Anda di halaman 1dari 9

NAMA : CHAN MEE TING

UNIT : S5 PISMP BC1/PJ/KH AMB. JAN 2012

1. Berikan definisi pengurusan sukan serta strukturkan organisasi tersebut. Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk. Pertama, pengurusan sukan adalah satu bidang usaha profesional di mana wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan. Tambahan pula, pengurusan sukan merupakan satu program persediaan akademik, profesional yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi sebagai satu bidang yang wajib. Selain itu, pengurusan sebagai proses merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti manusia dengan campuran sumber lain dalam organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan. Pengurusan seperti yang didefinisikan oleh William, Charlie dan Warren 1972,ialah satu proses mengguna pakai peralatan dan sumber manusia untuk mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.

PENGETUA

PEN. KANAN PENTADBIRAN

PEN.KANAN HEM

PEN. KANAN KOKURIKULUM

PEN. KANAN PETANG

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM

PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN

PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN

GURU PENASIHAT

PELAJAR

NAMA : CHAN MEE TING

UNIT : S5 PISMP BC1/PJ/KH AMB. JAN 2012

2. Senaraikan komponen-komponen pengurusan sukan dan kepentingannya. Perancangan (Planning) Perancangan adalah merupakan salah satu komponen penting dalam aktiviti pengurusan. Ianya boleh dilihat sebagai satu aktiviti penetapan matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik. Kesemua aspek dalam perancangan dirangka secara terperinci dan ianya sering dikaitkan dengan masa. Perancangan yang baik dan berkesan adalah perancangan yang tidak bermasalah dan mudah untuk dilaksanakan. Kepentingan Perancangan: (a) Membantu memberikan hala tuju kepada mereka yang terlibat (b) Membantu organisasi menentukan masa hadapannya (c) Membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan (d) Membantu menjadikan organisasi berjaya aspek pengurusannya

Pengelolaan (Organising) Pengelolaan dalam pengurusan dalam organisasi zaman ini banyak merujuk kepada usaha-usaha yang berperanan menetapkan jenis tugas dan mengenal pasti

sumber. Penetapan ini kemudian dikelolakan secara bersama dengan tersusun dan bersistematik dan disertai dengan usaha-usaha yang kolektif. Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan dan ianya bukanya satu proses yang berasing. Pengelolaan juga boleh menjadi sebahagian dari perancangan atau digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan yang lain. Secara kolektifnya anda perlu melihat proses dan fungsi pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pelaksanaan, dan pengawalan sebagai satu aktiviti mengurus (managing).Anda perlu melihat pengelolaan ini sebagai satu usaha pengurusan yang bertujuan menetap keutamaan pelbagai tugasan yang perlu dijalankan bagi memenuhi objektif sesebuah organisasi. Ianya berperanan mengelak dari berlakunya kekalutan di dalam organisasi. Kepentingan Pengelolaan: (a) Tindakan yang diambil akan lebih berkesan (b) Menggunakan segala sumber yang anda dengan lebih efektif dan efisien (c) Membantu dan memudahkan proses meletak tugasan dan tanggungjawab kepada individu yang berkenaan (d) Membantu mewujudkan satu sistem pelaksanaan dan pengawalan yang Berkesan

NAMA : CHAN MEE TING Memimpin (Leading)

UNIT : S5 PISMP BC1/PJ/KH AMB. JAN 2012

Dalam aktiviti perancangan dan pengelolaan ketua akan bekerjasama dengan anggota di bawahnya dalam setiap tugasan yang ingin dicapai. Memimpin adalah satu proses mempengaruhi dan memujuk anggota bawahan untuk bekerja secara bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan. Dalam konteks ini sebagai seorang ketua, objektif ini bukan hanya disebut dari mulut sahaja, tetapi ianya menuntut seorang ketua memotivasikan anggotanya ke arah mencapai objektif. Tugasan ini tidak terhenti di situ sahaja sebagai ketua anda perlu memimpin anggota anda mencapainya. Sebagai seorang ketua yang efektif perlu mempunyai kekuatan dalam hubungan sesama manusia dan komunikasi.

Pengawalan (Control) Pengawalan adalah salah satu aktiviti penting dalam pengurusan dan ianya wujud hasil dari keperluan yang telah ditetapkan dalam setiap perancangan. Sebagai pengurus anda perlu memastikan semua tugasan yang telah diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik. Sudah tentu sebagai pengurus anda menginginkan tahap atau kualiti kerja yang anda mahukan. Di sinilah letaknya peranan pengawalan di mana ianya berfungsi untuk memberikan maklumat kepada pengurus. Melalui maklumat yang diterima ini ianya nanti akan membantu pengurus dalam membuat keputusan. Antara peranan penting pengawalan ini adalah bertujuan untuk menyesuaikan cara kerja kepada sesuatu standard yang telah ditetapkan. Aktiviti pengawalan ini perlu dilihat sebagai usaha yang positif dan bukannya bermaksud untuk menghukum, mencari kesalahan ataupun sebaliknya tetapi aktiviti ini perlu dilihat sebagai satu pendekatan yang membina dan korektif bagi tujuan mencapai objektif sebuah organisasi. Kepentingan Pengawalan (a) Membantu untuk pencapaian objektif dalam tempoh masa yang telah ditetapkan secara efektif dan efisien (b) Mengurangkan risiko berhadapan dengan masalah yang rumit (c) Membantu bertindak jika berlaku sebarang kesilapan ataupun aktiviti pengurusan yang lembap

NAMA : CHAN MEE TING Pengurusan Sumber Manusia

UNIT : S5 PISMP BC1/PJ/KH AMB. JAN 2012

Organisasi merupakan satu sistem yang mana sumber manusia merupakan salah satu fungsi yang menggerakkan sistem berkenaan. Pengurusan sumber manusia perlu memiliki hubungan selari dengan strategi-strategi organisasi yang telah dirancang. Ini bermakna dalam setiap pengurusan sumber manusia ianya perlu dilaksanakan secara terancang bagi membantu perlaksanaan strategi-strategi organisasi. Aktiviti yang dilaksanakan ini merupakan satu proses yang berterusan (ongoing) dan perlu melalui proses-proses, seperti menentukan keperluan sumber manusia dalam organisasi, mendapatkan calon yang berkelayakan, membangunkan pekerja dan mengekalkan pekerja berkelayakan.

Motivasi Motivasi juga perlu dilihat sebagai satu proses. Melalui proses ini bermula dari kehendak dan bertukar kepada motif yang mempengaruhi tingkah laku dan diakhirinya anda perlu menerima keadaan di mana, anda akan berasa berpuas hati atau sebaliknya. Sebagai contoh jika anda sedang dalam latihan bola sepak dan berasa sangat dahaga (kehendak) dan ketika latihan anda ingin untuk minum (motif). Anda kemudiannya dapat minum air yang anda inginkan (tingkah laku) dan akhirnya anda dapat memenuhi kehendak anda (keputusan) dan pastinya anda berasa cukup puas dengan minuman itu. Ini merupakan satu proses yang boleh anda kaitkan mengenai motivasi. Williams (2000), motivasi ialah kuasa-kuasa yang berupaya menggerakkan,mengarah dan membolehkan seseorang itu tekun dalam usaha mereka untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, seorang jurulatih bola sepak mungkin bermotivasi untuk bekerja dengan kuat bagi menghasilkan kemenangan setiap kali perlawanan manakala jurulatih bola sepak pasukan lain mungkin hanya bermotivasi hanya melaksanakan latihan sekadar yang dikehendaki oleh pengurus pasukan. Kehendak ialah keperluan secara fizikal dan psikologikal yang perlu dipenuhi bagi memastikan kewujudan dan kesejahteraan. Apabila kehendak tidak dipenuhi, seseorang itu akan mengalami ketegangan pada peringkat dalaman tetapi sebaik sahaja sesuatu kehendak tersebut dipenuhi, ia akan mendapat kepuasan dan merasakan diri mereka bermotivasi. Seterusnya keperluan yang telah dipenuhi tidak lagi dapat memotivasikan individu tersebut dan apabila keadaan ini berlaku, individu akan beralih kepada keperluan-keperluan lain yang belum dipenuhi.

NAMA : CHAN MEE TING Komunikasi

UNIT : S5 PISMP BC1/PJ/KH AMB. JAN 2012

Komunikasi adalah merupakan salah satu aspek penting pengurusan dalam setiap organisasi. Peranan pengurus dalam bidang pendidikan jasmani dan sukan tidak banyak beza di antara pengurus di sektor lain. Kedua-duanya memiliki matlamat yang sama untuk melaksanakan sebarang perancangan yang telah dibuat dengan efektif dan efisien. Untuk memastikan kesemua perancangan itu diterjemahkan kepada pelaksanaan, idea dan hasrat sesuatu perancangan itu perlu disampaikan kepada anggota untuk mereka fahami dan hayati bersama. Medium penyampaian yang terbaik ialah melalui komunikasi.

NAMA : CHAN MEE TING

UNIT : S5 PISMP BC1/PJ/KH AMB. JAN 2012

3. Apakah pengurusan panitia PJ dan bentukkan struktur organisasinya.

NAMA : CHAN MEE TING

UNIT : S5 PISMP BC1/PJ/KH AMB. JAN 2012

NAMA : CHAN MEE TING

UNIT : S5 PISMP BC1/PJ/KH AMB. JAN 2012

NAMA : CHAN MEE TING

UNIT : S5 PISMP BC1/PJ/KH AMB. JAN 2012