Anda di halaman 1dari 17

Wirdul-Latif

Zikir Pagi Dan Petang


Susunan


Al-Imam Al-Qutub Abdullah bin Alawi Al-Haddad

Wirdul-Latif

Wirdul-Latif adalah satu dari susunan wirid dan zikir oleh Al-Imam Al-Habib Abdullah bin
Alawi Al-Haddad. Selalunya ia dibaca berseorangan pada waktu pagi dan petang. Seperti
karangannya yang lain, Imam Haddad menguatkan wirid ini dengan ayat-ayat Al-Quran dan
hadith.
Dengan cara tulisannya yang senang difaham, pendek dan tepat, beliau menyusun ayatayat Al-Qurandan Hadith untuk berzikir kebesaran dan kelebihan Allah. Dinamakan WirdulLatif (wirid ringan) sebab senang dibaca dan senang dirasakan di hati kita. Juga sebab ia
tidak begitu panjang seperti wirid yang besarnya, iaitu Wirdul-Kabir.
Karangan dan bacaan Wirdul-Latif di sini ialah seperti yang dianjurkan oleh pengikutpengikut, murid-murid dan muslimin di negeri Arab, Semenanjung Asia dan Africa, dari
keturunan Al-Haddad, Munsib-munsibnya di maqam Imam al Haddad di Al-Hawi, Tarim Hadhramaut di negara Yaman.
Imam Alawi bin Ahmad bin Hassan Al-Haddad, anak kepada cucu beliau telah menyusunkan
wirid
ini
dengan
mengurangkan
jumlah
bacaan tasbih and tahmeed. Perulangan tasbih dan tahmeeddikurangkan kepada tiga dan

ditambah satu ayat untuk gantinya. Baginda mengikut arahan Allah seperti di Surah 2 AlBaqarah Ayat 286: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w telah masuk ke masjid dan
baginda mendapati ada seutas tali yang direntangkan di antara dua tiang, lalu baginda
bertanya: Tali apakah ini? Para Sahabat menjawab, Tali itu digunakan oleh Zainab untuk
sembahyang, apabila dia merasa malas atau keletihan dia akan berpegang pada tali
tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda lagi, Lepaskan ikatan tali tersebut, seseorang dari
kamu hendaklah bersembahyang dengan keupayaan yang ada pada dirinya, apabila dia
malas atau letih maka hendaklah dia berhenti. Zainab adalah seorang yang kukuh imannya.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Zainab r.a. jikalau ia mahu belajar satu zikir
yang berpahala serupa dengan membaca bilangan zikir-zikir ini. Dan Baginda pun berkata,
tambahkan kalimah seberapa banyak ciptaan Nya kepada setiap tasbih, taslim and
tahmeed.
Sudah tentulah lebih baik kalau kita ada masa dan tenaga untuk membaca wirid ini dengan
sepenuhnya. Insya Allah Allah akan memberi kita taufiq dan hidayat dan merahmati Al-Habib
kita serta memimpin kita ke jalan yang benar.

.1

) (.



1.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah
(wahai Muhammad): Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan segala
permohonan; Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun
yang sebanding dengan-Nya. Surah Al-Ikhlas (3X)

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Said al-khudri; seseorang mendengar
bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada
Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu
tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, Demi tangan yang memegang nyawaku,
surah itu seperti sepertiga al Quran!
Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah
s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata,
Wajiblah. Saya bertanya kepadanya, Apa ya Rasulallah? Baginda menjawab, Syurga
(Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

.2


) (.


2.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah
(wahai Muhammad); Aku berlindung dengan Tuhan yang menciptakan cahaya subuh,
daripada kejahatan makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; dan daripada kejahatan malam
apabila ia gelap gelita; dan daripada (ahli-ahli sihir) yang menghembus pada simpulansimpulan ikatan; dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan
kedengkiannya. Surah Al-Falaq (3X)

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya apabila ada salah
seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda menyemburnya dengan membaca
bacaan-bacaan. Sementara itu, ketika baginda menderita sakit yang menyebabkan baginda
wafat, aku juga menyemburkan baginda dan mengusap baginda dengan tangan baginda
sendiri, kerana tangan baginda tentu lebih banyak berkatnya daripada tanganku..

.3














) (.

3.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah
(wahai Muhammad): Aku berlindung dengan Tuhan sekalian manusia. Yang Menguasai
sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan
pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke
dalam hati manusia, dari kalangan jin dan manusia.
Surah An-Nas (3X)

Dari Tirmidhi diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri; Nabi Muhammad s.a.w selalu
meminta perlindungan daripada kejahatan jin dan perbuatan hasad manusia. Apabila surah
al-falaq dan an-nas turun, baginda ketepikan yang lain dan membaca ayat-ayat ini sahaja.





) (.

.4

4.
Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku
berlindung pula dengan-Mu ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku. (3X)
Surah 23: Al-Muminun Ayat 97-98

. .5
5.
Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu
secara main-main saja, dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?
Surah 23: Al-Muminun Ayat 115

.6

6.
Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya - Tidak ada Tuhan Selain Dia Tuhan yang mempunyai Arsy yang Agong.
Surah 23: Al-Muminun Ayat 116


.7
.
7.
Dan barangsiapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada
suatu dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya.
Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tidak beruntung.
Surah 23: Al-Muminun Ayat 117

.8

8.
Dan katakanlah: Ya Tuhanku berilah ampunan dan berilah rahmat, dan Engkau
adalah Pemberi rahmat yang paling baik!

Surah 23: Al-Muminun Ayat 118

.9

9.
Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu
kamu berada di waktu subuh.
Surah 30: Ar-Rum Ayat 17



.


.11
10.
Dan bagiNyalah segala puji di langit dan bumi, dan di waktu petang dan di waktu
kamu berada di waktu dhuhur.
Surah 30: Ar-Rum Ayat 18

.11

.

11.
Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang
hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya: dan seperti itulah kamu dikeluarkan dari
kubur.
Surah 30: Ar-Rum Ayat 19


) (.

.12
12.
Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui dari
bisikan syaitan yang terkutuk. (3X)

Dari Abu Daud diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri; Apabila Rasulullah s.a.w.
sembahyang tahajjud, selepas beliau bertakbir, baginda membaca: Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahuakbar dan Lailaha illallah, tiga kali kemudian beliau mengucap: Aku
berlindung dengan Allah, Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui dari bisikan syaitan
yang terkutuk, dari bisikannya, godaannya dan ludahnya.




.13

.

13.
Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung pasti kamu
akan melihatnya tunduk terpecah-pecah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaanperumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
Surah 59: Al-Hashr Ayat 21

.14





14.
Dialah Allah Yang Tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang
nyata. Dialah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Surah 59: Al-Hashr Ayat 22



.15


.
15.
Dialah Allah Yang Tiada Tuhan Selain Dia; Raja Yang Maha Suci; Yang Maha
Sejahtera; Yang Mengurniakan keamanan; Yang Maha Memelihara; Yang Maha Perkasa;
Yang Maha Kuasa; Yang Memeliki Segala Keagungan. Maha Suci Allah dari apa yang
mereka persekutukan.
Surah 59: Al-Hashr Ayat 23


.16





.


16.
Dialah Allah Yang Menciptakan; Yang Mengadakan; Yang Membentuk Rupa; Yang
Mempunyai sifat-sifat yang baik; Bertasbihlah kepada-Nya apa yang ada di langit dan di
bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana. Surah 59: Al-Hashr Ayat 24

.
.17
17.
79

Kesejahteraan dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam. Surah 37:Al-Saffat Ayat

.
.18

18.
Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang
berbuat baik. Surah 37:Al-Saffat Ayat 80

.
.19
19.
Sesungguhnya dia termasuk di antara hamba-hamba Kami yang beriman. Surah
37:Al-Saffat Ayat 81

)(


.21
.

20.
Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan
makhlukNya. (3X)

Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang membaca doa ini
tiga kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh atasnya.

.21




) (.
21.
Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tak satu pun, yang di bumi mahupun di
langit dapat memberi bencana dan Ia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. (3X)
Dari Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Hamba-hamba Allah yang membaca doa ini pada
waktu pagi dan petang, tiada kesakitan apa jua akan di alaminya.







.22

) (.

22.
Ya Allah, sesungguhnya aku telah mendapatkan kurnia, kesehatan serta
perlindungan daripada-Mu di pagi hari ini, maka sempurnakan kurnia kesihatan serta
perlindungan-Mu padaku di dunia dan akhirat. (3X)





.23



) ( .




23.
Ya Allah, di pagi hari ini aku mengambil-Mu sebagai saksi, begitu pun para pemikul
Arsy-Mu, para malaikat-Mu dan seluruh makhluk-Mu, bahawa Engkaulah Tuhan, tiada
Tuhan selain Engkau, Tunggal tiada sekutu, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan
utusan-Mu. (4X) (Sila rujuk ke-31)

.24
) (.

24.
Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam, pujian yang memadai nikmatnikmat-Nya dan mencukupi penambahanNya.
(3X)






)(


.25

25.
Aku beriman kepada Allah Yang Maha Agung dan ingkar terhadap sembahan selain
Allah, kejahatan dan thoghut (segala yang disekutukan dengan Allah), dan aku berpegang
dengan tali yang kukuh yang tidak akan terputus. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha
Mengetahui. (3X) Surah Al-Baqarah Ayat 256;
Dari Bukhari, diriwayatkan oleh Abdullah ibn Salam, yang menceritakan satu peristiwanya
kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda berkata, Syurga itu Islam, dan berpeganglah
Pegangan Yang Teguh (urwat al-wuthqa) supaya kamu sentiasa menjadi seorang Muslim
sampai kamu mati.


.26

) (.
26.
Aku ridha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w.
sebagai Nabi dan rasul. (3X)
Dari Abu Daud dan Tirmidzi; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sesiapa berdoa setiap pagi
dan petang dengan doa ini akan masuk ke syurga. Surah 3: Ali-Imran Ayat 19:
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.

) (.




.27
27.
Cukuplah Allah sebagai pelindungku; tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya aku
bertawakal, dan Dialah Penguasa Arasy yang agung. (7X) Surah 9 al-Tawbah Ayat
129. Dari Tirmidhi, diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri; Rasulullah s.a.w. bersabda,
Bagaimana saya hendak rehat sedangkan tiupan telah sedia di mulutnya, membuka
telinganya dan tunduk kepalanya, menunggu arahan untuk meniup? Ditanya lagi, apa pula
arahan baginda, Cukuplah Allah sebagai pelindungku dan Dia lah sebaik-baik penjaga.


.

.28

28.
Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam-Mu ke atas penghulu kami Muhammad
serta keluarga dan sahabat-sahabatnya. (10X)
Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin Al As: Rasullulah s.a.w. bersabda:
Sesiapa meminta Allah berselawat kepadaku, Allah akan membalas keatasnya dengan
sepuluh kali selawat.
Surah 33; Al-Ahzab, Ayat 56: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi
segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang
yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya..

.



.29

29.
Ya Allah aku bermohon kepada-Mu untuk kebaikan yang tidak disangka; dan aku
berlindung dengan-Mu daripada bencana yang mengejut. (Sila rujuk Hadith Per. 31)



.31
.

30.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau; Engkau ciptakan daku
dan aku ini adalah hamba-Mu dan aku akan menuruti titah dan amanat-Mu sekuat tenagaku.
Dari Bukhari, diriwayatkan oleh Shaddad ibn Aws; Rasulullah s.a.w. bersabda, Sebaikbaiknya cara memohon ampunan dari Allah ialah: Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada
Tuhan selain Engkau; Engkau ciptakan daku dan aku ini adalah hamba-Mu dan aku akan
menuruti titah dan amanat-Mu sekuat tenagaku tanpa soal. Aku berlindung dengan-Mu dari
hal-hal buruk yang Engkau ciptakan, dan aku mengakui nikmat kurnia-Mu kepadaku, serta
mengakui dosaku, maka ampunilah daku, kerana tak ada yang mampu mengampuni dosa
itu selainkan Engkau. Rasulullah s.a.w bersambung lagi... (Sila rujuk Hadith Per. 31
dibawah)

.31




31.
Aku berlindung dengan-Mu dari hal-hal buruk yang Engkau ciptakan, dan aku
mengakui nikmat kurnia-Mu kepadaku, serta mengakui dosaku, maka ampunilah daku,
kerana tak ada yang mampu mengampuni dosa itu selainkan Engkau.
Dari Abu Dawud, diriwayatkan oleh Buraydah ibn Hasib; Rasullulah s.a.w. bersabda: Kalau
sesipa katakan di waktu pagi dan petang,: Ya Allah! Engkaulah Tuhanku; tiada tuhan
selain-Mu, Engkau Penciptaku, aku hamba-Mu, dan aku berpegang dengan tali yang kokoh
yang tidak akan putus; Aku berlindung dari perkara buruk yang aku telah lakukan; aku
mengakui nikmat-Mu serta dosaku; ampunilah aku sebab tiada yang mampu mengampuni
selainkan Engkau., dan jika dia mati pada hari atau malam itu, dia akan masuk syurga.

.





.32
32.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada tuhan selain Engkau, hanya kepada Engkau aku
berserah diri, dan Engkaulah Tuhan yang mempunyai Keagungan.
Dari Bukhari, diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas; Rasullulah s.a.w. apabila dimasa
kesusahan berdoa dengan membaca: Tiada yang berhak disembah melainkan Allah, Maha
Sejahtera, Maha Kuasa. Tiada yang berhak disembah selain Allah, Tuhan senanjung syurga
dan dunia, Raja Yang Agung.

. .33
33.
Apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki tidak
akan terjadi, Tiada daya dan tiada kekuatan tanpa pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi
Maha Besar
(Rujuk Keterangan di Per: 54)


.34
.

34.
Aku mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dan
sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmu-Nya atas tiap-tiap sesuatu.
Surah 65: Al Talaq Ayat 12


.35

* .

35.
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan diriku sendiri, dan dari kejahatan
segala yangmelata yang ubun-ubunnya berada dalam genggaman-Mu, sesungguhnya
Tuhanku selalu berada di atas jalan yang lurus.

.


.36

36.
Ya Allah, Yang Hidup, Tuhan Yang Berdiri Sendiri, aku memohon pertolongan
dengan kasih sayang-Mu, dan aku memohon perlindungan daripada siksa-Mu.

.37


.
37.
Berilah kepadaku kebaikan dalam semua permasaalahanku, janganlah Engkau
menyerahkan daku kepada diriku sendiri, dan jangan juga kepada salah seorang pun
daripada makhluk-Mu walau sekelip mata sekalipun.







.38

38.
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku
berlindung dengan-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung dengan-Mu
daripada bebanan hutang dan daripada paksaan manusia.
Dari Bukhari, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik; apabila Rasulullah s.a.w., berhenti untuk
berehat; saya dengar baginda berdoa: Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada keluh
kesah dankesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan dan kemalasan,
dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan daripada paksaan manusia"


.
.39


39.

Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu kesejahteraan di dunia dan akhirat.




.41

40.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu pengampunan dan kesejahteraan serta
perlindungan yang abadi dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan hartaku.
Dari Abu Dawud, diriwayatkan daripada Abdullah ibn Umar; Rasulullah s.a.w. selalu
mengucapkan doa ini di waktu pagi dan petang: Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu
kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu pengampunan dan
kesejahteraan serta perlindungan yang abadi dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan
hartaku. Ya Allah, tutupilah segala keaibanku, dan amankanlah ketakutanku. Ya Allah,
peliharalah daku dari malapetaka yang datang dari depanku dan dari belakangku, dan dari
kananku dan dari kiriku, dan dari atasku, dan aku berlindung dengan keagungan-Mu agar
jangan ditipu dari bawahku (tanpa disedari).)

.41

.


41.
Ya Allah, tutupilah segala keaibanku, dan amankanlah ketakutanku. (Sila rujuk
Hadith Per: 40)

.42
.

42.
Ya Allah, peliharalah daku dari malapetaka yang datang dari depan dan belakangku,
dan dari kanan dan kiriku, dan dari atasku, dan aku berlindung dengan keagungan-Mu agar
jangan ditipu dari bawahku (tanpa disedari).
(Sila rujuk Hadith Per: 40)

.43



.
43.
Ya Allah, Engkaulah yang menciptakan daku, memberikan petunjuk kepadaku,
memberi makanan padaku, memberikan minuman kepadaku, mematikan daku, dan
membangkitkan daku semula.
Dari Muslim, diriwayatkan oleh Miqdad, Rasulullah s.a.w bersabda, Allah, memberiku
makanan, memberiku minuman, setelah baginda dapati susunya telah di minum oleh
seorang.


.44


* .

44.
Kami berada pada pagi ini dengan fitrah beragama Islam, di atas kalimah ikhlas,
dengan agama Nabi kami Muhammad s.a.w dan agama bapa kami Ibrahim a.s. yang lurus
dan berserah diri (kepada Allah), dan sekali-kali bukanlah dia dari golongan orang-orang
yang mempersekutukan Allah dengan yang lain.
Hari ini Kami telah lengkapkan agamamu, dan penuhkan nikmat-Ku kepadamu, dan
meredhai untukmu Islam sebagai agamamu. Surah 5: al-Maidah Ayat 3







.45





.


45.
Ya Allah! sesungguhnya kami berada di waktu pagi bersama Engkau, demikian pula
di waktupetang, dan di kala hidup dan di kala mati, dan hanya kepada-Mu lah
tempat kebangkitan, kami berada di waktu pagi sedang kekuasaan tetap berada bagi Allah
Tuhan seru sekalian alam.
Dari AbuDawud, diriwayatkan oleh Abu Malik; Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila bangun
pagi, bacalah: Ya Allah, sesungguhnya kami berada di waktu pagi bersama Tuhan seru
sekalian alam. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kebaikan hari ini keterbukaannya,
kemudahannya, cahayanya, keberkatanmya dan petunjuknya; dan perlindungan dari
keaiban yang datang dengan nya dan sesudahnya. Pada petang hari serupa juga.



.46

46.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kebaikan hari ini,
kemudahannya, cahayanya, berkatnya dan petunjuknya.

pembukaannya,




.47
.
47.
Ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini, dan kebaikan apa yang ada di
dalamnya, dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan hari ini dan keburukan apa
yang terdapat didalamnya.

.48

.





48.
Ya Allah, nikmat yang aku terima di pagi ini, atau yang di terima oleh salah seorang
dari hamba-Mu, maka sumbernya hanyalah Engkau semata, tiada sekutu bagi-Mu, bagi-Mu
lah pujian dan kepada-Mu kami bersyukur atas semuanya itu.
Dari Abu Dawud, diriwayatkan oleh Abu Malik; Seorang bertanya Rasulullah s.a.w.: Berilah
kami suatu ayat yang boleh kami ulangi tiap pagi, petang dan apabila kami bangun dari
tidur. Baginda suruh kami berdoa: "Ya Allah! Yang Mencipta Syurga dan dunia, Yang
Mengetahui semua yang zahir dan batin, Engkaulah Tuhan sekian makhluk; para malaikat
saksikan bahwa tiada tuhan selain-Mu, kami berlindung dengan-Mu dari keburukan diri kami
dan dari bisikan syaitan yang menyekutukan Mu.

)(

.
.49

49.
Maha Suci Allah dan puji-pujian untukNya, sebanyak bilangan makhlukNya,
sebanyak bilangan keridhaanNya, sebanyak timbangan ArsyNya dan sebanyak tinta untuk
menulis kalimatNya. (3X)
Diriwayatkan daripada Juwairiyah Ummil Mukminin r.a., bawahasanya Nabi s.a.w keluar dari
rumahnya pada suatu pagi setelah habis sembahyang subuh sedang Juwairiyah masih di
tempat sembahyangnya (berzikir), apabila beliau kembali ke rumah setelah menunaikan
shalat Dhuha, beliau dapati Juwairiyah masih di tempat sembahyangnya lagi, lalu beliau
bertanya: Apakah engkau masih lagi berkeadaan seperti aku tinggalkanmu tadi? Maka
berkata Nabi s.a.w.: Bila aku meninggalkanmu tadi aku telah mengucapkan empat kalimah
sebanyak 3 kali, jika ditimbang dengan apa yang engkau ucapkan sejak awal hari tadi
niscaya ia lebih daripada apa yang engkau ucapkan, iaitu wirid yang disambung
dengansebanyak bilangan .......


.51
)(
.
50.
Maha Suci Allah Yang Maha Agung dan puji-pujian untukNya, sebanyak bilangan
makhlukNya, sebanyak bilangan keridhaan-Nya, sebanyak timbangan Arsy-Nya dan
sebanyak bilangan kalimat-Nya.
(3X)



.51

) (.


51.
Maha suci Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, Maha suci Allah sebanyak
bilangan ciptaan-Nya di bumi, Maha suci Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya di antara
keduanya dan Maha suci Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya. (3X)
Diriwayatkan daripada Saad bin Abu Waqqash r.a. bahawasanya dia bersama Rasulullah
s.a.w. mendatangi seorang perempuan sedang pada kedua tangan perempuan itu ada biji
(kurma) atau kerikil dihitungnya dalam tasbihnya, maka bersabda Rasulullah s.a.w.:
Mahukah engkau aku memberitahumu sesuatu yang lebih mudah atau lebih utama buatmu?
Lalu beliau menyambung dengan membaca wirid yang disambung seperti diatas ini
.

.52

) (.

52.
Segala puji bagi Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, segala puji bagi Allah
sebanyak bilangan ciptaan-Nya di bumi, segala puji bagi Allah sebanyak bilangan ciptaanNya di antara keduanya dan segala puji bagi Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya. (3X)



.53

)(
.

53.
Tiada tuhan melainkan Allah, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, tiada tuhan
melainkan Allah, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di bumi, tiada tuhan melainkan Allah,
sebanyak bilangan ciptaan-Nya di antara keduanya, dan tiada tuhan melainkan Allah,
sebanyak bilangan ciptaan-Nya. (3X)



.54

) (.

54.
Allah Maha Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, Allah Maha Besar,
sebanyak bilangan ciptaan-Nya di bumi, Allah Maha Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya
di antara keduanya, dan Allah Maha Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya.
(3X)
Dari Al-Muwatta, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w
bersabda: Sesiapa yang membaca: Tiada tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu
baginya, kepunyaan-Nya lah kerajaan, dan hanya bagi-Nya segala puji dan Dia Maha kuasa
atas segala sesuatu dalam sehari sebanyak seratus kali, nescaya dia mendapat pahala
sebagaimana memerdekakan sepuluh orang hamba. Dia juga diampunkan seratus
kejahatan, dibuat untuknya benteng sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut
hingga ke petang. Tidak diganjarkan kepada orang lain lebih baik daripadanya kecuali orang
tersebut melakukan amalan lebih banyak daripadanya. Manakala mereka yang berkata:
Maha suci Allah dan segala puji hanya bagi Allah, dalam sehari sebanyak seratus kali
nescaya terhapuslah segala dosanya sekalipun dosanya itu banyak seperti buih di lautan .
(i) Al-Habib Abibakar Sakaran didalam Hizbnya telah mengatakan bahawa pengucapan, Ya
Allah, limpahkanlah kurnia dan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi Muhammad dan
atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian ialah sebagai pintu menuju kepada Allah;
dan kunci ke pintu itu ialah ucapan, Tiada tuhan melainkan Allah; dan pertahanannya ialah
ucapan, Tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan
Maha Agung



.55

) (.

55.
Tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha
Agung, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, tiada kekuatan atau kuasa melainkan
dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di
bumi, tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha
Agung, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di antara keduanya, dan tiada kekuatan atau kuasa
melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung, sebanyak bilangan
ciptaan-Nya. (3X)




.56

.



56.
Ya Allah, limpahkanlah kurnia dan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi
Muhammad yangUmmiy (buta huruf) dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sebanyak
bilangan ciptaan-Nya di langit, Ya Allah, limpahkanlah kurnia dan kesejahteraan atas
penghulu kami Nabi Muhammad yang Ummiy dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya
sebanyak bilangan ciptaan-Nya di bumi, Ya Allah, limpahkanlah kurnia dan kesejahteraan
atas penghulu kami Nabi Muhammad yang Ummiy dan atas keluarga dan sahabatsahabatnya sebanyak bilangan ciptaan-Nya di antara keduanya, Ya Allah, limpahkanlah
kurnia dan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi Muhammad yang Ummiy dan atas
keluarga dan sahabat-sahabatnya sebanyak bilangan ciptaan-Nya.




.75
)(
.

57.
Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya lah
kerajaan, dan hanya bagi-Nya segala puji, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
sebanyak bilangan zarah yang dicipta-Nya seribu kali. (3X)




.58
.
58.
Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya lah
Kerajaan, dan hanya bagi-Nya segala puji, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu yang
telah diciptakan-Nya.
................................................................
Sumber (internet): http://www.alhawi.net/wirdul-latif