Anda di halaman 1dari 5

TATACARA JENAYAH DAN SIVIL Jenayah

Undang-undang jenayah adalah terikat kepada:-

(a)

Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593);

(b)

Kanun Keseksaan (Akta 574); dan

(c)

Akta Keterengan 1950 (Akta 56)

Jenayah bolehlah ditakrifkan sebagai satu tindakan yang menyalahi dan/atau melanggar undangundang yang tidak boleh diterima pakai dan dikutuk oleh masyarakat.

Contoh-contoh jenayah adalah seperti serangan terhadap seseorang, mencuri, merompak, merogol dan lain-lain. Pada kebiasaannya, pendakwaan di Mahkamah dikendalikan oleh Pendakwaraya.

Adalah perlu dinyatakan bahawa seseorang itu mempunyai perlindungan perlembagaan sepertimana termaktub di dalam artikel 5 Perlembagaan Persekutuan. Ianya menyatakan bahawa Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undangundang.

Jika seseorang ditangkap maka ia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebabsebabnya ia ditangkap dan ia hendaklah dibenarkan berunding dengan seorang pengamal undangundang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang itu.

Jika seseorang ditangkap tanpa waran, pegawai polis tidak boleh menahan orang itu melebehi 24 jam dan hendaklah dibawa ke hadapan seorang majistret dengan segera tanpa dikira masa perjalanan yang perlu dan orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya tanpa kuasa majistret itu.

Kehadiran di Mahkamah Jenayah

Kebiasaannya tertuduh boleh dibawa ke mahkamah dengan cara berikut:-

i.

saman oleh mahkamah;

ii.

waran tangkap; dan

iii.

Tangkap tanpa waran kesalahan boleh tangkap.

Saman adalah penyebutan terperinci satu persatu pertuduhan dan menghendaki seseorang kepadanya untuk diserahkan menghadirkan diri di mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Setiap saman yang dikeluarkan oleh mahkamah mestilah bertulis, ditanda tangani oleh majistret dan dimeterai oleh mahkamah.

Pada lazimnya saman itu disampaikan oleh pegawai polis dan diserahkan secara penyampaian ke diri dengan menunjukkan salinan asal dan menyerahkan salinan kepadanya. Sekiranya seseorang itu tidak dijumpai apabila telah berusaha mencarinya, maka saman itu boleh ditinggalkan kepada manamana orang dewasa ahli keluarganya ataupun orang dewasa yang tinggal bersamanya dialamat terakhir diketahui seseorang itu tinggal.

Waran tangkap adalah satu aturan kepada polis memberi kuasa kepadanya untuk menangkap orang yang dinamakan di dalam waran itu untuk dibawa ke mahkamah dan pegawai polis yang bertanggung jawab perlu memaklumkan kepada orang yang ditangkap itu pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Orang yang ditangkap itu akan dibenarkan menyempurnakan bon dengan jaminan untuk hadir di mahkamah pada masa yang ditetapkan dan melepaskan orang itu daripada tahanan.

Tangkap tanpa waran kesalahan boleh tangkap adalah kesalahan mana-mana orang yang terlibat dalam sebarang kesalahan yang dilakukan di mana-mana jua dalam Malaysia yang mana ia adalah kesalahan boleh ditangkap di bawah sebarang undang-undang yang berkuatkuasa dalam mana ia telah dilakukan atau mengeshaki di mana orang itu terlibat melakukannya.

Sivil

Undang-undang sivil adalah terikat kepada Akta Undang-Undang Sivil, 1956 (Akta 67). Undangundang sivil adalah berkaitan dengan perkara-perkara seperti:-

(a)

Kemalangan-kemalangan maut dan kausa-kausa tindakan;

(b)

Pelaku-pelaku tort;

(c)

Kecuaian;

(d)

Kontrak terkecewa;

(e)

Pengumpukan;

(f)

Pelupusan dan penurunan harta; dan

(g)

Lain-lain.

Sebagai contoh, ianya adalah perkara-perkara seperti perjanjian, penjualan harta, wasiat, perkahwinan, kontrak, perkongsian dan lain-lain. Kesimpulannya, kesalahan sivil adalah tindakan yang salah di mana ianya mencabuli hak seseorang dan pihak yang terkilan boleh mendapatkan remedi di Mahkamah.

Dalam kontek ini, pihak yang menuntut (plaintif) adalah pihak yang tercedera dan pihak yang kena tuntut (defendan) dan pada lazimnya, sekiranya defendan kalah dalam tindakan itu, ianya kena membayar ganti rugi. Pembayaran ganti rugi oleh defendan adalah sebagai satu pencegahan kepada masyarakat agar tidak melakukan kesalahan.

Tatacara di dalam kes-kes sivil

Pada asasnya peraturan pendakwaan di dalam kes-kes sivil adalah seperti berikut:-

1.

Pihak-pihak di dalam pertikaian

a. Plaintif mestilah pihak di dalam pertikaian itu untuk membolehkannya memulakan mengambil sesuatu tindakan di Mahkamah dan begitu juga kepada pihak defendan untuk membolehkannya membela diri, iaitu:-

i.

berumur 18 tahun keatas; dan

ii.

berfikiran waras.

2.

Locus standi

Locus standi bermakna kedudukan tempat (place to stand). Ianya adalah dalam hal seorang yang berhak untuk mengambil tindakan atau mencabar dakwaannya. Plaintif mempunyai locus standi sekiranya:-

i.

dia adalah pihak yang terkilan di atas tindakan defendan;

ii.

dia adalah orang yang berkepentingan di dalam perkara yang berbangkit.

3.

Kausa tindakan

Fakta-fakta adalah diperlukan bagi pihak plaintif untuk membolehkannya berjaya dan Mahkamah memihak kepadanya.

4.

Had masa

Plaintif perlu memulakan tindakan di Mahkamah dalam tempoh yang ditetapkan. Sebagai contoh, sesuatu tindakan itu mestilah diambil dalam tempoh 6 tahun dari tarikh pertikaian itu. Sekiranya plaintif memulakan tindakan selepas tempoh yang ditetapkan, ianya trerikat dengan Akta Had Masa 1953 dan tuntutan itu dengan sendirinya terbatal. Kausa tindakan terakru (berbangkit) apabila:-

a.

apabila ada orang yang boleh menuntut;

b.

apabila ada orang yang boleh dituntut; dan

c. apabila ada fakta-fakta yang material untuk dibuktikan yang membolehkan pihak yang menuntut berjaya. Sesuatu tindakan kausa itu adalah terikat kepada Akta Had Masa 1953 dan tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadap pihak yang lain setelah tamat tempoh dan mahkamah tidak berbidang kuasa melanjutkan had masa, secara ringkasanya adalah:-

i. 6 tahun daripada kausa tindakan terakru dan/atau daripada tarikh untuk bertindak terakru terhadap kes-kes seperti tuntutan hutang, kontrak, gantirugi dan lain-lain kes pecah amanah;

ii.

Perintah Hanya sah selama 12 tahun dan tiada tindakan boleh diambil selepas itu;

iii.

Tanah 12 tahun daripada masa sesuatu kausa tindakan itu terakru;

iv. Mendapat kembali wang pokok yang dicagar dengan gadaian 12 tahun daripada tarikh hak menerima wang terakru;

v.

Tindakan foreclosure 12 tahun daripada masa hak untuk foreclosure terakru;

f.

Tindakan terhadap kerajaan dalam masa 36 bulan daripada masa berlakunya kecuaian;