Anda di halaman 1dari 10

Ciri- Ciri Tulisan Jawi Terdapat empat ciri Utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu : a) bertindan

secara menegak b) ligatur c) aksara-askara berbaris atau mempunyai titik d) aksara bersambung * Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam dari Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan. Pengikat lelidah alat tiup. ; Bentuk notasi muzik abad ketiga belas hingga keenam belas. Aksara : Lambang unik yang digunakan dalam sistem tulisan sesuatu bahasa untuk menyampaikanmaklumat. Manuskrip Melayu Apa itu Manuskrip Melayu ? Manuskrip Melayu adalah karya yang ditulis dengan tangandalam tulisan Jawi yang dihasilkan dalam lingkungan Abad ke-15 hingga awal abad ke-20. Mengapa Ia Penting ? Manuskrip Melayu Penting kerana ia adalah merupakan warisan dalam bentuk penulisan daripada zaman silam yang tidak ternilai harganya. Isi kandungannya mengandungi pelbagai ilmu yang berguna dan perkarayang meliputi fikah, tauhid, tassawuf, tajwid, sejarah, undang-undang, petua dan azimat, perubatan, firasat, tabir mimpi. Pelbagai hikayat, syair dan nazam juga ditulis. Ilmu yang dihasilkan merupakan ilmu yang mencerminkan kekayaan pemikiran serta kegemilangan tamadun Melayu yang perlu dipelihara bagi faedah generasi kini mahupun yang akan datang. Contoh ManuskripTerkenal Hikayat Hang Tuah (Menceritakan kegagahan Hang Tuah dan rakan-rakannya berbakti dan berkhidmat untuk Sultan Melaka yang membawa kegemilangan kesultanan Melaka). Misa Melayu Sebuah karya sastera sejarah yang mengandungi sejarah tentang raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak sertamembicarakan tentang adat resam dan budaya Perak.

Sir at Al-Mustaqim Disusun dan ditulis oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri pada tahun1044 Hijrah (1634 Masihi). Merupakan sebuah kitab fikah yang penting yang menghuraikan amal ibadat setiap muslim. Kitab Tib Membicarakan cara mengubati berbagai jenis penyakit yangmenggunakan bahan dari pokok dan tanaman yang dicampurdengan ramuan rempah, di antaranya ubat sembelit, sengugutdan meroyan. Syair Seratus Siti Mengisahkan tentang keagungan Sultan Mansur yang menjadikhalifah di negeri Baghdad dan bagaimana baginda mencari isteri untuk dijadikan permaisuri. Hukum Kanun Melaka Merupakan naskah undang-undang yang tertua sekali dan dianggap terpenting serta mempengaruhi undang-undang negeri Melayu yang lain. Membentangkan undang-undang yang meliputi pentadbiran negara, hukum jenayah dan hukum perniagaan. Perbicaraan kemudiannya diikuti dengan hukum Jong. Cara Menyimpan Usia manuskrip yang sudah lanjut memerlukan penjagaan yangberterusan dan sebaik mungkin supaya selamat dan tidakhancur. Manuskrip tidak boleh terdedah kepada pencemaranudara, seboleh-bolehnya selalu dibersihkan daripada habuk danserangga. Manuskrip yang rosak perlu dibaiki dengan dengansegera. Peranan Masyarakat Manuskrip perlu disimpan dan dijaga dengan rapi. Jikalau anda,keluarga atau sesiapa sahaja yang anda ketahui ada menyimpanmanuskrip Melayu, peranan anda adalah mengalakkan semua pihak membolehkan Pusat Manuskrip Melayu memperolehi manuskrip tersebut agar dapat disimpan dengan sempurna. Pusat Manuskrip Melayu Pusat Manuskrip Melayu, perpustakaan Negara Malaysia telahditubuhkan pada tahun 1985 dan diberikan tanggungjawabseperti berikut :Mengesan, memperolehi dan mengumpul manuskrip Melayu dari dalam dan luar negara; Mendokumenkan, menyelenggara katalog induk dan menerbitkan bibliografi;

Menyediakan kemudahan menyimpan, memulihara dan menyalin manuskrip Melayu; Menyediakan perkhidmatan rujukan dan penyelidikan; Menyebarkan ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu melalui penerbitan dan pameran Semua manuskrip Melayu yang diperolehi dan dikesan dari dalamdan luar negara didokumenkan dan katalog diterbitkan. Pusat Manuskrip Melayu telah mendokumen dan menerbitkan katalog manuskrip Melayu di negara Belanda, Jerman, Perancis, Singapura dan Afrika Selatan. Pusat Manuskrip Melayuini telah berjaya mengumpulkankoleksi berjumlah 2,940 naskah iaitu koleksi manuskrip Melayuyang terbesar dalam simpanansesebuah institusi di dunia.Semua manuskrip yang diperolehi akan melalui

prosespengwasapan, disimpan dalam kotak bebas asid dalam biliksimpanan yang terkawal suhunya di antara 20-22 darjah Celsiusdan kadar kelembapannya 55%65% sepanjang masa. Bagimanuskrip yang rosak ianya akan dibuat

pembaikan.Manuskrip dalam simpanan Pusat Manuskrip Melayudibenarkan untuk rujukan dan penyelidikan supaya ilmu yangterakam dapat disebarkan dan dimanfaatkan. Usaha mengkajidan menerbitkan semula manuskrip Melayu dilakukan melalui Projek Mualim Tamu. Pusat Manuskrip Melayu juga sering mengadakan pameran dan giat menerbitkan buku, risalah dansebuah jurnal ilmiah yang dikenali sebagai Jurnal Filologi Melayu.Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa Melayu untukpengejaannya dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan inilah yang pernah membangunkan tamadun Melayu dan pernahmencorak ketuanan Melayu di zaman pra-kemerdekaan. Tulisan Jawi mempunyai signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan negara, di mana dahulunya ia merupakan lapangan interaksi intelek Melayu dengan masyarakat awam. Namun, akhir-akhir ini ia mula dimamah zaman yang semakin global kerana muncul segelintir dalam hieraki masyarakat Melayu sendiri yang tidak meyakinkan bangsanya untuk menghormati warisan ini. Malah rasa jelak mereka terhadap tulisan Jawi, secara tidak langsung telah menghasilkan generasi Melayu 'anglophile' iaitu manusia dua kerat, sekerat Melayu dan sekerat ke Baratan. Generasi seperti inilah yang akhirnya menjadi penyumbang kepada fahaman melampau hedonisme sehingga menyebabkan daya tahan umat menjadi tiris.

Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak lakukan,barangkali tulisan Jawi menerima nasib yang sama sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang menjadi subjek agama yang hanya diajar sewaktu peringkat sekolah rendah, kemudian diabaikan ketika di peringkat menengah. Akhirnya ilmu Tajwid hanya dikuasai oleh generasi-generasi agamawan, sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid ketika membaca al Quran merupakan tuntutan Islam bertaraf fardhu ain buat seluruh umat Islam. Lebih malang lagi jika Jawi diberikan kedudukan yang sama, tidak mustahil ia akan tenggelam di arus kemodenan dan terus kehilangan khalayak. Akhirnya tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai nilai komersial di kalangan pembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan sejarah sebagaimana pada catatan rahsia batu Rosetta di Mesir yang akhirnya diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion.

Senario ini jika tidak diambil peduli memungkinkan catatan batu bersurat (prasasti) di Kuala Berang, Terengganu mempunyai potensi besar menjadi bahan sejarah yang ditinggalkan, bukannya bahan sejarah yang dibanggakan. Hal yang sama juga bakal terjadi kepada penggunaan Bahasa Melayu jika tiada tindakan konkrit pihak berwajib untuk menanganinya setelah kerajaan mewajibkan pengajaran Inggeris dalam Matematik dan Sains. Penulis sebenarnya tidak memiliki nilai sentimental yang tinggi untuk bermati-matian mempertahankan tulisan Jawi, jika kehilangannya hanya memberi impak kepada warisan budaya dan bangsa. Menginsafi tulisan Jawi mempunyai jasa yang besarterhadap kemerdekaan bangsa Melayu ketika dahulu, ia membangkitkan rasa tanggungjawab agar terus dipelihara danterakam dalam pendidikan negara. Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masaamat pantas sebagai tanda penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena di zaman pra-kemerdekaan. Sebelum pengetahuan moden

denganperbendaharaan yang sofistikated diperkenalkan, tulisan Jawidigunakan oleh pihak istana dalam bidang persuratan, perjanjiandan undang-undang. Jika diamati, sejarah ke'genius'an danpemikiran akademik bangsa Melayu ia mula digagahi apabilawujudnya tulisan Jawi dan bukannya tulisan sanskrit. Oleh sebab itu, istilah 'Kitab Jawi' pernah berkembang menjadi subjek pengajian dan pembelajaran masyarakat Melayu agar ia ditekuni di sekolah-sekolah.

Tokoh ulama seperti Mohamad Idris b Abdul Rauf al Marbawi,bukanlah tokoh yang asing dalam dunia penulisan Jawi.Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab Bahrul Mazi, Tafsir Quran al Marbawi, Tafsir Surah Yassin masih kekal diulang cetak di luar negara. Sebenarnya, kebanyakan kitab berbahasa Arab yang dihasilkan oleh Sheikh al Marbawi telah diterjemahkan olehnya sendiri ke dalam bahasa Melayu. Sekalipun terjemahan tokoh ulama ini menggunakan versi bahasa Melayu lama di dalam tulisan Jawi, namun ia telah melahirkan ramai ilmuan Islam yang responsif di negara Malaysia. Tidak dinafikan, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara dan ia bukannya kayu pengukur tahap keIslaman seseorang. Namun, oleh kerana kedatangan tulisan Jawi bersama dengan dakwah Islam, ianya lebih berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran dan hadith. Sistem ejaan Jawi sangat terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang menggunakan sistem baris dalam pengejaan suku kata. Oleh sebab itu, sistem Jawi menjadi pendorong kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak langsung berkemahiran menyebut ayat- ayat al-Quran. Ibn Khaldun ada menyebutkan ; [Ketahuilah bahawa pengajaran al-Quran terhadap kanak-kanak termasuk daripada syiar-syiar agama yang dipegang olehpara pendokong agama kerana dalam pengajaran al-Quran terdapat beberapa perkara yang cepat meresap ke dalam hati seperti keteguhan iman dan aqidah imandaripada ayat-ayat al Quran]. (Ruj:Abdullah al Amin al Na'miy, 1994. Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun & al Qabisi, terj.Mohd Ramzi Omar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka).

Dalam bahasa Melayu sendiri terdapat perkataan yang dipinjamdari bahasa Arab, sudah pasti sebutan tersebut tidak tepat jikaditulis dengan huruf rumi. Demikian juga halnya jika bahasa Cina dan Tamil ditulis dengan ejaan rumi, sudah pasti berlakukesilapan pada pertuturan mereka yang sebenar.Kerana itu, penulis yakin kebanyakan masyarakat Melayumenyebut perkataan 'tarikh' yang dipinjam dari bahasa Arab,tidak tepat sebagaimana sebutan bangsa Arab. Begitu juga pemahaman Melayu terhadap perkataan 'muhrim' sebagai orang yang haram dinikahi, sedangkan sebutan ejaannya yang sebenar pada kalimah Arab adalah 'mahram'. Dalam konteks ini jelas memperlihatkan bahawa tulisan Jawi memainkan

perananpenting dalam pendidikan negara, di mana ia dijadikan sebagaisuatu alat memudahkan sebutan Arab yang sahih dalam bahasaMelayu. Dalam keresahan meninjau hayat Jawi di tanah Melayu saat ini, ada juga berita yang boleh dianggap positif antaranyapengangkatan seni khat di persada dunia. Namun, memartabatkan seni khat tidak memadai untuk mengangkatsemula penulisan Jawi sebagai satu elemen menjadikan ia subur dalam jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas. Benar, seni khat berjaya memperlihatkan kalimah-kalimah unik al-Quran yang tersusun mengikut kaedah, kemas berseni dijual beli. Tetapi kita perlu memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi mampu memahami maksud tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya apabila tulisan Jawi dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri. Ketahuilah, tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni khat Jawi. Sebenarnya di sebalik krisis ini, tersembunyi agendaglobalisation of American culture (globalisasi budaya Amerika).Memang tamadun Barat semakin mendominasi semangat bangsa-bangsa lain ketika ini, di saat Melayu belum pulih

untukmembangunkan generasi sendiri. Tidak syak lagi, penggantianjawi dengan rumi adalah sebahagian daripada prosespembaratan dan pendangkalan Islam yang tentu sahaja didalangi oleh penjajah. Hal ini sama berlaku sebagaimana pertukaran garisan musim bagi kiraan kalender yang pada asalnya terletak di Qatar, United Arab Emirates (UAE) kepada kedudukan Greenwich di London. Namun, perenggan ini bukanlah pilihan terbaik untuk masyarakat Melayu melakukan revolusi terhadap huruf-huruf Rumi agar ditukar kepada Jawi. Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar betapa mustahaknya tulisan Jawi agar ia tidak disisihkan dalam pendidikan negara dan diberikan fungsi semula.

Pemerintahan kesultanan Melaka telah memajukan bahasa Melayu dalam perdagangan dengan cepat di samping menyebarkan Islam dan sastera Islam. Kemajuan ini mengubah sifat bahasa dengan sedutan besar-besaran

perbendaharaan kata Arab, Parsi dan Hindi. Kemajuan ini merosot selepas 1511. Melayu Moden Masa kini

Bahasa Melayu dimajukan dengan serapan banyak perkataan Portugis, Belanda dan Inggeris dalam kurun ke 19. Ia menjadi bahasa kebangsaan buat Malaysia dan Indonesia selepas mencapai kemerdekaan. [The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature by Prof. Dato' DrAsmah Haji Omar (2004) ISBN 981-3018-52-6.]

Inskripsi Kedukan Bukit: Inskripsi Kedukan Bukit telah diekuavasi oleh Dutchman M. Batenburg on 29 November 1920 di Kedukan Bukit, Sumatera Selatan, di atas permatang sungai Tatang, anak sungai Musi. Batu ini kecil berukuran antara 45 ke 80 cm. Teks Melayu Kuno: svasti r akavatta 605 (604 ?) ekda uapunta hiya,,klapaka vulan vaikha d<(m> nyik dismvau mangalap siddhaytra di saptam uklapakaapunta hiya,vulan jyeha d<(m> malapas dari minngavala dualaka dangan ko-(tmvan mamva yamduaratus cra di smvau dangan jlan sarivudi mata jap(tlurtus sapulu dua vaaka dtamsukhacitta di pacam uklapaka vula.marvuat vanua ..(laghu mudita dtamrvijaya jaya siddhaytra subhika..... Terjemahan: Om swasti astu! semua penawar dan kemewahan. dalam tahun saka 605 sebelas dan pertengahan bulan Waisaka, Sri baginda berkubu bagi memperoleh siddhayatra. Pada hari ke tujuh, lima belas hari pertengahan bulan Jyesta, Sri Baginda membebaskan tubuhnya dari minnga tmvan. Baginda membawa 2000 tentera bersama.. Seramai sebanyak 200 kubu, dengan 1,312 kaki tentera. Mereka sampai di .Sesungguhnya riang ria pada lima belas hari pertengan bulan. tangkas, gembira dan mereka membuat perjalanan ke negeri agung Sriwijaya! kemewahan dan kekayaan Bandingan penulisan Jawa dan Bali dengan yang tulisan yangdiaplikasikan di Thailand dan Kemboja, menunjukkan ada bentuk yang sama. Ini menguatkan bahawa tulisan-tulisan ini berasaskan tulisan dari India samada Pallava, Vengi atau Cera. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis huruf atau silibus yang ditemui dalam inskripsi raja-raja di Indonesia yang silam. Kadaram dalam Inskripsi Tanjore: Inskripsi ini didapati di kota lama Tanjore, Tamil Nadu bertarikh sejak 1030 Masihi. Ia menerangkan serangan Rajendra Chola atas empayar Sri Wijaya, negeri yang

bernama Kadaram memberikan tentangan hebat. Kebanyakan sejarawan bersetuju Kadaram yang dimaksudkan adalah Kedah.

Huruf tulisan jawi

Abjad jawi terkini Jadual 6.2: Abjad Jawi, Bahasa Melayu Huruf Jawi Nama alif ba ta Padanan Rumi a b t

ta marbutah t/h sa [tha] jim ca a],ha [h kha [khO] dal zal [dhal] ra [rO] s, (th) j c ),h, (h kh d z, (dh) r

zai sin syin Od],sad [s

z s sy, (sh) ),s, (s

Od],dad [d ),d, (d O],ta [t O],za [z ain [ain] ghain nga fa pa qaf kaf ga lam mim nun wau va ha hamzah ya ye [ye] ny ),t, (t ),z, (z awal: a, i, u akhir: k, () gh ng f P k, q, (q) k g l m n w, u, o v h awal: gugur akhir: k, () y, i, e taling e pepet akhir ny