Anda di halaman 1dari 23

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

Isi kandungan
1.0 PENGHARGAAN .....................................................................................................................2

2.0 OBJEKTIF ................................................................................................................................3

3.0 PENGENALAN .........................................................................................................................4

4.0 STATISTIK TUBERCULOSIS DI MALAYSIA ........................................................................7

5.0 CARA TRANSMISI ...................................................................................................................9

6.0 PATOFISIOLOGI.................................................................................................................... 10

7.0 MANIFESTASI KLINIKAL ..................................................................................................... 12

8.0 PENYIASATAN TUBERCULOSIS ........................................................................................ 13

9.0 PENGUBATAN DAN JAGAAN PESAKIT ............................................................................ 14

10.0 KAWALAN DAN PENCEGAHAN ....................................................................................... 16

11.0 PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN ........................................................... 18

12.0 KESIMPULAN ...................................................................................................................... 21

13.0 RUJUKAN ............................................................................................................................ 22

14.0 LAMPIRAN ........................................................................................................................... 23

1|Page

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

1.0 PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rahmatNya sehingga kami dapat menyempurnakan tugasan bagi subjek perubatan sosial dan pencegahan MASM1212 ini dengan jayanya.Terlebih dahulu kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada EN.MOHAMMAD SHAHRIZAN BIN TAHA selaku pensyarah Perubatan sosial dan

pencegahan serta selaku penyelia di atas segala bimbingan, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang kami menyempurnakan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibubapa kami, yang tidak penah leka dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar yang bermanfaat serta sokongan dari segi moral dan juga kewangan.

Ribuan terima kasih jua buat rakan-rakan di Kolej sains kesihatan bersekutu johor bahru dan juga kepada orang perseorangan yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Akhir kata, Sekali lagi kami memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Ilahi, agar segala usaha yang disumbangkan dan dipelajari diberkati oleh Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

Sekian,terima kasih.

2|Page

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

2.0 OBJEKTIF

1. Definisikan tuberkulosis.

2. Menyatakan etiologi dan jenis-jenis tuberkulosis.

3. Menerangkan patofisiologi dan manifestasi klinikal tuberkulosis

4. Menerangkan cara transmisi serta faktor-faktor yang mempengaruhi jangkitan tuberkulosis.

4. Menyatakan penyiasatan bagi kes tuberkulosis.

5. Menerangkan cara pencegahan,kawalan dan rawatan tuberkulosis.

6. Menghuraikan Peranan Pembantu Perubatan di dalam pencegahan tuberkulosis

3|Page

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

3.0 PENGENALAN

Tubercle Basilli

Mycobacterium Tuberkulosis

Human type
M. Africanum (pada manusia) M. Bovis (pada binatang)

Bovine type

Secara ringkasnya, penyakit tuberkulosis terbahagi kepada tiga. Salah satunya adalah tuberkulosis miliari yang mana tubercle-tubercle menyerang pelbagai organ termasuk paruparu. Yang kedua adalah tuberkulosis pulmonary akut iaitu jangkitan terhad pada paru-paru sahaja dan kerap berlaku pada kanak-kanak. Yang kedua adalah tuberkulosis pulmonary kronik yang mana jangkitan ini kerap berlaku kepada orang-orang dewasa. Ia juga merupakan jenis tuberkulosis yang kerap kali berlaku.Menurut kamus oxford (medical dictionary), tuberculosis adalah 1 Satu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium tuberculosis [rujuk gambar rajah 1.0] tubercle bacillus yang boleh menjejaskan hampir semua mana-mana tisu atau organ badan, tetapi kawasan yang paling biasa dijangkiti tuberculosis adalah paru-paru.
1

Sumber daripada oxford medical dictionary edisi ke-8 oleh oxford university press

4|Page

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

Tuberculosis, juga dikenali sebagai TB, adalah jangkitan bakteria yang boleh merebak melalui nodus limfa dan saluran darah kepada mana-mana organ di dalam badan anda. Ia adalah yang kerap dijumpai di dalam paru-paru. Mikrobakterium Tuberkulosis adalah spesies bakteria patogenik dalam kumpulan mycobacteriaceae. Ia telah dijumpai oleh Robert Koch dan beliau mendapati bahawa bakteria ini mempunyai lapisan berlilin pada sel permukaan yang luar biasa menjadikan sel-sel ditembusi oleh pewarnaan gram.

Gambar Rajah 1.0 Mycobacterium tuberculosis

Kebanyakan orang yang terdedah kepada TB tidak pernah mengalami gejala kerana bakteria boleh hidup dalam bentuk tidak aktif di dalam badan. Tetapi jika sistem imun lemah, seperti penghidap HIV atau warga tua, bakteria TB boleh menjadi aktif. Dalam keadaan aktif, bakteria TB menyebabkan kematian tisu dalam organ-organ yang dijangkiti. Penyakit TB aktif boleh membawa maut jika tidak dirawat. Kerana bakteria yang menyebabkan batuk kering(TB) yang dihantar melalui udara, penyakit ini boleh berjangkit. Jangkitan adalah yang paling kerap berlaku jika anda terdedah kepada seseorang yang mempunyai TB secara berterusan atau langsung, sebagai contoh tinggal atau bekerja dalam jarak dekat dengan seseorang yang
2

Sumber bergambar daripada laman web: http://textbookofbacteriology.net/tuberculosis.html

5|Page

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

mempunyai penyakit TB yang aktif. Namun begitu, kerana bakteria biasanya tinggal terpendam (tidak aktif) selepas mereka menyerang tubuh, hanya sebilangan kecil orang yang dijangkiti TB akan pernah mempunyai penyakit yang aktif. Selebihnya akan mempunyai apa yang dipanggil jangkitan TB terpendam - mereka menunjukkan tanda-tanda jangkitan dan tidak akan dapat untuk menyebarkan penyakit ini kepada orang lain, melainkan jika penyakit mereka menjadi aktif kembali.

Gambar rajah 1.1 organ yang boleh dijangkiti tuberculosis

6|Page

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

4.0 STATISTIK TUBERCULOSIS DI MALAYSIA


Kehadiran penyakit ini di kalangan masyarakat memang tidak disedari kerana ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang lain. Penyakit ini berjangkit dengan mudah dan tidak mengenal mangsa.Seseorang yang terdedah kepada udara yang tercemar dengan kuman tibi akan menghidu kuman ke dalam saluran pernafasan melalui hidung, mulut, larinks dan kuman boleh hinggap di mana-mana sahaja bahagian tersebut.
3

Tidak ketinggalan, kebanjiran pendatang asing juga dikaitkan dengan penyebaran tibi

secara meluas.Lima tahun lalu, jumlah pesakit tibi di kalangan pekerja asing (dari Indonesia, Filipina, Myanmar dan Bangladesh) meningkat kepada 11 peratus dan turun ke paras 8 hingga 9 peratus dalam dua tahun kebelakangan ini.Melalui pemeriksaan kesihatan yang diwajibkan Agensi Pengawasan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema), pekerja asing yang didapati ada parut pada paru-paru mereka akibat tibi tidak dibenar bekerja di negara ini.Yang menjadi masalah ialah, bagi setiap pekerja asing yang datang secara sah, dua atau tiga lagi yang berkemungkinan dijangkiti kuman tibi masuk secara haram. Ini menyebabkan kawalan penyakit tibi lebih sukar. Di Malaysia, pada kurun ke-20 penyakit ini dikenali sebagai batuk kering Pada tahun 1950-an, penyakit tibi merupakan pembunuh utama penduduk di Tanah Melayu (Malaya). Pada tahun 1961, Program Kawalan Tibi Kebangsaan ditubuhkan dan semua pesakit tibi dirujuk ke Pusat Tibi Negara di Jalan Pahang, Kuala Lumpur (sekarang dikenali sebagai Institut Perubatan Respiratori).

Data statistik dari laman web kementerian kesihatan Malaysia CPG Respiratory http://www.moh.gov.my/v/rm

7|Page

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

Jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di

Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Statistik Kementerian Kesihatan mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit ini..Statistik Kementerian Kesihatan juga menunjukkan bahawa majoriti daripada penularan TB berlaku di kalangan orang Melayu iaitu 65,235 atau 71 peratus daripada jumlah penghidap TB di seluruh Negara.
5

Berdasarkan data daripada kementerian kesihatan Malaysia 2011,

menyatakan bahawa TB merupakan penyakit kedua terbanyak yang dikenalpasiti iaitu 62.56 incedence rate per 100,000 populasi, selepas demam denggi iaitu sebanyak 64.37 incedence rate per 100,000 populasi. Tetapi berdasarkan pada statistik kementerian kesihatan Malaysia kadar kematian tertinggi dicatatkan adalah tuberculosis iaitu 5.37 kematian per 100,000

populasi, berbanding deman denggi dan AIDS masing-masing sebanyak 0.01 dan 3.66 kematian per 100,000 populasi.

Sila rujuk statistik dan graf pada helaian lampiran (sumber daripada kementerian kesihatan Malaysia dan world health organization) 5 Sumber statistik berjadual dari laman web kementerian kesihatan Malaysia, sila rujuk halaman lampiran

8|Page

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

5.0 CARA TRANSMISI

Gambar rajah 2.0 cara jangkitan tuberculosis

Penyakit Tibi biasanya berjangkit melalui cecair mulut dan hidung yang mengandungi kuman Tibi apabila pesakit Tibi batuk, bercakap atau bersin. Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi cecair ini akan menghadapi risiko dijangkiti kuman Tibi. Selain itu, kuman Tibi juga boleh merebak melalui direct contact dengan seseorang yang menghidap penyakit ini, contohnya melalui ciuman. Di samping itu, seseorang boleh dijangkiti kuman Tibi melalui fomit iaitu apabila orangorang yang sihat menggunakan peralatan orang yang menghidap Tibi seperti pinggan, mangkuk dan sebagainya. Penyakit juga boleh merebak melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan kuman Tibi. Sebagai contoh apabila seseorang mengambil susu mentah dari lembu berpenyakit Tibi akan menyebabkan seseorang itu dijangkiti penyakit Tibi.

Sumber dari Malaysian Association For The Prevention of Tuberculosis (MAPTB) http://www.maptb.org.my

9|Page

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

6.0 PATOFISIOLOGI
Penyebaran penyakit Tibi terjadi kerana kuman Mycobacterium Tuberculosis

dikeluarkan samada secara sengaja ataupun tidak ke udara melalui batuk ataupun bersin. Kuman Tibi boleh hidup dalam udara bebas selama lebih kurang 1-2 jam bergantung pada sinar ultraviolet dan kelembapan.

Gambar rajah 3.0 - patofisiologi tuberculosis

Suasana yang lembab dan gelap membolehkan kuman Tibi hidup selama berhari-hari bahkan berbulan-bulan lamanya. Apabila partikel kuman Tibi ini disedut oleh orang yang sihat melalui pernafasan maka zarah ini akan terus melekat pada salur pernafasan atau paru-paru. Partikel Tibi boleh memasuki alveolar jika zarah bersaiz kurang daripada 5 mikrometer. Kuman Tibi ini akan berhadapan dengan sel neutrophil seterusnya dengan sel makrofaj. Kebanyakkan partikelpartikel Tibi akan dihapuskan oleh sel makrofaj lalu dibawa keluar ke bronkial dan trakea
7

Gambar rajah bergambar dari Pearson Education Ltd dicapai melalui laman web : http://www.pearsonhighered.com/

10 | P a g e

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

melalui pergerakan sillia. Apabila kuman yang selebihnya menetap di paru-paru, ia akan terus membiak dan berkembang dalam sitoplasma sel makrofaj lalu dibawa ke organ lain. Kuman Tibi yang menetap pada paru-paru akan membentuk tuberculosis pneumonia kecil dan lebih dikenali sebagai fokus primer. Fokus primer ini boleh menjangkiti seluruh paruparu dan menyebabkan efusi pleura sekiranya ia menjalar ke pleura. Kuman juga dapat masuk ke saluran gastrointerstinal, saluran limfa, orofarinks dan kulit dan dipanggil komplek primer. Kemudian kuman akan masuk ke dalam vena dan menjalar ke seluruh organ seperti paru-paru, otak, ginjal dan tulang. Apabila ia masuk ke dalam arteri pulmanori ia akan mengakibatkan tuberkulosis miliari.

11 | P a g e

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

7.0 MANIFESTASI KLINIKAL

Tanda dan simpton penyakit Tibi terbahagi kepada dua iaitu Am dan Local. Antara tanda dan simpton am yang ditunjukkan penghidap penyakit ini adalah letih lesu dan malaise kerana terlalu kerap batuk. Selain itu, penghidap Tibi juga akan mengalami insomnia dan kurang daya tumpuan. Pesakit juga akan kehilangan selera makan seterusnya menyebabkan berat badan merosot. Di samping itu, pesakit akan mengalami demam ringan dan paling teruk pada lewat malam serta berpeluh dengan banyak. Bagi pesakit perempuan pula, amenorrhoea mungkin boleh berlaku. Sekiranya pesakit diperingkat yang lebih teruk, terdapat clubbing pada kuku.

Gambar rajah 4.0 batuk kronik dan kahak Bagi tanda dan simpton local pula, kita dapat lihat pesakit akan mengalami batuk yang kronik jenis kering dan lama kelamaan akan menghasilkan kahak. Kahak yang dihasilkan adalah jenis mucopurulent dan kadangkala mengandungi kesan darah di dalamnya. Haemoptitis juga boleh berlaku di mana-mana peringkat sekalipun dan suara mungkin serak kerana batuk yang berpanjangan.

12 | P a g e

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

8.0 PENYIASATAN TUBERCULOSIS

Antara penyiasatan yang boleh dilakukan adalah dengan mengambil latar belakang aduan dari pesakit. Sebagai contoh sekiranya pesakit batuk lebih daripada dua minggu kemungkinan pesakit mengalami tuberkulosis. Selain itu, sputum acid fast bacillus dan sputum untuk CNS juga boleh digunakan. Untuk sptum acid fast basillus, sputum akan diambil sebanyak tiga kali dan sekiranya positif ini menunjukkan adanya jangkitan Tibi. Bagi penyiasatan CNS, sekiranya kuman ini mengambil masa sepuluh hingga empat belas hari untuk membiak ia menunjukkan ciri-ciri kuman Tibi.

Gambar rajah 5.0 chest x-ray pesakit tuberculosis Selain itu, sinar x-ray dada juga boleh digunakan kerana daripada x-ray akan ada bayangan atau shadow yang boleh kita nampak jika adanya Tibi. TWDC juga boleh dilakukan bagi pesakit yang disyaki menghidap Tibi dan sekiranya ia meningkat ini menunjukkan ada jangkitan. Kadangkala bronchoscopi juga akan dijalankan untuk melihat secara terus kedalam bronchial dan paru-paru bagi mengesan kaviti. Penyiasatan seperti haemoglobin test dan tuberculin test juga boleh digunakan untuk mengenalpasti penyakit Tibi.

13 | P a g e

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

9.0 PENGUBATAN DAN JAGAAN PESAKIT

Penyakit tuberculosis sebenarnya dapat dirawat sepenuhnya tetapi mesti mengikut apa yang telah digariskan oleh pakar perubatan sebagai contoh pengambilan ubat mengikut arah. Dadah anti tuberculosis tujuan pemberian adalah Untuk mengawal penyakit .selain itu, Untuk mengelak relapse dan Untuk menentukan pesakit tidak lagi ada infeksi.
8

Rawatan tuberculosis adalah selama 6 bulan

RAWATAN TUBERCULOSIS (2 FASA)

Fasa Intensif 2 bulan/Daily (56 dos) SHRZ/ EHRZ Fasa Intermittent 4 bulan/Biweekly (32 dos) SHR / HR

Sumber rujukan daripada kementerian kesihatan Malaysia dan Malaysian association for the prevention of tuberculosis (MAPTB)

14 | P a g e

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

UBAT
INJ. STREPTOMYCIN ISONIAZID RIFAMPICIN PYRAZINAMIDE ETHAMBUTOL

SIMBOL
S H R Z E

(REGIM PILIHAN) 6 BULAN SHRZ - 2 BULAN - DAILY (56 DOS) SHR - 4 BULAN - BIWEEKLY (32 DOS)

(REGIM ALTERNATIF) 6 BULAN EHRZ - 2 BULAN DAILY - 56 DOS HR - 4 BULAN BIWEEKLY - 32 DOS

15 | P a g e

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

10.0 KAWALAN DAN PENCEGAHAN


Program rancangan kawalan Tibi telah dilaksanakan sejak tahun 1961 lagi dan diintegrasikan dalam Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negara pada tahun 1969. Pasukan Pengurusan Penyakit Tibi pula dibentuk dalam tahun 1973. Tujuan penubuhan rancangan kawalan Tibi adalah untuk melindungi 95% daripada jumlah yang berisiko dengan pelalian BCG. Selain itu ia juga bertujuan mengesan 2/3 daripada punca jangkitan yang wujud dalam masyarakat dan menghapuskan punca-punca jangkitan secara berkekalan dengan sistem rawatan yang sempurna.

Gambar rajah 6.0 vaksin bacille Calmette-Guerin BCG

Antara aktiviti yang dijalankan oleh Rancangan Kawalan Tibi adalah program pelalian BCG, program mengesan kes, program rawatan Tibi, pendidikan kesihatan dan sebagainya. Dalam konteks pelalian BCG, ia diberikan secara terus kepada semua yang berumur bawah 20 tahun melalui suntikan intradermal. Vaksin BCG adalah daripada kuman Tibi yang telah

Sumber rujukan bergambar dari Centers for Disease Control and Prevention 1600 Clifton Rd. Atlanta, GA 30333, USA melalui laman web http://www.cdc.gov/tb/publications/factsheets/prevention/bcg.htm

16 | P a g e

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN dilemahkan dan digunakan untuk mencegah penyakit Tibi. Vaksin ini sangat selamat dan berkesan kepada kanak-kanak. Untuk program mengesan kes pula, ia dilakukan secara integrasi antara hospital dan klinik kesihatan di seluruh Negara. Salah satu cara mengesan kes ini adalah dengan menggunakan kaedah Direct Smear Microscopy dan ia adalah paling mudah dan berkesan. Selain itu, ujian sputum juga dilakukan untuk mengesan jangkitan pada paru-paru. Program rawatan Tibi adalah 100% berkesan sekiranya dilaksanakn dengan baik dan bersepadu. Kejayaan program ini bergantung kepada Sisitem pelaksanaan program dan kerjasama daripada pesakit. Bagi pendidikan kesihatan pula, pihak-pihak hospital akan mengadakan secara kempen ataupun seminar bagi mengurangkan kes penyakit ini. Tujuan program ini dijalankan adalah bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang bahaya penyakit Tibi. Di bawah Millenium Development Goal (MDG) bagi kawalan penyakit Tibi, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah mensasarkan agar insiden penyakit Tibi dihentikan dan dikurangkan menjelang tahun 2015, manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mensasarkan untuk eliminasi penyakit Tibi pada tahun 2050. WHO Regional Goal pula telah mensasarkan untuk mengurangkan separuh daripada kadar insiden dan kadar kematian menjelang tahun 2010 apabila dibandingkan dengan tahun 2000. Jika dilihat dari segi sasaran, Malaysia masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan. Bagi mencapai MDG tersebut, WHO telah menetapkan beberapa sasaran khusus untuk mengurangkan kejadian kes TB iaitu : i. 70% kes TB berjangkit di dalam masyarakat mestilah dikesan;

2013

ii. 100% pesakit mesti dipastikan mendapat rawatan di bawah penyeliaan, atau secara DOTS (Directly Observed Therapy Short course), dan iii. Sekurang-kurangnya 85% mereka yang dikesan mesti disembuhkan

17 | P a g e

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

11.0 PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Tugas Penyeliaan

PERANAN PEMBANTU PERUBATAN DALAM PROGRAM RAWATAN TB

Bekalan Logistik

Latihan

Tugas Umum Peningkatan Lanjutan ( Pendidikan / Latihan ) Human Relation(Pegawai Perhubungan-Perantara) Monitoring dan Penilaian

10

Penolong pegawai perubatan(PPP) terlibat secara langsung dalam program

pencegahan penyakit berjangkit antaranya adalah tuberculosis. Antara Peranan penolong pegawai perubatan ialah Tugas Penyeliaan, sebagai seorang ppp seharusnya dapat mengesan kes tibi sejak dari awal lagi, ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya

10

Sumber rujukan dari nota kuliah masm1212-perubatan sosial & pencegahan (pembantu perubatan) kolej sains kesihatan bersekutu johor bahru oleh En. Baidi bin badiri (januari 2013)

18 | P a g e

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

jangkitan atau rebakan penyakit kepada orang lain,seterusnya mengambil specimens mengikut norm, membuat rekod kutipan kahak bagi Semua kes yang ada tanda/simptom mestilah ambil sample kahak, bagi Kes positif didaftar dan beri rawatan, selain itu, ppp mestilah membuat Notifikasi dan memastikan Keputusan / penghantaran dalam keadaan selamat.
11

Seterusnya adalah, rawatan kes. Memastikan Penyeliaan penuh rawatan pada pesakit,

memberi arahan yang jelas pada pesakit supaya tidak ada sebarang salah faham berkenaan penyakit yang dihidapi, selain itu, Kesan kes engkar rawatan (defaulter) bagi mengelakkan daripada berlakunya rebakan penyakit kepada orang lain. Seterusnya Pengekalan rekod rawatan dan pastikan rujukan kes hendaklah jelas dengan rawatan. Selain itu, pastikan Kebajikan pesakit terjaga dan akhir sekali mestilah mendapat maklum balas jika kes tamat rawatan Selain itu, latihan .Melatih Anggota yang terlibat dalam Program Kawalan TB, Kerap kali berbincang dengan anggota Progran Kawalan TB mengenai perkembangan

semasa.,Mengorientasi anggota baru mengenai Program Kawalan TB, Menyelia latihan dalam pekhidmatan ini termasuk Doktor dan Paramedik di Pusat TB Kebangsaan.\ Dari segi Bantuan Logistik. Kita mestilah Menyediakan kemudahan rawatan pengurusan TB sebagai contoh sputum cups. selain itu,Menghantar specimen dan mengutip data-data seta Menyediakan TB DRUG untuk pesakit dalam program rawatan TB Membuat Penilaian dan Monitor .Menentukan norm kutipan specimen sputum memenuhi taget,Menentukan kemudahan pemeriksaan kes,Menyediakan laporan kemajuan,

11

Sumber rujukan dari nota kuliah masm1212-perubatan social & pencegahan (pembantu perubatan) kolej sains kesihatan bersekutu johor bahru oleh En. Baidi bin badiri (januari 2013)

19 | P a g e

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

Mengutip data-data dan analisis mengikut peringkat , memastikan Laporan defaulter dan abandoned rate dibuat dan akhir sekali Membuat kohort analisis (penyelidikan)
12

Menjadi Pengawai Perhubungan (perantara) hal ini bertujuan untuk Mengekalkan

hubungan rapat dan kerjasama anggota perkhidmatan kesihatan, Pusat Tibi Kebangsaan dan sebagainya.selain itu, kerjasama Hubungan dengan agensi lain, contohnya MAPTB(Malaysian Association for the Prevention of Tuberculosis), NGO dan lain-lain serta secara tidak langsung dapat menjaga Hubungan baik dengan pesakit tibi dan keluarga mereka Peningkatan Lanjutan (Pendidikan dan Latihan ). Perlu Meningkatkan pengetahuan sebagai contoh kaedah terbahari dalan rawatan tibi. selain itu, perlulah Melibatkan dalam aktiviti-aktiviti promosi program kawalan tibi. serta menyertai Latihan lanjutan sebagai contoh seminar , forum dll ini dapat menbantu memantapkan lagi pengetahuan berkenanan pencegahan dan rawatan TB, selain itu Terlibat dalam penyelidikan, bancian dan lain-lain dalam program kawalan tibi. Akhir sekali, Tugas-tugas umum dalam konteks ini ia berkaitan dengan tugas-tugas yang tidak specific sebagai contoh Menghadiri mesyuarat kakitangan contohnya komferen di peringkat daerah dan negeri. Selain itu,Menjalankan tugas-tugas yang relevan dan yang diarah oleh pegawai atasan.

12

Sumber rujukan dari nota kuliah masm1212-perubatan social & pencegahan (pembantu perubatan) kolej sains kesihatan bersekutu johor bahru oleh En. Baidi bin badiri (januari 2013)

20 | P a g e

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

12.0 KESIMPULAN

Turbekulosis

adalah penyakit

bawaan

udara

yang

disebabkan oleh

bakteria

Mycobacterium tuberculosis (M. tuberculosis). Mycobacterium tuberculosis dan tujuh spesies lain mycobacterial yang berkait rapat ialah (M. bovis, M. africanum, M. microti, M. caprae, M. pinnipedii, M. Canetti dan M. mungi) Kebanyakan dari spesies ini telah didapati menyebabkan penyakit pada manusia M. tuberculosis dibawa dalam airborne particles yang dipanggil droplet nuclei,yang berukuran 1 - 5 mikron diameter. droplet nuclei berjangkit apabila orangorang yang mempunyai penyakit TB batuk, bersin, menjerit, atau menyanyi. Bergantung kepada keadaan sekitar, zarah kecil boleh kekal berada di udara selama beberapa jam. M. tuberculosis disebarkan melalui udara, tidak melalui sentuhan permukaan. Jangkitan berlaku apabila seseorang menyedut droplet nuclei mengandungi Mycobacterium tuberculosis akan melalui mulut atau rongga hidung dan saluran pernafasan atas serta bronkus untuk sampai ke alveoli paru-paru.Oleh itu, Masyarakat perlu lebih peka dan menghindari kawasan sesak yang boleh memberi risiko kepada penyakit TB,dengan itu dapatlah kita mengurangkan rebakan virus tuberculosis ini.

21 | P a g e

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN

2013

13.0 RUJUKAN
1. Grant H.D. et al ( 1995 ) Bradys Emergency Care 7th ed USA : A Simon & Schuster Company. 2. W.O. Phoon and P. C. Y. Chen ( 1987 ) Textbook Of Community Medicine In South East Asia USA : A Simon & Schuster Company . 3. Ewles & Simnett ( 1994 ) Promoting Health 4th ed Middlesex : Scutari Press ed ) Kuala Lumpur :

4. KKM ( 1989 ) Panduan Untuk Rancangan Imunisasi ( 2nd Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. KKM ( 1994 ) Garis Panduan Rancangan Kesihatan Sekolah Kuala Lumpur : Bahagian Penjagaan Kesihatan Asas & Pembangunan Keluarga. 6. CDC. Screening for tuberculosis and tuberculosis infection in high-risk populations: Recommendations of the Advisory Council for the Elimination of Tuberculosis. MMWR 1995; 44 (No. RR-11): 18 34. www.cdc.gov/mmwr/preview/mmwrhtml/00038873.htm (Accessed September, 2013) 7. CDC. Guidelines for preventing the transmission of Mycobacterium tuberculosis in health-care settings, 2005. MMWR 2005; 54 (No. RR-17). (Accessed September, 2013).www.cdc.gov/mmwr/preview/mmwrhtml/rr5417a1.htm?s_cid=rr5417a1_e 8. Stop TB Partnership and World Health Organization. An International Roadmap for Tuberculosis Research. Geneva: World Health Organization, 2011 (also available at: www.stoptb.org/assets/documents/resources/publications/technical/tbresearchroadmap. pdf; accessed September, 2013). 9. Dr. B Venugopalan,(2007) Malaysian Association For The Prevention of Tuberculosis (MAPTB) (available at: http://www.maptb.org.my/index.htm accessed September, 2013)

22 | P a g e

MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 14.0 LAMPIRAN

2013

23 | P a g e