Anda di halaman 1dari 27

PENGENALAN

Disiplin ditafsir sebagai latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pola tingkah laku. ( American Heritage Dictionary of the English Language dalam Choong Lean Keow, 2009). Menurut Choong Lean Keow(2009), disiplin dalam bilik darjah pula merujuk kepada peraturan yang dibentuk dan usaha guru untuk mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik serta membantu murid-murid untuk berkelakuan baik. Dengan kata lain, konsep disiplin dalam bilik darjah mengutamakan latihan yang dijalankan bertujuan untuk mengembangkan potensi individu yang meliputi pelbagai aspek, antaranya termasuklah latihan dari segi aspek intelek, jasmani, rohani dan sosial. Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. (Mok Soon Sang, 2009). Jadi, kami akan menghuraikan model-model modifikasi yang terdapat dalam pengurusan bilik darjah dalam penulisan kerja kursus ini. Model-model modifikasi yang akan dihuraikan adalah seperti Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Asertif Canter, Model Logikal Dreikurs, Model Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser. Menurut Choong Lean Keow (2009), tindakan disiplin yang berkesan ditentukan oleh keupayaan guru untuk mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak wajar dan mengekalkan tingkah laku yang wajar. Berdasarkan pendapat ini, kami akan menghuraikan tindakan yang boleh diambil oleh dua orang guru berasaskan tiga model modifikasi yang dihuraikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kesemua model-model modifikasi yang akan dihuraikan amat penting. Hal ini kerana guru akan dapat memahami isu-isu disiplin dan masalah-masalah murid dan seterusnya guru akan mampu memainkan peranan untuk membentuk individu yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia secara lebih berkesan. Selain itu, strategi yang boleh diambil oleh dua orang guru tersebut untuk menyelesaikan situasi yang mereka hadapi akan turut dibincangkan.

Masalah Tingkah Laku 1


Pada 18-22 Mac yang lalu, kami telah berpeluang untuk menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sekolah ini terletak di kira-kira 4 kilometer daripada pekan Port Dickson. Selepas kami melapor diri, kami juga telah diberi sedikit taklimat berkaitan dengan sekolah tersebut seperti jumlah pelajar-pelajar dan bilangan guru-guru yang berkhidmat di sini. Sebahagian besar daripada pelajar-pelajar di sekolah ini merupakan anak-anak tentera dan anak-anak guru. Hanya sebilangan kecil sahaja daripada mereka yang daripada keluarga nelayan dan bekerja sendiri. Pada hari pertama kami menjalani sesi PBS ini iaitu pada 18 Mac 2013, kami telah diberikan beberapa kelas ganti. Menurut maklumat yang kami terima daripada guru penolong kanan akademik sekolah, kami dikehendaki untuk menggantikan kelas disebabkan terdapat beberapa orang guru di sekolah ini yang terlibat dengan sukan peringkat daerah. Sekolah ini mempunyai 4 kelas bagi setiap darjah. Kemudian, tepat pada jam 8.30 pagi kami dikehendaki untuk menjadi guru ganti di Kelas 2 Dinamik. 2 Dinamik terakhir sekali bagi pelajar darjah 2. Setelah itu, kami merancang beberapa aktiviti yang sesuai untuk dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di kelas tersebut nanti. Keadaan kelas masih lagi terkawal semasa mula-mula kami memasuki kelas tersebut. Kelas 2 Dinamik ini mempunyai kira-kira 25 orang pelajar. Setelah selesai bacaan doa, setiap pelajar mula bercakap di antara satu sama lain. Namun begitu, keadaan kelas masih lagi dalam keadaan yang terkawal dan para pelajar masih lagi menurut segala arahan yang kami berikan. Sebagai permulaan, kami telah mengadakan sesi memperkenalkan diri. Selepas 10 minit berlalu, kelas menjadi sedikit bising disebabkan oleh terdapat beberapa orang pelajar di dalam kelas tersebut mula untuk menganggu rakan-rakan yang lain. Pelajar tersebut cuba untuk menarik perhatian rakan-rakanya yang berada di dalam kelas untuk keluar daripada kelas dan berlari di sepanjang koridor. Di samping itu, terdapat juga beberapa orang pelajar lain yang turut membuat bising di dalam kelas, namun setelah dinasihati dan juga diberikan amaran oleh kami, pelajar tersebut mulai duduk di tempat masing-masing. Melalui pemerhatian yang kami lakukan, pelajar tersebut adalah salah seorang pelajar yang paling menonjol dalam melakukan salah tingkah laku di dalam kelas tersebut. Semasa kami menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran juga dia tidak menunjukkan minat. Antara perkara yang dilakukan ialah mengambil buku, pensil serta alat-alat tulis yang ialah kelas yang

dibawa oleh rakan-rakanya. Selain itu, dia juga berdiri di atas kerusi bagi menghalang rakanrakannya yang lain untuk meneruskan sesi pembelajaran. Disebabkan tindakan yang dilakukan ini, terdapat beberapa orang pelajar yang merasa terganggu dengan tindakan yang dilakukan. Bagi kami pula, proses untuk menjalankan pengajaran agak sedikit terganggu disebabkan oleh tindakan yang dilakukan oleh Muhammad Danial Adam ini. Sebagai langkah untuk menghalang pelajar ini daripada menganggu pelajar-pelajar lain, kami telah memberikan amaran dan peneguhan yang negatif seperti meminta pelajar ini untuk berdiri di hadapan kelas. Namun begitu, semua yang dilakukan tidak memberikan kesan kepada Muhammad Danial Adam kerana dia langsung tidak menghiraukan amaran dan juga peneguhan yang kami berikan. Semasa kami meminta Muhammad Danial Adam untuk berdiri di hadapan kelas, dia telah cuba untuk menarik perhatian rakan-rakannya yang lain dengan melakukan aksi-aksi tarian. Kesannya, terdapat beberapa orang pelajar lelaki yang turut sama menari di hadapan kelas. Kemudian, apabila masa telah tamat, kami telah berkesempatan untuk berjumpa dengan beberapa orang guru di sekolah berkenaan. Antaranya ialah Ustazah Faridah yang merupakan salah seorang daripada guru yang turut mengajar di kelas yang berkenaan. Di sini kami telah bertanya berkaitan dengan pelajar tersebut iaitu Muhammad Danial Adam. Ustazah tersebut juga turut mengatakan bahawa Muhammad Danial Adam agak sedikit bermasalah kerana sering menganggu rakan-rakan yang lain di dalam kelas tanpa menghiraukan peneguhan yang diberikan oleh guru-guru. Pada pendapat kami pula, pelajar yang bermasalah si sekolah ini kebiasaannya cuba untuk menarik perhatian guru-guru. Tindakan yang dilakukan oleh mereka mungkin didorong oleh beberapa faktor seperti kurang mendapat kasih sayang dan juga perhatian daripada ibu bapa di rumah.

Penyelesaian Masalah Tingkah Laku


Pengurusan bilik darjah merupakan agenda utama bagi bakal guru dan guru kerana melalui pengurusan bilik darjah yang berkesan, persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat dilaksanakan. Salah satu cara untuk menguruskan bilik darjah dengan berkesan ialah dengan membina hubungan yang baik dengan murid-murid dan mengawasi perjalanan rutin bilik darjah supaya berjalan dengan lancar. Guru perlu memahami tingkah laku, personality dan tabiat murid-murid di dalam bilik darjah. Guru juga perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah. Di dalam konteks bilik darjah, disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Pendidik pada masa lalu menganggap pengajaran dan disiplin adalah dua perkara yang berbeza. Mereka berpendapat mengajar adalah menyampaikan ilmu kepada murid-murid manakala disiplin adalah untuk mengawal tingkah laku murid supaya menunjukkan tingkah laku yang diterima. Namun sekarang, konsep disiplin sudah berbeza kerana disiplin merupakan salah satu aspek dalam pengajaran. Dalam menangani masalah murid dalam di sekolah sama ada di dalam kelas ataupun di luar kelas, pelbagai model pengurusan disiplin telah diperkenalkan oleh beberapa tokoh terkemuka dalam bidang tersebut seperti B.F. Skinner, Lee Canter, Rudolf Dreikurs, Jacob S. Kounin, dan William Glasser. Panduan-panduan ini memberikan panduan tentang pengurusan disiplin dan tingkah laku dengan menggunakan pendekatan yang berbeza. Ada model yang menggunakan kawalan luaran sebagai pendekatan dan ada yang menggunakan kawalan sendiri sebagai pengurusan tingkah laku. Setelah menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminng pada baru-baru ini, kami telah memerhati situasi dan suasana dalam bilik darjah dimana sering berlaku masalah tingkah laku yang tidak berdisiplin yang dilakukan oleh murid. Kami telah meneliti perilaku-perilaku murid yang bermasalah dan mengenal pasti satu masalah yang paling kerap berlaku dalam sebuah kelas. Mengenai masalah yang kami hadapi dalam mengurus tingkah laku yang kerap berlaku dalam kelas semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dinyatakan di atas. Kami telah bersepakat untuk menggunakan model pengurusan yang diperkenalkan oleh Lee Canter, iaitu Model Disiplin Asertif Canter.

MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER Pada tahun 1976, Lee and Marlene Canter menubuhkan Canter & Associates. Melalui penubuhan ini, mereka menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Assertive Discipline: A Take-Charge Approach for Todays Educator (1976). Model Disiplin Asertif Canter berasaskan peneguhan terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Canter percaya bahawa guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Model ini turut menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan. Canter menerangkan Disiplin Asertif sebagai pendekatan, di mana guru

mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa murid-murid berhak untuk mendapat suasana pembelajaran yang tenang dan teratur. Manakala menjjadi hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Menurut Canter lagi, murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluankeperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu muridmurid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat akibat melanggar peraturan bilik darjah. Seterusnya, Canter mencadangkan kepada guru-guru cara untuk membimbing murid supaya menunjukkan tingkah laku yang diingini. Guru perlu sentiasa memberikan perhatian yang positif kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid yang menunjukkan salah laku dan mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.

LANGKAH-LANGKAH PENERANGAN PELAN BILIK DARJAH

Penerangan Peraturan Cara Pelaksanaan Peraturan Semak Kefahaman Murid Maklum Tentang Ganjaran Penerangan Tentang Tindakan Pembetulan Cara Tindakan Pembetulan Dikenakan Semak Kefahaman Murid
Rajah 1- Langkah-langkah Pnenerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah

Dalam situasi menyelesaikan maslah murid tersebut yang sering mengganggu rakan sekelas yang lain ketika proses pengajaran dan pembelajaran sama ada guru sedang mengajar ataupun sewaktu diberi aktiviti. Keadaan tersebut sering berlaku dan mejadikan suasan kelas tidak terkawal. Oleh itu guru hendaklah merancang satu peraturan yang berasaskan dendaan dan ganjaran secara tegas untuk mengurus masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid didalam kelas. Seorang guru itu boleh membentuk satu pelan Disiplin Asertif. Pelan ini sangat berguna dan penting kepada guru sebagai garis panduan kepada murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru digalakkan pertimbangkan soalan-soalan berikut: Apakah tingkahlaku yang ingin dihapuskan atau disemai dalam diri murid-murid anda? Apakah jenis turutan negatif yang wajar bagi murid-murid tersebut? Apakah jenis turutan positif yang wajar bagi murid-murid tersebut? Bagaimanakah cara mengesan tingkahlaku yang wajar dan tidak wajar?

Model Asertif menggariskan tiga jenis guru, iaitu: Guru Agresif Lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur dengan murid yang melakukan kesalaha tingkah laku dalam kelas. Guru Tidak Asertif Menggunakan pendekatan pasif, tidak konsisten dan mengelirukan murid-murid di dalam kelas. Guru Asertif Jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid dalam kelas. Jadual dibawah merupakan rumus beberapa aspek dengan Model Disiplin Asertif Canter yang boleh memudahkan seseorang guru. ASPEK HURAIAN Kedua-dua ganjaran dan hukuman adalah berkesan. Guru dan murid mempunyai hak masing-masing. Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang optimum. Guru harus menggunakan satu hierarki disiplin yang mengandungi kesan yang bersesuaian mengikut tahun persekolahan. Guru perlu bersifat asertif, tidak asertif atau agresif. Tidak asertif: sudah berulang kali saya minta anda supaya jangan bercakap dengan rakan-rakan, dan anda masih masih berbuat demikian, sila berhenti. Asertif: Shan, ini adalah amaran atas perbuatan anda bersandar kerusi atas dua kaki. Letakkan kerusi pada keadaan asal,jikalau tidak anda tidak dibenarkan buat bacaan senyap di sudut bacaan nanti. Agresif: Simpan buku komik dengan serta merta, jikalau tidak, anda akan menyesal! Pengukuh sosial-senyuman,kata-kata pujian. Pengukuh grafik-bintang, pelekat. Pengukuh aktiviti-masa rehat,mainan khas. Pengukuh fizikal-makanan,hadiah, sijil Dibekalkan persekitaran pembelajaran yang optimum. Disediakan guru yang akan membantu mereka mengurangkan tingkahlaku yang kurang wajar dan menyokong tingkahlaku yang

Konsep Utama

Jenis Ganjaran

Jenis Ganjaran

Hak Asasi Murid

Tanggungjawab Guru

wajar. Dimaklumkan tentang konsekuan bagi tingkahlaku yang baik dan jahat. Diberikan pilihan untuk bertingkahlaku wajar atau tidak wajar Kekalkan persekitaran pembelajaran yang optimum. Diberikan sokongan oleh pihak pentadbir dan ibu bapa. Pastikan hak dan tanggungjawab murid-murid disokong dengan satu pelan disiplin yang menyatakan jangkaan dengan jelas. Aplikasikan konsekuen secara konsisten. Pertimbangkan kepentingn mereka setiap masa Jadual 1

Sebagai keterangan lanjut, maklumat langkah-langkah satu pelan disiplin asertif boleh di teliti dan dirujuk seperti jadual di bawah. LANGKAH Membina jaringan sokongan dengan pihak pentadbir dan ibu bapa. TINDAKAN YANG DIAMBIL Meminta kebenaran pihak pentadbir. Memaklumkan kepada ibu bapa. Garis panduan yang boleh dijadikan rujukan: Hendaklah jelas dan spesifik. Berkuatkuasa sepanjang waktu persekolahan. Selaras dan sama dengan umur muridmurid. Guru memasukkan sebiji guli ke dalam bekas apabila murid berkelakuan baik. Tindakan guru berulangan sehingga bekas tadi penuh dengan guli Secara berkumpulan, murid-murid dibawa untuk menyertai lawatan sambil belajar, menonton movie dan sebagainya. Secara individu, guru memberi kata-kata pujian, memaklumkan ibu bapa melalui panggilan telefon. Tangani salah laku yang timbul dengan serta merta dalam keadaan tenang Rujuk kepada pelan disiplin yang terbentuk bagi memastikan konsekuen yang wajar dilaksanakan. Membentukkan satu sistem pengesanan dan merekod kes salah laku muridmurid secara individu agar hirarki

Membentuk peraturan bilik darjah.

Memberikan pengukuhan positif (Diibaratkan Model Guli dalam bekas) Mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik darjah yang positif. Mengurangkan kekerapan berlakunya masalah disiplin

Bekalkan konsekuen setimpal dengan pelanggaran peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Tidak melebihi lima turutan. Merupakan sesuatu yang tidak digemari muridmurid tetapi tidak memudaratkan mereka dari segi fizikal atau psikologi.

konsekuen dapat dipatuhi. Disusun mengikut satu hierarki bermula dengan memberi amaran kepada berjumpa dengan guru besar. Pelan bagi kes salah laku yang serius. Jadual 2 Murid yang berkenaan dihantar terus untuk berjumpa dengan guru besar.

Kali pertama mengganggu rakan- 'Adam, peraturan kita ialah jangan ganggu rakan. Ini ialah amaran daripada saya.'

Kali kedua mengganggu rakan- 'Adam, peraturan kita ialah jangan ganggu rakan! awak telah memilih untuk berdiri di hadapan kelas.'

Kali keempat mengganggu rakan- 'Adam, awak tahu peraturan kelas kalau mengganggu rakan. Awak telah memilih untuk menelefon ibu awak.'

Kali kelima Adam masih mengganggu rakan- 'Adam, peraturan kita ialah jangan ganggu rakan. Awak telah memilih untuk berjumpa dengan Guru Besar. Tingkah laku yang melampau! kadang-kadang ada murid yang akan terus menunjukka tingkah laku disruptif yang melampau. 'Adam menumbuk rakan tidak dibenarkan dalam kelas ini. Awak memilih untuk berjumpa dengan Guru Besar sekarang juga. Kita akan berbincang kemudian.'

Rajah 2 Hierarki Tindakan Pembetulan Canter

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Seterusnya, kaedah yang menjadi asas dalam sebuah bilik darjah adalah susunan fizikal yang baik dalam bilik darjah, peraturan am yang ditetapkan oleh guru dan disiplin murid sewaktu berada di dalam kelas. Keceriaan perlu diwujudkan dipersekitaran sekolah dan bilik darjah untuk menghasilkan persekitaran yang kondusif kepada pembelajaran. Suasana persekitaran yang kondusif di sekitar sekolah diharapkan dapat menggamit kesungguhan pembelajaran. Selain itu, suasana yang kondusif melahirkan rasa senang hati dikalangan murid untuk fokus terhadap pelajaran mereka selain mereka berasa selamat dengan keadaan persekitaran mereka. Suasana yang kondusif juga membantu murid untuk berinteraksi sesama mereka. Hal ini berikutan murid tidakberasa malu atau segan apabila bertemu dengan rakan sekelas mereka kerana suasana yang menyeronokkan di dalam bilik darjah Akhir sekali, dalam usaha menguruskan kelas supaya dapat memenuhikriteria yang bersesuaian seorang guru perlulah terlebih dahulu memastikan saiz bilikdarjah yang digunakan, sistem pencahayaan yang ada di dalam bilik darjah itu samaada mencukupi atau tidak, pengaliran udara yang baik supaya murid selesa danperalatan bagi memudahkan murid dan guru dalam sesi pembelajaran dan pengajaran kelak. dikalangan murid-murid untuk membantu mereka mengutamakan

REFLEKSI INDIVIDU

Nor Fatihah Al-Zahra Binti Zawani 920824-11-5284

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan dengan segala nikmat yang dikurnia-Nya telah memudahkan saya untuk menyempurnakan Tugasan Projek bagi subjek Pengurusan Bilik Darjah bagi semester ini dalam tempoh yang ditetapkan iaitu yang bermula pada 11 Mac 2013 sehinggalah ke 7 April 2013. Jutaan terima kasih saya rakamkan kepada Encik Nazidi bin Othman yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan pada kali ini. Walaupun agak rumit pada mulanya, namun atas usaha yang gigih serta dorongan dan bantuan ahli keluarga serta kawan-kawan, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tugasan Projek pada kali ini dilaksanakan mengikut kumpulan iaitu seramai 5 orang sekumpulan. Sepanjang proses menyiapkan Tugasan Projek ini, pada permulaanya terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan proses untuk menyiapkan tugasan ini sedikit terganggu. Kami dikehendaki untuk membuat pemerhatian terhadap tingkah laku yang terdapat di dalam kelas semasa menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Namun, setelah saya melakukan perbincangan bersama pensyarah pembimbing dan rakan-rakan serta merujuk kepada buku-buku akhirnya saya berjaya mengatasi masalah yang timbul. Saya dan ahli kumpulan saya yang terdiri daripada 5 orang ahli telah berbincang bersama-sama tentang bagaimana hendak menyelesaikan tugasan ini memandangkan kami menjalani PBS di sekolah yang berbeza. Selain itu, kami juga merujuk ke Perpustakaan Ibnu Sina IPG Kampus Dato Razali Ismail, kami berjaya mengumpul beberapa buah buku

berkaitan dengan teori-teori yang bersesuaian, namun terdapat juga beberapa maklumat yang kurang lengkap. Kemudian, kami telah berkunjung ke Perpustakaan Negeri Terengganu. Di sana kami telah berjaya mengumpul beberapa buah buku yang dapat membantu kami melaksanakan tugasan ini. Selain itu, saya juga berhadapan dengan masalah untuk membahagikan masa dengan betul bagi melaksanakan tugasan ini. Ini disebabkan oleh tugasan ini dilaksanakan dalam masa cuti pertengahan semester dan minggu berikutnya pula kami dikehendaki untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah. Kemudian masalah ini dapat

saya atasi dengan menyusun jadual kerja agar tugasan ini dapat saya laksanakan dengan jayanya. Pada pendapat saya, tugasan ini banyak memberi pendedahan kepada saya berkaitan dengan pentingnya bagaimana seseorang guru perlu mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari semasa mengawal kelas. Saya juga telah diberi kesempatan untuk mengantikan beberapa kelas semasa menjalani proses PBS. Saya akui, walaupun pada mulanya agak susah untuk mengawal dan mengawasi pelajar di dalam kelas, namun, berbekalkan pengalaman yang diperoleh saya dapat mengawal kelas dengan baik. Antara masalah pelajar yang dapat saya kesan semasa menjadi guru ganti di kelas ialah antaranya seperti melawan cakap guru, menganggu rakan-rakan yang lain, terlalu aktif, banyak bercakap, tidak menumpukan sepenuh perhatian dan ada juga sebilangan pelajar yang terlalu pasif. Mereka ini seolah-olah berada di dalam dunia mereka yang tersendiri. Pelajar yang pasif ini lansung tidak memberikan respons terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlansung dan mereka juga sering menjadi mangas buli rakan-rakan yang lain. Melalui tugasan ini, kami dikehendaki untuk menyenaraikan beberapa tingkah laku pelajar yang menganggu proses pengajaran dan pembelajaran untuk berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan. Setelah kami mengesan beberapa pelajar yang agak bermasalah, kami telah mengadakan soal selidik bagi mengetahui kenapa pelajar tersebut bertindak sedemikian di dalam kelas. Pelajar-pelajar sekolah rendah biasanya akan lebih cenderung untuk mempamerkan emosi mereka kepada persekitaran.

Semasa kami mengadakan soal selidik tersebut, kami dapat mengetahui beberapa masalah yang menyebabkan pelajar tersebut bertindak sedemikian. Antara masalah yang biasa ialah ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk melayan kerenah anakanak mereka di rumah. Selain itu, ada juga pelajar yang datang dari latar belakang yang susah dan berasa tidak selesa berada di dalam kelas. Inilah faktor yang mendorong mereka bertindak yang tidak sepatutnya di dalam kelas. Dapat saya fahami bahawa, masalah-masalah seperti ini sangat mempengaruhi emosi pelajar. Mereka lebih cenderung untuk mempamerkan rasa tidak puas hati di sekolah. Namun begitu, sebagai seorang bakal guru, kita perlulah bijak dalam menagani masalahmasalah pelajar-pelajar ini. Kita perlulah mendekati mereka serta menasihati dan meminta agar mereka tidak lagi melakukan perkara yang sama berulang kali. Dengan kasih sayang yang ditonjolkan, pasti kita akan dapat mengatasi masalah-masalah ini.

Akhir kata daripada saya, saya telah memperoleh banyak ilmu sepanjang proses untuk saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Saya sangat berharap segala ilmu yang saya perolehi ini akan membantu saya meningkatkan pengetahuan yang sedia ada dan dapat saya gunakan ilmu ini bagi masa depan dan sentiasa diredhai oleh Allah.

Nurulhannan binti Zulkifli 920108-11-5136 Alhamdulillah... Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya bersama ahli kumpulan saya siapkan tugasan kerja kursus projek subjek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU 3104) dalam tempoh dan waktu yang telah ditetapkan, bermula 11 Mac hingga 7 April 2013. Dibawah bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah subjek, iaitu Encik Mohd Nazidi bin Othman, saya telah mendapat maklumat dan cara pelaksanaan tugasan kerja kursus projek EDU 3104 dengan jelas. Ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan saya dahulukan kepada pensyarah bimbingan yang telah banyak membantu dan suntikan semangat yang diberikan. Jutaan penghargaan dan terima kasih buat keluarga saya kerana telah banyak membantu dan mendorong serta memberi sokongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini sepanjang menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan cuti pertengahan semester baru-baru ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat pasangan Cikgu Nor Saidi Jaafar dan Ustazah Zarah Sidek, guru SMK Bukit Saujana, Port Dickson, guru-guru SK Panglima Adnan, Port Dickson, sahabat-sahabat dari kelas PAI 1 dan PAI 2, sahabt kumpulan PBS saya, Nor Fatihah Al-Zahra binti Zawani, serta ahli kumpulan tugasan EDU 3104 ini seramai lima orang. Segala kerjasama yang telah diberikan kalian telah meringankan tugasan yang diberi. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya dan empat orang ahli kumpulan telah mengadakan perbincangan kecil untuk pembahagian tugasan secara menyeluruh mengikut skop tugasan yang telah digariskan dalam kerja kursus yang diberikan. Dalam melaksanakan tugasan ini, terlebih dahulu saya telah pergi ke Perpustakaan Ibnu Sina IPGKDRI bersama sahabat saya untuk mencari sumber rujukan dari bahan bacaan ilmiah yang berkaitan dengan model-model pengurusan disiplin bilik darjah. Selain itu, saya juga telah mengadakan perbincangan bersaama ahli kumpulan dan meneliti rujukan-rujukan yang terdapat di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Kemudian, saya juga membuat tujukan melalui internet menerusi laman web-laman web ilmiah dan blog-blog yang memaparkan dan membincangkan perihal pengurusan disiplin bilik darjah secara berkesan, mengikut model-model pengurusan yang dsarankan oleh tokoh-tokoh ahli akademik. Disamping itu, saya juga telah menemu bual salah seorang ustazah di SK Panglima Adnan, Port Dickson semasa menjalani PBS mengenai masalah

tingkah laku murid di sekolah tersebut serta cara untuk mengatasi dan menangani masalah tersebut. Hal ini kerana, perangai dan budaya menghormati guru di sekolah tersebut agak kurang pada pandangan saya. Pada mulanya saya dan sahabat saya, Nor Fatihah Al-Zahra agak terkejut dengan masalah disiplin murid-murid tersebut. Murid-murid tersebut langsung tidak menghiraukan guru yang berada di dalam kelas untuk mengajar ketika itu dan bermain sesama mereka serta suasana kelas tersangatlah bising. Antara masalah disiplin kelas yang dapat saya perhatikan sepanjang menjadi guru pelatih di SK Panglima Adnan ialah berbual dalam kelas semasa guru memberi penerangan, bermain dengan rakan, tidak menghiraukan arahan guru, tidak menghormati guru, mengganggu rakan sekelas, berlari-lari diluar kelas, berdiri diatas meja, dan ada juga yang menari-nari dengan gaya yang tidak senonoh. Saya akui, mungkin cara pengurusan kelas dari saya sendiri sebagai seorang bakal guru masih terlalu lemah dalam menangani masalah-masalah tersebut, tetapi saya cuba sedaya upaya untuk mengawal keadaan kelas yang sangat teruk bagi saya. Ada juga dalam kalangan murid tersebut pasif dan seolah-olah berada dalam dunianya sendiri, tidak bercakap dengan mana-mana rakan kelas serta guru yang menyoal. Berdasarkan pengalaman mengajar di sekolah tersebut, saya cuba meneliti semula masalah-masalah disiplin tersebut dengan model-model yang telah dicadangkan untuk membendung masalah pengurusan bilik darjah yang timbul. Sejujurnya bagi saya, tugasan subjek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku ini telah banyak mengajar saya erti kesabaran dalam mendidik anak bangsa. Melalui tugasan ini juga telah membuka minda dan pandangan saya dalam keinginan untuk membantu dan membimbing murid-murid yang bermasalah disiplin yang teruk. Kerana bagi saya, mereka sangat memerlukan perhatian dan tunjuk ajar dari insan bernama guru disekolah untuk membentuk dan mentarbiah jiwa mereka menjadi insan sempurna. Perlu diingatkan juga buat saya dan sahabat-sahabat bahawa masalah disiplin murid mungkin disebabkan masalah daripada latar belakang keluarga mereka. Degan merujuk model-model yang yang telah dicadangkan oleh ahli-ahli akademik tersebut, sedikit sebanyak memberikan saya percambahan idea untuk mengatasi masalah pengurusan disiplin bilik darjah. Setelah diteliti kembali, masih terlalu banyak kelemahan saya dalam mengurus bilik darjah dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Sekian terima kasih...

MUHAMMAD IQRAM SYAWAL BIN IBRAHIM 921231 - 11 - 5283 Bersyukur saya ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-NYA akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini tepat pada waktunya walaupun menghadapi pelbagai masalah. Namun begitu itulah yang perlu dilalui untuk berjaya kerana kejayaan tidak akan datang secara bergolek dan halangan juga mampu menjadikan seseorang lebih matang. Setinggi-tinggi ucapan syukur saya panjatkan ke hadratNya kerana telah diberi kekuatan mental dan fizikal serta kelancaran kepada saya sepanjang mempelajari serta menyiapkan tugasan bagi subjek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU 3104) iaitu berkenaan dengan masalah disiplin murid dalam kelas. Apa yang saya fahami pengurusan diertikan sebagai satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Mempelajari subjek ini bersama Encik Mohd Nazidi bin Othman telah berjaya memberikan gambaran kepada saya suasana pengurusan bilik darjah yang bakal saya tempuh. Pelbagai kekangan dan permasalahan akan wujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru berhadapan dengan tiga cabaran yang besar iaitu kerenah murid, memastikan hasil pembelajaran tercapai dan hambatan masa. Guru yang berwibawa bijak bertindak sebagai penyelesaian masalah, memperjelaskan objektif-objektif setiap perkara yang melibatkan bilik darjah termasuk pengajaran dan pembelajaran serta penilaian (pentaksiran), keceriaan, dan pengurusan murid sebagai pelanggan utama. Selain itu, semasa menyempurnakan Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan (Felda) Pasir Besar, saya sempat menemubual seorang guru yang sangat berpengalaman iaitu Ustazah Hanisah bin Harun. Menurut beliau, guru yang

berwibawa sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan tugas yang diamanahkan, kreatif dan innovatif, dedikasi, adil, cekap, mesra, periang, bertimbang rasa, bersikap terbuka, tenang, sabar dan sentiasa bersedia untuk mendengar rungutan, kritikan dan teguran yang dianggap sebagai cabaran dalam kerjaya. Pengurusan tanpa cacat (zero defect) yang peka dan

sentiasa mencari pendekatan baru untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan serta kekurangan yang menjadi punca kepada pembaziran dan kegagalan di samping memiliki

gaya pengurusan kualiti yang mencakupi semua aspek keberkesanan program dan bertindak dengan cekap.

bagi meningkatkan produktiviti,

Tambah beliau lagi suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk

membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang wujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan. Beliau memberi bayangan yang jelas kepada saya tentang profession perguruan yang selama ini saya masih kabur mengenainya. Pada kali ini juga, kami dikehendaki untuk melakukan kajian kes berkenaaan salah satu daripada masalah disiplin yang ditimbulkan oleh murid di kelas. Kami dikehendaki membuat pemerhatian keatas murid dalam kelas ketika menyempurnakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan akhirnya kami sepakat membuat kajian berkenaan murid melawan guru bagi kajian tugasan kami. Sepertimana yang kita maklum, fenomena murid melawan guru pada masa kini adalah sesuatu perkara yang tidak pelik untuk berlaku. Justeru, kita sebagai seorang guru haruslah peka dengan permasalahan ini. Selain itu juga, kami juga dikehendaki menetapkan pendekatan masalah tersebut berpandukan mana-mana model pengurusan disiplin bilik darjah. Antara model yang telah kami pilih ialah Model

Modifikasi Tingkah Laku B.F.Skinner dan Model Akibat Logikal Dreukurs. Untuk masalah atau kes yang kedua kami kenalpasti ialah, murid suka menggangu rakan mereka. Hal ini sering terjadi apabila pengajaran dan pembelajaran berlaku. Rakan kepada murid tersebut seakan-akan hilang tumpuan terhadap pembelajaran, seterusnya pengajaran dan pembelajaran pasti terganggu. Setelah berbincang kami merasakan teori Asertif Canter amat sesuai bagi menangani masalah tersebut. Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam

persekitaran bilik darjah kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar. Antara kekuatan yang dapat saya lihat semasa menjalankan tugasan ini ialah semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan kami. Setelah mendapat tugasan, kami telah membahagi-bahagikan antara kami bahagian yang perlu dilaksanakan. Saya, Izzuddin, Hanif bersama dua puteri dalam kumpulan kami iaitu Hannan dan Fatihah telah mendapat tugasan untuk membuat satu kajian kes yang melibatkan analisis masalah,

responden yang terpilih serta cara mengatasi masalah tersebut berdasarkan model-model yang dipilih. Alhamdulilah setiap ahli kumpulan saya memainkan peranan masing-masing dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kekuatan lain yang dapat saya lihat ialah pemerolehan ilmu. Melalui

tugasan pada kali ini, pengetahuan saya berkenaan dengan subjek ini semakin bertambah terutamanya berkenaan dengan model pengurusan disiplin dalam bilik darjah ini. Jika

sebelum ini, saya pembelajaran saya lebih kepada teori namun apabila menerima tugasan ini, saya belajar bagaimana mengaplikasikan model-model yang dipelajari di dalam kelas. Melalui tugasan ini juga, saya dapat melihat dan juga mengkaji berkenaan permasalahan disiplin murid di sekolah terutamanya yang berkaitan dengan murid yang melawan guru. Hasilnya,saya dapat mengenalpasti punca-punca dan juga cara mengatasi permasalahan ini. Harapan saya, agar melalui ilmu yang dapat saya timba melalui tugasan ini dapat saya amalkan dan laksanakan apabila berhadapan dengan situasi yang sebenar. Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang melaksanakan tugasan ini diberkati oleh Allah S.W.T. Kesimpulannya, kerja kursus ini sangat membantu kami untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar dan orang ramai bagi membimbing mereka membina jati diri yang lebih baik untuk membentuk diri, masyarakat dan negara yang lebih bertamadun serta melahirkan masyarakat yang berbangga dengan permainan nenek moyang mereka. Di samping itu ilmu-ilmu yang saya perolehi akan saya aplikasikan dalam kehidupan seharian dan berguna kepada saya untuk mendidik para pelajar yang akan saya hadapi kelak. Akhir kata, saya berharap kerja kursus ini perlu diteruskan kerana ianya sangat membantu saya dalam likuliku untuk menjadi seorang guru.

NIK MOHD HANIFF BIN NIK SOH 920319-11-5451 Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia nikmat-Nya,saya telah berjaya menyiapkan Kerja Kursus Pendek (KKP) untuk Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ini dengan cemerlang. Melalui kerja kursus ini, saya telah mengetahui kaedah yang sepatutnya menjadi asas dalam pengurusan bilik darjah. Selain itu, saya juga Berjaya mendalami matlamat atau kepentingan mengenai pengurusan bilik darjah ini. Melalui kerja kursus ini, saya juga mengetahui prinsip-prinsip asas yang praktikal dan kos efektif dalam mereka bentuk bilik darjah dan penyusunannya. Hal ini secara langsung dapat memberi persediaan awal kepada saya untuk bersedia pada masa hadapan supaya saya dapat menguruskan sebuah bilik darjah dengan baik dan seterusnya melahirkan individu murid yang berketrampilan dan produktif. Kerja kursus sebegini sebenarnya memberi banyak kebaikan dalam usaha meningkatkan prestasi dalam profesion perguruan. Dikala proses menyiapkan kerja kursus ini, secara langsung atau tidak langsung telah menambahkan lagi ilmu pengetahuan melalui rujukan, perbincangan dan juga kajian yang telah dilakukan. Di sini juga saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan dengan pengalaman saya sewaktu menjalankan kajian ketika mana saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Pusat Jerteh. Di sana, saya perlu melakukan pemerhatian dan temubual dengan guru untuk menyempurnakan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya telah berpeluang untuk memerhati beberapa buah kelas tahap satu dan dua semasa saya menjalani PBS di SKPJ. Namun begitu, tidak banyak yang dapat saya perhatikan kerana sepanjang minggu saya berada di SKPJ itu, murid-muridnya sedang menjalani ujian penggal dan hanya tahap satu yang berakhir pada hari khamis iaitu pada 21 Mac 2013. Ketika saya menjaga kelas tahun 1 Gigih menjalani ujian penggal mata pelajaran matematik, keadaan mula menjadi bising apabila ramai murid yang sudah berjaya menyiapkan soalan ujian yang diberikan. Situasi begitu agak mengganggu murid-murid lain yang masih belum menyiapkan jawapan mereka. Saya berusaha untuk meminta mereka diam dan duduk di tempat masing-masing tetapi ternyata gagal. Masalah disiplin bagi kelas 1 Gigih tersebut ialah tingkah laku disruptif iaitu perlakuan yang mengganggu, mengacau dan mengendalakan aktiviti dalam bilik darjah. Sehinggalah saya terpaksa menggunakan bahan seperti bulu ayam dan mengetuk pada meja sambil memarahi mereka untuk diam dan duduk di tempat masing-masing. Saya juga terpaksa untuk memberikan peneguhan negatif kepada mereka dengan tidak membenarkan mereka rehat jika mereka tidak patuh pada arahan saya.

Kemudian saya juga berpeluang untuk menjaga kelas tahun 5 Damai untuk menjalani ujian penggal mata pelajaran sains. Sementara menunggu masa untuk menjalani ujian, saya memberi mereka masa untuk mengulangkaji pelajaran dan membaca buku serta berbincang dengan rakan-rakan jika perlu. Namun, saya dapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang melakukan kesalahan tingkah laku dan disiplin di bawah pengawasan saya. Terdapat murid yang berkumpul dan berbual-bual sehingga menggangu ketenteraman kelas, mengusik kawan, berkejar-kejaran hingga ke luar kelas serta mengganggu rakan yang sedang membaca buku. Mereka semua saya dapati mempunyai tingkah laku disruptif juga seperti kelas tahun 1 Gigih tadi. Walaubagaimana pun, mereka lebih mudah ditegur dan dimarahi kerana mereka sudah berada dalam tahun 5 dan lebih memahami dan menghormati saya sebagai seorang guru berbanding murid tahun 1 yang lebih gemar bermain dan mengejar keseronokan di dalam kelas dan juga bersikap manja. Pada hari terakhir saya menjalani PBS di SKDB, tahun 1 sudah tamat menjalani ujian penggal dan memulakan pengajaran dan pembelajaran kelas seperti biasa. Pada hari tersebut saya berpeluang untuk melakukan pemerhatian terhadap kelas tahun 1 Kasih semasa kelas Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris berlangsung. Selain itu, saya juga berpeluang untuk menemuramah Encik Fauzi Deraman sebagai guru Pendidikan Jasmani dan guru kelas tahun 1 Kasih dan juga melakukan sedikit temubual terhadap Puan Siti Nur Hazwani bt Hamzah sebagai guru bahasa inggeris mereka. Semasa kelas Pendidikan Jasmani berlangsung di padang, saya mendapati bahawa suasana kelas adalah terkawal dibawah bimbingan dan pengawasan En Fauzi Deraman. Namun saya juga mendapati bahawa terdapat dua orang murid yang tidak memakai pakaian sukan dan diarahkan untuk duduk di tepi padang dan memerhatikan rakan-rakan mereka melakukan aktiviti pendidikan jasmani. Masalah disiplin tersebut juga dikenali sebagai masalah disiplin bersifat disruptif. Semasa melakukan aktiviti di padang, saya mendapati bahawa semua murid tahun 1 Kasih dapat mematuhi arahan dan peraturan guru mereka. Ini kerana aktiviti yang mereka jalani merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan tidak memerlukan mereka menggunakan otak untuk berfikir seperti mata pelajaran yang lain. Menurut En Fauzi Deraman sebagai guru kelas tahun 1 Kasih, semasa di dalam kelas biasanya murid-murid mempunyai beberapa tingkah laku bermasalah seperti kurang memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar di hadapan kelas. Mereka tidak memberikan tumpuan sepenuhnya dan asyik berbual-bual dengan rakan di sebelahnya.. Masalah-masalah tingkah laku tersebut mungkin berpunca daripada beberapa sebab. Menurut Myer (2004 dalam Akhiar Pardi, 2012) salah laku boleh terjadi apabila murid merasakan diri mereka baik atau sebaliknya, ketika berasa tidak sihat, letih, menghadapi

tugasan yang mencabar, gelisah, gugup, sedih, kecewa atau ketika menghadapi masalah yang serius. Antara sebab berlakunya salah laku bermasalah dalam bilik darjah ialah murid ingin mendapatkan perhatian daripada guru dan rakan-rakannya. Murid sebegini mungkin mempunyai masalah kekurangan kasih sayang dan perhatian di rumah, maka mereka datang ke sekolah dengan melakukan masalah tingkah laku seperti berbuat bising dan bercakap dengan kuat dengan harapan untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri mereka. Selain itu, murid yang gemar bercakap dengan kuat dan berbuat bising itu mungkin mempunyai amalan dan budaya sebegitu sejak di rumah lagi dan mereka tidak mengetahui bahawa tingkah laku mereka itu adalah salah dan boleh mengganggu orang lain dalam bilik darjah. Antara sebab murid gemar mengganggu dan mengacau rakan mereka semasa di dalam bilik darjah ialah, mereka mempunyai sikap yang mudah bosan dan ingin menunjukkan kekuasaannya. Murid ini akan mengganggu rakan mereka tanpa tujuan yang munasabah dan mereka berasa seronok kerana dapat mengganggu rakan mereka dan terlepas dari hukuman jika guru tidak mengambil sebarang tindakan. Teknik pengajaran guru yang tidak bervariasi dan membosankan boleh menyebabkan murid bertindak sedemikian kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan tidak

menyeronokkan. Semasa pulang semula ke IPGKDRI, saya bersama dengan rakan-rakan ahli kumpulan saya telah besama-sama menggabungkan maklumat-maklumat yang kami perolehi semasa menjalani proses PBS di sekolah masing-masing untuk menyiapkan tugasan ini. Saya dapati hubungan diantara kami semakin akrab. Kami juga dapat melaksanakan tugasan ini dengan lancar sekali apabila setiap ahli kumpulan kami memberikan sepenuh komitmen mereka. Seterusnya, menerusi proses pencarian sumber maklumat dan rujukan untuk kerja kursus ini saya bersama dengan ahli kumpulan saya berjaya mendisiplinkan diri untuk mendekatkan diri dengan perpustakaan yang merupakan gedung ilmu. Hal ini sejajar dengan sikap yang sepatutnya ada pada setiap guru dan sebagai bakal guru saya berasa bangga dan bersyukur kerana berjaya mengubah sikap. Akhir sekali, di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah saya, Encik Nazidi Othman kerana bayak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan saya Izzudin, Syawal, Fatehah, dan Hannan kerana bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini.

REFLEKSI MOHD IZZUDDIN BIN MD YASIN 920323-11-557

Seifiniti rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah nikmat dan keizinan-Nya dapat jua saya ,Mohd Izzuddin bin Md Yasin menyiapkan Tugasan Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU 3104) dalam masa yang ditetapkan. Demi menyiapkan tugasan ini ,saya dan rakan kumpulan telah membahagikan skop-skop tugasan dengan adil dan juga berdasarkan kemahiran ahli-ahli kumpulan sebelum bermulanya tempoh

Pengalaman Berdasarkan Sekolah (PBS) . Hal ini sedemikian kerana, kami dikehendaki untuk melakukan pemerhatian terhadap beberapa tingkah laku pelajar yang tidak berdisiplin di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran (PDP) dijalankan. Melalui pemerhatian kami dan soal selidik yang dijalankan dengan pihak tenaga sekolah, kami mendapati bahawa masalah tingkah laku oleh pelajar adalah perkara biasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, setiap insan yang bergelar guru tidak dapat tidak pasti akan menghadapi kejadian ini iaitu masalah tingkah laku oleh pelajar dalam perjalanan sebagai seorang guru. Oleh itu, kami guru pelatih IPG yang juga bakal menyandang jawatan sebagai seorang guru kepada generasi baru negara perlulah siap siaga membekalkan sebanyak mungkin ilmu untuk menghadapi salah satu cabaran dalam kerjaya perguruan ini. Sepanjang tempoh kami berada di sekolah, kami dapat merekod 2 jenis salah laku pelajar semasa pengajaran iaitu pelajar melawan cakap guru dan pelajar yang suka

mengaggu pelajar lain. Untuk merekod kejadian ini kami telah berkolaborasi dengan guru kelas untuk melihat sendiri masalah pelajar dengan mata kasar bukan hanya melalui lisan semata-mata. Di samping itu, kami juga sempat mengambil gambar selaku bukti pemerhatian kami. Dengan melakukan kolaborasi bersama warga sekolah, kami dapat meningkatkan keupayaan kami dalam aspek pergaulan . Selaku bakal guru, memang menjadi lumrah bagi kami menghormati dan meminta bantuan daripada tenaga pengajar yang lebih berpengalaman supaya segala yang kami kerjakan menjadi mudah. Selain daripada penambahan ilmu pengetahuan tentang selok belok dunia pendidikan daripada guru-guru senior, kami juga diterapkan dengan nilai-nilai murni yang lain iaitu bersikap demokrasi dengan pelajar. Seorang guru hendaklah bersikap demokrasi terhadap murid-muridnya bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

Apa yang dimaksudkan dengan demokrasi disini ialah memberi ruang kepada pelajar untuk membina sesuatu perkara berdasarkan kehendak mereka dan bukanlah hanya guru yang menentukan semua perkara dalam kelas. Dengan adanya sifat demokrasi pada seorang guru, suasana kelas akan lebih ceria kerana pengajaran yang sebegini dapat mengelakkan kebosanan murid dan murid lebih bergerak aktif dalam aktiviti kelas. Keterpaksaan untuk menuntut ilmu juga dapat dihindari dengan mewujudkan sisitem demokrasi. Tugas seorang guru bukan hanya memberi ilmu bahkan skop pekerjaan ini lebih meluas sehingga merangkumi aspek emosi pelajar, tingkah laku pelajar, dan daya sosial pelajar. Semua aspek-aspek yang dinyatakan itu amatlah penting dalam tempoh

pembesaran seseorang kanak-kanak. Oleh itu, guru perlulah memainkan peranan yang penting bagi memastikan pelajar dapat menguasai dan menstabilkan tahap emosi, tingkah laku dan sosial pelajar untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Dalam proses menyiapkan tugasan, kami dikehendaki untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang direkod berdasarkan teori-teori yang ada. Bagi mencari teori-teori yang berkaitan dengan masalah yang timbul kami telah menggunakan pelbagai sumber rujukan antaranya buku-buku ilmiah dan juga daripada laman sesawang. Menggunakan internet sebagai tempat mencari bahan rujukan bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga dapat menhubungkan kami sekumpulan yang berada jauh antara satu sama lain. Kami sekumpulan telah menggunakan laman sosial Facebook sebagai penghubung utama kami untuk melakukan perbincangan kerana semasa proses menyiapkan tugasan ini kami berada di kampung halaman masing-masing. Secara tidak lansung, internet memberikan manfaat yang berganda kepada kami sekumpulan kerana bukan sahaja memudahkan kami mencari bahan yang dikehendaki tetapi juga memudahkan kami berhubung antara satu sama lain. Cadangan pelan pelaksanaan guru sekiranya berlaku masalah tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran telah membuka minda saya betapa pentingnya

mendalamani ilmu ini sebelum menjejakkan kaki ke dunia perguruan. Gagal atau berhasilnya usaha guru merupakan perkara yang kedua. Yang utamanya ialah guru sudah berusaha. Tidak semua pelajar dapat diselamatkan. Tidak semua pelajar boleh dibentuk..Guru perlu sedar akan hakikat itu.Yang pentingnya, guru meminimumkan jumlah pelajar yang sedemikian Yang pentingnya ialah biarpun tidak cemerlang dalam pelajaran, tetapi biarlah pelajar-pelajar yang keluar daripada alam persekolahan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Kita ingin melahirkan generasi akan datang mengikut acuan kita sendiri. Biarpun mungkin bentuknya tidak cantik tetapi yang pentingnya rasa kuih yang dihasilkan adalah sedap. Mungkin pelajar yang bermasalah ini tidak dapat dibentuk menjadi doktor mahupun

peguam ataupun apa-apa pekerjaan kolar putih, namun yang lebih penting ialah mereka dapat menjadi warganegara Malaysia yang dapat menyumbang kepada kemakmuran negara. Walaupun pelajar kita menjadi tukang sapu namum tukang sapu yang ingin kita hasilkan ialah tukang sapu yang rajin bekerja, yang mempunyai budi pekerti yang tinggi dan yang menghindarkan diri daripada perlakuan jenayah. Mereka ini pasti dapat memberi sumbangan dalam pembangunan negara Seikhlas hati saya menyatakan bahawa saya bersyukur dan berterima kasih kerana tugasan ini telah menyedarkan saya betapa pentingnya kerjaya guru. Selain itu, tugasan ini juga secara lansung mempersiapkan diri saya untuk menjadi warga pendidik di Malaysia. Impian saya selaku guru ialah melahirkan modal insan yang berjaya sejajar dengan wawasan Falsafah Pendidikan Negara.

BIBLIOGRAFI
Ang, J. E. (2007). Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Keow, C. L. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Sang, M. S. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia.

Sapora Sipon, R. H. (2011). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Bandar Baru Nilai: ROMD Enterprise.

Yahaya, A. S. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Bentong: PTS Publication & Distributors.

INTERNET : 1. http://notakursusdalamcuti.blogspot.com/2011/12/pengurusan-bilik-darjahdinamik.html 2. http://www.docstoc.com/docs/56681577/pengurusan-bilik-darjah 3. http://spailmiah.blogspot.com/2009/03/renungan-pendidikpengurusanbilik.html 4. http://mohdborhanjamaluddin.blogspot.com/2013/02/pengurusan-bilik-darjahsatu-kajian.html