdiam.Dah akhirnya dia mengangguk perlahan-lahan. Aku tahu dia anak yang
baik. Aku juga tahu dia masih naif dengan dunia cinta.Tapi Alhamdulillah hatinya lembut
menerima penjelasan.Aku takut juga kalau dia melenting atau buat benda yang bukan-bukan
tadi.Tapi.. Alhamdulillah!Dia bisa menerima kata-kataku.
Tanpa aku sedar ada telinga-telinga yang mendengar perbicaraan kami.Siapa?
Halil,Mas,Datuk Jamil pun ada? Huh! Staff pun pasang telinga.Ah! Salah aku juga..tadi buka
pintu kan dah didengar semua orang.

Tapi, ah! Biarlah diorang dengar! Biar jauh dari fitnah.Bila aku keluar dari bilik semua
mata memandangku.Macam-macam reaksi ada.Entahlah! Budak yang kata aku gay semalam pun
buat muka sedih.Ah! Dia pulak yang Emo!

“Aku tabiklah dengan falsafah cinta kau!”tiba-tiba Halil bersuara.Aku menoleh.Dia


duduk bersila disisiku sebaik sahaja kami selesai solat Asar di surau.

“Ah! Falsafah apanya?Tak payah tabik-tabiklah!”

Dia tersenyum. “Serius! Ni first time aku dengar kau luahkan segala perasaan kau.Selama 7
tahun aku tak pernah dengar sekalipun kau bercerita tentang hati dan perasaan kau.Tu yang buat
aku terhalu,pilu dan syahdu,”

Aku diam.Kepala ditundukkan memandang tikar sejadah. Apa yang kuluahkan tadi bukan untuk
halwa telinga tapi itulah hakikat yang nyata ku semai sejak dulu.Rahsia hati!

“Well, Kes aku dan Mimi dah selesai.So lepasni no Mimi,Mimi lagi OK?”sengaja aku
menceriakan kembali suasana.Halil tersengeh.Bahuku dutepuk beberapa-kali.

“Bapak si Mimi tu tadi terharu giler aku tengok muka dia!”Mataku membulat.Huh!
Betullah Datuk Jamil pun ada tadi.Peh! Malunya....

“Dia tak cakap apa-apa?”

“Tak.Tapi aku rasa dia pun tabik dengan kau,”

“Ah! Setakat tabik je buat apa?”

“Habis kau nak apa?”soal Halil.

“Naik gaji ke?”

“Huh! Banyaklah kau naik gaji! Tulah dulu dia beria-ia nak jadikan kau menantu dia kau
tak nak!” perli Halil.

“Dahlah kau!Malas aku layan!”

Aku cuti 2 hari. Bonda nak buat kenduri doa selamat sempena adik aku yang bongsu nak SPM
tahun ni. Mak kata nak jemput saudara jauh.Dari kajang.Saudara sebelah ayah.Dulu masa aku
kecik-kecil selalu juga Pak Haji Alias kemari.Tapi sejak isterinya meningga 10 tahun lalu dia tak
lagi datang bertandang kerumah kami.Ayah ada juga ke Kajang masa kahwin anak sulungnya
tapi aku tak pernah ikut.
Aku pulang ketika rumah sedang sibuk.Hmm..semua sedang buat persiapan kenduri lepas
maghrib malam ni.Aku bukan taknak balik awal.Ini pun nasib baik Datuk Jamil nak bagi cuti 2
hari kalau tak, tak baliklah aku!Pak Haji Alias duduk disisi ayah.Sedang rancak berbual tatkala
ku hulurkan tangan bersalaman dengannya.

“Pak Aji sihat?”

Giliran dia tersenyum. “Orang tua Fiy.Sakit-sakit tu biasalah,”jawabnya.

Aku nampak urat-urat tangannya yang timbul kelihatan kebiru-biruan. Lengannya juga sudah
bergelembir tanda dia sudah semakin tua.

Pak Haji Alias ada anak 3 orang anak.Anaknya yang sulung Mohd.Azmar sudah mendirikan
rumah tangga.Anaknya yang kedua dengar cerita bekerja di Singapura.Anak yang bongsu pula
muda 4 tahun dari aku.Satu-satunya anak perempuan Haji Alias.

Aku selalu main dengan anak perempuan dia tu.Kadang-kadang aku dukung dia bila dia penat
berjalan. Masa arwah datuk ada dulu mereka selalu datang kampung.Sure mereka sekeluarga
tidur dirumahku.Heh! Yang lawaknya... anak kecil dia tu selalu merengek nak aku dodoikan dia
tidur.Kadang-kadang dengan aku aku sekali terlelap.

“Fiy nanti dulang-dulang ni bawa ke belakang ya?”suruh Ayah.Aku urut dada.Terkejut!


Tengah syok mengelamun tiba-tiba kena sound dengan suara garau ayah.

Aku pandang dulang-dulang yang ada dihadapan mata.Banyaknya! Aku melilau memandang kiri
kanan.Cari Faiz adikku.Ambooii! Sedapnya dia bertenggek atas motor sambil berbual-bual
dengan kawan-kawan dia.Orang buat kenduri dia tapi dia pulak malas nak tolong.Nanti kau!

“Faiz!!”jeritku.

Faiz menoleh.Keningnya berkerut. Kepalanya diangkat tanpa menyoal. “Sini kau! Kerja
banyak ni tak nak tolong pun kan?”

Faiz berdecit.Mulutnya dijuih.Lambat-lambat dia mengatur langkah mendekatiku.


“Angkat mangkuk-mangkuk ni kebelakang.”suruhku.

“Abang buat apa?”tanya Faiz.

“Aku angkat dulang-dulang ni.Kenapa?Nak buat semua boleh jugak.”

“Eh! Apa pulak! Buat sama-samalah.”Kata Faiz sambil terkial-kial mengangkat mangkuk
dan pinggan-pinggan kotor.

“Allahuakbar!”aku tanpa sengaja melanggar seseorang dibelakangku.

“Maafkan saya...”katanya.
“Tak.Saya yang salah.Jalan tak pandang kiri-kanan,”jawabku.

“Ya ALLAH.. baju awak kotor.”katanya sambil jari telunjuknya dituding ke arah bajuku
yang terkena kuah lauk.

“Sikit je.Tak apa,”

“Saya minta maaf sangat,”katanya lagi.Aku tersenyum.Lalu mengangguk dan berlalu ke


belakang.Namun setelah beberapa langkah berjalan aku menoleh kembali ke arah dia.Keningku
berkerut. Siapakah dia?

Kerja-kerja mengemas selesai lewat jam 11.00 malam. Aku benar-benar keletihan.Aku lihat
kakakku Linda sudah sibuk menidurkan 3 orang cahaya matanya.Abang iparku masih dibelakang
bersama Faiz.Berbual dengan dua tiga orang jiran.

Adikku Najiha sudah terduduk berlunjur kaki.Penatlah tu! Aku tersenyum lalu sengaja aku
melanggar kakinya. “Abang! Jahatlah!”jerit Najiha.

Aku ketawa.Suka aku menyakatnya. “Buat kerja sikir dah penat?”

“Eh! Hello? Kerja sikit apanya?Dari pagi tadi tau Jiha non-stop buat itu ini.Abang balik
lambat kenapa?Nak mengelatlah tu!”

“Eh! Hello? Abang kerjalah pagi tadi.Tapi buat half day je.Lepas solat jumaat tadi abang
terus la drive balik,”ceritaku.

“Jiha, kenal tak kakak yang pakai tudung warna putih tu tadi?”tanyaku.

“Kakak tudung putih?Siapa?”

“Alaa..tadi ada.Dia pakai tudung putih dengan baju kurung biru.Kenal tak?”

“Ooo..kakak tu! Dia anak Pak Ajilah.Takkan abang tak kenal?” Anak Haji Alias?Biar
betul?

“Hafiy!”tiba-tiba suara bonda memanggilku.

“Dah! Abang pergi cepat.Bonda nak bincang pasal majlis pertunangan abang tu,”

“What?Pertunangan apanya ni?”keningku berkerut.

“Alaaa..abang pergi jelah sana.Nanti taulah apa bonda nak cakap,”

Aku masih memandang Najiha.Dia tersengeh-sengeh sambil mengenyit-ngenyit mata ke arahku.


Keningku masih berkerut.Bertunang?Plan apa lagi ni??
Aku duduk disebelah ayah.Disisi kananku bonda dan dihadapanku Pak Haji Alias.Disuatu sudut
tidak jauh dari kami bertiga aku lihat ada seorang gadis disisi kak Linda.Dia kelihatannya begitu
mesra melayan Iman dan Aisya yang dari tadi tak juga mahu tidur-tidur. Aku menggamit jari ke
arah Haqim yang sejak tadi berbaring seorang diatas sofa.Dia meluru memelukku.Aku ketawa
senang.

“Macam nilah dulu Atiqah dengan Hafiy.Manja bukan main mereka dulu ya abang
Aji,”bonda bersuara.

Kedengaran Haji Alias ketawa kecil. “Dah macam kembar,”katanya.Bonda dan ayah
ketawa serentak.

Aku pandang Kak Linda.Aku angkat kepala tanda menyoal.Dia jungkit bahu tanda tak
tahu.Huh! Menipulah tu! Aku tahu dia,ayah dan bonda mesti ada agenda yang tersembunyi!

“Yang paling aku ingatkan Yah, Hafiy ni selalu dukung Atiqah.Kemana pergi dibawanya
Atiqah,”

Aku hanya pasang telinga.But,no komen!

“Bukan tu je bang Aji.Kalau nak tidur tapi tak ada abang Hafiy dia ni,merengek tak
berhenti!” usik bonda.

Ayah mengangguk-ngangguk mengiakan kata-kata bonda.Haji Alias ketawa kecil.Sesekali aku


perasaan ada mata yang memerhatikan aku.Ah! Sudah! Ni macam kes nak kenan kan aku dengan
....

Aku angkat muka mencari gadis itu.Seketika tanpa sengaja mata kami bertembung.Namun tidak
lama.Dia segera menundukkan kembali wajahnya.Aku rasa macam kena sambar petir pun ada!
Betulkan dia Nurul Atiqah gadis kecil yang dulunya aku sayangi?

“Ayah dan bonda sebenarnya ada benda yang nak dibincangkan?Tapi,ayah nak abang
tahu segalanya yang kami bagitahu ini cuma perancangan.Segalanya terserah pada abang,”

“Bincang apa ayah?”tanyaku.

“Bonda dan ayah nak pinangkan Atiqah untuk kamu.Tapi macam yang ayah cakap,
segala keputusan ditangan kamu.Ayah dan bonda tak memaksa,”begitu lembut suara ayah
berbicara.

Aku pandang wajah bonda. Bonda tidak menunjukkan sebarang reaksi.Jernih wajahnya terasa
sejuk hingga ke hati. Aku pandang wajah Haji Alias.Dia juga begitu.Aku melepaskan satu
hembusan nafas yang panjang.Aku tidak berani memandang Atiqah.Sungguh! Aku takut pada
panahan cinta tatkala mataku bertentangan dengan matanya nanti.
“Boleh bonda dan ayah bagi abang masa?”pintaku.

“Pak Aji..Hafiy minta masa boleh?”aku pinta keizinan darinya juga.Dia mengangguk lalu
tersenyum memandangku.

Aku lihat Atiqah bangkit.Aku rasa inilah masanya untuk aku berbual dari hati ke hati dengannya.
Aku minta izin Haji Alias menuruti Atiqah ke pangkin di halaman rumah.

“Assalamualaikum Kakak tudung putih,”sengaja aku mengusiknya.

Aku nampak dia tersenyum namun manis senyumannya dilindung dek wajah yang tertunduk
memandang bumi.

“Tiqa ingat abang lagi?”tanyaku.Dia mengangguk.

“Abang tadi kalau bukan Jiha yang cakap mungkin abang dah lupa yang ni
Atiqah,”ceritaku.Dia tersenyum lagi.

“Hmm..pasal apa yang dibincangkan tadi....”

“Abang, Tiqa tak mahu dengar apa jawapan abang sekarang.Ambillah masa berfikir.
Kalau sudah cukup waktunya jumpalah Abi.Dialah orang yang sepatutnya mendengar apa
jawapan abang bukan Tiqa,”suara halusnya bersuara.

Aku sekali lagi menghela nafas.Sebuah jawapan yang mengundang titik senang dihatiku. Ya
ALLAH.. mengapa aku selesa disisinya? Ya ALLAH.. andai sahaja malam ini dengan takdirmu
aku jatuh hati..maka aku mohon barakahilah perasaan ini.

Aku pohon dia Istiqarah.Aku juga mohon agar dia bersabar.Kalau benar ada jodoh antara kami
Insyaallah..yakinlah dengan janji ALLAH.

Hari berganti hari.Masa bergerak begitu pantas dan hari ini dengan rahmatNya aku dihijab
-kabulkan dengan gadis yang ku pilih.Nurul Atiqah bt Hj.Alias... nama yang selama ini tidak
pernah terlintas dibenakku untuk menjadikan dia penyeri hidupku.

Aku memandang wajahnya yang sengaja ditundukkan.Aku tersenyum bila melihat alis matanya
bergerak-gerak.Ku paut dagunya.Sekali lagi aku senyum.Sengaja dia memejamkan mata.Malu
barangkali.Ah! Atiqah..

“Nurul Atiqah..”panggilku.

Perlahan-lahan aku melihat matanya terbuka luas.Sinar matanya mambuatkan hatiku semakin
tertawan.Indahnya gadis tatkala dia benar-benar menjadi yang halal bagi seorang lelaki.
“Sebelumnya abang mohon maaf, kalaulah ada selama kita berumahtangga abang lalai
jadi abang minta Tiqa tegurlah abang.Andai selama kita hidup bersama abang khilaf, Tiqa
bimbinglah abang.Dan seandainya selama kita masih cinta dan abang susah Tiqa bantulah
abang.”bisikku.

Aku lihat ada airmata jatuh perlahan-lahan dipipi mulusnya. “Abang, selama Tiqa masih
bergelar isteri pada abang pukullah Tiqa kalau Tiqa buat salah atau mengaibkan abang,”
balasnya.

Kini giliran aku tertunduk.Hatiku sayu.Syukur Ya ALLAH..Kau hadiahkan dia buatku..!


Dahi dan kedua-dua belah pipinya ku kucup.Dalam hati aku berjanji akan selamanya aku
menyintainya keranaMu Ya ALLAH.

“Abang, fon tu tak nak angkat?”

Keningku berkerut.Ah! Kacau betullah! Siapa pula nih! Aku baru nak romantik-romantik
pun tak senang! Nama Halil tertera di skrin telefon bimbitku.

“Ya Lil?”

“Oi! Pengantin..sorrylah kalau aku mengganggu,”

“Memang kau kacau aku pun.Hah! Nak apa?”

“Ni..tadi adik angkat kau tu call aku, dia tanya boleh tak dia datang majlis kau?”

“Eh! Datanglah..kan aku dah jemput.Kenapa nak main tanya-tanya pula?”

“Yelah! Dulukan kau elergik perempuan nama Mimi.Takut badan bengkak-bengkak!”aku


gelak. Halil..kurang asam kau!

“Oh! Sekarang aku dah ok.Tapi dah elergik nama Nurul Atiqah pulak.”sengaja aku
berseloroh. Halil ketawa besar sampai aku terpaksa merenggangkan jarak telefon dengan
telinga.Huh!

“Ha..gelaklah gelak! Dahlah.. Aku busy ni.Bye!”terus aku matikan telefon.Nurul Atiqah
ketawa.

Aku genggang jari-jemarinya.Saat itu aku rasa akulah manusia paling bahagia.Hari ini sepuas-
puasnya wajah Atiqah ku tatap. Tiada lagi halangan, tiada lagi dosa. Pipi gebunya menarik-narik
perasaanku untuk mengucupnya lagi. Dan tatkala bibirku hampir menyentuh pipinya....

“Hafiy!! Tolong bonda angkat kuali ni kejap!”

“Alaaa...bonda ni!”rungutku.Atiqah menekup mulut.Ketawa lagi.