Anda di halaman 1dari 8

Diabetes Mellitus

Apakah itu diabetes?


Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di
kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996
dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi
diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.
Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia
adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes
berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh
menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada
gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam
sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam
badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan
juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Dua jenis diabetes
Terdapat dua jenis diabetes utama:
 Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada
Insulin)
○ Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
○ Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
 Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung
pada insulin)
○ Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah
penghidap jenis ini.
○ Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada diantara kedua-dua jenis
diatas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Apakah tanda-tanda amaran diabetes?


Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa
dialami ialah:

 Haus/dahaga (haus yang berlebihan)

 Letih

 Berat badan menurun

 Penglihatan kabur
 Otot lemah

 Gatal
Lain-lain gejala termasuk:

 Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan

 Luka yang lambat sembuh

 Kencing yang kerap

 Gatal pada bahagian kemaluan

 Rasa kebas
Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa apa-apa gejala. Jangan bergantung kepada gejala
untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.
Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai
risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

 Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi
diabetes

 Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi
risiko anda menghidap diabetes.

 Impaired glucose tolerance (IGT).

 Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes

 Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.

 Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .

 Tekanan darah tinggi

 Tidak aktif -gaya hidup sedentari

 Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan


makanan berserat

 Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .


Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik kesihatan
berdekatan.

Komplikasi diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan
gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi
seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.
Keadaan kecemasan:

 Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami
sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di
serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah

 Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya
bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan,
jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar
atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.

 Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami
mengantuk dan tidak sedar diri
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
• Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
○ Mata
 Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
○ Saraf
 Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit
boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka
pada kaki dan gangrene
○ Otak
 Angin ahmar (hubung dengan strok)
○ Buah pinggang

 kegagalan buah pinggang


○ Jantung
 Sakit jantung
Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu
mengelakkan atau melambatkan komplikasi

Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat diabetes?
Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri
tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
 Mengawal pengambilan makanan
○ Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan
meninggikan tahap gula dalam darah
 Melakukan senaman fizikal
○ Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin
bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda
mengurangkan berat badan.
 Ubatan
○ Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
○ Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan
ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah
mungkin memerlukan suntikan insulin.
Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal dan
aktif.
Anda boleh menjaga diri anda sendiri
• Penjagaan secara umum:
○ Penjagaan kulit
○ Mandi setiap hari
○ Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
○ Merawat luka dan calar dengan segera
○ Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
○ Penjagaan kaki
○ Basuh kaki setiap hari
○ Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-
celah jari kaki
○ Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa
perubahan warna kulit.
○ Potong kuku jari kaki secara lurus
○ Tukar stokin anda setiap hari
○ Jangan berjalan tanpa kasut
○ Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.
• Mengawasi diri sendiri
○ Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap
memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu
keberkesanan cara anda mengawal diabetes

 Penjagaan gigi
 Kerap menjalani pemeriksaan mata

 Mengelakkan minuman keras

 Berhenti merokok

Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:

 Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah,
mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi
dan mencegah penyakit jantung.

 Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan
lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula
dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan
baik.

 Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan
yang unggul

 Diabetes telah menjangkaui tahap yang membimbangkan. Ianya sangat


susah,untuk manusia tidak bertemu dengan Diabetes.
 Dan hasil kajian
amat menyarankan,supaya banyakkan berjoging atau bersenam,untuk
mengurangkan risiko diabetes ini. Dan sekiranya anda telahpun mengalami
penyakit ini, dengan berjoging anda dapat sekurang kurangnya
mengawalnya. Kita mestilah menganalisis punca punca Diabetes ini.
Adakah ianya diwarisi? Bilakah seseorang akan mengalami Diabetes?
Apakah langkah berjaga jaga yang mesti di ambil oleh pesakit? Mengapa
pesakit tidak boleh untuk tidak mengikuti garis panduan nutrisi?
Siapakah yang akan menghidap Diabetes? Berjoging atau bersenam dengan
kerap serta mengikuti garis panduan nutrisi dapat merubah banyak
perkara. Selain itu, ubat ubatan hernba juga dapat banyak
membantu,dalam mengekang perkembangan Diabetes. Langkah langkah
berikut dapat dapat mebantu: Elakkan daripada mengambil bahan makanan
yang bergula tambahan, mengamalkan sukan dengan kerap,mengambil ubat
ubatan herba,dan memakan sayur sayuran yang hijau. Dengan pengamalan
langkah berjaga jaga dia atas,dapatlah kita bukan hanya
menghindarinya,malahan dapat terus melawannya.

Bahaya Jika Tak Tahu Hidapi Diabetes : Dr Ismail Merican

PUTRAJAYA, 11 Ogos (Bernama) -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail
Merican berkata satu pertiga daripada rakyat negara ini yang menghidap penyakit diabetes
tidak mengetahui keadaan kesihatan mereka dan "ini cukup berbahaya".

"Sebab kalau tak dikesan awal, mereka akan menghidap dan mendapat komplikasi yang
teruk seperti strok, potong kaki, buta, sakit jantung, buah pinggang dan sebagainya,"
katanya kepada pemberita selepas melancarkan terbitan baru, Garis Panduan Amalan
Klinikal (CPG) untuk Pengurusan Tahap Dua Diabetes Mellitus di Hospital Putrajaya di sini
Selasa.

Mengikut kajian, seorang daripada lapan warga Malaysia atau 1.6 juta yang berusia 30
tahun ke atas kemungkinan adalah pesakit diabetes.

Dr Mohd Ismail menggesa mereka yang berumur 30 tahun ke atas agar menjalani ujian
saringan mengesan penyakit ini, dan sekiranya mempunyai diabetes, mereka boleh
menjalani rawatan untuk mengelak keadaan lebih buruk.

Beliau juga berharap badan-badan seperti Institut Diabetes Negara, Persatuan Diabetes
Malaysia dan Persatuan Metabolik dan Endokrin Malaysia agar bekerjasama bagi
meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit itu.

Mengenai terbitan keempat CPG itu, Dr Mohd Ismail berkata ia dihasilkan untuk
menyediakan pendekatan yang tepat dan jelas kepada semua pengamal perubatan tentang
pengurusan terkini penyakit diabetes.

"Rawatan penyakit diabetes ini berubah, dan doktor mesti tahu perkembangan terkini
untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit," katanya.

Menurut beliau antara perubahan dalam rawatan itu ialah cara saringan, ubat-ubatan yang
lebih canggih dan efektif yang mempunyai kesan sampingan yang kurang, selain insulin
yang lebih baik daripada segi mutu dan keberkesanan.

-- BERNAMA

DoktorJantung: Diabetes penyebab jantung koronari


Bersama Dr Haizal Haron Kamar

RAMAI tahu penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Diabetes atau penyakit kencing
manis pula adalah penyakit yang sangat berbahaya.

Namun, mungkin ramai tidak tahu kencing manis antara penyebab utama penyakit jantung koronari. Diabetes juga
boleh mengakibatkan strok, kegagalan fungsi buah pinggang, gangguan penglihatan, gangren di kaki, mati pucuk
(ED) dan gangguan urat saraf.

Diabetes adalah satu penyakit di mana jumlah hormon insulin yang dikeluarkan oleh kelenjar pankreas berkurangan
atau tindakan hormon itu kurang berkesan.

Insulin yang ada tidak berupaya membantu pergerakan gula ke dalam sel badan, lantas tidak dapat mengawal
keseimbangan gula, menyebabkan paras gula dalam darah menjadi tinggi.
Tanda dan gejala awal kencing manis ialah kerap kencing (siang dan malam), dahaga dan minum dengan banyak,
senang penat, berat badan turun mendadak dan luka lambat sembuh.

Kaitan diabetes dan penyakit jantung

Penyakit jantung dan diabetes sememangnya ada banyak kaitan. Penyakit jantung sebenarnya adalah komplikasi
diabetes paling lazim dan serius.

Bagaimana ia terjadi? Paras gula dalam darah yang tinggi dan tidak terkawal mengakibatkan metabolisme badan
menjadi tidak menentu. Ini menyebabkan paras lemak darah seperti kolesterol dan trigliserida menjadi tidak normal.

Diabetes dan paras lemak darah yang tidak normal menyebabkan proses arteriosklerosis terjadi di dinding pembuluh
darah iaitu lemak terkumpul pada dinding darah. Plak yang membabitkan lemak dan sel inflamatori terjadi dan
membesar lalu menutupi ruang dalam pembuluh darah.

Penyempitan ini menyebabkan pengaliran darah tidak sempurna. Simptom yang terjadi bergantung kepada
pembuluh darah terbabit.

Jika arteri koronari tersumbat, berlakulah serangan jantung dan jika membabitkan pembuluh darah di otak, strok atau
angin ahmar yang terjadi.

Impak diabetes

Tenung dan lihat statistik berikut mengenai diabetes.

 Penyakit diabetes semakin berleluasa. Di Malaysia, 14.9 peratus rakyat berumur lebih 30 tahun menghidap
penyakit diabetes (Banci Kematian dan Morbiditi Malaysia Ketiga 2006)

 Penghidap diabetes yang tiada faktor risiko jantung lain adalah lima kali ganda lebih cenderung untuk mati akibat
penyakit jantung berbanding seseorang yang tiada diabetes

 Penghidap diabetes yang tiada penyakit jantung mempunyai risiko sama untuk mendapat serangan jantung
berbanding seseorang yang pernah mendapat penyakit jantung

 Komplikasi kardiovaskular (serangan jantung dan strok) terjadi lebih awal untuk pesakit diabetes. Ini juga berlaku
kepada wanita yang pada amnya mendapat penyakit jantung selepas putus haid, iaitu pada umur yang lebih tua dari
lelaki. Hormon seperti estrogen tidak lagi boleh membantu jika ada diabetes

 Ramai penghidap diabetes yang ada penyakit jantung koronari tiada gejala klasikal. Mereka mengadu sesak
nafas, berpeluh sejuk atau sakit selain dari di dada. Ada juga yang mengalami serangan jantung tanpa gejala
 Diabetes adalah punca utama kegagalan fungsi buah pinggang dan penyebab utama rawatan dialisis (pencucian
buah pinggang)

 Diabetes boleh menyebabkan aliran darah tidak sempurna di kaki dan penyebab utama amputasi (pemotongan)
kaki

Jika belum menghidap diabetes:

 Amalkan pemakanan sihat, terutama yang kurang gula atau karbohidrat yang diproses. Jangan makan berlebihan

 Kerap bersenam

 Kurangkan berat badan jika berlebihan

 Jangan merokok

 Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala

Jika menghidap diabetes:

 Seperti di atas, tetapi dengan usaha lebih fokus

 Makan ubat mengikut dos dan jadual ditetapkan

 Awasi gejala hipoglisemia yang disebabkan oleh paras gula darah rendah seperti terasa lapar, berpeluh dan
badan menggeletar

 Awasi tanda komplikasi diabetes

 Ikut nasihat doktor yang merawat