Anda di halaman 1dari 7

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

SEPTEMBER 2013

HBPE3103SMP

KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : :

830305065423001 830305065423 013-3364013 : WRN6449@OUM.EDU.MY

PUSAT PEMBELAJARAN

OPEN UNIVERSITI CAWANGAN PAHANG

KATA-KATA ALUAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Setinggi penghormatan kepada Pengerusi majlis cikgu

Damia Hasya Arissa, Yang berusaha guru besar SK Merchong Jaya, En. Ab. Malek bin Zainal, barisan GPK-GPK, guru-guru yang saya hormati, para ibu bapa serta murid-murid yang saya kasihi sekalin. Berdirinya saya disini dengan megah sekali adalah ingin menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk Jerebu

Di Malaysia.

APA ITU JEREBU?

Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh negara kita saban tahun. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana acap kali melanda Negara. Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-700. Namun, realitinya keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat membahayakan kesihatan rakyat. Adakah tuan-tuan tau apakah itu jerebu? Menurut Wikipedia, Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarahzarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu yang tebal akan menghalang cahaya matahari memancar ke permukaan bumi. Keadaan ini akan mengakibatkan pandangan menjadi kabur. Tuan-tuan dan Puan-puan.. APAKAH PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA MASALAH JEREBU?

Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia itu sendiri iaitu pertamanya melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar. Contoh yang dapat saya berikan disini ialah, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan Malaysia. Kejadiaan Asap tebal ini selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya. Maklumat daripada ASEAN iaitu Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia akan menyelubungi sehingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan asap itu juga boleh sampai ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah jerebu yang amat membimbangkan sehingga kini.

Faktor lain yang memburukkan lagi keadaan ialah

tindakan

masyarakat setempat

yang

melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, ialah sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Mereka tidak betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara maka terjadilah jerebu. Tambahan pula, dengan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap yang mencemarkan udara. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan daripada paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.

Hadirin sekalin.... Adakah kita sedar tentang pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu juga turut menjadi punca utama jerebu? Sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Sebagai contoh yang dapat saya dapat berikan ialah kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang.

AKIBAT JEREBU Tuan-tuan dan Puan-puan Masalah jerebu yang melanda Negara kita, pada penghujung tahun 1997 hampir berulang apabila sebahagian besar daripada semenanjung Malaysia diselubungi asap tebal selama lebih seminggu lamanya pada Jun 2013. Fenomena jerebu disebabkan oleh pembakaran hutan secara besarbesaran di Sumatera dan Kalimantan serta diburukkan lagi oleh beberapa insidin kebakaran yang dilakukan secara terbuka oleh rakyat Malaysia sendiri. Lebih 760 hektar kawasan yang membabitkan tiga kawasan hutan simpan dan tanah gambut di Selangor telah musnah terbakar dan mengakibatkan Lembah Klang di selubungi jerebu yang tebal. Kebakaran ini berpunca daripada tindakan sesetengah petani dan pekebun yang membersihkan kawasan tersebut untuk penanaman semula, manakala musim panas dan kering mempercepat dan menyemarakkan api lagi yang terbakar dan dibakar itu. Kajian yang dijalankan menunjukkan betapa jerebu meninggalkan kesan yang negatif terhadap kesihatan manusia. Pendedahan yang terlalu lama dan secara tidak langsung kepada jerebu serta udara yang tercemar dapat mengakibatkan penyakit kanser, lelah, konjuktivistis, batuk dan sakit mata. Disamping manusia, jerebu juga memberikan kesan langsung kepada hidupan lain khususnya haiwan dan tumbuhan. Udara yang tercear dan tidak sihat membantutkan proses tumbesaran haiwan dan menjejaskan pengeluaran sayuran serta buah-buahan jega. Masalah jerebu turut menjejaskan hidupan laut apabila plankton yang menjadi makanan utama ikan tidak dapat membiak dengan baik kerana kekurangan cahaya matahari yang sampai kepermukaan air. Sekirannya ini berlaku maka pendapatan para petani, nelayan dan peniaga akan merosot. Pada masa yang sama, bilangan pelancong yang dating ke Negara ini juga berkurangan dan secara tidak langsung ekonomi Negara akan terjejas teruk. Aktiviti harian juga tidak akan berjalan dengan sempurna misalnya sekolah terpaksa ditutup, akitviti kokurikulum terpaksa ditangguhkan dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, orang ramai perlu memakai topeng apabila keluar daripada rumah untuk mengelakkan diri daripada udara yang tercemar. Para Hadirin yang saya kasihi sekalian. Sesungguhnya, masalah jerebu banyak meninggalkan kesan buruk tehadap kehidupan kita semua. Permasalahan yang berkaitan dengan jerebu dan pencemaran udara perlu ditangani dengan segera serta bersungguh-sungguh. Tanpa kerjasama daripada rakyat Negara jiran dan Negara ini, usaha untuk menangani masalah jerebu ungkin akan menemui jalan buntu atau tidak akan Berjaya sepenuhnya. Barangkali mereka yang tidak di kawasan yang dilanda jerebu tidak tahu akan kesukaran anggota masyarakat melakukan aktiviti seharian sepanjang tempoh tersebut. Mereka sukar untuk bergerak kemana-mana. Sekolah terpaksa ditutup dan orang ramai terpaksa memakai topeng apabila hendak keluar rumah. Situasi yang sedemikian juga dapat mengundang kemalangan sama ada dijalan raya, udara ataupun laut. Pembuangan bahan enap dan kotoran ke ruang udara telah menyebabkan

suhu bumi meningkat secara mendadak. Sama ada disedari atau tidak, masalah jerebu merupakan sebahagian daripada kesan rumah hijau yang sedang melanda dewasa ini. Oleh itu, semua masalah ini akan berlarutan untuk kehidupan yang lebih sihat dan tidak menjejaskan ekonomi Negara. Pada Jun 2013 yang lalu, Status Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar di paras tidak sihat dengan bacaan 690 yang direkodkan tertinggi setakat ini. Jabatan Alam Sekitar menerusi laman sesawangnya melaporkan satu lagi kawasan di Johor iaitu di Larkin Lama turut mencatat IPU tidak sihat iaitu dengan bacaan 111. Sementara di Pasir Gudang dan Kota Tinggi masing-masing mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana iaitu 83 dan 78. Sehinggakan pada waktu itu Dato Sri Najib Tun Razak mengisytiharkan Muar dan Ledang berstatus darurat berkuatkuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750.

PANDUAN KESIHATAN KETIKA JEREBU

Tuan-tuan dan puan-puan.. Mari kita lihat pada paparan yang saya sediakan kepada tuan-tuan berkenaan dengan jadual Status Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang diberikan Jabatan Alam Sekitar. Pada jadual tersebut, ia menunjukkan jumlah bacaan ipu yang boleh kita kenal melalui warna yang telah ditetapkan. Mari kita lihat. Jumlah IPU 0-50 menunjukkankan warna hijau iaitu tahap kualiti udara masih lagi dalam keadaan sihat dan seterusnya jumlah IPU 51-100 akan menunjukkan warna kuning iaitu kualiti udara diperingkat sedang. Di peringkat ini Kualiti udara masih dapat diterima. Bebarapa pencemaran mungkin akan menimbulkan efek pada sejumlah kecil pada populasi yang sensititif. Jumlah IPU 101150 yang menunjukkan simbol warna oren iaitu merupakan kualiti yang di peringkat berjaga-jaga. Pada peringkat ini pencemaran udara dapat menimbulkan efek pada populasi sensitif tapi tidak pada populasi umumnya. Peningkatan IPU daripada 151-200 yang menunjukkan simbol warna merah adalah kualiti uadara yang tidak sihat iaitu pencemaran udara dapat menimbulkan efek pada seluruh populasi. Seterusnya IPU 201-300 akan menunjukkan simbol warna ungu iaitu mempunyai kualiti uada yang sangat tidak tidak sihat. Pada peringkat ini Seluruh populasi akan mengalami efek kesihatan yang serius dan jika IPU meningkat lagi pada tahap 301 dan keatas, simbol warna akan menunjukkan warna coklat atau diistiharkan bahaya iaitu Seluruh populasi mengalami efek lebih serius. Pada peringkat ini kerajaan boleh mengumumkan darurat iaitu perintah berkurung. Melaluli jadual yang diberikan, kita mesti tau peringkat-peringkat ipu jika Negara kita berlaku jerebu. Pengetahuan ini membuatkan kita sentiasa bersedia menghadapi beberapa kemungkinan yang akan berlaku. Arahan-arahan yang umumkan perlu dipatuhi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Hadirin sekalian Disini saya ingin memberikan beberapa nasihat jika Negara kita masih lagi dilanda jerebu. Kepada sesiapa yang pernah mendapat gejala seperti gatal dibahagian kerongkong atau batuk-batuk, sesak nafas, mata terasa pedih atau berair , hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal atau terasa sakit dada ketika jerebu, segeralah berjumpa doktor. Rawatan segera dapat mencegah penyakit tersebut keperingkat yag lebih berbahaya. Ubat yang diberikan perlulah diambil mengikut arahan serta sukatan yang telah ditetapkan. Selain itu, mencegah lebih baik daripada mengubati, kepada perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit berhentilah merokok, jika tidak boleh berhenti kurangkan dan jika tidak boleh juga janganlah merokok di dalam rumah. Jerebu yang kuat berlaku diluar bangunan atau luar rumah , sewaktu jerebu tuan-tuan dan puan-puan dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Seterusnya aktiviti sukan atau aktiviti luar perlulah dikurangkan atau dihentikan. Selain itu pada waktu jerebu melanda, banyakanlah mandi, basuh muka, atau bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air yang bersih. Sekiranya ingin keluar rumah, gunalah kenderaan yang berhawa dingin atau air-cond supaya tidak terdedah kepada jerebu. Dan akhir sekali nasihat saya kepada hadirin sekalian banyakkanlah minum air kosong supaya udara yang kotor tidak menjejaskan kesihatan kita.

KESIMPULAN

Kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru, para ibu bapa serta murid-murid yang saya kasihi sekalian. Marilah kita sebagai rakyat Malaysia, rakyat Negara ini, berganding bahu membendung masalah jerebu ini daripada berlaku lagi. Segala yang berlaku puncanya seperti kita lihat pada hujahhujah saya sebelum ini yang saya ambil daripada fakta-fakta yang boleh dipercayai adalah daripada kita sendiri iaitu manusia. Setiap aktiviti buruk yang kita lakukan akan berbalik kepada kita juga. Usaha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Namun begitu , sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, , pihak kerajaan terutamanya perlu mengorak langkah drastik bagi mengatasi masalah jerebu ini dari terus-menerus menghantui negara kita. Kerajaan merupakan nadi kita, setiap kempen, menguatkuasakan undang-undang, perlu dilaksanakan oleh kerajan bagi membendung masalah jerebu. Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan negara kerana 'Rakyat Sihat Negara Maju'. Sekian sahaja ceramah saya pada pagi yang mulia ini. Wabillahitaufik walhidayahassalamualaikum warahmatullahhirobarokatuh.

RUJUKAN

1. Azman Abdullah, Rosnah Haji Salleh, Kuswandi Tayen (2008). Kemahiran Geografi. Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

2. Loh Suet Ling, Audrey M.A.L (2008). Bilingual Science form 3. Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

3. Mohd Bakri Ishak, Azmi Sharom (2007). Undang-undang Alam Sekitar. Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. J.S. Kidd dan Renee A. Kidd (2012). Pencemaran Udara Masalah dan Penyelesaian. Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia Berhad.

5. www.doe.gov.my