Anda di halaman 1dari 10

Learning To Score 2006

KERTAS 2 SET 1
Skema Jawapan

BAHAGIAN A

1. Pelancongan kesihatan merupakan sumber baru pertumbuhan ekonomi Malaysia.


Sejak tahun 1998 hingga Jun 2000, sekitar 400,000 orang pelancong asing mendapat
rawatan di negara ini. Bincangkan peranan pelancongan kesihatan dalam konteks tersebut
dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripada aktiviti pelancongan kesihatan.

Pengenalan
Pelancongan kesihatan ditakrifkan sebagai lawatan atau melancong ke sesebuah negara
sambil menjalani atau untuk mendapatkan rawatan. Pelancongan kesihatan mempunyai
peranan yang penting dalam memajukan ekonomi negara.

Bil Idea Huraian


A. Peranan
1. Menjana tukaran asing Pelancong bersama keluarga membawa masuk wang ke
negara ini untuk melancong dan rawatan. Meningkatkan
pendapatan negara.
2. Peningkatan bilangan Penyediaan perkhidmatan kepakaran yang bertaraf
hospital swasta bertaraf dunia serta dilengkapi dengan peralatan dan prasarana
dunia. yang canggih. Memberi peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan.
3. Menggalakkan Terdapat pelancong (terutama dari Eropah) yang
perkembangan perubatan memilih menggunakan perubatan tradisional. Struktur
tradisional/berasaskan muka bumi Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna
herba. di samping amalan tradisi mampu menarik pelancong
untuk berubat malah mempelajari bahan perubatan
tradisional.
4. Meningkatkan industri Menggalakkan pelancong membeli kemudahan
insurans. insurans. Pelancong menikmati kos rawatan yang murah
dan mudah kerana kos perbelanjaan ditanggung oleh
syarikat insurans.
B. Masalah
5. Menyalahgunakan Rakyat asing mengambil kesempatan bekerja di pusat
pas/visa/dokumen lawatan kesihatan dan spa sebagai tukang urut atau pelacur.
Tanggapan salah terhadap industri pelancongan
kesihatan. Mengembangkan aktiviti tidak bermoral.
6. Kekurangan pegawai Doktor dan jururawat kerajaan telah ditawarkan
perubatan pendapatan yang lumayan oleh pihak hospital swasta.
kerajaan/kehilangan Hospital swasta akan mengenakan bayaran rawatan
kepakaran yang lebih tinggi bagi menampung kos. Hospital
kerajaan pula akan kekurangan pakar perubatan.
7. Menikmati rawatan dan Menerima rawatan dan kemudahan di hospital-hospital
kemudahan perubatan untuk kerajaan. Memalsukan dokumen dan tidak melunaskan
rakyat tempatan. bil/caj perubatan.
8. Pengamal kesihatan yang Pusat kesihatan dan kecantikan yang tidak sah. Operasi
tidak diiktiraf/tidak sah pusat kesihatan yang tidak bertanggungjawab dan
hanya mengaut keuntungan peribadi. Menawarkan
pelbagai pakej yang mutu rawatannya meragukan.

1
Learning To Score 2006

Penutup
Pelancongan kesihatan telah membantu meningkatkan industri pelancongan di Malaysia
dan seterusnya sebagai pemangkin ekonomi negara.

Skema : 2+2

2. Kebiasaannya Orang Kurang Upaya (OKU) menghadapi masalah dalam menjalani


kehidupan seharian. Masalah ini menjadi punca sesetengah majikan enggan mengambil
OKU bekerja di syarikat mereka.
Bincangkan.

Pengenalan
Orang Kurang Upaya tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan oleh
kekurangan dari segi fizikal atau mental. Kekurangan ini akan menimbulkan masalah
kepada Orang Kurang Upaya hinggakan terdapat majikan yang tidak mahu mengambil
mereka bekerja di syarikat mereka.

Bil. Idea Huraian


A. Masalah
1. Tanggapan negatif Kurang kepercayaan daripada masyarakat dan
masyarakat. dianggap insan yang lemah dari segi fizikal serta
mental. Kurang produktif. Kesukaran berinteraksi.
2. Persaingan dengan insan Ketinggalan dalam mengejar kecemerlangan.
yang normal. Pergerakan yang agak terbatas. Banyak bergantung
kepada orang lain.Kurang mampu berdikari. Peluang
pendidikan berterusan terhad.
3. Kekurangan kemudahan di Kekurangan tempat berjalan kaki, tandas dan tempat
tempat awam. meletak kenderaan. Sukar untuk bergerak. Terpaksa
menggunakan kemudahan orang normal yang tidak
sesuai dengan OKU.
4. Kurang kepercayaan Mengasingkan diri. Rasa rendah diri. Suka hidup
/keyakinan diri. dalam kelompok mereka. Gagal memberi dan
menerima arahan dengan baik.
B. Punca enggan
5. Majikan kurang yakin. Tidak yakin mereka dapat melaksanakan tugas yang
diberi dengan baik.Kesukaran mereka untuk bergerak.
6. Kekurangan kemahiran Mempunyai kemahiran bekerja yang terhad.
yang sesuai. Sesetengahnya langsung tiada kemahiran. Kurang
produktif dalam syarikat.
7. Menanggung kos yang Syarikat terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang
tinggi. besar bagi menyediakan kemudahan. Perbelanjaan
yang dianggap membazir jika OKU berhenti kerja.
Merupakan satu beban kepada syarikat-syarikat yang
kecil.

Penutup
Golongan OKU harus diberi perhatian yang sewajarnya. Mereka perlu mencari rezeki yang
halal dan diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka.

Skema : 2+2.

2
Learning To Score 2006

BAHAGIAN B

3. Hutan negara membekalkan pelbagai sumber yang penting kepada hidupan. Aktiviti
manusia telah mengancam keseimbangan biodiversiti. Justeru, hutan perlu dipulihara.
Bincangkan.

Pengenalan
Hutan merupakan sumber alam yang boleh diperbaharui. Namun, kajian oleh PBB
menunjukkan seluas 17 juta hektar dimusnahkan setiap tahun.

Bil Idea Huraian


A. Ancaman
1 Kepupusan flora dan fauna Penerokaan hutan untuk petempatan,perkilangan,
pertanian serta pembalakan.Menjejaskan sumber
makanan dan tempat perlindungan hidupan liar di
hutan.Menyebabkan kematian serta kepupusan
hidupan liar.Pemusnahan hutan akan turut
memusnahkan sumber genetik.

2 Kemusnahan kawasan Kawasan hutan digondolkan. Akar tidak dapat


tadahan hujan mencengkam tanah dan larian air permukaan
menjadi deras. Struktur tanah menjadi longgar dan
mengakibatkan hakisan.

3 Menjejaskan ekosistem Pemusnahan hutan mengganggu keseimbangan


oksigen dan karbon dioksida di atmosfera.
Menjejaskan proses fotosistesis. Menjejaskan
hidupan lain. Berlaku perubahan iklim dunia seperti
pemanasan global.

B. Kepentingan
4 Mengekalkan habitat Pemuliharaan hutan memberi jaminan pengekalan
sumber semulajadi.Tempat perlindungan hidupan
liar dan rantaian makanan terpelihara.

5 Penyelidikan dan Hutan sebagai sumber penyelidikan. Menghasilkan


pembangunan baka baru. Menjadi disiplin ilmu baru.

6 Sumber perubatan herba Sumber perubatan herba seperti Tongkat Ali, Kacip
Fatimah, dan sebagainya diperoleh dari
hutan.Sebagai sumber perubatan alternatif
berasaskan herba.

Penutup
Tidak dapat dinafikan bahawa pemusnahan hutan menjadi isu persekitaran yang kian
meruncing dan perlu diberi perhatian sewajarnya.

Skema 2+2

3
Learning To Score 2006

4. Ekosistem pesisiran pantai dan lautan sering terjejas akibat daripada aktiviti manusia
yang kurang beretika dalam peningkatan kualiti hidup. Bincangkan.

Pengenalan
Lautan dan zon pesisiran pantai merupakan ekosistem seimbang dan sensitif yang sentiasa
terancam oleh aktiviti manusia.

Bil. Idea Huraian


A. Aktiviti pesisir pantai
1 Efluen sisa toksik dari Sisa toksik termasuk semua jenis sisa bahan yang
industri. mudah terbakar, mudah menghakis. Sisa toksik dari
kilang disalurkan ke laut. Hidrokarbon petroleum,
logam-logam berat mencemarkan laut.

2 Pembuangan domestik Pengguna membuang sampah ataupun sisa ke dalam


sungai dan laut. Pengusaha hotel, restoran tepi pantai
membuang sisa pepejal ke laut. Buangan air
berminyak daripada bahan kumbahan yang tidak
dirawat

3 Penebangan hutan bakau Hutan paya bakau sebagai agen pemecah ombak dan
penyaring sampah semulajadi. Pengubahan ekosistem
kepada kawasan industri akuakultur (cth : udang)
mengakibatkan hakisan, dan gangguan ekosistem
pantai.

4 Kegiatan industri pertanian Membuang sisa racun makhluk perosak ke sungai,


laut. Penggunaan baja yang berlebihan.

B. Aktiviti di lautan
5 Tumpahan minyak Tumpahan minyak oleh kapal tangki.aktiviti
penghasilan minyak dan gas di laut .Operasi loji
pembersihan minyak.

6 Ujian senjata nuklear Negara-negara Kuasa Nuklear sering menjalankan


ujian senjata nuklear di lautan. (Pasifik, kutub)
Mencemarkan lautan – radioaktif, uranium, plutonium.

7 Penangkapan ikan laut Aktiviti penangkapan laut dalam mencemarkan laut.


dalam Penggunaan pukat harimau telah memusnahkan
hidupan akuatik pra-matang.

Penutup
Secara tidak langsung akan merosakkan keindahan kawasan pelancongan dan sumber
perikanan. Langkah sewajarnya perlu diambil.

Skema 2+2

4
Learning To Score 2006
BAHAGIAN C

5(a)
(i) Pemilihan kaedah yang paling sesuai untuk mengembangkan perniagaan adalah
berasaskan sistem francais.
(ii)
1. Suatu format pengurusan perniagaan yang lebih teratur dan mampu menguasai
pasaran yang luas
2. Sistem perniagaan yang membentuk pengkongsian dalam aspek operasi, nama
dagangan dan pendapatan
3. Mewujudkan suatu sistem yang seragam yang diselaraskan kepada semua ahli,
pemilihan lokasi dan modal
4. Menghapuskan imej individu pemilik perniagaan
5. Sistem perniagaan yang mengamalkan konsep `menang-menang` yang memupuk
budaya kerjasama

5(b)
(i) Sikap dan pengaruh rakan
(ii)
1. Permuafakatan bestari pihak sekolah – ibubapa/masyarakat – polis
2. Tindakan tegas badan disiplin dan keberkesanan Unit Bimbingan dan Kaunseling
3. Pemantauan Jabatan / Pejabat pelajaran
4. Program pembangunan sahsiah secara berterusan di rumah dan sekolah, cth
budaya kasih sayang.

6(a)
(i) Pengubahsuaian organisma melalui proses pemindahan gen untuk menghasilkan
produk baru.
(ii)
1. Mengancam kesihatan manusia seperti penyakit kanser.
2. Teknologi menggalakkan penggunaan racun rumpai dan racun serangga berlebihan
akan memusnahkan semua tumbuhan dan binatang dalam persekitaran / dan
bahan-bahan lain yang memudaratkan tumbuhan dan binatang. Penggunaan
pestisid dan herbasid yang berlebihan memusnahkan tumbuhan dan binatang dalam
persekitaran.
3. Gen Pemusnah - teknologi memusnahkan alam sekitar semula jadi. Tanaman dan
tidak mampu menghasilkan pertumbuhan baru

6(b)
(i) Apabila saluran arteri koronari menjadi sempit.
(ii)
1. Amalan pemakanan/diet yang seimbang
2. Pergerakan fizikal/senaman/psikomotor/rekreasi/Gaya hidup/ meditasi
3. Elakkan penagihan – rokok / alkohol / mengambil ubatan yang berlebihan.
4. Rawatan berkala di hospital dan klinik

5
Learning To Score 2006

BAHAGIAN D
7. Carta pai

MALAYSIA : PERBANDINGAN HASIL EKSPORT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI


TAHUN 2004 DAN 2005.

Hasil eksport 2004 2005


Nilai Nilai
(RM Juta) % Sudut (RM Juta) % Sudut
Keluaran elektrik dan 241 483 61.92 222.9 240 027 57.84 208.22
elektronik 0
Getah 5 197 1.33 4.79 5 197 1.25 4.49
Minyak kelapa sawit 29 116 7.47 26.88 26 197 6.31 22.73
Petroleum 21 762 5.58 20.09 26 461 6.38 22.95
Gas asli cecair 17 082 4.38 15.77 18 575 4.48 16.11
Pengeluaran kayu balak 19 778 5.07 18.26 19 441 4.68 16.86
Lain-lain eksport 55 582 14.25 51.31 79 102 19.06 68.64
JUMLAH 390 000 100 360 415 000 100 360

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan


Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2005)

MALAYSIA :PERBANDINGAN HASIL EKSPORT KERAJAAN PERSEKUTUAN


BAGI TAHUN 2004 DAN 2005.

2004 2005
14.25%

5.07% 19.06%
4.68%
4.38%
5.58% 4.48%
61.92% 57.84%

7.47% 6.38%

1.33% 6.31%
1.25%
Jumlah : RM 390 000 Juta
Jumlah : RM 415 000 Juta
Nisbah jejari : 1 : 1.03
Petunjuk:
Barang elektrik dan elektronik
Getah
Minyak kelapa sawit
Petroleum
Gas asli cecair
Pengeluaran kayu balak (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan
Lain-lain Perangkaan,Jabatan Perangkaan Malaysia,2005)

6
Learning To Score 2006

8. Bar Komponen

MALAYSIA: NILAI IMPORT MAKANAN YANG TERPILIH BAGI TAHUN 1999


HINGGA TAHUN 2002

Barang-barang import 1999 2000 2001 2002


(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
Jagung 1 114.3 1 088.5 956.3 1 088.6
Susu krim dan tepung 772.4 869.8 938.2 765.2
Gandum 818.2 710.9 783.3 766.4
Gula 972.3 963.8 1 087.2 976.9
Beras 718.9 689.3 529.7 510.1
JUMLAH 4 396.1 4 322.3 4 294.7 4 107.2

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku


Tahunan Perangkaan, Jabatan Statistik Malaysia, 2003)

MALAYSIA : NILAI IMPORT MAKANAN YANG TERPILIH BAGI TAHUN


1999 HINGGA 2002
Nilai Import
(RM Juta)
5000

4500

4000

3500

3000

2500

2000

1500

1000

500

0
1999 2000 2001 2002
Tahun
Skala : 1cm = RM 500 juta
Petunjuk :
Beras
Gula
Gandum
Susu krim dan tepung
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan
Jagung
Perangkaan,Jabatan Statistik Malaysia,2003)

7
Learning To Score 2006

BAHAGIAN E
9.

Pengenalan:
Carta pai diberi menunjukkan perubahan bilangan pelanggan telefon mengikut jenis dari
tahun 1998 hingga tahun 2002.

1. Pola Keseluruhan didapati meningkat


1998 – 6,693,000 orang
2000 – 9,901,000 orang
2002 – 13,832,000 orang
• Peratus perubahan sebanyak 51.61% atau peningkatan sebanyak 7,139,000
orang dari tahun 1998 hingga 2002
Sebab:
• Peningkatan Teknologi komunikasi
• Pertambahan penduduk
• Perubahan gaya hidup masyarakat

2. Peratus meningkat
• Telefon Selular/Bimbit
1998 – 32.2% (2 155 146 orang)
2000 – 46.1% (4 564 361 orang atau meningkat sebanyak 13.9% dari tahun
1998)
2002 – 62.5% (8 645 000 orang atau meningkat sebanyak 16.4% dari tahun
2000)

Sebab % meningkat:
• Keadaan ekonomi yang semakin baik – peningkatan taraf hidup
masyarakat. Kuasa beli meningkat.
• Harga talian yang lebih murah – akibat persaingan antara syarikat-syarikat
telekomunikasi.
• Liputan yang lebih menyeluruh di kawasan-kawasan luar bandar
• Pelbagaiguna – selain untuk tujuan perhubungan, terdapat perkhidmatan
sampingan yang lain seperti internet, kamera dan video.
• Mobiliti – mudah dibawa ke mana-mana
• Harga telefon bimbit yang semakin murah.

3. Peratus menurun
• Telefon Awam
1998 – 2.6% (174 018 orang)
2000 – 1.5% (148 515 orang atau penurunan sebanyak 1.1% dari tahun
1998)
2002 – 0.9% (124 488 orang atau penurunan sebanyak 0.6% dari tahun
2000)

Sebab % menurun:
• Peralihan kepada penggunaan telefon bimbit
• Kegiatan vandalisme – kerosakan telefon awam. Kerugian kepada syarikat
telekomunikasi
• Pengenalan kaedah penggunaan kad – menyukarkan pengguna
mendapatkan kad.
• Hanya tertumpu di kawasan desa atau kawasan-kawasan yang tidak liputan
perayauan.

8
Learning To Score 2006

• Telefon Kediaman (Talian Tetap)


1998 – 47.9% (3 205 947 orang)
2000 – 34.3% (3 396 043 orang atau menurun sebanyak 13.6% dari tahun
1998)
2002 – 24.0% (3 319 680 orang atau menurun sebanyak 10.3% dari tahun
2000)

Sebab % menurun:
• Bayaran sewaan yang semakin meningkat
• Peralihan kepada penggunaan telefon bimbit yang lebih mobiliti – mudah
dihubungi di mana-mana. Talian tetap hanya terhad ketika di rumah
• Prosedur memohon talian tetap yang merumitkan.

4. Peratus tidak konsisten


• Pelanggan Perniagaan
1998 – 17.3% (1 157 889 orang)
2000 – 18.1% (1 792 081 orang atau meningkat sebanyak 0.8% dari tahun
1998)
2002 – 12.5% (1 729 000 orang atau menurun sebanyak 5.6% dari tahun
2000)

Sebab % tidak konsisten:


- Sebab peningkatan (1998-2000)
• Perkembangan ekonomi – pembukaan banyak kilang-kilang, syarikat
perniagaan
• Memudahkan pengurusan operasi syarikat
- Sebab penurunan (2000-2002)
• Peningkatan teknologi komunikasi – penggunaan teknologi yang lebih
canggih seperti televideo, e-mel. Menjalankan perbincangan secara
maya dan penggunaan emel yang jauh lebih murah daripada penggunaan
telefon.

Isi - 4
Huraian - 8 (4x2)
Bahasa - 1
Rumusan - 2

* Nota: Huraian data 1 m, alasan 1m

10.

Pengenalan
- Selepas melalui proses pengilangan, produk akan dipasarkan kepada pengguna
pengguna yang menggunakan produk akan menghasilkan bahan-bahan buangan
berbentuk organik dan bukan organik.

A: Kaedah-kaedah Pengurusan Bahan Buangan


1. Sisa Bahan Buangan Bukan Organik
- Bahan buangan bukan organik seperti kertas, kaca, logam dan plastik boleh dikitar
semula. Bahan-bahan buangan ini akan diasingkan mengikut jenis ke dalam tong-
tong yang berasingan dan dihantar ke kilang primer untuk dikitar semula
- bahan-bahan yang telah dikitar semula akan dijadikan barang-barang sekunder
seperti kotak, sampul surat,tisu dan lain-lain.

9
Learning To Score 2006

2. Sisa Bahan Buangan Organik


Sisa-sisa bahan organik adalah sisa bahan yang boleh reput seperti bahan buangan
haiwan dan tumbuhan.
- Sisa-sisa ini akan dikumpulkan dan akan melalui proses pereputan dan
menghasilkan kompos.
- Dijadikan baja organik.

3. Lain-lain
- Sisa bahan-bahan lain (bukan organik) yang tidak digunakan lagi akan dibuang ke
dalam insinerator, aitu tempat pembakaran sampah yang tertutup.
- Bertujuan untuk mengurangkan pembebasan gas-gas yang beracun di udara seperti
Karbon Dioksida.
- Mengelakkan Kesan Rumah Hijau.
- Sampah yang tidak dapat dikitar semula dilupuskan di tapak pelupusan sampah
secara terancang
- Tapak pelupusan moden dibina berdasarkan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar.
Digunakan untuk mencegah pembocoran bahan pencemar ke dalam air bawah
tanah.

B: Kepentingan penggunaan semula bahan-bahan buangan.


1. Mengurangkan masalah pencemaran alam.
- kitar semula boleh mengurangkan sampah dan pelepasan gas-gas toksik ke udara.

2. Menjimatkan sumber alam semulajadi


- mengurangkan kepupusan sumber alam semula jadi
- kitar semula kertas mengurangkan kegiatan pembalakan dan pengeluaran pulpa
kertas
- kitar semula tin mengurangkan aktiviti perlombongan

3. Menghasilkan sumber tenaga baru


- Najis haiwan menghasilkan biogas, misalnya gas metana
- Sumber tenaga lebih murah dan bersih

Cadangan Skema :

Skema - 3+1
Isi - 4
Huraian - 8(4x2)
Bahasa - 1
Rumusan - 2

Pilihan kaedah tidak perlu ikut urutan.

10

Anda mungkin juga menyukai