Anda di halaman 1dari 47

Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia.

Suasana pembelajaran di negara kita sekarang sudah jauh berubah. Kita berinteraksi dengan pelbagai latar budaya masyarakat. Pembelajaran dalam bilik darjah pula mendedahkan murid kepada pola hubungan kepelbagaian kaum. Pendedahan kepada pelbagai latar belakang masyarakat memerlukan para pendidik mengetahui konsep budaya di Malaysia serta kepelbagaian kelompok tersebut untuk membentuk 1Malaysia seperti yang disarankan oleh Pemimpin negara. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya.Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa pergertian: Kecergasan Fikiran dan Akal. Budaya memberi maksud seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka. Budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan. Penyelesaian yang boleh diterima oleh semua anggota masyarakat akan menjadi amalan bersama. Amalan yang diterima ini seterusnya dijadikan Budaya dalam kehidupan mereka. Amalan inilah yang harus diterapkan kepada murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup masyarakat yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain. Namun begitu, terdapat juga beberapa persamaan yang wujud dalam masyarakat dari segi bahasa, objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dan lain-lain. Persamaan ini dikenali sebagai Pola Kebudayaan Sejagat. Tujuan utamanya adalah untuk membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti. Budaya juga merupakan sesuatu yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Namun begitu, Budaya sering berubah mengikut peredaran masa yang dapat diterima secara kolektif oleh masyarakat. Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim, Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Hasrat serta nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak bercanggah dengan kehendak masyarakat secara umumnya dan diterima serta dipersetujui untuk diamalkan bersama. Nilai tersebut akan membentuk Norma dalam masyarakat.

Menurut Kamus Dewan (2005), Budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi, cara berfikirdan kelakuan. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Sementara itu, dalam Dictionary of Philosophy (1996), turut dijelaskan maksud Budaya sebagai: The way of Philosophy (1996), The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thought and activity.

Amalan yang dibentuk ini akan menentukan hala tuju bersama dalam masyarakat berkenaan.

Prof. Mohd Taib Osman (1988) memperlihatkan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta menyesuaikan diri dengan alam sekeliling.

Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi (1984), bersepakat bahawa Budaya merupakan alat penghasilan karya seni, rasa serta penciptaan dalam sesebuah masyarakat.

Menurut E.D. Tylor (1947), Budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat serta amalan kebiasaan yang lain. Ini merujuk kepada perkataan Bourdieu yang membawa maksud satu proses sosial yang membolehkan Budaya dan struktur sosial saling berinteraksi.

Nilai dalam masyarakat adalah terlalu kompleks. Proses Sosialisasi akan turut membantu memperkembang Budaya yang terdiri daripada Latar Bangsa dan Agama.

L.A. White (1956), menjelaskan bahawa Budaya merupakan satu pola tingkah laku, objek, alat, idea, sentimen, yang bergantung kepada simbol-simbol.

Tindakan dan Tingkah Laku tersebut akan menunjukkan nilai yang diterima secara bersama oleh setiap individu yang terdapat dalam masyarakat.

Kroeber & Kluckohn (1954), berpendapat bahawa Budaya sebagai sebagai satu Entiti yang

mengandungi pola Implisit serta Eksplisit tentang tingkah laku yang diperoleh dan diwariskan melalui Simbol serta berbentuk Material. Malinowsky (1965), dalam bukunya A Scientific Theory of Culture, mengkelaskan Budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia.

Budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan dari segi sejarah, kesusteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah, dll.

Budaya secara umumnya adalah cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa.

Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi.

Budaya juga boleh dikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya.

Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

Dalam konteks pendidikan semasa, Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada Budaya masyarakat.

Murid-murid akan dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat.

Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi Budaya di sesebuah sekolah.

Adalah menjadi tanggungjawab murid untuk menerapkan nilai-nilai pendidikan yang mempunyai Nilai Material dan Bukan Material.

Guru seharusnya merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan murid yang bakal memberikan sumbangan kepada pembangunan masyarakat tanpa menyalahi Budaya yang diterima bersama.

Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, Budaya meliputi aspek lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina.

Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan keseluruhan aspek yang mengandungi unsur Budaya Rakyat Asal.

Terdapat Unsur Budaya Asing dari kaum lain yang sesuai dan yang tidak bercanggah, diterima dalam Budaya masyarakat di Malaysia.

Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsi oleh semua rakyat.

Budaya yang terdapat dalam sesuatu kelompok mempunyai ciri-ciri berikut:

i. boleh dipelajari

ii. boleh dikongsi

iii. bersifat sejagat

iv. boleh diwarisi

v. sentiasa berubah

vi. mempunyai unsur simbolik

vii. mempunyai pandangan semesta

Pemupukan Kesedaran Kebangsaan dan Kenegaraan dalam kalangan murid berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.

Guru perlu menerapkan nilai murni dalam masyarakat supaya mereka kelak dapat menyesuaikan diri dengan Budaya masyarakat.

Kita perlu menyatukan penduduk berbilang etnik yang mempunyai Budaya berlainan di bawah satu bentuk Identiti Nasional yang khusus tetapi dapat diterima oleh hampir semua golongan etnik di negara ini. Pengalaman penjajahan telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap masyarakat kita. Ilmu Kolonial telah mencipta himpunan maklumat dan analisis mengenai Etnisiti iaitu Etnik.

Masalah Perhubungan yang timbul di kalangan Etnik adalah berpunca daripada Interaksi Sosial yang tidak mesra serta kebudayaan yang berbeza-beza.

Jenis dan Demografi Kelompok

Kelompok Sosial didefinisikan sebagai dua individu atau lebih, yang berinteraksi, saling bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu.

Kelompok bersifat: Formal dan Tidak Formal

Kelompok Formal merujuk kepada kelompok yang ditentukan oleh Struktur Organisasi serta Pengkhususan Tugas (Division of Labour) untuk mencapai objektif Organisasi.

Klasifikasi Kelompok dalam sesuatu masyarakat dapat diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan:

i. Kelompok Tugas: Bersama-sama menyelesaikan sesuatu tugas.

ii. Kelompok Kepentingan: Individu bekerjasama untuk mencapai sasaran khusus.

iii. Kelompok Persahabatan: Kelompok yang ditetapkan secara bersama-sama kerana memiliki satu atau lebih sifat yang sama.

Alasan orang untuk saling bergantung dan bergabung dalam kelompok adalah seperti berikut:

i. Keamanan

ii. Status

iii. Harga Diri

iv. Afiliasi: (Dapat memenuhi keperluan Sosial).

v. Kekuatan

vi. Pencapaian Tujuan

Pengelasan Kelompok Ras dalam masyarakat pula boleh dilihat kepada beberapa bahagian seperti:-

i. Caucasoid- (Orang-Orang Eropah)

ii. Negroid- (Orang-Orang Kulit Hitam)

iii. Mongoloid- (Orang-Orang Asia)

iv. American Indian-(Orang Asli Amerika)

v. Austroloid-(Orang Asli Australia)

Antara permasalahan yang dikenalpasti telah diringkas seperti berikut:-

i. Perbezaan Pencapaian

ii. Jurang Sosial

iii. Monopoli

iv. Budaya

iv. Pengekalan Identiti

v. Prasangka

vi. Ethnocentrisme

vii. Stereotaip

Pengelompokan masyarakat ini juga boleh dibincangkan secara bersama dengan Demografi. Achille Guillard (1885), pertama menggunakan istillah Demografi ini dalam karyanya yang

berjudul Elements of Human Statistics or Comparative Demography. Kata Demografi berasal dari bahasa Yunani demos bermaksud penduduk di sesuatu kawasan. Grafein pula bermaksud menulis tentang sesuatu perkara.

Demografi Kelompok merupakan analisa statistik terhadap jumlah dan komposisi penduduk di sesuatu kawasan.

Kajian Saintifik dan Statistikal meliputi soal Fertiliti (kelahiran), Mortaliti (Kematian), Perkahwinan serta Imigrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut masa serta mempengaruhi saiz dan taburan penduduk manusia.

Demografi Kelompok di Malaysia pula terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Golongan Bumiputera Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, suku kaum etnik di Sabah serta suku kaum etnik di Sarawak.

Masyarakat di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada pelbagai bangsa dan kelompok iaitu Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), Suku kaum etnik di Sabah dan Sarawak ialah sebanyak (14%).

Penduduk utama Malaysia adalah akibat pembentukan Masyarakat Majmuk.

Masyarakat Majmuk terdiri daripada etnik Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Suku Kaum di Sabah dan Sarawak.

Penduduk Asal atau Melayu yang mendiami alam Melayu ini telah membina asas peradaban yang mantap sebelum bertembung dan melalui Proses Difusi Budaya.(Menerima Budaya orang lain ke dalam Budaya sendiri).

Peradaban Islam serta Peradaban India amat mempengaruhi pembangunan peradaban Melayu di Asia Tenggara. Di Sabah, terdapat kira-kira 23 suku kaum etnik manakala di Sarawak terdapat kira-kira 17 suku kaum etnik yang menetap di sini.

Terdapat kira-kira 46 Suku Kaum etnik yang terdapat di Malaysia.

Pada tahun2006, terdapat jumlah orang Asli seramai 141, 230 orang. Ekonomi orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan sara diri.

Malaysia meletakkan Perpaduan Nasional sebagai matlamat akhirnya. Matlamat akhir proses penyatuan ini ialah terbentuknya satu Bangsa Malaysia yang terdiri daripada satu masyarakat berbilang etnik yang bersatu padu, sejahtera dan mempunyai identiti nasional tersendiri.

Proses perpaduan negara dalam kalangan negara yang berbilang etnik diwakili oleh parti politik etnik masing-masing.

Mereka mengamalkan budaya, agama, bahasa dan orientasi pemikiran masing-masing.

Perbezaan inilah dikatakan sebagai penghalang kepada masalah dalam proses penyatuan, perpaduan dan pembinaan bangsa Malaysia.

Teori Hubungan Kaum merupakan teori yang terdapat dalam menyatupadukan masyarakat Malaysia dan membentuk hubungan atau kepelbagaian kaum.

Peringkat proses seterusnya dinamakan: Sergresi.

Hubungan yang bersifat Pemisahan antara etnik dalam sebuah negara seperti pemisahan kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

Akomodasi adalah satu keadaan yang mana kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan konflik apabila adanya interaksi secara aman.

Masyarakat Majmuk hidup berdekatan, saling bekerjasama tetapi tidak bersatu padu. Mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. (Furnival, 1949).

Proses ini berlaku apabila etnik-etnik menyedari tentang kepentingan norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan Budaya hidup masing-masing.

Institusi-Institusi tertentu seperti ekonomi dan pendidikan saling bergantungan antara satu

sama lain. Contohnya, negara Switzerland.

Negara Switzerland mempunyai hubungan etnik bersifat Akomodasi, di mana etnik-etnik di dalamnya seperti Etnik Jerman, Peranchis dan Itali saling membuat penyesuaian antara satu sama lain dan hidup dalam keadaan aman.

Akulturasi pula merupakan satu proses yang kadang kala dikenali sebagai Asimilasi Budaya yang terjadi apabila manusia dalam Kumpulan Minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah-laku dan Budaya dari Golongan Majoriti.

Proses ini merupakan proses meminjam dan menerima unsur-unsur Budaya golongan Majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur Budaya Asal.

Asimilasi adalah Proses Percantuman dan Penyatuan antara kelompok dan individu yang berlainan kebudayaan dan identiti supaya wujud satu kelompok yang mempunyai identiti yang sama.

Amalgamasi Budaya merupakan satu proses yang terjadi apabila Budaya dan Ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis Budaya dan Ras yang baru.

Cara utama untuk menentukan Proses Amalgamasi terjadi ialah Perkahwinan Campur antara Etnik dan Ras. Perbezaan Sosio-Ekonomi, Budaya, Segregasi, Pemisahan Fizikal, Agama, Dasar Kerajaan,dll turut menjadi faktor penghalang ketara.

Pelbagai usaha sosial dan Kebudayaan turut diadakan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat pembentukan Budaya ini.

Antaranya memperkenalkan Konsep Kebudayaan Nasional.

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan telah diakui dan diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjejaskan hubungan antara etnik.

Kemajuan ekonomi sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang.

Kementerian Pelajaran perlu bertanggungjawab memupuk semangat perpaduan sejak dari bangku sekolah lagi.

Murid perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan memahami hubungan Etnik.

Antara usaha yang telah dijalankan ke arah memupuk Perpaduan Nasional yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah:

i. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara

ii. Rukun Negara

iii. Dasar Ekonomi Baru

iv. Dasar Pendidikan Kebangsaan

v. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

vi. Gabungan Parti-Parti Politik.

vii. Integrasi antara Wilayah.

viii. Integrasi Semenanjung Malaysia dengan Sabah/Sarawak.

Usaha kerajaan (Top-Down) sahaja tidak memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha yang berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik.

Hubungan antara Kumpulan Kelas Sosial yang berbeza seperti Kelas Atasan, Kelas Menengah serta Kelas Bawahan perlu ditingkatkan.

Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan Sistem Sosial di Malaysia. Walaupun tahap Perpaduan Nasional di negara kita sukar diukur, Malaysia berjaya mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.

Abdul Rahman Embong (2001), menjelaskan bahawa bangsa yang terdiri daripada semua

kaum di Malaysia yang terbentuk dalam sejarah dan mempunyai perasaan sebangsa dengan nama Kolektif (Bangsa Malaysia) yang sama serta berkongsi wilayah, ekonomi, Budaya dan nasib masa depan dengan rupa bangsa yang sepunya.

Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building) melibatkan satu proses yang panjang dan merupakan satu keperluan bagi Malaysia.

Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building) memerlukan penyertaan menyeluruh setiap anggota masyarakat dan penglibatan sepenuhnya jentera kerajaan.

Satu Nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia.

Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran begitu prihatin terhadap masalah dan isu-isu pendidikan serta sedaya upaya menyediakan peluang pendidikan yang terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruh rakyat. Pelbagai isu pendidikan termasuklah isu guru, pelajar dan infrastruktur pendidikan diberi cukup perhatian. Selain itu, dasar-dasar yang digubal seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dibentang di Parlimen turut memperkukuhkan lagi pendidikan di Malaysia. Petikan dari ucapan mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussein yang dibuat sempena perutusan tahun baru 2006 jelas menterjemahkan misi dan visi kementerian yang sedaya upaya merapatkan jurang pendidikan agar tidak ada golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Namun begitu, masih terdapat ketaksamaan peluang pendidikan kepada setiap rakyat dan etnik di Malaysia.

Masalah ketaksamaan peluang pendidikan ini dibincangkan kepada beberapa faktor penyumbang masalah termasuklah:

Kelas sosial Jantina Kumpulan minoriti Murid berkeperluan khas Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan

Perbincangan kita

akan

lebih

berfokus kepada

kelas sosial

dan

jantina.

Bagi

membincangkan topik ketidaksamaan peluang pendidikan ini, saya telah merujuk kaum Cina sebagai penanda aras. Sebagai pengenalan, masyarakat Cina adalah sebahagian daripada etnik yang bermastautin di Malaysia. Menurut laman web Wikipedia, Masyarakat Cina adalah golongan minoriti yang menduduki hampir 25 peratus daripada keseluruhan penduduk di Malaysia. Masyarakat ini kaya dengan adat resamnya, bahasa pertuturan dan sememangnya perbezaan dari segi budaya amat ketara bagi dua lagi masyarakat utama di Malaysia iaitu kaum Melayu dan India.

Kelas sosial

Secara geografinya, etnik Cina kebiasaannya tinggal di kawasan bandar terutama bandarbandar besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Selangor. Ini terbias daripada dasar penjajahan lampau British yang mengamalkan dasar pemerintahan pecah dan perintah. Oleh sebab itu, Etnik ini mempunyai peluang pendidikan yang lebih baik berbanding kaum-kaum lain seperti Melayu yang tinggal di kawasan persisir pantai dan pedalaman serta etnik India yang tinggal di ladang-ladang dan estet. Seperti yang kita sedia maklum, isu pendidikan dari aspek prasarana lebih dititik beratkan di kawasan bandar. Selalunya, sekolah-sekolah di kawasan bandar dilengkapi dengan peralatan belajar yang lebih lengkap berbanding di luar bandar. Ini memberi kelebihan bukan sahaja penduduk di kawasan bandar tetapi juga dari segi etnik yang dirujuk iaitu etnik Cina. Di pedalaman yang rata-rata diduduki oleh etnik Melayu, mereka kurang diberi pendedahan peluang pendidikan yang baik. Oleh sebab itu, mereka hanya menganggap pendidikan ini hanyalah sekadar menulis, membaca dan mengira (3M). Setelah penguasaan asas tersebut tercapai, mereka akan lebih berminat untuk menyambung legasi ibu bapanya seperti menangkap ikan, menjual di kedai runcit dan sebagainya.

Etnik Cina mempunyai advantage kerana secara umumnya, penguasaan ekonomi masih lagi berada di tangan mereka. Oleh itu, mereka mempunyai pendapatan bulanan yang lebih besar berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Oleh sebab itu, mereka dapat menghantar anak-anak ke sekolah. Malah, mereka yang hartawan pula sanggup menghantar mereka ke sekolah yang lebih baik berbanding sekolah kerajaan. Mengikut siaran berita Al-jazeera pada 24 April 2009, etnik Cina di Johor Bahru sanggup menghantar anak mereka ke Singapura semata-mata kerana inginkan pendidikan yang lebih baik berbanding di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Dianggarkan lebih 5000 pelajar Malaysia bersekolah di Singapura dengan berulang alik ke sana setiap hari dengan merentasi sempadan kedua-dua buah negara. Ini menggambarkan mereka mempunyai kesungguhan yang tinggi serta ditampung pula dengan faktor kewangan yang baik. Sudah semestinya, kaum-kaum lain di Malaysia seperti Melayu dan India rata-rata kurang berkemampuan berbuat demikian kerana kita sedia maklum, pecahan pendapatan kedua-dua kaum tersebut jauh lebih rendah berbanding etnik Cina.

Antara masalah pokok yang masih melanda Malaysia semenjak sebelum merdeka lagi adalah isu bahasa dan agama. Memandangkan etnik Cina rata-rata lebih selesa bertutur dalam bahasa ibunda mereka (malah masih ada yang tidak fasih berbahasa Kebangsaan), mereka lebih senang memilih untuk ke sekolah jenis kebangsaan dan sekolah swasta. Tumpuan utama kerajaan semestinya kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di mana setiap tahun, peruntukan yang besar diberikan kepada kedua-dua bentuk sekolah ini. Kewujudan sekolah jenis kebangsaan ini menyerlahkan lagi ketidaksamaan peluang pendidikan kepada setiap etnik di Malaysia.

Tidak dapat dinafikan konsep diskriminasi yang ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain masih menebal dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Ini tergerak dek perasaan prejudis dan saling membenci akibat kecelaruan politik semasa. Faktor ini menyumbangkan masalah semakin lebarnya jurang pendidikan bagi setiap etnik di Malaysia. Sebagai contoh, di peringkat IPT, wujud fenomena etnik Cina memberi nota yang diperoleh kepada kalangan etnik mereka sahaja. Begitu juga etnik Melayu dan sebagainya. Sebagai akibatnya, pasti terdapat perbezaan ketara keputusan peperiksaan akhir setiap etnik. Sememangnya, sikap diskrimasi dan prejudis ini melebarkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan.

Jantina

Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara. Lazimnya, kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT sering dimonopoli oleh satu-satu jantina sahaja. Sebagai contoh perandingan, kursus kejuruteraan masih dimonopoli oleh lelaki manakala perempuan masih memonopoli hampir keseluruhan kursus di IPT termasuklah kursus perguruan. Ini jelas membuktikan bahawa ketaksamaan peluang pendidikan wujud dengan ketara di antara kedua-dua jantina ini. Faktor ini disokong oleh minat atau interest satu-satu jantina itu. Kaum lelaki sememangnya sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang mencabar dari segi fizikal, dan ini membuatkan kursus kejuruteraan menjadi monopoli mereka. Berbeza pula dengan

perempuan yang lebih bersifat keibuan, mementingkan ilmu teori serta kurang terhadap aktiviti lasak, mereka pasti memilih kursus yang lebih feminin seperti bidang keguruan, kedoktoran serta kulinari.

Selain itu juga, minat terhadap pelajaran juga amat ketara sekali bagi kedua-dua jantina ini. Menurut data dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (MCIIUM) pada tahun 2006, peratus pelajar perempuan yang layak mendaftar di MCIIUM adalah sekitar 60 peratus berbanding pelajar lelaki 40 peratus. Menurut Encik Khair Ngadiron, bekas pengarah MCIIUM, fenomena ini disebabkan pelajar lelaki sebenarnya kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertiari dan memilih kerjaya yang setimpal dengan kelulusan PMR dan SPM mereka bagi menampung keperluan harian diri. Ini berbeza dengan pelajar perempuan yang masih memikirkan ilmu itu penting bagi memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang. Menurut buku karangan Syed Ismail dan Ahmad Subki bertajuk Budaya dan Pembelajaran (2009), kadar pencapaian murid perempuan di peringkat tertiari telah meningkat daripada 0.5 peratus pada tahun 1970 kepada 4.9 peratus pada tahun 1991 sementara bagi murid lelaki adalah daripada 1.2 peratus kepada 6.0 peratus bagi tempoh yang sama.

Peluang melanjutkan pelajaran bagi kedua-dua jantina ini juga berbeza. Jika disingkap kembali sejarah, zaman penjajah memperlihatkan golongan lelaki mendapat tempat dalam pendidikan kerana pada zaman tersebut, peranan lelaki sangat meluas meliputi isu pentadbiran, ketenteraan dan kepimpinan. Berbeza dengan perempuan yang mana hanya diberi pendidikan asas kerana peranan golongan ini masih kecil pada ketika itu. Jika dilihat dari konteks sekarang, golongan wanita telah mendapat tempat di peringkat IPT malah peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu, masih terdapat lagi stigma kuno yang mana perempuan perlu berada di rumah menguruskan rumah tangga dan tidak dibenarkan keluar mencari pekerjaan. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa wanita tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Justeru itu, masih ada golongan wanita yang tidak menyambung pelajaran mereka setelah tamat di peringkat menengah atau rendah.

Kumpulan minoriti

Kumpulan minoriti ditafsirkan sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil ( Syed Ismail, 2009). Kumpulan ini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Kumpulan ini termasuklah golongan daripada kaum Bajau, Murud, Kadazan dan sebagainya. Kaum Asli juga termasuk dalam kalangan kumpulan minoriti. Mereka sering terpisah daripada arus pembangunan dan pendidikan amnya kerana faktor geografi dan taburan penduduknya yang rata-rata tinggal di kawasan ceruk rantau dan pedalaman. Sebagai contoh, kaum asli Temiar di Pos Poi terpisah dari bandar terdekatnya Sungai Siput sejauh 20 kilometer. Untuk sampai ke situ, individu perlu menaiki pacuan empat roda atau sekurang-kurangnya motor scrambler untuk sampai ke penempatan orang asli tersebut. Ini jelas membuktikan pendidikan juga sedikit terkebelakang kerana teknologi masih kurang di sana. Oleh itu, pendidikan masih lagi bukan menjadi peranan utama anak-anak daripada golongan minoriti ini. Sebaliknya, kerja-kerja untuk mencari nafkah tetap menjadi keutamaan.

Kumpulan minoriti ini tidak terhad kepada isu etnik dan kaum semata-mata. Golongan yang bermasalah disiplin seperti pelajar ponteng sekolah, menghisap rokok, kaki buli dan sebagainya juga dikaitkan dengan kumpulan minoriti. Ini kerana mereka tergolong daripada sekelompok kecil pelajar yang bermasalah. Kebiasaannya, mereka yang bermasalah ini kurang cemerlang dalam pendidikan. Ini ditambah lagi dengan masa yang kurang untuk membuat rujukan dan ulangkaji kerana banyak masa dihabiskan dengan kerjakerja tidak berfaedah tersebut. Sememangnya golongan ini harus diambil perhatian serius kerana mereka turut tergolong dalam kalangan yang tidak mendapat sama rata dalam peluang pendidikan.

Murid berkeperluan khas

Murid sebegini telah diberi kekurang atau kelebihan daripada manusia normal. Sememangnya, pelajar genius, lembam, down sydrom, dan sebagainya tidak dapat mengikuti arus pendidikan normal seperti kanak-kanak dan pelajar lain. Mereka samada terlalu kehadapan atau terlalu terkebelakang dari aspek pendidikan, perlu diberi pendidikan

khas. Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan program pendidikan khas, iaitu:

Kerencatan mental Bermasalah pembelajaran Kecelaruan tingkah laku Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi Cacat penglihatan Cacat fizikal Pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Golongan ini jika dibiarkan dengan arus pendidikan normal, sudah pasti mereka tidak mampu mengecapi erti kata pendidikan sebenar. Mereka tidak dapat menimba ilmu dengan baik malah pencapaian dalam peperiksaan juga akan sangat kurang baik.

Implikasi terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara

Setiap tindakan atau peristiwa yang berlaku pasti akan memberi implikasi secara langsung atau tidak langung kepada golongan sasaran. Isu ketaksamaan peluang pendidikan ini akan memberi kesan atau implikasi kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.

(i)

Individu Umumnya, sudah semestinya ketaksamaan peluang pendidikan ini akan membuatkan pelajar tersebut tidak selari dengan pencapaian pendidikan normal pelajar lain. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar tersebut pelajar yang lemah pelajaran kerana faktor kewangan keluarga ditambah lagi dengan tinggal di pedalaman serta kurang berminat untuk belajar pasti tidak dapat menandingi pelajar-pelajar lain yang pintar. Seterusnya, individu tersebut akan tersisih daripada arus pembangunan negara, hidup dalam kejahilan, tiada masa depan yang cerah dan juga kurangnya ilmu di dada.

Mungkin juga, jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari. Ini kerana individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan sepertimana pelajar lain. Ini mungkin membuatkan mereka akan lebih beruasaha untuk setaraf dengan pelajar lain atau sekurang-kurangnya berdaya saing dengan yang lain.

(ii) Keluarga Kita percaya bahawa pendidikan mampu mengubah nasib keluarga. Jika jurang ketaksamaan peluang pendidikan masih melebar, tidak mustahil nasib keluarga masih berada pada tahap yang sama tanpa perubahan positif. Sebagai contoh, orang asli yang masih kurang mementingkan pendidikan kurang proaktif dalam dunia global sekarang. Akibatnya, mereka lebih senang tinggal di dalam hutan seperti dahulu. Tiada kemudahan yang sempurna dan jauh sekali perkembangan teknologi.

(iii) Masyarakat Implikasi kepada masyarakat lebih kepada refleks daripad implikasi kepada keluarga. Apabila kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu komuniti, sudah masti masyarakat tersebut terkenal dengan tidak proaktifya, mundur dari aspek pendidikan malah tercicir daripada arus pembangunan negara. Mungkin daripada kesan yang lebih buruk lagi, masyarakat ini akan terus didiskriminasi dan tidak diambil peduli oleh masyakarat lain.

(iv) Negara Sesebuah negara bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya. Sekiranya modal insan yang diharapkan iaitu berpendidikan dan berpengetahuan luas di samping berdaya saing dan proaktif tidak mencukupi, sudah semestinya banyak dasar-dasar yang telah digubal oleh pemerintah tidak dapat dilaksanakan. Kesan daripada hal sedemikian, negara akan menjadi mundur, tidak mampu menjadi negara yang kuat dan yang paling memalukan, kedaulatan negara akan dicabul. Imej negara akan menjadi buruk dan semestinya pelbagai lagi andaian negatif bakal terjadi.

Kesimpulannya, isu ketaksamaan peluang pendidikan ini patut ditangani oleh bukan sahaja di pihak kerajaan, tetapi juga pihak berwajib seperti ibu bapa, guru-guru, masyarakat sekeliling dan individu itu sendiri. Semua perkara mampu ditangani selagi azam dan tekad menjadi tunjang perjuangan.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA EDU3106 Perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum kaum lain menjadi kaum minoriti. Setiap etnik membawa sosiobudaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek - moyang yang terdahulu. Sebelum membincangkan lebih lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya, terlebih dahulu dihuraikan maksud budaya itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan sosio-budaya? Menurut ensiklopedia bebas http://ms.wikipedia.org/ budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang

bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal hal berkaitan budi dan akal manusia. Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila ke dua dua perkataan ini dicantumkan (budaya) membawa maksud tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib ( bekas professor Madya UiTM) telah menyatakan dalam laman web http://dppwp.wordpress.com/usrah/pembangunan -sistem-sosio-budaya-islam-dalamkontek-masyarakat-malaysia/ maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut. Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang undang, adat resam dan lain lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina, saiz badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997) pula mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina , bakat dan minat. Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi kepada guru kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita kea rah wawasan yang ingin kita capai Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi PIPP 2006-2010 m.s 38 Pelajar pada masa kini, mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988 Manakala menurut Dato Panglima Sri Najib Tun Abd. Razak, dalam konsep 1 Malaysia, kerajaan perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan komitmen membantu tanpa melihat ras dan etnik. Selagi seseorang itu memegang status sebagai warga Negara Malaysia, mereka layak menerima bantuan tanpa melihat dari kaum mana mereka datang. Setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina. Natijahnya, tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang mengajar mengenal tulis baca. Guru perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya murid murid agar masalah guru syok sendiri dalam mengajar tidak berlaku. Sewajibnya guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru perkara perkara pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, penglibatan aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran dan penambahbaikan. Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan mengintegrasikan TMK. Murid adalah pelanggan manakala guru merupakan individu yang menawarkan perkhidmatan. Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah mengiktu standard yang telah ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan Negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada pemajuan Negara-bangsa dan global (Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001):hlm 24) Bertitik tolak dari pernyataan di atas, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan boleh ditakrifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti iaitu proses yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum. Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, (2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa

prinsip yang digariskan. Antaranya ialah: a) Pendekatan, kaedah dan teknk yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif; b) Berpandukan bahan bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid; c) Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan. Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, seseorang guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid muridnya. Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan. Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran. Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal. Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu. Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan, pelanggan iaitu murid haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Hukuman berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat untuk mereka meneruskan pembelajaran. Murid yang lambat menerima pembelajaran tidak diabaikan. Pelbagai kaedah dan strategi boleh dirancang dan dilaksanakan dalam mengatasi masalah murid murid sedemikian. Penggunaan bahasa standard iaitu bahasa rasmi kebangsaan iaitu bahasa Melayu hendaklah digunakan tanpa pengaruh bahasa dialek. Ini akan member peluang sama rata kepasa semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh member peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana mana jantina mesti dielakkan untuk member peluang sama rata pada setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut. Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka.

Catatan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran hendaklah dicatatkan sebagai refleksi atau impak di akhir sesi pembelajaran. Ini akan memudahkan guru untuk merancang strategi dan kaedah yang sesuai untuk mengatasi kelemahan. Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang yang mana fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan masa. Guru merupakan ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Anjakan paradigma haruslah dilakukan oleh setiap guru dan tidak berada di zon selesa sentiasa. Guru haruslah pro-aktif dalam mengatasi kelebihan dan kelemahan muridnya. Penyampaian pengajaran guru haruslah kreatif dan efektif, menarik dan menyeronokkan. Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja. Implikasi kepada murid Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Sebagai seorang pelanggan, kita haruslah melayan mereka dengan adil dan saksama. Ini termaktub di dalam perlembagaan persekutuan; Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan. (1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap manamana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir (a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau (b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan). Petikan perlembagaan Malaysia

Berlandaskan Perlembagaan Malaysia, seharusnya guru mengurus tingkahlaku murid berdasarkan matlamat untuk menghapus atau merapatkan jurang kepelbagaian sosiobudaya di kalangan murid agar prinsip keadilan kesaksamaan dapat dipraktikkan.

Antara perkara yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus tingkahlaku murid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran kea rah memacu pembangunan Negara. Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus diamalkan oleh murid. Unsur unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas mereka. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka. Guru sebagai role model kepada murid murid. Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negative. Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat murid. Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam penyampaian pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru mengenali dan memahami sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mesra murid. Cadangan kaedah P&P dalam menangani kepelbagaan sosio-budaya murid

Kepelbagaian sosio-budaya murid member kesan secara langsung terhadap kaedah yang harus digunapakai oleh guru dalam sesi P&P agar setiap murid mendapat peluang sama rata dalam penerimaan pembelajaran. Acapkali dibaca dan didengar permasalahan masalah disiplin seperti ponteng sekolah, vandalisma dan sebagainya yang dilakukan oleh murid. Walaupun berat untuk diakui, namun kita harus menerima hakikat, salah satu faktor penyebab permasalahan ini adalah datangnya dari guru yang tidak komited terhadap kerjayanya. Seringkali guru menggunakan kaedah yang tidak selari dengan kehendak dan penerimaan murid yang mengakibatkan murid bosan untuk mengikuti P&P. Mengambil contoh permasalahan yang berlaku kepada etnik Orang Asli, masalah keciciran pendidikan di kalangan etnik ini amat tinggi. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) melaporkan 34.31% dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima. Dalam kes tertentu mungkin terdapat segelintir kanak kanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak kanak berkeperluan khas. Persoalannya, kenapakah anak Orang Asli masih keberatan atau langsung tidak mahu ke sekolah? Mereka tidak mahu ke sekolah ketika tiba musim buah buahan. Malah masih ada yang terjajah pemikirannya. Menurut sumber Kementerian Pelajaran, kajian mendapati, ada kalangan ibu bapa Orang Asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka. Apabila membicarakan tentang budaya pelajar Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada isu pembangunan dan budaya pemikiran komuniti Orang Asli yang masih dibelenggu struktur persekitaran dan sosial masyarakat mereka sendiri. Kemelut budaya, sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi. Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan dimana guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar, golongan Orang Asli ini akan ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan mereka akan tersinggung dengan kata kata guru khususnya di sekolah, mereka akan menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibu bapa. Ibu bapa pelajar Orang Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk belajar. Selain daripada itu, budaya mencintai kesenian telah tertanam dalam kehidupan Orang Asli. Mereka suka bermain alat muzik seperti gitar dan dram serta suka menyanyi. Sebagai seorang guru, perkara ini boleh dijadikan kelebihan dalam merancang kaedah P&P yang

sesuai untuk menarik minat anak anak Orang Asli ini mengikuti pelajaran. Pelajar Orang Asli lebih suka bersantai dan tidak suka dikongkong. Masa lapang mereka dipenuhi dengan aktiviti permainan. Memanjat pokok, menjerat haiwan, dan mandi sungai merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh mereka. Berdasarkan perkara perkara di atas, dua kaedah yang dirasakan sesuai dipilih untuk dilaksanakan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian sosial dan mempunyai anak Orang Asli di dalam kelas tersebut.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH 1. PENDAHULUAN

Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai sosio-budaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, 1996, muka surat 180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan ).

Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang lebih luas. Mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan

Kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat,

Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khasnya. Gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolah memainkan peranan penting untuk jayakan falsafah pendidikan negara.

2.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN

SOSIO BUDAYA

GURU MURID SEKOLAH

2.1 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP GURU

Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbezabeza.

Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap rofessional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja..Murid dari kaum dan jantina

berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.

Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas rofes murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru Hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan antara guru dan murid menjadi renggang dan hilang minat untuk meneruskan pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.

Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka . Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem motivasi dan sebagainya.

Guru mesti membiasakan diri rofes awal kekelas dan mempunyai amalan sentiasa menepati masa. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Masa pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti yang meransang minda.Kata-kata motivasi dan penuh senyuman, jenaka dan pujian supaya suasana sentiasa ceria di samping teguran berupa nasihat dan bukan leteran.

Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan murid.

Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh muridmurid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitive dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu

merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid.

Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.

Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang terpaksa dijalankan.

Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang. Antara perkara yang menjadi focus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka pendek dan jangka panjang. Kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapainya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan masa.

Demi memastikan objektif tercapai, perancangan guru yang rapi meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Selain itu, guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti computer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki wawasan yang jelas.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIAL-BUDAYA DALAM

BILIK DARJAH TERHADAP GURU

Mengajar tanpa mengira social budaya murid

Jalankan tugas penuh dedikasi & rofessional

Bantu murid memilih kerjaya

Sentiasa menepati masa.

Menghormati murid & bersifat adil

Tidak menyentuh kepercayaan murid

Kurangkan penggunaan bahasa dealek

Catat kemajuan & kelemahan murid

Mempunyai kemahiran mengurus dan

mentadbir

Guru mempunyai wawasan.

2.2 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK

TERHADAP MURID

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIAL-BUDAYA

DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP MURID

Panduan mengurus peraturan yang wajib

tingkah laku dipatuhi

Tidak pertikai kepercayaan Galakkan penggunaan

dan amalan agama lain. . bahasa standard

Galakkan berinteraksi Perlu diberi motivasi

dengan rakan.

perlukan bimbingan dan

dorongan dari guru

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah, Mereka

akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Panduan mengurus tingkah laku dengan menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas social dan perlu membuang sikap prejudis terhadap bangsa lain.

Setiap murid mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentukmasyarakat yang toleran memacu pembangunan negara Murid digalakkan menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi sesama rakan. Dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, murid mesti diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan laras bahasa yang tepat mesti diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasamurid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.

Murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina. Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi tersebut. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid harus diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelas mereka. Ahli jawatankuasa keceriaan kelas perlu diujudkan disamping jawatan ketua dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murud dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka.

Murid perlu diberi motivasi secara berhemah dan berhikmah. Guru perlu menggunakan komunikasi berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman selain kerap memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat. Murid perlu membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama rakan dan guru.

Murid perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berkhemah, yang dibaluti perasaan kasih sayang dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri kea rah pembentukan modal insan yang berkualiti. Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru dapat kurangkan masalah disiplin melalui pendekatan bilik darjah yang berkesan. Murid-murid yang menimbulkan punca permasalah harus dikenal pasti, supaya murid lain tidak menjadi pak turut .

Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya. Guru dicadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran berlandaskan tahap pencapaian murid yang dimulakan dengan set indaksi yang menarik dan diikuti aktiviti-aktiviti pembelajaran yang boleh menghilangkan rasa bosan murid.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIAL-BUDAYA

DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP

SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH

Sekolah Kebangsaan Sekolah Berasrama penuh

Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Jenis Kebangsan CinaVokasional

Sekolah Menengah Kebangsaan

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Agama

Sekolah Premier

Sekolah Bestari

Sekolah Model Khas

Sekolah Pendidikan Khas

Sekolah Wawasan

2.3 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK

TERHADAP MURID

Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri

daripada pelbagai bangsa seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosiobudaya melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduandalam kalangan murid tanpa mengira kaum.

Pada masa kini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat sekolah rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Agama. Diperingkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan yang bahasa pengantar utamanya ialah Bahasa Kebangsaan, SJKC yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina manakala SJKT menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Tamil.

Diperingkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama penuh (SBP) yang memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistemewaan masing-masing seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Pancaragam di Sekolah Menengah Tun Fatimah dan pidato di Kolej Islam Kelang.

Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi. Sekolah Teknik menawarkan bidang bidang vokasional seperti ekonomi rumah tangga, pertanian, ketukangan elektrik, mekanikal dan awam manakala bidang teknik termasuklah kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang termasuklah SMT Dato Undang Hj Md Sharip ( ekonomi rumah tangga), SMT Chenor (pertanian), SMT Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan awam), SMT Shah Alam (ketukangan makanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan).

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawar dan menyediakan program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan di luar negara. Diantara yang membanggakan ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor. Ini adalah kometmen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan agama kepada murid-murid.

Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya. Sekolah ini mempunyai senibina yang bersejarah yang akan memperkayakan khazanah warisan negara. Sekolah ini menjadi lambing kebanggaan negara kerana kecemerlangannya. Sekolah ini melahirkan tokoh-tokoh negara dan korporat seperti Victoria Institiut (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab (Kelantan), Maktab Sultan Ismail (Kelantan) dan Sekolah MenengahSt. John (Kuala Lumpur)

Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategic berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.

Sekolah Model Khas pula menggabungkan murid sekolah rendah pada peringkat tahap dua dan murid sekolah menengah di bawah satu bumbung. Ia merupakan konsep baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kundusif bagi murid-murid yang berpotensi di

kawasan luar Bandar seperti Sekolah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis, Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun di Negeri Kedah.

Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indrapura contohnya menyediakan kemudahan pelajaran bagi ketiga-tiga kategori pendidikan khas. Sekolah Menengah Teknik memberi peluang pendidikan kepada murid bermasalah pendengaran dengan menawarkan kursusu-kursus anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

Sekolah Wawasan pula ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak dari peringkat awal persekolahan lagi sedah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dibentuk.

3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian

budaya dalam masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk membentuk interaksi sosial yang baik dalam kalangan murid. Disamping itu guru berperanan memperkembangkan bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini membolehkan murid dapat dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya belajar kea rah pencapaian prestasi budaya cemerlang.

Guru juga diingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar dilihat kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya guru harus mengambil kira aspek kurikulum yang tersirat. Nilainilai murni harus diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mereka dapat berkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani.

Oleh itu, profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti,

ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidikan layak dan patut menjadi guru .

Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian

Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid. Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid.

Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi.Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis.

Konsep modal budaya merujuk kepada inidividu yang mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya.

Pierre Bourdieu (1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya dan tahap pendidikan ibu bapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.

Pembelajaran secara direktif bermaksud, murid-murid belajar melalui penerangan tentang konsep / kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang dibuat dengan bimbingan guru.Contoh strategi-strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah kuliah dan latih-tubi. Bagi elemen pembelajaran secara mediatif pula, murid-murid diajar oleh guru untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis. Contoh-contoh aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam pendekatan mediatif ialah seperti penakulan dialektual, pemerolehan konsep, pembentukan konsep, latihan inkuiri dan perbincangan terbuka.

Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif. Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar mengikuti perbuatan guru atau memodelkan perlakuan sesuatu kemahiran. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara. Untuk strategi yang seterusnya, guru boleh menggunakan kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Kaedah ini

memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan rakyat.

Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran eksperential, pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini mementingkan penyelesaian masalah. Ia memberikan pengakuan bahawa situasi pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat. Ia mengajar murid untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari.

Prinsip-prinsip penting dalam pembelajaran kontekstual ialah seperti guru menggalakkan murid untuk belajar daripada satu sama lain, guru menggunakan penilaian sebenar, pembelajaran kontekstual bergantung kepada ingatan spatial guru dapat menyepadukan mata pelajaran-mata pelajaran yang berlainan dan penilaian autentik melalui pengalaman praktikal.

Dalam strategi metakognitif, murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang boleh diberikan oleh guru kepada murid-muridnya dalam strategi metakognitif ialah Apakah yang saya telah belajar? Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya? Apakah bantuan yang saya perlu? Murid-murid dapat mempraktikkan strategi metakognitif semasa mereka menjalani latihan praktikum atau membuat journal refleksi. Pemikiran metakognitif ialah pemikiran aras tinggi yang boleh dipraktikkan oleh murid-murid

Kaedah konteks luar ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di luar bilik darjah atau di makmal sains. Dalam kaedah ini, peranan guru sebagai seorang fasilitator di mana dia akan cuba menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh murid. Guru akan memberikan satu aktiviti penyelesaian masalah dan murid mesti berada di luar bilik darjah untuk menyelesaikan masalah ini. Selepas menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru, murid akan menyediakan laporan secara individu atau mengikut kumpulan.

Dalam kaedah kajian masa depan, guru membolehkan murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan. Dalam konteks persekolahan, kajian masa depan adalah amat penting untuk golongan remaja dan murid. Kaedah ini dapat membantu murid untuk melihat manusia berfikiran jauh dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Dua prinsip dalam kajian masa depan ialah masa depan sahajalah merupakan ruang di mana kita mempunyai kuasa atau pilihan untuk bertindak atau melakukan sesuatu, terdapat bukan hanya satu masa depan tetapi beberapa dan pelbagai masa depan. Oleh itu, pemilihan soalan kajian masa depan perlu dilakukan dengan beretika dan bertanggungjawab oleh guru. Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh guru dalam kaedah ini ialah seperti bagaimana keadaan lalu lintas pada satu hari nanti di Malaysia? Apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan? Apakah kesan-kesan daripada penebangan hutan? Guru boleh menanya soalan sama ada murid pernah melihat hutan? Apakah yang akan berlaku pada haiwan-haiwan bila hutan ditebang dan apakah akibat-akibatnya apabila tiada lagitumbuh an hijau di dunia?

Pendekatan koperatif berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara kumpulan dan berbincang secara koperatif. Dalam kaedah ini, murid-murid dapat berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran. Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif ialah seperti guru sampaikan pelajaran baru, murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif, ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam setiap kumpulan. Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan yang berprestasi cemerlang. Murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif. Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti, murid-murid melibatkan diri secara aktif, murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli kumpulan, kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk dan murid-murid sedar tentang kebaikan pembelajaran ini. Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah seperti guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mencapai objektif pembelajaran, guru membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai, murid mengikuti bimbingan guru, murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada bidang akademik & ko-kurikulum.

Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan nilai sosial & kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Pembelajaran koperatif & kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.