Anda di halaman 1dari 3

Karangan Contoh - Aktiviti Gotong-royong Masyarakat Melayu memang kaya dengan peribahasa.

Salah satuperibahasa yang harus tersemat dalam jiwa masyarakat kita yang saban hari sibukdengan urusan harian ialah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Peribahasa ini jelas mengambarkan betapa pentingnya semangat gotongroyongdalam melahirkan masyarakat yang sentiasa hidup saling membantu. Pada minggu yang lepas, kawasan kediaman saya telah mengadakan aktivtigotong-royong yang melibatkan semua penduduk taman perumahan saya. Sejakawal pagi lagi sebelum fajar menyingsing, kami telah berkumpul di dewan orangramai. Masing-masing telah membawa peralatan yang akan digunakan untukmenjalankan kerja-kerja membersihkan kawasan persekitaran. Sebelum memulakan kerja, Pengerusi Persatuan Taman Bintang sempatmenyampaikan sepatah kata dua. Beliau merakamkan rasa syukur beliau keranadapat mempertemukan penduduk daripada berbilang bangsa di bawah satubumbung untuk bersama-sama menjalankan aktiviti yang mendatangkan banyak maslahat (faedah) ini. Sejurus selepas ucapan beliau, aktiviti gotong-royong pun bermula. Penduduk kami menjalankan kerja-kerja membersihkan dan mengindahkankawasan taman perumahan dengan begitu gembira dan bersungguh-sunnguh.Sementara itu, beberapa orang kaum wanita pula sibuk menyediakan hidangantengah hari untuk kami. Kami berkerjasama bagai aur dengan tebing supaya kerja-kerja yang diagihkan tadi dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Kira-kira jam 12 tengah hari, kawasan taman perumahan kami kelihatanbegitu bersih dan ceria. Walaupun kepenatan dan keletihan, namun kami tetapberasa gembira kerana taman perumahan kami kini telah berubah wajah. Kamiberharap aktiviti gotong-royong ini dapat diteruskan sampai bilabila masa keranaamalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang dek panas.

Karangan: Pengalaman Menghadiri Gotong-Royong Ceritakan pengalaman kamu menghadiri kegiatan gotong-royong di kawasan perumahan kamu. Aku berasa sangat teruja kerana pagi esok aku akan membersihkan taman yang terletak berdekatan rumahku. Aku berasa bangga kerana semua penduduk mengambil bahagian. Aku juga berharap ia akan berjalan dengan lancar. Keesokan pagi, aku bangun awal dan membawa peralatan untuk membersihkan taman. Aku berpakaian sukan dan berjalan bersama-sama rakanku, Humaira. Dia juga membawa peralatan yang sesuai. Kami berjalan sambil berbual-bual. Sesampainya aku di taman, semua orang turut membawa peralatan meraka seperti pencakar, plastik hitam, sarung tangan dan sebagainya. Para ibu pula membawa makanan dan minuman serta cawan polisterin dalam jumlah yang banyak. Kami semua berkumpul di kawasan lapang untuk mendengar taklimat daripada penghulu kampung. Beberapa minit kemudian, penghulu kampung pun tiba. Kami diberi taklimat berkenaan aturcara aktiviti gotong-royong. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami memulakan operasi membersihkan kawasan perumahan. Semua orang berpecah menuju tempat tugasan masingmasing. Aku dan rakan-rakanku ditugaskan untuk mengutip tin-tin minuman dan plastik-plastik yang berada di merata tempat. Aku dan rakan-rakanku terbongkok-bongkok memungut sampah. Sampahsarap tersebut boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes yang membawa maut. Aku melihat sekeliling. Semua orang tekun melaksanakan tugasan yang diberi. Beberapa orang pemuda sedang membersihkan longkang. Segelintir mereka pula sedang mencantas beberapa dahan pokok yang hampir terkena kabel elektrik yang boleh mengundang bahaya. Sesetengah mereka pula sedang mengemop lantai balai raya yang sudah berhabuk dan pastinya bersawang. Tong-tong sampah pula dibersihkan sepenuhnya agar tidak berbau busuk yang menusuk ke dalam hidung setiap penduduk. Rumput-rumput yang selama ini bermaharajalela sudah tidak mengganggu panorama indah taman. Kolam ikan yang berlumut dibersihkan. Bunga-bunga disiram manakala alas pasunya dicuci. Beberapa jam kemudian, kerja-kerja kami telah pun selesai. Tiada lagi sampah-sarap, rumput yang panjang dan sebagainya. Kami menghela nafas lega. Taman kami telah menjadi bersih dan sedap mata memandang. Sebelum pulang, kami menikmati hidangan tengah hari yang disediakan oleh para ibu. Selesai menjamu selera, kami mengemaskannya lalu pulang ke rumah masing-masing. Sebulan kemudian, taman kami diiktiraf sebagai taman terbersih di daerah Johor Bahru. Usaha kami tidak sia-sia malah menghasilkan hasil lumayan.

Kebaikan Gotong-royong dalam Masyarakat Gotong-royong bermaksud sesuatu aktiviti masyarakat yang dijayakan dengan konsep kerjasama, tolong-menolong dan bermuafakat. Amalan bergotong-royong dapat meringankan kerja-kerja yang hendak dilakukan. Sesuatu kerja yang berat seperti mengadakan majlis kenduri-kendara, mengurus kematian dan membina jambatan dapat dilakukan dengan mudah. Gotong-royong ini juga dapat menjimatkan masa wang. Apabila sekumpulan anggota masyarakat melakukan sesuatu kerja,kerja itu dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Semangat gotong-royong juga dapat menyemai benih-benih perpaduan dalam kalangan masyarakat.Pada zaman moden ini, penduduk Bandar sibuk dengan tugas seharian sehingga jiran di sebelah rumah pun tidak dikenali.Tetapi, semangat gotong-royong dapat mengelakkan keadaan ini. Kehidupan masyarakat akan bertambah sejahtera melalui amalan gotong-royong ini.Ini adalah kerana sikap bertanggungjawab dan tolak ansur dapat dipupuk melalui aktiviti ini. Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing adalah dasar gotong-royong.Justeru itu, semangat bergotong-royong ini harus dipupuk sejak kecil lagi dalam diri setiap insan.Ini akan mewujudkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab di hari muka.