Anda di halaman 1dari 4

Elemen-elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1. Pendidikan suatu usaha secara berterusan Berdasarkan kepada unsur ini, pendidikan adalah satu proses berlakunya pemerolehan serta pemindahan ilmu pengetahuan,kemahiran serta nilai murni. Proses pmerolehan dan pemindahan berlaku secara berterusan bermula dari kecil sehingga besar iaitu hingga ke akhir hayat. Dalam hal ini, pendidikan awal kanakkanak amat penting bagi membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Seterusnya, sahsiah tersebut dibentuk terus ke peringkat persekolahan. Apabila sudah tamat zaman persekolahan, individu masih terus boleh meningkatkan ilmu selain akhlak dan kemahiran. Sehubungan dengan itu, proses pendidikan yang berterusan dapat membantu seseorang individu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.

2. Memperkembang potensi individu Dalam membentangkan elemen ini, dapat diketahui bahawa setiap individu memiliki keupayaan dari segi unsur intelek, jasmani, rohani, serta emosi semenjak lahir. Dengan itu, fungsi utama pendidikan ialah memperkembangkan serta meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap yang cemerlang. Potensi dan kebolehan individu dapat dipupuk serta dipertingkatkan. Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan peningkatan potensi individu, interaksi dengan orang lain dari segi sosial dan alam sekeliling diperlukan.

3. Insan yang seimbang dan harmonis Insan yang seimbang memiliki ilmu serta akhlak yang baik. Selain daripada itu adalah kepercayaan kepada Tuhan dan sahsiah yang bagus. Di samping itu juga insan yang seimbang mempunyai kesihatan yang baik selain memiliki kesedaran terhadap tanggungjawab diri., keluarga, bangsa dan negara. Individu seperti ini akan sentiasa berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi, melaksanakan tanggungjawab dengan dedikasi untuk diri, keluarga, bangsa dan negara. Selain tu, individu sentiasa mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram serta berfikiran positif.

4. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan kepada aspek seperti mengakui wujudnya pencipta, mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam, mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan, menyedari bahawa penciptaan manusia adalah untuk memakmurkan alam, menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatannya. Selain daripada itu ialah meningkat serta mengukuhkan kepercayaan beragama, mengikuti serta mengamalkan ajaran agama, dan melakukan kebaikan serta menghindari kejahatan atau dalam erti kata lain dalam islam ialah amar makruf nahi mungkar.

5. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan, minat akan membaca, sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan, berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu di samping berfikiran luas,jauh dan terbuka serta memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan orang lain.

6. Rakyat Malaysia yang berketerampilan Rakyat Malaysia yang berketerampilan memiliki ilmu pengetahuan , kemahiran serta kelayakan yang bersesuaian dalam pelaksanaan tugasan. Selai itu, rakyat Malaysia yang berketerampilan melaksanakan tugas dengan dedikasi, cekap dan sempurna.

7. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia memiliki ciri-ciri seperti menyedari kesan perbuatan baik dan buruk, yakin serta utuh terhadaap nilai murni dan mengamalkan perlakuan baik di samping menjauhi perlakuan buruk. Selain daripada itu mereka menghayati nilai kerohanian, kemanusiaan, dan kewarganegaraan selain memahami nilai yang baik dan nilai yang buruk.

8. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab adalah rakyat yang menyedari tugas serta tanggungjawab adalah amanah. Selain daripada itu rakyat yang bertanggungjawab menyedari tugas mesti dilaksanakan dengan sempurna tidak kiar apa pun yang memberi nilai yang baik. Seterusnya ialah menjalankan tugas dengan bersih,cekap dan amanah. Rakyat Malaysia juga perlu mematuhi peraturan dan undang-undang dan serta berusaha memajukan diri, keluarga,masyarakat, agama, bangsa dan negara.

9. Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri Rakyat Malaysia yang berupaya untuk mencapai kesejahteraan diri adalah mereka yang memiliki fikiran dan sikap yang waras, jiwa yang yang tenang serta kesihatan yang baik. Selain itu ialah mempunyai daya ketahanan dan kesabaran kendiri yang kuat bagi menghadapi cabaran, masalah serta rintangan hidup.di samping itu, mereka yang boleh mencapai kesejahteraan berupaya untuk mewujudkan hubungan baik dengan orang lain.
8

10. Rakyat Malaysia yang berupaya memberi sumbangan untuk keluarga, masyarakat dan negara. Rakyat Malaysia yang berupaya memberi sumbangan untuk keluarga, masyarakat dan negara adalah amat baik. Ciri-ciri sumbangan kepada pihak yang ditujukan adalah sumbangan tersebut berupaya memupuk keharmonian keluarga. Selain daripada itu sumbangan yang diusahakan dapat memupuk perpaduan melalui semangat kerjasama, berbakti, toleransi, mewujudkan semangat kekitaan dan saling hormat menghormati. Di samping itu, sumbangan yang direalisasikan memajukan ekonomi ke arah perkembangan negara dengan menggunakan sains dan teknologi serta ICT. Seterusnya, sumbangan yang ditujukan dapat mengekalkan kestabilan negara dengan toleransi dan semangat kerjasama. Selain itu ialah mematuhi, mengekal dan mempertahankan Perlembagaan dan undang-undang negara, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersemangat patriotik serta semangat cintakan negara.