Anda di halaman 1dari 9

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani Mata Pelajaran Modul Aspek : Pendidikan Jasmani : Kemahiran : Konsep Pergerakan Tahun

Tarikh Masa : Satu Ariston (18 orang murid) : 15 September 2011 (Khamis) : 0705 0735 (30 minit)

Fokus Pembelajaran

: 1.1 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan. 1.1.1 Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran tubuh badan dari segi bentuk, imbangan, pemindahan berat badan dan layangan.

2.1

Mengenal pasti dan melakukan konsep asas pergerakan.

2.1.1 Mengenal pasti kesedaran tubuh badan dari segi bentuk, imbangan, pemindahan berat badan dan layangan.

5.2

Tanggungjawab Kendiri

5.2.1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam Pendidikan Jasmani.

Hasil Pembelajaran Psikomotor Kognitif Afektif

: Pada akhir pelajaran ini murid dapat: : melakukan pergerakan imbangan dengan cara yang betul. : menyatakan 2 daripada 3 bentuk formasi dengan betul. : merasa seronok mengikuti aktiviti kelas.

Pengetahuan Sedia Ada : murid boleh mengimbangkan badan secara semula jadi. Penerapan nilai murni Penggabungjalinan Kesepaduan Strategi utama Bahan Bantu Mengajar : patuh kepada arahan, bekerjasama, keyakinan diri, kasih sayang : pergerakan asas pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. : Matematik mengira nombor dalam aktiviti. : Berpusatkan guru : 1. Wisel 2. Kad gambar 3. Lembaran kerja 4. Beg warna 5. Sampul permainan 6. Kon 7. Kertas tapak kaki

Langkah / masa Aktiviti Focus Pembelajaran Organisasi catatan

Permulaan (5 minit)

1. Pemanasan badan Gerak dan imbang 1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. 2. murid akan bergerak dengan mengimbangkan beg warna yang diletakkan atas kepala murid. 3. Murid akan bergerak dari garisan A ke garisan B dan memberikan beg warna kepada rakan kedua. 4. Rakan kedua akan melakukan aksi yang sama dari garisan B ke garisan A. 5. Proses sama dilakukan sehinggalah semua murid dalam kumpulan melakukan pergerakan. = kumpulan 1 = kumpulan 2 = kumpulan 3 G = guru ________________ B G _______________ A

Kaedah: Berpusatkan bahan

Teknik: Permainan

Nilai murni: Keyakinan diri Kerjasama

Alatan: Beg warna Wisel Kon

Langkah / masa Aktiviti Focus Pembelajaran Organisasi catatan

Langkah 1 (10 minit)

Gerak kerja kelas 1. Membentuk badan 1. Guru menunjukkan kad gambar kepada murid. 2. Murid mengikut dan membentuk formasi seperti dalam gambar. Contoh:i. Besar seperti gergasi. ii. Kecil seperti orang kesejukan. iii. Tinggi seperti pokok kelapa. iv.Bulat seperti bola. v. Lurus seperti tiang elektrik. vi.Bongkok seperti sabit. Murid berada dalam bentuk ladam kuda G

Kaedah: Berpusatkan bahan Berpusatkan guru

Teknik: Demostrasi Simulasi Meniru gaya

Nilai murni: Patuh pada arahan Keyakinan diri

2. Aktiviti imbangan

1. Murid menutup mata dan mendengar arahan daripada guru. 2. Murid melakukan pergerakan mengikut arahan guru. Contoh:Alatan: Kad gambar Wisel Kertas tapak kaki kon

Langkah / masa Aktiviti Focus Pembelajaran Organisasi catatan

i. Berdiri kaki rapat tutup mata dan bertahan selama 10 kiraan. ii. Berdiri sambil mendepakan tangan bertutup mata dan bertahan selama 10 kiraan. iii. Berdiri sebelah kaki bertutup mata dan bertahan selama 10 kiraan.

3. Aktiviti layangan

1. guru mengarahkan murid bergerak berselerak. 2. Apabila guru tiup wisel, murid akan mencari kertas tapak kaki satu kaki atau kertas dua kaki. 3. Murid akan melompat dan mendarat atas kertas tapak kaki dengan satu kaki atau dua G

Langkah / masa Aktiviti Focus Pembelajaran Organisasi catatan

kaki mengikut kertas yang disediakan.

Langkah 2 (3 minit)

Gerak kerja kumpulan 1. Pemindahan berat badan 1. Murid mencari pasangan masingmasing. 2. Murid berganti-ganti melakukan sokongan badan atas lantai. 3. Murid melakukan sokongan badan mengikut arahan guru. Contoh:i. Sokong berat badan menggunakan dua kaki dan dua tangan. ii. Sokong berat badan menggunakan dua kaki dan satu tangan. iii. Sokong berat badan menggunakan dua tangan dan Murid secara berpasangan menghadap guru. G

Kaedah: Berpusatkan guru

Teknik: Arahan simulasi

Nilai murni: Keyakinan diri Kasih sayang

Alatan: wisel

Langkah / masa Aktiviti Focus Pembelajaran Organisasi catatan

satu kaki. iv. Sokong berat badan menggunakan satu kaki dan satu tangan.

Kemuncak (7 minit)

Permainan kecil 1. Bentuk perkataan 1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan berglilir-gilir mencabut kad dalam sampul dan melakukan bentuk kad tersebut. 3. Peserta kedua dalam kumpulan mesti jawab sehingga betul. 4. Setelah jawapan betul dijawab, peserta kedua akan mencabut kad dan melakukan bentuk kad. 5. Peserta ketiga akan menjawab bentuk tersebut. G

Kaedah: Berpusatkan bahan

Teknik: Permainan

Nilai murni: Kerjasama Keyakinan diri

Langkah / masa Aktiviti Focus Pembelajaran Organisasi catatan

6. Proses yang sama dijalankan sehinggalah habis kad bentuk dalam sampul permainan. 7. Kumpulan yang paling cepat habiskan permainan dengan melakukan bentuk yang betul akan menjadi pemenang.

Alatan: Sampul permainan

Murid berada dalam Penutup (5 minit) 1. Pentaksiran 1. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk penilaian. 2. Guru akan mengumpul hasil tugasan murid selepas murid siap menjawab. bentuk bulatan.

Kaedah: Berpusatkan bahan

Teknik: Latih tubi

Alatan: Lembaran kerja

Langkah / masa Aktiviti Focus Pembelajaran Organisasi catatan

2. Penyejukkan badan

1. Murid duduk dalam bentuk bulatan. 2. Murid pegang tangan kawan sebelah dan longgarkan tangan. 3. Pada masa yang sama, murid longgarkan kaki masing-masing. 4. Murid membuat aksi ombak. Murid tarik nafas. G

Refleksi:

Komen guru pembimbing:

Komen Pensyarah Pembimbing: