Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN Tarikh Masa Mata Pelajaran Kelas Tema Tajuk Standard Kandungan : 28 Ogos 2013 : 0815-0915 : Bahasa

Malaysia : 3 Sejoli : Perpaduan : Hidup Sejahtera : 3.2 Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa & ayat secara mekanis dengan betul dan kemas Standrad Pembelajaran : 3.2.6 Menulis ayat tunggal & majmuk secara mekanis dengan betul & kemas Kemahiran Literasi : 6.3 Membina & menulis ayat tunggal Objektif Pembelajaran : Murid berupaya untuk Menguasai i. Menulis 6 ayat tunggal dengan betul dan kemas ii. Mengenal pasti dan menulis 3 ayat majmuk yang terdapat dalam petikan dengan betul dan kemas. Tidak menguasai i. Membina dan menulis 5 ayat tunggal dengan betul dan kemas. Elemen Merentasi Kurikulum : Kreativiti Nilai Murni : Hormat-menghormati BBB/Media :Buku teks, Kad pop up KBT : Mengenalpasti Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran : Set Induksi : i. Murid melakonkan situasi berkaitan dengan tema perpaduan berdasarkan arahan guru. ii. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan tajuk pelajaran Langkah 1 : i. Murid membaca teks bertajuk Hidup Sejahtera dalam buku teks mukasurat 64. ii. Murid dan guru bersoaljawab tentang petikan tersebut Langkah 2 : Tidak menguasai i. Murid membaca ayat tunggal dan ayat majmuk pada kad pop up dengan bimbingan guru. Menguasai i. Murid mengenalpasti ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam teks. ii. Murid membaca ayat tunggal dan ayat majmuk yang telah dikenalpasti tanpa bimbingan guru. iii. Murid membaca ayat tunggal dan ayat majmuk pada kad pop up tanpa bimbingan guru.

Langkah 3 : Tidak menguasai i. Murid menyusun dan menulis perkataan membentuk ayat tunggal yang betul dengan kemas berdasarkan ayat tunggal yang telah dibaca dalam buku tulis. Menguasai i. Murid menulis ayat majmuk yang telah dibaca dalam buku tulis. ii. Murid mencerakinkan 3 ayat majmuk tersebut menjadi 6 ayat tunggal. iii. Murid menulis ayat tunggal tersebut dalam buku tulis.

Penutup i. Murid membuat aktiviti pengukuhan dengan melakukan lakonan bebas yang berkaitan dengan tema perpaduan.

REFLEKSI _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ __________________________

Contoh aktiviti langkah 3 : Tidak menguasai : mengucapkan kasih terima mereka

Jawapan : Mereka mengucapkan terima kasih.

Menguasai : Ayat majmuk : Amalan ini menjadikan kita sabar dan mudah memaafkan orang. Jawapan : Ayat tunggal 1: Amalan ini menjadikan kita sabar. Ayat tunggal 2 : Amalan ini menjadikan kita mudah memaafkan orang.