7.

7 Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang
(i) Latar Belakang - nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh - dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan - diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor - dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara - Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang (ii)Faktor Penentangan a) Hilang Hak Mengutip Cukai - Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh - Dato’ Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu di Temerloh

b) Pembinaan Balai Polis - pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato’ Bahaman - konflik antara kedua-duanya menjadi lebihserius - Dato’ bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya c) Perlucutan Gelaran - Hugh Clifford menganggap Dato’ Bahaman sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi arahan British - British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan - tindakan British memalukan Dato’ Bahaman dan beliau bersumpah menghalau keluar British dari Pahang (iii) Peristiwa Penentangan - 16 Disember 1891 British menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran - tindakan British itu menyebabkan Dato’ Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua - peristiwa ini mencetuskan perang - 26 Disember 1891 Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi - Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura - Januari 1892 British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang

- pasukan tentera dinamakan “Gerakan Sultan” yang disertai oleh
J.P.Rodger ditubuhkan - British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10 000 butir peluru - Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11 buah kubu Dato’ Bahaman di Bentong - Mac 1892 British sekali lagi menyerang Lubuk Terua - pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu - di terengganu ulama’ Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British - 14 Jun 1894 Dato’ Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai - British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawansemula Jeram Ampai - Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan - pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang (iv)Kesan Penentangan - Dato’ Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British - kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan Pahang - kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891 – 1894 - British terpaksa menanggung hutang yang banyak - Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Ahli Kumpulan : Farah Dinah Ain Hassanah Susanna Jezreel Nur Hafzhah Isah

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful