Anda di halaman 1dari 11

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT GRAMATIS MURID TAHUN 5 DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU (BAHAGIAN A) MENGGUNAKAN KAEDAH PELAN

MAKLUMAT DAN KATA TANYA

Oleh

PANITIA BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN JELAWAT,16370 BACHOK KELANTAN

AHLI JAWATANKUASA:

FUZIAH BT ISMAIL SABARIAH BT AWANG AHMAD MAZNAH BT DERAHMAN GHAZALI B. LATIFF

ABSTRAK Kajian tindakan ini adalah disasarkan kepada 20 orang murid Tahun 5 , Sekolah Kebangsaan Jelawat, Bachok bagi meningkatkan lagi prestasi mereka dalam penulisan bahagian A menggunakan kaedah Pelan Maklumat Dan KataTanya. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk melatih murid-murid menulis ayat yang gramatis berdasarkan bahan grafik. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui markah 3 siri ujian dan latihan harian. Kajian ini mendapati bahawa ada peningkatan dalam pencapaian murid-murid dari segi pengskoran mereka. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa ada perubahan yang positif dalam amalan pengajaran kami sebagai guru yang mengajar mata pelajaran ini berbanding pengajaran sebelum ini.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Bahasa Melayu penulisan mengandungi 3 bahagian wajib dijawab oleh calon iaitu bahagian A,bahagian B dan bahagian C.Bahagian A dikenali sebagai item memindahkan maklumat. Calon dikehendaki memindahkan maklumat daripada bahan ransangan kepada maklumat berbentuk ayat.Ayat yang dibina haruslah gramatis iaitu betul struktur dan tatabahasanya. Sebarang bahan rangsangan

berbentuk grafik seperti gambar tunggal,gambar bersiri,graf,carta,rajah,data dan

peta boleh

digunakan..Jawapan calon perlulah mengandungi perkara-perkara tersurat daripada gambar berkenaan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini selama 15 minit. Markah yang cemerlang antara 8 hingga 10 markah dan calon perlulah menggunakan ayat yang gramatis iaitu mengikut prinsip-prinsip tatabahasa dan ayat pula haruslah menepati maklumat tersurat dalam bahan grafik .

PERNYATAAN MASALAH.

Kami mengajar Bahasa Melayu untuk murid-murid Tahun 5 pada tahun 2011 iaitu sebanyak 4 kelas. Memandangkan pada tahun hadapan iaitu 2012, murid-murid ini akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, pencapaian bagi subjek ini haruslah ditingkatkan.Faktor yang dikenal pasti mempengaruhi keputusan subjek ini ialah penguasaan kemahiran menulis ayat yang gramatis . Sebuah kelas tahun lima telah dipilih dalam kajian ini yang melibatkan seramai 25 orang murid. Berdasarkan keputusan peperiksaan Penulisan Bahasa Melayu pertengahan tahun 2011 yang lalu, kami dapati masih ramai murid kelas ini mendapat pengskoran pada tahap baik dan memuaskan seperti yang digambarkan pada Jadual 1.

PENGSKORAN CEMERLANG (8 HINGGA 10 MARKAH) BAIK (5 HINGGA 7 MARKAH) MEMUASKAN (3 HINGGA 4 MARKAH) PENCAPAIAN TAHAP MINIMUN ( 0 HINGGA 2 MARKAH)

BIL PERATUS

20%

18

72%

8%

0%

Jadual 1: Analisis Pengskoran Bahagian A Penulisan Bahasa Melayu pertengahan

tahun 2011.

Berdasarkan Jadual 1, didapati 80% iaitu 20 daripada 25 orang murid kelas ini mendapat pengskoran pada tahap baik dan memuaskan. Analisis ini menunjukkan bahawa terdapat sebilangan besar murid kelas

ini yang masih lagi sederhana pencapaian mereka dalam Penulisan bahagian A Bahasa Melayu. Kami telah memulakan tinjauan awal kajian ini pada awal bulan Julai 2011 yang lalu. Melalui maklumat awal ini, kami telah meneliti dan mengenal pasti kelemahan murid-murid ini melalui latihan harian mereka. Rajah 1 merupakan salah satu latihan penulisan seorang daripada murid berkenaan.

RAJAH 1- CONTOH LATIHAN HARIAN MURID

Latihan tersebut menunjukkan murid berkenaan masih lemah yang mana perkataan yang digunakan amat terhad dan kurang sesuai dengan bahan grafik.Pemilihan kosa kata juga kurang sesuai disamping kelemahan dalam menguasai sistem tanda baca dan ejaan.Murid ini gagal untuk membuat ayat yang gramatis dan sesuai dengan tahap kematangan pelajar tahun Lima.

Terdapat dua sebab mengapa pencapaian murid-murid ini berada pada tahap yang sederhana. Pertama, murid-murid ini kekurangan perbendaharaan kata kerana kurang membuat rujukan dan bahan bacaan serta tidak menguasai kemahiran membina ayat majmuk. Kedua, kaedah pengajaran yang kami gunakan selama ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tindakan ini adalah untuk:

i) Meningkatkan kemahiran murid membina ayat yang gramatis berdasarkan bahan grafik yang diberikan dengan menggunakan pelan maklumat. ii) Menggalakkan murid agar berkeyakinan dengan potensi diri dan kebolehan mereka. iii) Memperbaiki amalan pengajaran kami sebagai guru Penulisan Bahasa agar memberi kesan yang positif terhadap pemahaman murid melalui penggunaan Kaedah Kata Tanya.

PERSOALAN KAJIAN

Kami telah memikirkan beberapa persoalan sebelum memulakan kajian ini. Antara persoalan-persoalan tersebut ialah:

a)

Mengapakah sebilangan besar murid kelas ini masih kurang mahir membina ayat yang gramatis menggunakan bahan grafik?

b) Adakah kaedah yang digunakan sebelum ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman murid-murid berkenaan? c) Apakah kaedah lain yang patut digunakan untuk membantu mereka mengatasi masalah ini?

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian ini ,kami telah menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu melalui soalan ujian dan pemerhatian.Soalan Pra Ujian,ujian bulanan dan Pasca Ujian telah disediakan bagi mengukur kelemahan murid-murid ini. Selain itu, pemerhatian juga dilakukan oleh kami melalui latihan yang diberi di dalam kelas,aktiviti perbincangan yang diadakan serta tindakbalas mereka terhadap soaljawab semasa pengajaran dilaksanakan. Maklumat ini telah dianalisis dan hasilnya telah memberi gambaran yang jelas terhadap bilangan murid yang terlibat serta tahap pencapaian mereka. Berpandukan maklumat daripada tinjauan awal ini, kami telah meneliti buku latihan harian murid. Hasil daripada penelitian ini, kami telah memperolehi maklumat tentang kelemahan murid-murid ini. Seterusnya kami pun memulakan langkah untuk melaksanakan kajian ini pada 11.07.2011 (Isnin). Dalam pelaksanaan kajian ini, kami telah mengumpul data melalui 3 siri Ujian Penulisan Bahasa Melayu. Maklumat dalam bentuk markah telah dicatat dalam Borang Analisis Markah Latihan. Maklumat ini telah dianalisis dan keputusannya menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini telah kami rancang bermula awal Julai 2011 sehingga penghujung bulan Oktober 2011. Kami telah mengenal pasti 20 orang murid untuk dijadikan kumpulan sasaran dalam kajian ini. Kami melaksanakan pengajaran menggunakan Kaedah bina pelan maklumat dan kata tanya. Kami

memperuntukkan 2 waktu (60minit) pada setiap hari Ahad untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini. Kami menggunakan 1 waktu untuk perbincangan dan aktiviti pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini manakala 1 waktu lagi untuk murid-murid membuat latihan membina ayat. Kami akan membuat penilaian terhadap keberkesanan kaedah ini dengan mengadakan ujian pada hujung setiap bulan dalam tempoh kajian ini. Kami telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran&pembelajaran menggunakan kaedah ini. Berikut adalah Rancangan Pelajaran yang kami sediakan untuk sesi pengajaran tersebut. Set Induksi : Baca arahan soalan dengan teliti sambil menggarisi klu

soalan.Fahami kehendak sebenar soalan.

Langkah 1

: Teliti bahan grafik dan catat sekurang-kurangnya lima maklumat yang tepat.Sekiranya grafik gambar,utamakan aktiviti yang dipaparkan.

Langkah 2

: Bina pelan maklumat. Guru membimbing murid menggunakan teknik tarik dan tulis maklumat pada bahan grafik.

Langkah 3

Menggunakan kata tanya( siapa,bagaimana dan di mana) pada setiap maklumat yang diperolehi.

Langkah 4

: Latihan membina dan menulis ayat yang gramatis berpandukan pelan maklumat.

Penutup : Semak ejaan,tanda baca,imbuhan dan ayat supaya tiada kesalahan.

Kami memulakan langkah pengajaran&pembelajaran dengan menyuruh murid membaca arahan dengan teliti sambil menggarisi klu soalan agar mereka memahami kehendak soalan samada menulis ayat berdasarkan aktiviti/situasi berdasarkan bahan grafik. Ini untuk menarik minat dan perhatian mereka.

Seterusnya di dalam langkah pertama, murid hendaklah meneliti bahan grafik untuk memahami aktiviti/situasinya. Selepas itu, murid hendaklah menyenaraikan sekurang-kurannya lima maklumat yang tepat yang terdapat dalam gambar. Sekiranya grafik berkaitan gambar, murid-murid hendaklah

mencatatkan lima kata kerja yang sesuai berdasarkan gambar. Sekiranya berkaitan data/jadual , muridmurid hendakah mencatatkan isi penting tentang grafik tersebut.

Di dalam langkah kedua, kami menunjukkan cara untuk membina pelan maklumat dengan menggunakan teknik tarik dan tulis.Berdasarkan bahan grafik, murid-murid hendaklah membuat garisan pada gambar dan mencatatkan aktiviti yang dilakukan.Contoh penggunaan teknik tarik dan tulis seperti dalam Rajah 2

RAJAH 2- TEKNIK TARIK DAN TULIS

Seterusnya di dalam langkah ketiga, kami membimbing murid menggunakan kata tanya bagi setiap aktiviti yang ditulis.

Contoh soalan : Siapakah yang membina istana pasir? Contoh jawapan murid : Dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan.

Contoh soalan: Di manakah mereka membina istana pasir? Contoh jawapan murid : Mereka membina istana pasir di tepi pantai.

Contoh soalan : Bagaimanakah mereka membina istana pasir? Contoh jawapan murid: Mereka membina istana pasir menggunakan pasir pantai.

Untuk langkah yang terakhir, kami telah memberi latihan membina ayat kepada murid-murid. Semasa membuat latihan, kami memberi bimbingan secara individu. Kami membimbing dan melatih mereka membina ayat supaya gramatis dengan menggunakan kosa kata yang tepat. Setelah murid-murid selesai

menulis ayat,mereka diarahkan supaya menyemak ayat masing-masing supaya tiada kesalahan ejaan,tanda baca sebagainya.

Contoh ayat yang gramatis : Dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan sedang membina istana pasir di tepi pantai dengan menggunakan pasir pantai.

Setelah melaksanakan beberapa siri pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini dari awal bulan Julai 2011 hingga penghujung bulan Oktober 2011, kami telah mengadakan 3 siri ujian. Ujian ini diadakan pada hujung setiap bulan dalam tempoh pelaksanaan kajian ini. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan terhadap pencapaian subjek kajian dalam Penulisan Bahasa Melayu.

DAPATAN KAJIAN

Kami telah mengumpul pengskoran daripada 3 siri ujian yang telah diadakan. Markah-markah tersebut telah dicatat dalam Borang Analisis pengskoran seperti Jadual 2.

BIL

NAMA MURID PRA UJIAN

JENIS UJIAN UJIAN BULAN SEPTEMBER PASCA UJIAN


9 10 8 8 9 9 10 9 9 8

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

AHMAD IMRAN B. AB.RAHMAN AHMAD SYAKIR AIMAN B. SUDIN ALKAF AMIRULLAH B. ROZAIMIE IZZ AZRI B. ZAKI MUHAMAD FAHMI B. RUSLAN MUHAMAD IRFAN AIMAN B. AZMI MUHAMAD ZHAFAN B. MOHD ZAKI MUHAMMAD FAIZI B. MOHD ZIN MUHAMMAD FIKRI AIMAN B. NAZRI MUHAMMAD KAMIL B. MAZLAN

4 6 5 4 6 5 7 6 5 4

6 7 6 6 7 7 8 8 7 7

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

MUHAMMAD MU'AZ B. RUSMAN MUHAMMAD MUSTAQIM B. RUSLAN MUHAMMAD SYAFIQ B. ABD GHANI MUHAMMAD ZUNNUR HAKIM TENGKU MUHAMMAD AIMAN TUAN MUHAMAD FAISAL B. ROSLI AISYAH AMANI BT. MOHAMMED HUSNA AHDA BT. RUSTAM MUKHLISAH BT. MUSTAFA NOR AINAA ALYA BT. MOHD NAWI

6 5 6 4 5 6 6 5 6 5

8 6 8 6 8 8 8 7 8 7

10 7 9 7 10 9 10 9 10 8

JADUAL 2- ANALISIS PENGSKORAN BAHAGIAN A

Berdasarkan analisis pengskoran dalam Jadual 2, didapati berlaku peningkatan markah bagi murid-murid kelas ini. Seramai 18 orang murid iaitu 90% murid telah mendapat pengskoran tahap cemerlang. Hanya 2 orang sahaja lagi berada pada tahap baik iaitu sebanyak 10%. Secara keseluruhannya penggunaan kaedah ini amat brkesan kerana telah berlaku peningkatan yang positif dalam kalangan pengskoran murid-murid.

Kami juga telah menemubual beberapa orang murid berhubung dengan kaedah yang digunakan dalam kajian ini dan keputusan ujian mereka. Berikut merupakan transkrip temubual tersebut.

Cikgu : Husna, cikgu nampak keputusan pengskoran kamu bertambah baik setelah menggunakan kaedah ini.
Husna : Ya, cikgu. Setelah belajar menggunakan kaedah bina pelan maklumat dan

penggunaan kata tanya saya lebih mahir membina ayat dalam bahagian ini. Cikgu : Aina : Bagaimana pula pendapat kamu, Ainaa? Saya telah memahami cara untuk membina ayat supaya lebih gramatis, cikgu. rakan-

Cikgu : Hakim, cikgu perhatikan pengskoran kamu masih pada tahap baik berbanding rakan kamu yang telah mencapai tahap cemerlang. Adakah kamu faham gunakan ? Hakim : panjang. Faham ,cikgu. Tetapi saya tidak berminat untuk menulis ayat yang panjang-

kaedah yang cikgu

Cikgu : Kamu mesti berusaha bersungguh-sungguh Hakim. Pada tahun hadapan kamu menduduki UPSR dan bahagian ini wajib dijawab. Muaz, kamu minat cikgu gunakan? Muaz : Ya, cikgu. Saya ada idea untuk kembangkan ayat menggunakan kaedah ini.

akan kaedah yang

Temubual dengan empat orang murid ini mendedahkan sikap mereka terhadap penggunaan kaedah ini. Kami dapati penggunaan pelan maklumat dan kata tanya memudahkan mereka untuk mengembangkan idea supaya ayat yang ditulis menjadi gramatis. Tiga orang daripada murid yang ditemubual ini bersetuju bahawa penggunaan bina pelan maklumat dan kata tanya telah membantu mereka menulis ayat yang gramatis. Salah seorang daripada mereka yang ditemubual menunjukkan sikap malas yang menjadi punca kelemahannya menguasai kemahiran dalam mata pelajaran ini.

REFLEKSI Pada awal kajian ini, kami dapati subjek kajian kurang memberi kerjasama dan perhatian semasa perbincangan. Apabila disoal, mereka hanya memberi jawapan tidak tahu sahaja. Mereka kurang memberi tumpuan semasa kami memberi penerangan. Kami telah membuat teguran terhadap sikap mereka ini. Selepas beberapa siri pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini, mereka telah menunjukkan respon yang positif. Mereka telah berminat dalam aktiviti perbincangan. Kami sangat berpuas hati dengan sikap yang mereka tunjukkan itu serta peningkatan pencapaian mereka.

Didapati penggunaan kaedah bina pelan maklumat dan kata tanya dalam kajian ini ada memberi kesan yang positif terhahap pemahaman murid-murid . Kaedah ini dapat mempertingkatkan pengskoran mereka ke tahap yang lebih cemerlang lagi. Kami juga berpuas hati dengan hasil kajian ini kerana kaedah yang digunakan dalam amalan pengajaran kami telah menampakkan hasil yang memberansangkan berbanding dengan kaedah yang digunakan sebelum ini.

Kami bercadang untuk menggunakan kaedah ini untuk menghuraikan isi-isi penting dalam Bahagian B. Pada persepsi kami, kaedah ini juga sesuai digunakan untuk menulis karangan. Kami juga akan terus menggunakan kaedah ini dalam Penulisan Bahasa Melayu kerana kaedah ini dapat memudahkan murid menguasai kemahiran untuk menghasilkan ayat yang baik.

Sebagai kesimpulannya, daripada kajian ini didapati sebagai seorang guru, kita perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran-pembelajaran. Setiap kaedah yang kita gunakan ada kelebihan dan kelemahannya untuk digunakan kerana setiap orang murid kita berbeza dari berbagai segi. Kami berpuas

hati dengan kajian ini kerana hasilnya telah memberi petanda yang baik untuk meneruskan lagi penyelidikan kami.

KESIGNIFIKANAN KAJIAN

Dapatan kajian ini telah meningkatkan lagi pencapaian murid-murid Tahun Lima dalam pengskoran bahagian A dan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu .Kajian ini juga diharap dapat dikongsi bersama dengan ahli jawatankuasa Kajian Tindakan SK.Jelawat , guru-guru sekolah ini melalui aktiviti perkembangan staf serta guru-guru bahasa Melayu SK.Jelawat.

ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA Bahan dan alat bantuan mengajar Percetakan 3 siri soalan ujian Percetakan modul pengajaran Jumlah Keseluruhan

JUMLAH RM 200.00 RM 150.00 RM 100.00 RM450.00

JADUAL KERJA

AKTIVITI Penulisan Kertas Cadangan Mesyuarat Perancangan Kajian Tindakan Mesyuarat pembinaan soalan ujian Pelaksanaan Pra Ujian Analisis data Pra Ujian dan pemerhatian Pelaksanaan ujian bulan September Analisis data ujian bulan September dan pemerhatian

TARIKH 30.6.2011 3.7.2011 7.7.2011 11.7.2011 26.7.2011 28.9.2011 5.10.2011

Pelaksanaan Pasca Ujian Analisis Data Pasca Ujian Refleksi dan penilaian Penulisan Laporan Kajian

31.10.2011 9.11.2011 16.11.2011 28.11.2011

BIBLIOGRAFI Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan maktab perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85. Jeffery anak Menggu. (2003). Aya Du. Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman, 133-147. Haji Razali Yahya. (2010). Karangan Imperatif Tahun 4,5 dan 6. Serdang: Cemerlang Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Buku Panduan Guru, Bahasa Malaysia Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Aslina Mamat. (2007). Contoh Karangan Memindahkan Maklumat/Ulasan: PNI Neorun. Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai