Anda di halaman 1dari 14

B6 d4 e1 SAINS

NAMA: NURDIYANA BINTI ZAZALI TINGKATAN: 2 ANGGERIK NAMA GURU: PN. FARAH AYUNI BINTI ZAKARIA

proses Rawatan Air


1.SUMBER AIR MENTAH

Sumber air mentah loji ini diperolehi dari Sungai Perak yang terletak berhampiran dengan loji. Air dari sungai dipam menggunakan empat pam selam yang setiap satu berkapasiti 1,110 m3 sejam. Air ini akan melalui beberapa peringkat proses rawatan sebelum dibekalkan kepada pengguna. Secara ringkasnya, proses rawatan air di loji ini adalah seperti berikut:

2.SARINGAN (SCREENING)

Air mentah akan melalui proses penyaringan di muka sauk (intake) untuk penapisan awal bagi mengasingkan bahan bahan fizikal seperti kayu, pasir, rumput rampai dll.

Sungai Perak - Sumber Air Mentah Untuk Loji Pembersihan Air Kampung Senin 3.Pengudaraan (Aeration)

Air mentah dipam ke tangki pengudaraan (cascade aerator). Di sini air didedahkan kepada atmosfera untuk meningkatkan kandungan oksigen dan juga akan menyingkirkan bau dan rasa pada air melalui proses pengoksidaan. Proses ini juga boleh mengoksida besi (feram) dan manganese terlarut kepada keadaan tidak larut dan mendak.

PENGUDARAAN

4.PENGENTALAN (FLOCCULATION)

Selepas pengudaraan, bahan kimia cecair tawas (liquid aluminium sulphate) didos ke dalam air mentah.Air seterusnya mengalir ke dua buah tangki pengentalan (flocculation). Tindakbalas kimia akan menyebabkan zarah zarah halus bercantum membentuk kentalan (floc) yang lebih besar dan berat.Aliran di tangki pengentalan adalah terkawal bagi memperolehi pengentalan yang optima. Kentalan yang terbentuk akan memerangkap bakteria dan warna yang terdapat pada air. Dos tawas yang digunakan perlu bertepatan untuk membentuk kentalan yang baik dan memudahkan proses pengenapan.

TANGKI FLOKULASI

5. PENGENAPAN (SEDIMENTATION)

Air yang mengandungi kentalan (floc) akan mengalir kedalam tangki pengenapan. Di sini kentalan kentalan yang telah bercantum menjadi besar dan berat akan mendap ke bawah tangki pemendapan (sedimentation tank) dan rnenghasilkan air yang jernih.

TANGKI PENGENAPAN

6. PENAPISAN (FILTERATION)

Seterusnya air akan mengalir ke tangki penapisan. Loji ini mempunyai 4 unit sistem 'rapid gravity sand filter' yang menggunakan pasir sungai sebagai bahan penapis. Air akan melalui pasir penapis dimana kentalan yang halus akan terperangkap pada pasir penapis tersebut. Paip-paip di bawah pasir penapis ini akan menerima air jernih yang telah ditapis. Untuk menjamin kualiti air, penapis pasir akan dicuci pada masa-masa tertentu. Proses pembasuhan (back wash) penapis di loji ini dikendalikan secara automatik.

TANGKI PENAPISAN 7. PENGKLORINAN (CHLORINATION)

Air yang telah ditapis akan mengalir ke tangki air bersih di mana klorin didoskan. Pengedosan klorin adalah untuk membunuh kuman serta mikroorganisma yang terdapat di dalam air agar air selamat diminum.
8. PENYESUAIAN PH (PH ADJUSTMENT)

Kapor terhidrat (Hydrated lime) digunakan untuk memastikan nilai pH air bersih adalah di dalam julat yang dikehendaki. pH air menjadi rendah semasa proses pengentalan kerana penambahan tawas. Oleh itu kapor didos ke dalam air bertapis untuk menaikkan semula nilai pH ke tahap yang dikehendaki. Nilai pH yang bersesuaian diperlukan kerana jika ia berasid (rendah) ia akan menghakis paip bekalan air dan jika beralkali, ia akan membentuk mendapan pada sistem bekalan air.
9. PEMFLUORIDAAN (FLUORIDASI)

Bahan kimia 'sodium fluoride' juga didos dalam air bersih. Fluorida didoskan untuk membantu menjaga kesihatan gigi pada kanak-kanak.

10.TANGKI AIR BERSIH

Air yang bersih akan disimpan di dalam tangki air bersih sebelum diagihkan.

11.PEMANTAUAN KUALITI AIR (WATER QUALITY MONITORING)

Makmal loji ini dilengkapkan dengan peralatan ujian kualiti air. Ujian kualiti air dijalankan keatas contoh air mentah, air mendap dan air bersih. Contoh air diambil setiap dua jam dan diuji dimakmal loji untuk memastikan air yang dibekalkan adalah mematuhi nilai piawai seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kualiti air untuk parameter pH, kekeruhan, baki klorin dan fluorida dipantau secara terus dengan peralataan ujian 'online'.

ALAT UJIAN KUALITI AIR 'ONLINE MONITORING WATER QUALITY'

12.SISTEM AGIHAN AIR

Dari tangki air bersih, air di pam ke Kolam Takungan Bandar Baru Seri Iskandar (kapasiti: 13.5 juta liter) yang terletak di kawasan tanah tinggi BBSl melalui paip air bergarispusat 750 mm sepanjang 9 kilometer. Dari kolam ini, bekalan air disalurkan ke sistem agihan air melalui paip bergarispusat 900 mm dan 700 mm. Kawasan bekalan bagi loji ini adalah meliputi keseluruhan kawasan Seri Iskandar termasuk UTP, UiTM, kawasan perindustrian BBSl, Felcra Nasaruddin, kawasan Bota Kanan, Lambor Kanan dan Pulau Tiga.

Gambar proses rawatan air

Sumber air

KAEDAH PENJIMATAN AIR


Sebagai pengguna yang bijak air harus dijimatkan.sebaik mungkin. Disini terdapat cara penjimatan air

BIJAK MENGGUNAKAN AIR MENGUNTUNGKAN ANDA

Selain daripada udara, air merupakan asas kehidupan manusia. Air amat berharga dan merupakan bahan yang sangat penting untuk kehidupan. Walau bagaimanapun ramai daripada kita yang tidak mengambil peduli akan kepentingan air.

Walaupun demikian, terdapat pelbagai cara kita boleh bertindak. Sebagaimana yang anda dapati tertera di bawah ini, penjimatan air adalah mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah memberi sedikit perhatian terhadap apa yang anda lakukan setiap hari. Walaupun negara kita menerima kadar air hujan yang tinggi, ini tidak bererti bahawa kita tidak akan menghadapi masalah krisis air. Pada tahun 1998 yang lalu, negara dikejutkan dengan masalah kekurangan air terutama di Negeri Selangor dan Melaka. Krisis air ini mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali pulih seperti sediakala serta menelan kos yang tinggi untuk menyelesaikannya.

Sekiranya tragedi begini berulang, kita mungkin terpaksa mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru yang amat tinggi kos pembinaannya.Sekiranya tragedi begini berulang, kita mungkin terpaksa mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru yang amat tinggi kos pembinaannya.

Oleh itu setiap kali anda menggunakan hos untuk mencuci halaman rumah, menyiram pokok, rumput halaman, atau ingin mengambil masa yang lama di dalam bilik mandi anda, atau menangguh pembaikan paip bocor anda, fikirkan kaedahkaedah yang dinyatakan di bawah ini. Ambil tindakan seperti yang disarankan. Dengan cara ini anda telahpun menyumbang kepada penjimatan penggunaan air yang amat berharga kepada semua kehidupan.

Purata satu tahun penggunaan air untuk sebuah rumah di Ipoh ialah 500,000 litres atau lebih kurang isipadu 10 buah kolam renang berukuran sederhana.

Carta 1 : Pecahan Penggunaan Air Rumahtangga

HALAMAN RUMAH

Cara bijak untuk mengekalkan kehijauan taman anda ialah menggemburkan tanah, membaja dan menyiramnya sebanyak 2 KALI SEMINGGU untuk pertumbuhan yang baik. Apabila memotong rumput, pastikan rumput halaman anda tidak dipotong terlalu pendek (kurang daripada 2 cm) kerana ini akan menyebabkan rumput anda kekurangan daun hijau yang melindungi dirinya daripada kesan pembakaran di bawah panas terik matahari. Gunakan baldi atau sprinkler yang sesuai aliran airnya. Sekiranya sprinkler digunakan pastikan limpahan airnya tidak terlalu halus dan tersebar kerana mudah ditiup angin yang boleh mengurangkan keberkesanan siraman anda. (Sprinkler yang lupa ditutup boleh membazir air sehingga 1,000 litre sejam) Gunakan penyiram sprinkler halaman yang mempunyai kawalan timer jika perlu. Jangan lupa memeriksa masa/tempoh yang dipilih supaya ianya bersesuaian. Siram tanaman halaman anda di waktu awal pagi atau lewat petang iaitu di masa tanaman halaman anda boleh mendapat faedah yang maksimum daripada air yang anda sirami. Terlalu kerap menyiram tanaman halaman anda boleh mengakibatkan akar menjadi pendek (cangkat) dan sukar untuk hidup. Kurangkan kekerapan menyiram halaman anda tetapi hendaklah menyeluruh yang membantu pertumbuhan akar yang sihat Elakkan penyiraman yang berlebihan kerana ianya adalah satu pembaziran. Landskap yang bijak boleh menjimatkan sehingga 50% kegunaan air untuk halaman anda. Sekiranya anda mencuci kenderaan anda SEKALI SEMINGGU dan membiarkan air tidak bertutup sebenarnya anda telah menggunakan 1,500 litres sejam atau bersamaan 18,000 litres setahun. Gunakan baldi (bukannya hos yang terbuka) untuk membasuh kenderaan anda. Untuk membersihkan halaman gunakan penyapu (bukannya hos air). Ini boleh menjimatkan anda Sekiranya anda mempunyai bahan baja kompos penutup bumi gunakannya agar dapat mengurangkan pengeringan tanah tanaman anda. Hadkan penggunaan hos anda secara menyiram pantas di peringkat permulaan penyiraman halaman untuk menolak kotoran dan minyak dan seterusnya membilasnya dengan air perlahan untuk menghanyutkannya.

BILIK MANDI

Sekiranya anda menggosok gigi anda sebanyak 2 kali sehari, 3 minit setiap kali, dan membiarkan pili paip terbuka, anda akan menggunakan lebih kurang 5 litres air seminit, iaitu lebih kurang 11,000 litres setahun, seorang!! ) Oleh itu : Gunakan gelas minuman untuk berkumur selepas menggosok gigi. Kurangkan penggunaan ubat gigi yang berlebihan. Anda boleh menjimatkan lebihkurang 9,000 litres setahun, seorang. Gunakan kepala shower yang tidak terlalu besar. Kebanyakan kepala shower model lama menggunakan 20 litres seminit atau lebih daripada itu. Model baru kebanyakannya menggunakan 9 litres seminit. Langkah penjimatan 45% keupayaan ini dapat menjimatkan kira-kira 28,000 litres setahun seorang (Dengan kepala shower model lama yang menggunakan 20 litre seminit, sekiranya anda mandi selama 7 minit setiap kali, bererti penggunaan adalah sebanyak 50,000 litres setahun). Jimatkan air dengan menghadkan penggunaan mandi setakat untuk membersihkan diri sahaja. (Perbuatan berkampung di dalam bilik air bukan sahaja membazir air bahkan juga masa yang berharga) Sebuah tandas yang bocor boleh membazir air sehingga 16,000 litres setahun. Pastikan kebocoran di tandas dibaiki dengan segera. Dapatkan khidmat tukang tukang paip berdaftar untuk tujuan ini. Menggantikan tandassingle flush dengan dual flash cistern boleh menjimatkan 5 litre air setiap flush. Sekiranya rumah didiami oleh 2 orang dewasa dan 3 kanak kanak dengan 4 kali flush sehari/seorang, ianya melibatkan penjimatan sebanyak 36,500 litres setahun sekeluarga.

DAPUR DAN MESIN PENCUCI

Sebuah pili boleh mengalirkan air antara 15 ke 25 litres, setiap minit. Oleh itu : Basuh pinggan mangkuk anda dengan mengisi sinki dengan suku atau separuh penuh sahaja. Sekiranya masa membasuh lebih kurang 3 5 minit anda boleh menjimatkan lebih kurang 33 48 litres sebasuhan. Anda boleh menggunakan sehingga 120 litres air untuk mesin basuh anda setiap kali digunakan. Oleh itu jangan gunakan mesin basuh sekiranya jumlah pakaian terlalu sedikit. Membasuh pinggan mangkuk menggunakan dishwasher menggunakan 35 litre air sebasuhan. Oleh jangan gunakan dishwasher sekiranya jumlah pinggan mangkuk terlalu sedikit. Apabila anda ingin membeli mesin basuhan pakaian yang baru pilihlah jenis yang menjimatkan dari segi kegunaan air. Anda mungkin dapat menjimatkan air dan juga wang anda di sepanjang jangka hayat mesin basuhan tersebut.

Kawalan Pertumbuhan Alge/Pencemaran Di Empangan


Dalam usaha untuk membaiki dan meningkatkan kualiti air mentah yang semakin merosot akibat pencemaran, beberapa cadangan atau kaedah tertentu telah, sedang dan akan digunakan. Tetapi usaha ini akan gagal sekiranya tiada kerjasama dan sokongan padu oleh semua pihak yang berkepentingan untuk memulihkan kualiti air mentah seperti sediakala . Antara cadangan/kaedahnya adalah seperti berikut:Pentadbir khusus kawasan empangan - Sudah sampai masanya kawasan empangan diurus oleh suatu badan khas yang bertanggungjawab penuh dengan pengoperasian dan senggaraannya termasuk pemantauan kualiti air dalam empangan serta menjadi pemberi maklumat kepada agensi kerajaan berkaitan mengenai sumber-sumber dan pesalah-pesalah pencemaran untuk tindakan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang - Tindakan tegas oleh pihak-pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing secara berterusan di sekeliling kawasan empangan. Juga membincangkan secara bersama sebarang pertindihan atau 'grey area' bidang kuasa masing-masing. Kawalan secara kejuruteraan - Memasang suatu mekanisma yang mudah di muka sauk yang boleh menghalang kemasukan alge dalam kuantiti yang banyak ke dalam loji dan dalam masa sama memudahkan kerja-kerja senggaraan mekanisma tersebut dilakukan secara berjadual. Kawalan secara biologi - Penternakan ikan jenis herbivour secara besar-besaran di empangan yang akan memakan alge dan seterusnya mengurangkan populasi alge dalam tasik sebelum disedut masuk ke dalam loji. Ini termasuk juga kawalan penangkapan ikan secara sistematik dan larangan peralatan yang digunakan hingga membunuh anak-anak ikan. Kawalan secara kimia - Penggunaan effective microorganisma (EM) pada laluan air buangan yang masuk ke empangan (masih dalam peringkat percubaan utuk menguji keberkesanannya) atau penggunaan bahan-bahan kimia tertentu yang mesra alam untuk mematikan alge-alge yang terkumpul di muka sauk loji. Kesedaran orang ramai - Perlu diwujudkan peluang untuk orang ramai mengetahui apa kesan mereka terhadap sumber air jika air kumbahan dan sampah-sarap mengalir masuk ke tasik/empangan serta pentingnya penjimatan penggunaan air di rumah-rumah.

Sekiranya ada tindakan bersepadu begini dan berterusan, sudah pasti masalah kualiti air mentah yang membelenggu pihak perawat-perawat air dan pengguna-pengguna air dapat diatasi dengan lebih berkesan dan cepat

Anda mungkin juga menyukai