Anda di halaman 1dari 15

BAHAGIAN A FALSAFAH PENDIDIKAN SAYA Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen- dokumen dasar dan

ideologi negara pada tahun 1988. Kini, dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berikut merupakan Falsafah Pendidikan Negara yang telah dijadikan garis panduan sejak tahun 1998. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di Malaysia. Ia menggabungkan matlamat, dasardasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal,jelas dan logik. Tujuannya ialah untuk menjelaskan secara rasional amalan- amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan. Falsafah Pendidikan Negara ini telah saya gunakan sebagai garis panduan untuk menetapkan falsafah pendidikan saya sebagai seorang guru. Menurut pendapat saya sendiri, seorang guru perlu mempunyai falsafah yang dipegang untuk menjadi guru yang sentiasa mempunyai pegangan dan prinsip semasa menjalankan tugas. Saya percaya bahawa mengajar bukan sahaja untuk mengingat teori dan fakta atau menjawab soalan dengan betul atau hanya untuk menghabiskan silibus. Tujuan utama adalah untuk membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan betul sehingga mereka mampu untuk mengaplikasikan kepada dunia sebenar. Sebagai seorang guru, saya perlu menguasai isi kandungan pembelajaran yang ingin disampaikan di dalam kelas. Ia menjadi satu kemestian untuk saya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu subjek, tidak terlalu bergantung kepada buku teks, bahkan saya perlu kreatif dalam mencari bahan pengajaran dari sumber lain untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya berusaha untuk sentiasa mempunyai sikap positif kepada pelajar dan percaya bahawa semua pelajar mempunyai

kemampuan untuk belajar, terlibat dalam perbincangan, mengutarakan soalan dan sebagainya. Saya harus sedar dan tahu menilai bagaimana mengajar sesuatu konsep secara efektif kerana terdapat banyak strategi yang boleh digunakan. Saya sedar bahawa adalah mustahil untuk menjadikan sesuatu pengajaran berkesan hanya bergantung kepada satu strategi sahaja. Oleh yang demikina, saya harus sentiasa bersedia untuk meneroka cara baru yang terdapat dalam dunia pendidikan. Contohnya, mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam masa yang sama, saya akan sentiasa menambahkan pengetahuan dengan pelbagai maklumat bukan sahaja tentang subjek yang saya ajar malah mengenai pengetahuan am yang berkaitan, hal ini kerana pelajar zaman sekarang lebih berfikiran jauh malah ada juga yang lebih bijak dari gurunya. Saya akan sentiasa mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu apabila masuk ke kelas agar apabila para pelajar menyoal sesuatu saya dapat menjawab dengan baik dan tidak gelabah. Apabila kita dapat menjawab sesuatu dengan yakin, saya percaya pelajar akan lebih menghormati kita dan yakin dengan kerjaya kita sebagai seorang guru tanpa mempersoalkannya. Di samping itu, saya akan menjadi seorang guru yang tegas kepada pelajar. Ini adalah untuk membentuk pelajar agar pelajar mempunyai disiplin diri yang tinggi. Saya juga akan menerapkan disiplin yang baik kepada para pelajar saya terutamanya berkaitan dengan masa. Pengurusan masa sangat penting bagi seorang pelajar kerana apabila mereka dapat menguruskan masa dengan baik ini bererti mereka dapat menguruskan pelajaran mereka dengan sebaik mungkin. Secara keseluruhannya, saya berusaha agar pelajar saya seimbang dari segi jasmani, emosi intelektual, sahsiah dan yang paling penting ialah rohani mereka. Saya ingi melahirkan pelajar yang mempunyai sikap taatkan kepada Tuhan, berdisiplin tinggi, berakhlak mulia, bijak dan aktif melibatkan diri semasa aktiviti yang melibatkan pergerakan jasmani.

BAHAGIAN B BINCANGKAN DENGAN MENGGUNAKAN PERKATAAN SENDIRI

MAKSUD PERNYATAAN BERKENAAN. i. Al Farabi Manusia yang sempurna ialah manusia yang telah menguasai ilmu dan nilainilai murni dan seterusnya menjadi teladan kepada orang lain Penyataan Al Farabi adalah sangat berkait rapat dengan keperluan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian manusia. Ilmu pengetahuan merupakan cahaya penyuluh dalam kehidupan manusia. Manusia memerlukan ilmu sebagai garis panduan untuk mereka. Ilmu diperlukan apabila seseorang ingin membuat keputusan yang baik. Ini menunjukkan nilai kepentingan ilmu kerana sememangnya kehidupan manusia adalah sangat berkait rapat dengan pelbagai keputusan yang hendak dibuat dalam menjalani kehidupan seharian. Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kemajuan dan pembangunan dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Melalui sejarah yang kita pelajari, kita dapat melihat bahawa ilmu pengetahuan telah mengangkat tamadun manusia yang hidup pada zaman lampau. Tamadun Tanah Arab misalnya berubah menjadi satu tamadun yang baik apabila mereka dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW yang merupakan gedung ilmu. Begitu juga dengan tamadun Tigris, Tamadun Mayan dan Tamadun Cina. Jika seseorang itu menguasai ilmu sudah pastilah dia akan dapat memajukan diri dan negaranya sendiri. Hal ini demikian kerana, negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era globalisasi pada masa ini. Seseorang pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan negara. Jika pemimpin tidak dapat menguasai ilmu, sudah pastilah negara kita akan tertinggal di belakang negara-negara maju yang lain. Sekiranya rakyat negara ini dapat menguasai ilmu, sudah pasti hal ini akan melahirkan masyarakat yang proaktif. Perkara ini demikian kerana, masyarakat yang berilmu sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis dan mudah pula berputus asa.

Selain itu, Al Farabi turut menekankan kepentingan mengamalkan nilai nilai murni dalam kehidupan manusia. Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul demi merealisasikan misi nasional negara.Individu yang mempunyai nilai-nilai murni dalam dirinya akan sentiasa berfikir positif. Hal ini menjadikannya seorang yang berfikiran terbuka dan dapat bergaul dengan pelbagai golongan masyarakat serta dapat hidup dalam apa-apa saja persekitaran. Individu yang berfikiran positif ini akan melihat segala masalah sebagai suatu cabaran yang perlu dihadapi dan diselesaikan. Hal ini membolehkannya hidup dengan ceria. Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Apabila seseorang individu mempunyai ilmu pengetahuan dan dalam masa yang sama menjadikan nilai nilai murni sebagai amalan, mereka akan dihormati oleh masyarakat. Selain itu, masyarakat setempat turut menjadikan mereka sebagai teladan dan teladan kerana mereka merupakan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan akhlak terpuji. Maka tidak hairanlah sekiranya Al Farabi mengatakan bahawa manusia yang sempurna merupakan mereka yang menguasai ilmu pengetahuan, menampilkan akhlak terpuji dan dalam masa yang sama menjadi teladan kepada masyarakat setempat. ii. John Locke Minda adalah suatu tabula rasa Kenyataan John Locke membawa maksud bahawa minda manusia boleh berubah - ubah berdasarkan faktor faktor yang berada di sekililingnya. Kenyataan ini membawa secara tidak lansung menerangkan bahawa bayi yang baru lahir adalah seperti sehelai kertas yang putih yang bersih dan tidak mempunyai sebarang lakaran. Lakaran dan lukisan tersebut dilukis berdasarkan apa yang terdapat di sekililing kertas tersebut.

Kenyataa John Locke juga menegaskan bahawa manusia memperolehi ilmu pengetahuan melalui beberapa cara seperti melalui penglihatan, persekitaran dan pengalaman yang mereka lalui. Dalam konteks pendidikan, kenyataan ini menunjukkan bahawa kanak kanak yang baru lahir tidak mempunyai sebarang penegtahuan dan kemahiran. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu tanggungjawab bagi ibu bapa, guru dan sesiapa sahaja yang berada di persekitaran kehidupan kanak ini untuk mendidik dan membantuk kanak kanak tersebut agar menjadi insan yang berpengetahuan. Pengaruh kanak kanak terhadap persekitaran mereka adalah tinggi dan mereka akan belajar perkara yang mereka perhatikan. Oleh kerana kanak kanak bersikap menyerap perkara yang mereka lihat dalam kehidupan seharian, adalah menjadi tanggunjawab ibu bapa dan guru untuk

menjadikan sikap dan peribadi yang mulia sebagai amalan mereka. Hal ini kerana, apabila mereka menunjukkan akhlak yang baik, maka kanak kanak juga cenderung untuk mengamalkan kelakuan yang sama. Tetapi sekiranya ibu bapa dan guru menunjukkan sikap yang negatif, maka kanak kanak juga akan meniru tindakan negatif tersebut. Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa John Locke menegaskan kepentingan meneroka ilmu melalui pengalaman. Hal ini adalah sedemikian kerana apabila seseorang belajar melalui pengalaman, ilmu yang diperolehi jauh lebih bermakna berbanding mempelajari ilmu melalui teori semata mata. Melalui pengalaman yang diperolehi, seseorang itu telah tahu menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan apabila berhadapan dengan masalah yang sama pada masa akan datang. Dalam konteks itu, John Locke berpendapat bahawa pengetahuan sebagai usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan ilmu dalam hidup masyarakat. Setiap manusia adalah digalakkan untuk mengembangkan potensi-potensi yang ada dalam diri masing masing. Selain itu, pendidikan juga adalah bertujuan untuk melahirkan individu yang seimbang dan dilengkapi dengan nilai nilai murni. Dalam erti kata yang lain, manusia yang berperibadi mulia dan terpuji boleh dibentuk melalui ilmu pengetahuan yang mereka perolehi. iii. Tagore Pendidikan yang tertinggi tidak hanya membekalkan kita dengan maklumat tetapi menjadikan kehidupan kita berhamoni dengan segala yang wujud

Pernyataan Tagore merujuk kepada fahaman beliau yang mengetengahkan kepentingan ilmu pendidikan yang tinggi dalam kehidupan manusia. Pendidikan tertinggi dapat dicapai melalui usaha keras dan berterusan dalam menuntut ilmu selain daripada usaha yang berterusan dalam menuntut ilmu tanpa mengira usia, iaitu pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan tertinggi juga meliputi ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek yang berbeza. Contohnya, ilmu pengetahuan dalam bidang agama, sastera, sains, seni, ekonomi, politik, muzik dan pelbagai cabang ilmu yang lain lagi. Menurut pernyataan Tagore ini juga, ilmu pengetahuan yang luas dan menyeluruh dapat melahirkan individu yang berfikiran sempurna serta berupaya mencapai kejayaan yang bermakna dalam pelbagai aspek kehidupan. Aspek - aspek tersebut termasuklah perkembangan fizikal, intelektual, akhlak, moral dan sahsiah diri, dan rohani. Pendidikan juga merupakan satu proses yang realistik dan melalui proses secara berperingkat. Pendidikan yang bermakna bukan sahaja dapat dicapai dengan merujuk dan membaca buku sahaja malah boleh dicapai melalui situasi kehidupan sebenar. Situasi kehidupan sebenar yang ditempuhi akan menjadi pengalaman kepada individu tersebut. Tagore turut menekankan bahawa belajar melalui pengalaman adalah sangat penting berbanding belajar dengan merujuk buku semata mata. Individu yang berpendidikan tinggi merupakan seorang yang berfikiran cerdas, bertindak cergas, berani dan mempunyai imej dan sikap yang bersih. Individu yang mempunyai perawakan dan ciri ciri sedekian membolehkan mereka mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap keperluan masyarakat. Hal ini secara tidak lansung menjadikan mereka sebagai seorang individu yang suka berkhidmat untuk masyarakat, mempunyai pandangan yang jauh, bersikap futuristik dan positif. Apabila wujud individu sebegini dalam masyarakat, mereka bukan sahaja mendapat maklumat daripada individu yang berpendidikan tinggi malah dapat menjalani kehidupan yang harmoni, sesuai dengan pernyataan Tagore. Tagore turut mementingkan pendidikan tubuh badan untuk melatih deria dan kecergasan fizikal secara menyeluruh, cekap dan berkemahiran. Kemahiran intelek yang tinggi turut diketengahkan oleh beliau. Hal ini adalah bertujuan untuk menanam sikap ingin tahu yang tinggi dan menggalakkan pemikiran secara saintifik. Menurut beliau juga, pendidikan rohani turut menjadi keutamaan kerana dapat meningkatkan kesedaran yang tinggi terhadap persekitaran. Ini dapat menjadikan seseorang yang berilmu untuk mempunyai empati dan memahami perasaan dan kehendak orang di sekelilingnya. Pendidikan nasionalisme turut dijadikan keutamaan. Ini adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan dapat memahami idea serta

tradisi negara mereka sendiri. Pendidikan nasionalisme ini dapat disemai melalui beberapa bidang ilmu seperti Sejarah, Geografi, Sastera dan Politik negara. Dengan mempelajari politik, seseorang individu dapat mengetahui keperluan dan kehendak masyarakat. Mereka juga mendapat maklumat mengenai kejayaan dan kegagalan yang pernah dialami oleh negara. Hal ini adalah penting kerana dapat dijadikan sebagai pengajaran dan garis panduan kepada pembangunan negara. Kesimpulannya, apabila sesorang mencapai pendidikan tertinggi, mereka berjaya menguasai pelbagai aspek ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan tersebut boleh digunakan untuk membangunkan masyarakat setempat dengan cara membekalkan maklumat yang berguna kepada mereka. Apabila wujud masyarakat sedemikian, maka kehidupan yang harmoni dapat diwujudkan.

KAITKAN

PERNYATAAN

YANG

DIBUAT

OLEH

SESORANG

AHLI

FALSAFAH DENGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA. BERIKAN CONTOH-CONTOH SPESIFIK. Pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia adalah sentiasa merujuk kepada matlamat utama pembangunan pendidikan seperti mana yang termaktud dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah pendidikan kebangsaan adalah seperti yang berikut: "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Berikut adalah beberapa kaitan antara fahaman fahaman ahli falsafah seperti Al Farabi, John Locke dan Tagore dengan sisitem pendidikan di Malaysia: i. Memupuk Nilai Murni Melalui Pendidikan Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Oleh yang demikian, sistem pendidikan di Malaysia dilaksanakan berdasarkan FPK. Salah satu elemen yang ditekankan dalam sistem pendidikan di Malaysia, adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Hal ini sangat berkait rapat dengan pernyataan Al Farabi. Manurut Al Farabi, manusia yang sempurna ialah manusia yang menguasai ilmu dan nilai nilai murni. Ini menunjukkan kepentingan nilai nilai murni dalam kehidupan seseorang. Mempunyai kepercayaan kepada Tuhan dan agama mendidik sesorang itu untuk mengamalkan nilai nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Dalam sistem pididikan di negara kita kita pada hari ini, kita dapat lihat usaha untuk menyemai nilai murni ini. Contohnya, memasukkan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai salah satu mata pelajaran yang penting untuk dikuasai. Tujuan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dijadikan sebagai subjek yang diajar disekolah adalh untuk menyemai nilai nilai murni dalam kehidupan seharian murid. ii. Membangunkan Masyarakat Melalui Pendidikan Selain daripada itu, sistem pendidikan di Malaysia turut menekankan nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. Ini adalah amat selari dengan pandangan Tagore mengenai pendidikan. Tagore berpendapat bahawa pendidikan yang tertinggi juga mampu menjadikan kehidupan masyarakat menjadi harmoni. Hal ini kerana, individu yang mempunyai ilmu sehingga tahap tertinggi dapat menyampaikan ilmu tersebut kepada masyarakat. Hal ini secara tidak lansung dapat mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dan mengamalkan nilai nilai yang mereka perolehi daripada ilmu pengetahuan mereka. Selain itu, individu yang berpendidikan tinggi juga dapat mengetahui keperluan, kehendak dan keinginan masyarakat apabila mereka bidang bidang tertentu seperti Sejarah, Geografi dan Politik. Hal ini secara tidak lansung mendorong mereka untuk membawa perubahan kepada masyarakat di sekeliling mereka. Sistem pendidikan di Malaysia yang sentiasa berpandukan FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan di negara kita bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan

bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Hal ini adalah sangat bertepatan dengan prinsip pendidikan yang diperkenalkan oleh Tagore. Tagore yang berpendapat bahawa kehidupan yang harmoni dapat dicapai apabila seseorang individu mencapai pendidikan tahap tertinggi. Hal ini sedemikian kerana, mereka boleh memberikan sumbangan dari segi idea dan cadangan serta bertindak sebagai sumber maklumat kepada masyarakat setempat. Berdasarkan FPK yang menjadi garis panduan kepada pelaksanaan sistem pendidikan di negara kita, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. iii. Malahirkan Insan Yang Seimbang melalui Pendidikan Salah satu matlamat pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Kemahiran jasmani murid diseimbangkan melalui sistem pendidikan yang diikuti oleh pelajar di sekolah. Sistem tersebut telah dirancang mengikut tahap psikomotor terutamanya latihan-latihan permainan bagi menajamkan lagi kemahiran pelajar. Malah, pelajar-pelajar juga telah didedahkan dengan latihan olahraga dan aktiviti fizikal yang lain untuk membina daya tenaga, daya tahan, ketangkasan dan pergerakan yang cekap. Sebagai contoh, pelaksanaan kegiatan gerak kerja ko kurikulum turut ditekankan di sekolah. Murid murid mengikuti kelab dan persatuan sukan seperti kelab Bola Sepak, Kelab Olaraga dan sebagainya. Mlah, sejak tahun 2011, program 1 murid 1 Sukan turut diperkenalkan kepada murid. Ini adalah bertujuan untuk membangunkan kebolehan jasmani mereka. Untuk melahirkan insan yang seimbang, sistem pendidikan di negara kita turut mengetengahkan kepentingan perkembangan emosi. Hal ini kerana perkembangan emosi manusia berkait rapat dengan perkembagan fizikal. Ciri perkembangan emosi remaja dapat dikenal pasti apabila remaja mulai menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Selain itu, mereka mula merasa ingin bersosial dengan rakan sebaya. Malah pada peringkat ini, mereka telah didorong oleh tenaga yang memotivasikan tingkah laku. Oleh itu sejajar dengan tuntutan falsafah pendidikan negara, seseorang pendidik itu harus tahu tentang emosi dan rohani pelajar mengikut peringkat perkembangannya.

Pada peringkat ini golangan remaja harus dikawal dan dicegah daripada perkembangan rohani yang tidak diingini. Pendidik sewajarnya bersifat penyayang dan membantu pelajar serta membimbing mereka agar menyelesaikan masalah rohani mereka dengan cara yang berpatutan di samping menunjukkan kepimpinan melalui teladan kepada para pelajar. Untuk melahirkan murid yang mempunyai kerohanian yang tinggi, sistem pendidikan di negara kita turut mengetengahkan nilai nilai agama dalam pembelajaran murid. Contohnya, pengajaran Pendidikan Islam dalam kurikulum sekolah. Melalui subjek ini, murid dapat memupuk sikap percaya akan kewujudan Tuhan. Perkembangan rohani membantu murid untuk membezakan perbuatan yang baik dan buruk dan tindakan yang mendatangkan dosa dan pahala serta hari pembalasan. Mereka juga mula memikirkan Tuhan dan sifat-sifat ketuhanan secara abstrak. Perkembangan intelek murid dapat dipupuk melalui subjek - subjek yang diajar di sekolah. Sebagai contoh, mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa dan kesusasteraan dan banyak lagi. Dengan mempelajari subjek subjek ini, murid - murid dapat meningkatkan kemahiran berfirkir mereka. Mereka dapat menyelesaikan masalah secara kreatif hasil daripada pemikiran aras tinggi mereka. Pelbagai program turut diadakan untuk meningkatkan tahap intelektual murid. Program NILAM misalnya, menggalakkan murid untuk membuat pembacaan. Seperti yang kita sedia maklum, membaca merupakan jambatan ilmu. Melalui proses membaca, murid murid dapat menambah pengetahuan mereka, dan seterusnya dapat meningkatkan kebolehan intelektual mereka. Perkembangan sahsiah murid dapat laksanakan melalui sistem pendidikan dengan cara membimbing murid membentuk disiplin diri yang tinggi dan terpuji. Antara usaha yang diselitkan dalam sistem pendidikan untuk tujuan pembentukan disiplin terpuji dalam kalangan murid adalah dengan memperkenalkan sistem Merit Demerit. Melalui sistem ini, murid yang menunjukkan akhlak terpuji akan diberikan markah tambahan dalam rekod mereka, markah akan ditolak bagi murid yang menunjukkan sahsiah yang negatif. Dapat dilihat dengan jelas bahawa sistem pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang. Hal ini sangat berkait rapat dengan falsafah yang diperkenalkan oleh Al Farabi dan Tagore. Kedua dua ahli falsafah ini menekankan kepentingan melahirkan insan yang seimbang dalam pelbagai aspek. Menurut Al Farabi, insan yang seimbanag dari segi intelek dan sahsiah boleh menjadi teladan kepada masyarakat yang lain. Tagore pula percaya bahawa dengan memiliki pengetahuan yang seimbang, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat dapat dipelihara.

iv.

Mementingkan Peranan Persekitaran Dalam Pendidikan Sistem pendidikan di Malaysia juga menmentingkan peranan guru sebagairole

model kepada murid. Guru guru adalah merupakan individu yang menjadi tumpuan dan panduan untuk murid ketika mereka berada di sekolah. Olah yang demikian, adalah penting bagi guru untuk menunjukkan sahsiah diri yang positif dan menampilkan akhlak mulia agar boleh dijadikan teladan bagi murid. Ini adalah kerana murid akan bertindak sepertimana guru mereka bertindak. Sebagai contoh, apabila guru menunjukkan semangat yang tinggi untuk menceriakan suasana kelas, murid murid turut berasa teruja untuk menceriakan kelas mereka. Ini sangat berkait rapat dengan pendapat John Locke yang menyatakan bahawa manusia adalah tabula rasa. Ini kerana peribadi dan imej setiap individu terbentuk hasil daripada pemerhatian mereka terhadap persekitaran. Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajiban bagi guru guru menunjukkan sikap terpuji agar dapat dijadikan teladan oleh murid murid mereka.

RUMUSAN YANG MEMBANDINGKAN PANDANGAN KETIGA-TIGA AHLI FALSAFAH. Walaupun ketiga tiga ahli falsafah seperti Al Farabi, John Locke dan Tagore mempunyai kaitan dengan sistem pendidikan di Malaysia, semua pandangan ini adalah berbeza mengikut fahaman masing masing. Setiap ahli falsafah mengetengahkan kepentingan dan keperluan dalam pendidikan. Menurut falsafah Al Farabi, beliau menekankan bahawa untuk mencapai kesempurnaan, seseorang bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang malah perlu menjadikan nilai nilai murni sebagai amalan dalam kehidupan seharian. Selain itu, orang yang berlilmu juga hendaklah menjadi teladan kepada masyarakat disekelilingnya. Oleh yang demikian, guru sebagai orang yang berilmu hendaklah mengamalkan nilai nilai murni agar dapat dijadikan teladan oleh murid murid dan masyarakat setempat. John Locke pula menerangkan bahawa manusia merupakan tabula rasa yang boleh berubah dan bertindak mengikut peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. John Locke juga menegaskan bahawa pengalaman merupakan salah satu cara untuk manusia belajar dengan lebih berkesan. Melalui pengalaman, sesorang individu itu boleh mengatasi masalah yang dihadapi. Melalui pengalaman juga, sesorang itu dapat mengaplikasikan ilmu yang mereka pelajari dalam kehidupan seharian. Oleh kerana manusia merupaka tabula rasa, adalah menjadi kewajipan bagi setiap individu terutamanya ibu bapa dan guru guru untuk menampilkan teladan yang baik kepada murid murid. Ini adalah kerana sikap murni tersebut boleh dijadikan sebagai teladan kepada mereka. Tagore pula berpendapat bahawa pendidikan bukan sahaja dapat membekalkan maklumat kepada seseorang individu. Malah maklumat tersebut boleh disebarluaskan kepada individu yang lain melalui proses penyebaran ilmu. Sepanjang proses perkongsian ilmu, semua masyarakat berkerjasama untuk menuntut ilmu dan secara tidak lansung, hal ini dapat menjadikan kehidupan kita harmoni dan aman. Tagore turut menyatakan pendidikan menyediakan seseorang untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara. Ketiga tiga pandangan daripada ahli falsafah ini menunjukkan peranan ilmu pengetahuan dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Pandangan pandangan ahli falsafah ini juga sangat berkait rapat dengan matlamat utama pelaksanaan sistem pendidikan di negara kita. Sistem pendidikan di negara kita berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Sistem

pendidkan di negara kita bertujuan untuk malhirkan individu yang dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada masyarakat umum. Untuk mencapai hasrat ini, beban mendidik anak anak bangsa tidak sepatutnya diletakkan di atas bahu insan yang bergelar pendidik sahaja. Semua pihak dari pada kementerian, guru guru, ibu bapa dan masyarakat umum hendaklah berkerjasama menggembleng tenaga dalam menjadikan matlamat ini sebagai realiti. Sesungguhnya, untuk melahirkan individu yang berpengetahuan tinggi dan berakhalak mulia serta seimbang dari pelbagai aspek adalah bukan satu uasaha yang mudah. Walau bagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicapai sekiranya semua individu memainkan peranan masing masing dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

RUJUKAN Koko Istya Temorubun (2006). Filsafat Pendidikan Menurut John Locke dan John Dewey. Diperolehi pada 13 June 2013 daripada

http://leonardoansis.wordpress.com/goresan-pena-sahabatku-yono/filsafatpendidikan-menurut-john-locke-dan-john-dewey/ Wikipedia (2013). Abu Al-Nasr Al-Farabi. Diperolehi pada 23 June 2013 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Al-Nasr_Al-Farabi Wikipedia (2013). Rabindranath Tagore. Diperolehi pada 21 June 2013

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rabindranath_Tagore Zainal bin Rahim (2007). Konsep Asas Falsafah. Diperolehi pada 21 June 2013 daripada http://bakorlambok.tripod.com/workhop2/pengantar_topik_2.htm Zazili Bin Md.Nawi (1998). Intelektual. Diperolehi pada 13 June 2013 daripada http://nurlie.tripod.com/Tema6.html