Anda di halaman 1dari 20

Pengenalan

Taranum hijaz merupakan aliran lagu masri,dimana lagu hijaz merupakan salah satu lagu yang tumbuh dan berkembang subur di lembah nil.tambahan pula,lagu masri ini lebih diterima dan lebih popular jika dibandingkan dengan lagu makkawi,bahkan dapat dikatakan hampir seluruh Negara islam dewasa ini mengalunkan lagu arab misri ini berbanding lagu2 aliran yang berirama makkawi boleh dikatakan jarang sekali terdengar dialunkan oleh para qurrak. Di Malaysia,lagu ini dipopularkan oleh angkatan muda yang diketuai oleh hj. Ahmad maksum pergau haji zabidi aman,dan haji mukti serta kawan-kawannya yang sama2 belajar di makkah dan di mesir.lagu2 jenis ini terkenal selepas tahun empat puluhan hingga sekarang.bentuk lagu ini biasa gerak lagunya bawah ke atas. Orang2 mesir membaca al-quran juga berdasarkan kepada asas2 lagu yang telah ditetapkan ,iaitu sebanyak tujuh lagu yang dirumuskan dalam singkatan kata yang bermaksud mengikut susunan lagu2 tersebut iaitu Lagu bayati, lagu hijaz , lagu soba, lagu rast, lagu jiharkah, lagu sikah, dan lagu nahawand .

Berdasarkan keterangan di atas ,jelaslah bagi kita bahawa kedua-dua lagu tersebut ,yakni lagu hijaz dan lagu misri adalah sesuai dengan kehendak Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda baginda yang berbunyi Ertinya : bacalah alquran mengikut lagu dan suara orang2 arab ,dan jauhilah oleh kamu daripada membaca alquran seperti lagu orang2 fasik dan lagu2 ahli kitab di gereja . Bagaimanapun,lagu hijaz adalah merupakan antara lagu2 yang biasa dilagukan di Malaysia kerana para qari di Malaysia mahupun di seluruh kepulauan nusantara ini,hanya membawakan tujuh bentuk lagu setiap kali mereka membaca al-quran,lagu2 itu ialah lagu bayati, lagu soba, lagu hijaz, lagu rast, lagu nahawand, lagu sikah dn lagu jiharkah.ini bermakna lagu hijaz adalah salah satu lagu yang popular dan sering dikumandangkan di Malaysia . Taranum hijaz merupakan taranum yang muktabar dan terkenal di kalangan para qura dunia .keasyikan dan kelembutan serta kelantangan taranum hijaz ini telah membuatkan setiap qari dan qariah yang mempelajarinya pasti meminatinya. begitu juga dengan para pendengar ,seandainya mereka mendengar seseorang imam membacakan taranum hijaz di dalam solatnya ataupun seseorang qari membuat persembahan dengan lagu hijaz ,maka sudah tentu mereka akan khusyuk dan suka mendengarnya.ini kerana taranum hijaz adalah sebuah taranum yang unik disebabkan oleh kepelbagaian ciri dan sifatnya.

Sesuatu persembahan bacaan alquran tidak akan bertenaga tanpa dimasukkan taranum hijaz di dalamnya.ia mampu memberi tenaga terhadap persembahan alquran. Menurut khadijatus shalihah,1983,beliau menulis bukunya yang bertajuk perkembangan seni bacaan al-quran dan qiraat tujuh di Indonesia ,beliau mengatakan bahawa pada taranum hijaz terdapat harakat seperti Asli, kard, kard kurd, dan Iraqi ( kurd qarar ).

Definisi Hijaz dan sejarah perkembangannya

Menurut haji nik jaafar bin nik ismail(1997),beliau mengatakan bahawa hijaz adalah nama bagi suatu kawasan yang terletak di Negara arab Saudi.iaitu termasuk kota mekah dan kota madinah. Pada istilah ilmu taranum ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan taranum yang dipopularkan oleh qari2 hijazi mengikut budaya bangsanya yang hidup dikawasan padang pasir tandus yang berbukit bukau dengan batu2 pejalnya. Sehingga kini taranum hijazi tersebut telah pun diubahsuai oleh qari2 mesir mengikut budaya bangsanya yang hidup dikawasan lembahan nil yang begitu subur menghijau. Taranum hijaz berlahjah misri adalah lebih lembut dan lebih menarik yang agak lebih bersesuaian dengan kelembutan lugah alquran. Menurut Muhammad ali bin abu bakar(1991),beliau mengatakan bahawa hijaz adalah nama negeri di jazirah arab ,bagaimanapun tidak siapa yang diketahui orang yang mula2 memberi nama lagu ini dengan nama kawasan tersebut.adapun yang jelas ialah bahawa lagu ini muncul dan berkembang di hijaz.kemudian lagu ini dibawa ke mesir dan berkembang pula di lembah sungai nil itu,sehingga kemudian lagu itu dikenal dengan lagu hijaz misri. Menurutnya lagi, Lagu hijaz mempunyai irama yang ringan,cepat dan lincah serta rentak yang agak kasar dan mempunyai alunan suara yang

terang .kemudian lagu hijaz ala misri ini berubah menjadi lebih halus , syahdu dan mengusik jiwa orang yang mendengarnya. Menurut beliau, Salah satu keistimewaan lagu hijaz ialah,bahwa tidak semua orang dapat membawakannya dengan baik,kerana ia mempunyai nada yang tinggi. Menurut haji norkhairi mohamad raus dan dr. adnan mohamed yusof,2009, beliau mengatakan bahawa Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan meliputi beberapa daerah di Negara arab Saudi.dinamakan taranum ini sebagai hijaz kerana ia berasal dari Negara arab .oleh kerana ia berasal dari Negara arab ,maka ia telah dipelopori dan dipopularkan oleh qari2 hijazi mengikut budaya bangsanya yang tinggal di kawasan berpadang pasir yang tandus lagi panas. Menurutnya lagi, taranum hijaz telah berkembang ke seluruh dunia dan dipelajari oleh setiap qari dan qariah dari pelbagai Negara .seperti taranum2lain,ia juga telah mengalami pengubahsuaian oleh pakar2 taranum mesir .di Malaysia,boleh dikatakan ia mula popular sejak musabaqah tilawah alquran diperkenalkan.ia dimulai oleh tokoh2 taranum yang hebat ketika itu seperti allahyarham masom pergau dari Kelantan,allahyarham ismail hashim dari kedah dan lain2, tokoh2 hebat taranum ini masing2 mempunyai cara yang berlainan dalam melagukan lagu hijaz ini dan lagu2 lain.kemudiannya ia diwarisi oleh murid2 mereka dari generasi ke generasi selepas mereka sehinggalah ke generasi yang ada pada waktu ini . Berdasarkan kepada pemerhatian ,para qari dan qariah di Malaysia amat mengemari

taranum ini terutamanya mereka yang memiliki suara yang tinggi dan lantang .boleh dikatakan setiap kali mereka memperdengarkan bacaan alquran secara bertaranum ,maka setiap kali itulah mereka tidak akan ketinggalan untuk memasukkan taranum hijaz sebagai salah satu lagu daripada susunan beberapa lagu lain yang mereka susun. Menurut haji abdul khalid bin saifuddin,0224 ,beliau mengatakan bahawa taranum hijaz diambil dari nama negeri di jazirah (semenanjung) arab.bagaimanapun ia tidak akan disebut hijaz sekiranya tidak ada yang memberi nama taranum tersebut dengan nama hijaz .namun yang jelas bahawa taranum ini muncul dan berkembang di hijaz. Kemudian dibawa ke mesir dan berkembang pesat yang akhirnya taranum tersebut menjadi popular di seluruh dunia. Taranum hijaz merupakan salah satu daripada taranum yang bersifat major. Menurut khadijatus shalihah,1983,beliau menulis bukunya yang bertajuk perkembangan seni bacaan al-quran dan qiraat tujuh di Indonesia ,beliau mengatakan bahawa setiap lagu mempunyai cabangnya,iaitu dalam susunan suara terdapat pelbagai jenis dan susunan lagu taranum jiharkah yang sering digunakan para qurra di Indonesia iaitu bermula dengan susunan berikut :

Nawa.perbezaan lagu menurut dinamikanya(semangat lagu dan perbezaan panjangnya) a. Bayati adalah adagio iaitu gerak lambat. b. Syuri adalah lento iaitu gerak lambat Menarik-narik. c. Shaba adalah allegro iaitu gerak ringan dan cepat. d. Hijaz adalah grave iaitu gerak lambat dan khidmat. e. Nahawand adalah allegro gerak ringan dan cepat. f. Sika adalah grave iaitu gerak lambat dan khidmat. g. Rast adalah allegro iaitu gerak ringan dan cepat. h. Jiharka adalah allegro iaitu gerak ringan dan cepat. Boleh juga lagu hijaz gerak lambat,ia bergantung kepada pembacanya.

Sifat2 taranum hijaz

Menurut haji nik jaafar bin nik ismail(1997),beliau mengatakan bahawa diantara sifat2 hijazi adalah bagaimana berikut : 1. Mempunyai gerak lembut tetapi berkesan. 2. Mempunyai ketegasan pendorong semangat. 3. Mempunyai kelincahan menghidupkan persembahan. 4. Mempunyai kesesuaian dengan mana2 tabaqat . 5. Mempunyai kesesuaian dengan ayat yang menunjukkan perintah ,tegah atau marah.

Menurut Muhammad ali bin abu bakar(1991),beliau mengatakan bahawa lagu hijaz ini mempunyai sifat2 yang khusus.diantara sifatsifatnya ialah : 1. Mempunyai gerak yang lambat ,tetapi sangat berkesan. 2. Iramanya tegas dan bersemangat. 3. Dapat disesuaikan dengan sebarang tabaqat suara. 4. Lebih sesuai digunakan untuk ayat2 yang berunsur perintah ,larangan dan marah.

Menurut haji norkhairi mohamad raus dan dr. adnan mohamed yusof,2009,beliau mengatakan bahawa Secara umumnya,taranum hijaz dikenali sebagai sebuah lagu yang mempunyai gerak yang ringkas dan tegas.ia biasanya sesuai dibawa pada nada nawa,jawab dan jawabul jawab.pergerakan lagunya tidak begitu kompleks dan fleksibel seperti taranum2 lain,akan tetapi ia tetap mampu memberi kesan yang mendalam terhadap para pendengar standing dengan taranum2 lain.oleh kerana sebahagian daripada keseluruhan gerakan harakat taranum hijaz ini berada di tahap suara jawab,maka ia memerlukan kelantangan suara untuk merealisasikannya dengan berkesan. Justeru ,taranum ini amat sesuai dengan qari dan qariah yang mempunyai suara lantang dan tinggi.jika tidak,berkemungkinan pembawaan lagu ini akan menjadi sedikit hambar kerana qari ataupun qariah yang membawa lagu ini tidak mampu mencapai tahap jawab dan jawabul jawab yang merupakan tahap kemuncak dalam lagu ini.berikut merupakan beberapa sifat yang ada pada taranum hijaz : a. Mempunyai gerak yang agak lambat tetapi tegas dan berkesan. b. Mempunyai gerak yang tegas dan bersifat lancer yang mampu menghidupkan. c. Mempunyai kesesuaian dengan ayat alquran yang berbentuk perintah tegahan dan suruhan ,peringatan ,marah dan azab. d. Mempunyai kesesuaian dengan semua tabaqah suara khususnya tabaqah jawab. e. Mempunyai gerakan yang mampu menghidupkan suara.

Peranan taranum hijaz

Menurut haji nik jaafar bin nik ismail(1997),beliau mengatakan bahawa diantara peranan hijazi adalah seperti berikut : 1. Memberi semangat kepada persembahan bacaan. 2. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar 3. Memberi tenaga kepada taranum yang akan dibaca. 4. Membawa ketegasan terhadap mesej alquran. 5. Membawa kefasihan sebutan huruf2 alquran. 6. Melahirkan kemukjizatan alquran dari sudut bacaan.

Menurut haji norkhairi mohamad raus dan dr. adnan mohamed yusof,2009,beliau mengatakan bahawa taranum hijaz mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam sesebuah bacaan.secara umumnya,ia juga seperti taranum2 lain yang memainkan peranan untuk menghidupkan sesuatu bacaan serta memberi kesan yang mendalam terhadap pendengar.namun,ia tidak terhenti di situ sahaja ,bahkan taranum hijaz mempunyai peranan2 lain seperti berikut : 1. Memberikan tenaga kepada taranum yang dibaca selepasnya. 2. Menjadikan persembahan bacaan alquran lebih lancer dan fasih. 3. Memberi kepuasan dan kekhusyuan kepada pembaca dan pendengar. 4. Memberi semangat kepada sesuatu persembahan bacaan alquran.

5. Menyampaikan mesej ayat yang dibaca kepada pendengar secara tegas dan berkesan.

Menurut Muhammad ali bin abu bakar(1991),beliau mengatakan bahawa lagu hijaz mempunyai peranannya seperti berikut : 1. Memberi semangat kepada persembahan bacaan secara menyeluruh. 2. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar. 3. Membawa kepada ketegasan nada dan kefasihan bacaan.

Tatbiq taranum hijaz dalam alquran

Menurut haji norkhairi mohamad raus dan dr. adnan mohamed yusof,2009,beliau mengatakan bahawa : a. Tatbiq taranum hijaz dalam surah yang tidak bermad di kepala ayat adalah Surah al-qamar:ayat 26. b. Tatbiq taranum hijaz dalam surah yang bermad aridh lissukun adalah surah almukminun :ayat 21. c. Tatbiq taranum hijaz dalam surah yang bermad iwadh adalah surah alfurqan:ayat 15.

Taranum yang sesuai diwuslahkan dengan hijaz

Menurut haji nik jaafar bin nik ismail(1997),mengatakan bahawa terdapat taranum yang berseiringan dengan taranum hijaz iaitu taranum yang mempunyai angina yang hampir sama dengannya seperti taranum iraqi ,nahawand ,sikah dan husaini. Menurut beliau,jika berlaku ketegasan pada persembahannya , maka ianya boleh diwuslahkan kepada Iraqi atau nahawand dan apabila berlaku kelemahan pada persembahannya ,maka ianya boleh diwuslahkan kepada taranum sikah atau husaini,mengikut kepakaran yang telah sedia ada pada qari berkenaan.

Menurut haji norkhairi mohamad raus dan dr. adnan mohamed yusof,2009,beliau mengatakan bahawa taranum hijaz tidak seperti taranum2 lain yang mempunyai kepadanan dan kecantikan apabila diwaslahkan dengan taranum selainnya.ini kerana adalah menjadi sesuatu yang amat jarang dikalangan para qari mesir mewaslahkan taranum hijaz dengan taranum lain selain Iraqi.ini kerana agak kurang sesuai dan kurang padan dengan air lagu (cara penyampaian lagu) yang terdapat pada taranum2 yang lain.perbezaan yang ketara pada bentuk dan air lagu ini akan menyebabkan sesuatu persembahan itu aka berbunyi agak janggal dan sumbang sekiranya seseorang qari itu mewaslahkan hijaz dengan taranum lain yang tidak

sesuai.namun begitu ,ini tidak bermakna bahawa lagu hijaz tidak boleh digandingkan dengan lagu2 selainnya.seandainya seseorang qari itu ingin mewaslahkan ia dengan taranum2 lain ,maka dia hendaklah betul2 pakar dan halus serta berhati-hati dalam melakukannya supaya persembahannya tidak menjadi sumbang. Diantara taranum yang paling popular dan sepadan untuk diwaslahkan dengan taranum hijaz ialah Iraqi.hal ini adalah menurut pengalaman para qari muktabar dari Negara mesir seperti almarhum syeikh mustafa ismail, almarhum syeikh kamel yusof albahtimi,almarhum ayeikh abdul basit abdul samad,dr. ahmad nuaina dan lain2. Selain itu,taranum2 lain yang sesuai diwaslahkan dengan hijaz adalah seperti berikut :

1. Nahawand 2. Sikah 3. Husaini Waslah tersebut boleh dilakukan di permulaan ,di pertengahan atau di hujung lagu hijaz.walau bagaimanapun,ia bergantung kepada keperluan semasa qari ataupun qariah yang mengukurnya.

Menurut haji abdul khalid bin saifuddin,0224,beliau mengatakan bahawa taranum hijaz lebih tepat diwuslahkan dengan taranum yang sama sifatnya seperti sikah, bayyati dan rast. Selain sama sifatnya ,kempat-empat taranum ini mempunyai angina yang sama daripada segi nada yang lebih cenderung kepada major.

Peranan waslah almumasalah dalam taranum hijaz.

Taranum hijaz biasanya diwaslahkan dengan taranum2 yang lain kerana sebab2 berikut : a. Memberi persediaan sebelum memulakan pembawakan taranum hijaz. Ini direalisasikan dengan membawa taranum Iraqi terlebih dahulu sebelum memasuki harakah hijaz yang sebenar.

b. Memberikan gambaran tentang lagu yang akan dibawa selepasnya. Sebagai contoh,sekiranya seseorang qari itu ingin membawa taranum sikah selepas taranum hijaz maka diharuskan baginya untuk

Kaedah taranum hijaz

Contoh pertama : * * *

Contoh kedua :

* * * * ; Contoh ketiga

* * * *

* Contoh keempat :

* Contoh kelima :

Penutup

Taranum hijaz adalah sebuah taranum yang unik kerana mempunyai kepelbagaian ciri dan sifat.tanpa taranum hijaz ,sesuatu persembahan bacaan alquran tidak akan bertenaga.ia juga terkenal dengan gerak lagunya yang ringkas dan tegas.ia sesuai dibawa pada nada nawa ,jawab dan jawabul jawab. Walau bagaimanapun ,untuk merealisasikannya dengan berkesan taranum hijaz memerlukan kelantangan suara kerana sebahagian daripada keseluruhan gerakan harakat taranumnya berada di tahap suara jawab.tanpa suara yang lantang ,pembawaan lagu ini mungkin akan menjadi sedikit hambar. Melalui perananya yang tersendiri,taranum hijaz turut berfungsi dalam menghidupkan sesuatu bacaan serta memberi kesan yang mendalam kepada pendengar .pun begitu ,tidak seperti taranum2 lain,taranum hijaz tidak mempunyai kepadanan dan kecantikan apabila diwaslahkan dengan taranum selainnya kecuali Iraqi. Namun,bagi qari yang betul2 pakar dan teliti dalam melakukann waslah ,taranum hijaz sesuai diwaslahkan dengan aranum nahawand , sikah dan husaini.

Rujukan

RUJUKAN

1.haji abdul khaliq bin shaifuddin. 2005/1426m. menyingkap rahsia ilmu tarannum.bahagian pengurusan masjid,jabatan agama islam johor. 2.haji nik jaafar bin nik ismail. 2004.buku qawaid tarannum(cara berlagu).darulfikir. 3.mohammad ali bin abu bakar. 1997.seni lagu al-quran di Malaysia.darulfikir. 4.haji norkhairi mohamad ilmu raus, taranum dr. adnan mohamed university

yusof,2009.pengajaran Malaysia.

al-quran.open

5.Khadijatus shalihah.1983.Perkembangan seni baca al-quran dan qiraat tujuh di Indonesia.pustaka al-husna.