Anda di halaman 1dari 12

Deraf (7/9/09)

Isu dan Permasalahan di Sekolah: Bagaimana Perkhidmatan Bimbingan dan


Kaunseling Dapat Membantu, Satu Penulisan Kritis.

Pengenalan

Isu dan permasalah di sekolah merangkumi berbagai aspek yang sukar dihadapi atau
ditangani oleh guru biasa. Ini jelas digambarkan oleh Datuk Matnor Daim, Bekas Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia yang mana menurut beliau pelajar kini bukan hanya
mempunyai daya intelek yang tinggi, tetapi mereka juga adalah individu yang beremosi
dan ada personaliti yang berbeza. Oleh itu, pelajar kini berhadapan dengan pelbagai
situasi dan masalah yang mungkin tidak dihadapi oleh pelajar pada masa dahulu.
Disebabkan itu, permasalahan tersebut tidak mungkin dapat diselesaikan oleh guru
biasa tanpa kemahiran-kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling.

Mengapakah ini terjadi?

Pembangunan dalam negara baik dari segi ekonomi, sains dan teknologi membawa
perubahan besar dalam tadbir urus negara, dalam sistem pendidikan dan sistem
kekeluargaan. Dari persepektif ekonomi, apa-apa yang kita inginkan akan dapat
diperolehi dengan kekurangan dari sudut yang berbeza atau dikenali dengan
‘opportunity cost’. Dalam erti kata lain, pembangunan negara dari aspek material secara
tidak lansung telah mewujudkan kepincangan dalam masyarakat yang lebih
mengutamakan desakan-desakan material.

1
Sharifah Maizatul Zuraida
751015-08-6298
KPLI JUN 2009/ BDK 1
Ramlan Hamzah dan Lily Mastura (2006) dan Fakulti Pendidikan Bahasa, Universiti
Terbuka Malaysia (2008) telah menyenaraikan perubahan-perubahan yang berlaku
kesan dari pembangunan negara. Antara lain, penghijrahan anak muda secara
beramai-ramai dari kampung ke bandar kerana mencari pekerjaan. Apabila ini berlaku,
hanya ahli keluarga yang telah berusia yang tinggal di kampong tanpa sokongan ahli
keluarga yang sihat. Ini jelas digambarkan dalam isu-isu dimedia cetak dan elektronik
sebagai contoh rancangan ‘Bersama Mu’ di TV3 yang sering menunjukkan keadaan
orang tua yang daif dan keuzuran meminta bantuan.

Yang kedua, perubahan sistem keluarga besar atau keluarga luas kepada sistem
keluarga kecil atau keluarga nucleus. Pada masa dahulu, keluarga besar dan harmoni
merupakan kebanggaan sesuatu keluarga, malahan kebanggaan sesuatu kampong.
Tetapi pada masa kini, perkara itu tidak dihiraukan lagi. Lagi kecil sesebuah keluarga,
lagi senang untuk ketua keluarga menguruskan keluarga tersebut terutama dari segi
perbelanjaan.

Perkara yang ketiga yang dijelaskan adalah, kewujudan organisasi besar dalam bidang
korporat yang mementingkan keuntungan serta kejayaan organisasi dan memberi
perhatian kepada individu lalu mendorong kepada rasa terpinggir. Ini dapat dijelaskan
dalam pengurusan sumber manusia sesuatu organisasi di mana ‘individual
performance’ seorang pekerja akan di nilai untuk ke jawatan yang lebih tinggi atau
tangga gaji yang lebih memuaskan. Ini menyebabkan masyarakat terutama dibandar
terlampau sibuk mengejar kebendaan menyebabkan mereka sunyi dalam kesibukan.

Yang keempat, nilai kebendaan telah menghakis nilai murni dalam individu dan
masyarakat dimana hanya kemewahan yang dikejar tanpa menitikberatkan
perkembangan rohani individu dan masyarakat itu sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa
sibuk mencari harta dan membiarkan anak membesar dengan orang gaji dan lansung
tidak mempedulikan tentang didikan agama. Lama kelamaan individu itu membesar
2
Sharifah Maizatul Zuraida
751015-08-6298
KPLI JUN 2009/ BDK 1
dengan jati diri yang sangat lemah dan mudah di kotak-katikkan oleh anasir luar seperti
apa yang berlaku sekarang kepada pelajar-pelajar kita.

Kesan dari perubahan ini?

Kesan dari perubahan-perubahan yang telah dinyatakan adalah isu kesihatan mental
iaitu peningkatan stres. Stres adalah tindakbalas psikologi kepada seseorang individu
yang tidak berupaya berhadapan dengan perubahan-perubahan ini. Peningkatan stres
akan menyebabkan peningkatan penyakit-penyakit lain seperti darah tinggi, penyakit
jantung dan gangguan emosi.

Pelajar sekolah pula stress, antara lain disebabkan oleh suasana rumah yang sempit
dan tidak kondusif, tekanan dari rakan sebaya dan ekspektasi yang terlampau tinggi
oleh ibu bapa dan guru terhadap pencapaian akademik. Ini dapat dilihat apabila pelajar
sekolah gemar melepak kerana melarikan diri dari rumah yang sempit seperti apa yang
berlaku di kebanyakan Perumahan-perumahan Rakyat (PPR) di bandar-bandar besar
seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Pelajar-pelajar ini berkeliaran tanpa hala tujuan
dan sering mengganggu orang awam dan membuat aktiviti vandalisma di sekeliling
kawasan perumahan dan di sekolah mereka.

Dari penjelasan ini, dapat diketahui bahawa cara pelajar-pelajar ini menangani stress
mungkin berbeza dengan orang dewasa. Cara mereka yang tidak betul inilah yang
menjadi punca permasalahan. Mereka lebih cenderung untuk lari dari rumah untuk
mengelak kekalutan atau kekecohan yang berlaku dalam keluarga, melibatkan diri
dengan gejala yang tidak sihat seperti mengambil atau menghisap dadah dan
melibatkan diri dalam kegiatan jenayah. Pengaruh media juga memainkan peranan
dalam mempengaruhi pelajar melakukan kegiatan tidak bermoral seperti berciuman,
melakukan seks bebas, lesbian dan homoseksual. Naluri pelajar sememangnya
3
Sharifah Maizatul Zuraida
751015-08-6298
KPLI JUN 2009/ BDK 1
sukakan perkara-perkara yang menyeronokkan dan mereka dapat memuaskan naluri
mereka dengan kegiatan-kegiatan begitu.

Ada juga pelajar yang jiwanya kosong dari segi kerohanian, tidak tahu agama dan
konsep kendiri yang begitu lemah. Mereka ini pula senang terpengaruh dengan sesuatu
yang dapat memuaskan hati dan jiwa mereka yang kosong seperti pengaruh black
metal, sekularisma, komunisma, ‘nazism’, kristianiti kepada pelajar Islam dan berbagai
lagi fahaman yang menjadi musuh negara. Secara tidak sedar dan bersembunyi pelajar
ini menjadi seperti onak dalam daging terhadap kestabilan dan keselamatan negara.

Dengan segala permasalahan yang timbul, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling


menjadi semakin relevan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini bukanlah tempat
dimana segala masalah akan selesai atau tempat untuk menyelesaikan masalah
pelajar. Pelajar di bimbing untuk mengenali dirinya, potensi yang ada pada dirinya dan
dengan lebih mengenali diri, pelajar itu sendiri akan tahu bagaimana menyelesaikan
segala kekusutan yang melanda dirinya.

Ini selaras dengan Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mengikut


Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh
digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan berterusan berteraskan sumber
dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelektual,
jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Apa itu Kaunseling?

4
Sharifah Maizatul Zuraida
751015-08-6298
KPLI JUN 2009/ BDK 1
Kaunseling ialah satu proses perhubungan professional antara kaunselor terlatih
dengan klien yang mengalami kerisauan, kebimbangan, kecelaruan dalam membantu
untuk memahami dirinya agar ia dapat memilih alternatif-alternatif yang sesuai dengan
dirinye ke arah mencapai kesempurnaan kendiri.

Persatuan Bimbingan dan Personel Amerika (1980) mendefinasikan kaunseling sebagai


penggunaan prosedur kaunseling dan bidang lain yang berkaitan dengan sains dan
tingkah laku untuk membantu mempelajari bagaimana menyelesaikan sesuatu
masalah, membuat keputusan dengan pemilihan kerjaya, pertumbuhan kendiri,
perkahwinan, keluarga atau perkara interpersonal lain.

Kamus Dewan (1998) pula menyatakan kaunseling merupakan proses teratur yang
melibatkan perbincangan rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan
usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.

Mengikut Krumboltz (1965) kaunseling sebagai apa sahaja aktiviti yang beretika yang
dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien menunjukkan tingkah laku
yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien.

Shertzer dan Stone (1981) merujuk kaunseling sebagai proses interaksi kaunselor
dengan klien yang menyediakan hubungan yang bermakna di antara diri klien dengan
persekitaran dan dari itu dapat menghasilkan pencapaian matlamat serta mewujudkan
nilai-nilai tingkah laku yang dikehendaki pada masa hadapan.

Zainal Abidin Ahmad (2002 ) pula mendefinasikan kaunseling sebagai satu


perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau
kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan sama-sama
memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu keceliruan dan
seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.

Lily Mastura Harun (2000) menyatakan kaunseling sebagai satu proses perhubungan
menolong di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang atau beberapa
orang klien yang mengalami gangguan kognitif, emosi dan tingkah laku. Proses
kaunseling ini membantu klien menganalisis, membentuk diagnosis serta merawat
masalah mereka dengan sendiri.
5
Sharifah Maizatul Zuraida
751015-08-6298
KPLI JUN 2009/ BDK 1
Dengan definisi-definisi dan pengertian kaunseling ini dapat dinyatakan yang proses
kaunseling membantu pelajar yang berkecaluruan mengenal dirinya dan mengetahui
alternatif untuk membuat perubahan diri ke peringkat yang lebih baik, dengan bantuan
kaunselor yang terlatih dan mempunyai kemahiran-kemahiran kaunseling. Proses
perubahan diri ini hanya akan berlaku bila kaunselor dan pelajar mempunyai hubungan
yang kuat dan tahap kepercayaan dan keyakinan pelajar pada kaunselor adalah tinggi.

Bagaimana kaunselor mendapatkan kepercayaan dan keyakinan pelajar?

Kaunselor harus mendapatkan kepercayaan dan keyakinan pelajar apabila betul-betul


faham akan prinsip-prinsip dan etika dalam perkhidmatan ini. Ini dapat dirangkumkan
dalam analisis SWOT seperti berikut:

Kekuatan (Strength) dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Etika dan Prinsip dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling itu adalah kekuatan
perkhidmatan ini. Yang paling utama adalah ‘confidentiality’ iaitu menjaga kerahsiaan
klien atau pelajar. Pelajar yang mengalami krisis atau masalah sukar untuk berkongsi
dengan mana-mana pihak terutama pihak sekolah. Tetapi dalam perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling sahaja mereka mendapat ‘assurance’ yang segala apa yang
diceritakan akan disimpan rapi oleh kaunselor.

Selain itu, perwatakan kaunselor yang sentiasa mesra dan mudah didekati, perihatin
dan empati dan dapat menerima pelajar tanpa apa-apa syarat menggalakkan
perhubungan yabg lebih dekat terhadap kaunselor. Ini akan memudahkan lagi proses
penerokaan dan seterusnya kaunselor dapat membantu pelajar untuk sama-sama
mengetahui cara-cara menyelesaikan sesuatu masalah.
6
Sharifah Maizatul Zuraida
751015-08-6298
KPLI JUN 2009/ BDK 1
Kaunselor yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang kaunseling
adalah orang yang boleh dipercayai, tidak menghukum, tidak menilai dan tidak
mempunyai ‘prejudgement perception’ kepada mana-mana pelajar yang datang
berjumpa dengannya. Pelajar dapat merasakan yang kaunselor betul-betul faham akan
permasalahan yang dihadapi dan menjadi pendengar yang setia terhadap apa jua yang
dicurahkan pelajar tanpa apa-apa prejudis.

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah satu perkhidmatan yang tersusun rapi.
Segala maklumat tersedia dalam halaman internet Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) yang mana kaunselor tidak ada apa-apa masalah dalam mengetahui maklumat-
maklumat terkini perkhidmatan ini seterusnya meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan
kepada pelajar. Terdapat satu portal rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling HEM di
bawah Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
KPM yang memberikan maklumat-maklumat berkaitan perkhidmatan ini. Di samping itu
juga, kebanyakan kaunselor di sekolah menjadi ahli Persatuan Kaunseling Malaysia
(PERKAMA) yang mana banyak informasi-informasi dapat diperolehi. Ini secara tidak
lansung meningkatkan kredibiliti seseorang kaunselor.

Kelemahan (Weaknesses) dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Kelemahan dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini adalah adanya


sebilangan kaunselor yang tidak mahir dalam bidang ini. Ini berkemungkinan kerana
mereka bukanlah dari bidang ini dan tidak mempelajari bidang ini secara menyeluruh
semasa di Universiti. Dengan itu mereka tidak mempunyai kepakaran untuk

7
Sharifah Maizatul Zuraida
751015-08-6298
KPLI JUN 2009/ BDK 1
menguruskan atau melakukan sesi kaunseling individu atau pun kaunseling kelompok
kerana kurang keyakinan.

Disebabkan kurang keyakinan ini, tugas-tugas utama sebagai kaunselor tidak


dijalankan sebaliknya tugas-tugas membimbing yang sepatutnya boleh dilakukan oleh
PK Hem atau Guru Disiplin dilakukan oleh kaunselor. Dengan ini, kaunselor hilang
fungsinya sebagai seorang kaunselor di sekolah. Di samping itu juga, menurut Datin
Hajah Norsiah Mohd Yusof, PK Hem di Sekolah Kebangsaan Stella Maris, Sabah realiti
yang berlaku adalah kaunselor-kaunselor sekolah diarahkan oleh Pengetua untuk
mengajar kerana kekurangan guru dan amat jarang sesuatu permasalahan pelajar itu
dirujuk kepada kaunselor. Jadi, kaunselor dibebani dengan tugas-tugas yang tiada
kaitan lansung dengan pengetahuan dan kemahiran yang telah di pelajari.

Selain itu, ada juga sekolah-sekolah yang terlalu menekankan pencapaian akademik.
Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah
banyak tertumpu kepada aktiviti-aktiviti bimbingan akademik seperti mengadakan
bengkel pembelajaran, teknik menjawab soalan dan teknik belajar kepada pelajar-
pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Sasaran pelajar banyak tertumpu kepada
pelajar cemerlang. Ini tidak patut menjadi keutamaan semata-mata. Pelajar-pelajar
lemah atau kurang bijak juga patut mendapat keistimewaan yang sama seperti pelajar
pandai. Terpulang kepada peranan kaunselor tersebut merubah konsep kendiri dan
tingkahlaku pelajarnya.

Perkhidmatan ini juga kurang diketahui umum. Hanya warga pelajar dan pendidik
mengetahui tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini ada ditawarkan di
sekolah atau pusat pengajian tinggi. Walaubagaimanapun, sedihnya perkhidmatan ini
kurang didedahkan kepada masyarakat. Sebagai contoh, perkhidmatan Unit Bimbingan
Kaunseling di sekolah sepatutnya turut menyediakan perkhidmatan kepada staf sekolah
tersebut tetapi ini tidak berlaku. Penglibatan ibu bapa dalam proses kaunseling pelajar
juga amat penting dalam memastikan perubahan kepada tingkahlaku pelajar namun

8
Sharifah Maizatul Zuraida
751015-08-6298
KPLI JUN 2009/ BDK 1
kebanyakan ibu bapa pelajar bermasalah ini juga bermasalah yang mana mereka juga
memerlukan sesi kaunseling bagi pembentukan diri yang lebih baik.

Peluang (Opportunity) dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Banyak peluang-peluang yang tersedia dalam perkhidmatan ini. Peluang yang


disediakan oleh KPM untuk meningkatkan lagi taraf professional kaunselor dengan
menjalankan latihan-latihan yang sesuai amat bertepatan dengan kehendak pelajar
masa kini. Dari taklimat yang dipersembahkan oleh En Abdul Rahim Bin Othman,
pegawai Bahagian Sekolah KPM pada 29 September 2004 bertajuk Hala Tuju
Profession Guru Bimbingan dan Kaunseling Dari Perspektif KPM ada menyenaraikan
bagaimana profession ini dapat dimantapkan lagi.

Antara lain, menurut beliau, profesionalisma kaunselor dapat ditingkatkan lagi dengan
mengadakan perjumpaan yang lebih kerap pada peringkat Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Dalam perjumpaan ini pula, satu
jawatankuasa perlu diwujudkan iaitu Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling
peringkat Daerah dan Negeri. Jawatankuasa ini pula boleh menganjurkan kursus atau
program peningkatan profesionalisma kaunselor. Ini semua dilakukan bertujuan
perkongsian maklumat di antara kaunselor dari sekolah yang berbeza supaya dapat
membuat penandaarasan sekolah yang terbaik dan boleh dijadikan contoh dalam
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di daerah atau negeri yang berkaitan.

Selain itu, peningkatan dari segi kerjaya dalam bidang ini juga menjadi fokus kepada
KPM. PPD dan JPN digalakkkan member penghargaan kepada kaunselor atau guru
bimbingan dan kaunseling. Penghargaan boleh berdasarkan sumbangan guru
bimbingan dan kaunseling dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada
pelajarnya dan suasana bilik kaunseling yang terbaik iaitu bilik yang kondusif dan
9
Sharifah Maizatul Zuraida
751015-08-6298
KPLI JUN 2009/ BDK 1
terpeutik. Dengan ini, kaunselor akan rasa dihargai dan akan terus memberikan
perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar. Yang mendapat hasilnya adalah pelajar di
sekolah tersebut kerana permasalahan mereka dapat ditangani dengan professional
dan baik oleh kaunselor yang mempunyai motivasi diri yang kuat dan penuh dedikasi.

Disamping itu juga, penyediaan fail meja atau senarai tugas memudahkan kaunselor
menunaikan peranan dan tanggungjawabnya sebagai kaunselor sekolah. Ini juga akan
mengelakkan profesion ini dipandang sepi dan remeh seperti yang berlaku di awal
penubuhannya. Walaupun masih berlaku pada segelintir kaunselor, dengan penyediaan
senarai tugas ini, guru-guru lain tidak akan mempertikaikan lagi tugas-tugas kaunselor
dengan menyatakan guru bimbingan dan kaunseling tidak mempunyai tugas.

Seperti yang dinyatakan di awal perbincangan, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling


ini kurang diketahui umum. Dengan ini, daripada menyalahkan media massa
menyajikan pengaruh-pengaruh negatif kepada pelajar, kaunselor atau guru bimbingan
dan kaunseling harus bijak menggunakan pengaruh media massa ini untuk kebaikan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Satu perkembangan yang positif dan menarik
bila kebanyakan guru bimbingan dan kaunseling mempunyai laman web sendiri, mahir
menggunakan blog sebagai satu platform mendekatkan diri dengan pelajar,
mempromosi dan mengiklankan diri mereka dan perkhidmatan bimbingan dan
kauseling ini melalui internet memandangkan pelajar-pelajar sekarang yang rata-rata
celik IT.

Halangan / Ancaman (Threat) dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Memandangkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dilaksanakan di sekolah,


perkhidmatan ini mungkin mendapat halangan dari organisasi-organisasi atau pihak
swasta yang menjalankan kaunseling sebagai pekerjaan utama. Halangan bukanlah
10
Sharifah Maizatul Zuraida
751015-08-6298
KPLI JUN 2009/ BDK 1
dari bentuk fizikal tetapi pilihan yang lebih luas kepada pelajar untuk mendapatkan
bantuan. Keburukannya apabila pemilihan yang dibuat oleh pelajar adalah salah
sebagai contoh, pelajar-pelajar islam yang bermasalah yang didapati melepak di pusat-
pusat membeli belah didatangi oleh mubalig-mubalig Kristian dalam usaha mereka
menukarkan agama pelajar-pelajar islam.

Halangan juga boleh berbentuk kos. Aktiviti-aktiviti dalam bimbingan dan kaunseling
selalunya melibatkan kos seperti menjalankan aktiviti suai kenal, kursus motivasi,
bengkel teknik pembelajaran dan teknik menjawab soalan. Kos yang tinggi mungkin
menjadi halangan jika ada aktiviti yang tidak dapat dijalankan atau terpaksa dibubar.

Selain dari itu, halangan juga boleh datang dari pelajar itu sendiri. Pelajar tidak faham
kewujudan perkhidmatan ini terutama pelajar-pelajar bermasalah. Persepsi di kalangan
segelintir pelajar yang perkhidmatan ini ditawarkan kepada mereka-mereka yang
mempunyai masalah. Pelajar takut untuk berjumpa kaunselor kerana mahu menjaga
imej dengan rakan-rakan sebaya. Pelajar yang berjumpa kaunselor, secara automatik
akan dilabel sebagai pelajar bermasalah seperti apa yang berlaku pada hari ini. Pelajar
masih lagi dibawah tanggapan begitu.

Rumusan / Kesimpulan

Sebagai rumusan, isu-isu dan permasalahan pelajar berpunca dari perubahan-


perubahan dalam ekonomi negara menuju ke negara maju. Perubahan yang berlaku
bukan hanya dari segi ekonomi tetapi sosio-politik, masyarakat yang berlandaskan
kepada kemewahan dan kebendaan yang terlupa akan kepentingan kekeluargaan.
Pelajar bermasalah yang terbiar lemah dari segi rohaninya, kosong kejiwaannya dan
kendiri yang begitu malap.

11
Sharifah Maizatul Zuraida
751015-08-6298
KPLI JUN 2009/ BDK 1
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling membantu pelajar mengenali diri sendiri.
Pelajar yang mempunyai jati diri yang kuat takkan mudah dibuai oleh anasir-anasir jahat
yang boleh merosakkan pelajar seterusnya negara. Disamping itu, perkhidmatan ini
perlu banyak pembaikan dari masa ke semasa. Usaha-usaha yang berterusan telah
dan sedang dijalankan oleh KPM patut mendapat sokongan dari semua pihak. Anak
bangsa adalah harapan negara. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah
umpama air yang mengalir di tanah yang gersang..

12
Sharifah Maizatul Zuraida
751015-08-6298
KPLI JUN 2009/ BDK 1