Anda di halaman 1dari 16

EED 3218

KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH


TAJUK : STRATEGI PEMBELAJARAN PEDAGOGI PRODUKTIF DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Latar Belakang Pedagogi Produktif Pedagogi Produktif adalah kaedah yang digunakan di dalam bilik darjah yang fokusnya adalah memberi arahan yang bertujuan untuk meningkatkan hasil pembelajaran murid. Ia juga adalah nama yang diberikan kepada model multidimensional latihan di bilik darjah. Pedagogi Produktif diperkenalkan memandangkan sesetengah strategi yang digunakan oleh guru hanya sesuai untuk teknik

pengajaran yang tertentu sahaja dan bergantung kepada kumpulan atau sebagainya. Guru harus membuat pemilihan untuk menggunakan teknik yang dirasakan sesuai. Pedagogi produktif berbeza dengan pendekatan lain kerana ia tidak fokus kepada satu kaedah pengajaran sahaja. Guru boleh memilih dan mengembangkan strategi pengajaran dengan kepelbagaian gaya, pendekatan dan latar belakang murid-murid.

Konsep Pedagogi Produktif Menurut Profesor Jenny Gore dari Universiti Of Newcastle, Pedagogi Produktif yang menarik adalah penting untuk menarik minat murid. Selain itu beliau juga menyatakan pendidikan seharusnya menekankan persekitaran pembelajaran, kemahiran khusus dan sukatan pelajaran. Persekitaran yang menyokong kelas sosial adalah di mana pelajar mampu untuk mempengaruhi sesuatu aktiviti dan bagaimana

ia diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Jenny lagi ia bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang mempunyai jangkaan yang tinggi oleh pelajar bagi menggalakkan mereka mengambil risiko dalam pembelajaran.

Ciri-ciri Pengajaran Pedagogi Produktif Pedagogi Produktif lebih menekankan kepada guru. Guru dinilai berdasarkan skor iaitu skor tertinggi dan skor terendah. Antara aspek yang ditekankan adalah: Rasa tanggungjawab terhadap murid Keberkesanan pengajaran dalam meningkatkan hasil pembelajaran murid Guru perlu menyedari peranan mereka sebagai guru. Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kurikulum

Ciri-ciri Guru Dalam Skor Tertinggi Mengakui tidak boleh memaksa murid-murid belajar Bertanggungjawab menyediakan peluang untuk pembelajaran murid Menganggap diri sebagai fasilitator Memfokuskan kepada kandungan dan kemahiran bukannya isi kandungan pembelajaran Bersedia untuk bercakap tentang kelemahan diri dan mengatasi kelemahan tersebut

Guru Dalam Kategori Skor Rendah Menganggap diri sebagai penyampai maklumat Berkeyakinan murid bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembelajaran mereka Menganggap bahawa hanya sesetengah pelajar yang akan belajar dan selebihnya tidak minat belajar. Hanya memberi fokus kepada kandungan bukan kepada konsep dan kemahiran

Jarang membuat penilaian pengajaran dan pembelajaran yang dibuat. Sering merungut kerana kekurangan masa untukmenghabiskan sukatan.

Dalam pedagogi produktif terdapat 4 dimensi iaitu : 1.Kualiti intelektual 2.Relevensi (keterhubungan) 3.Persekitaran bilik darjah yang menyokong 4.Pengetahuan perbezaan

1. Kualiti Intelektual
Strategi Tahap pemikiran yang tinggi Aktiviti -murid menyenaraikan isi-isi penting berdasarkan petikan dalam bentuk peta minta, peta konsep atau grafik -soal jawab tentang sesuatu topik dan murid memberi pendapat mengenai tajuk. -perbincangan tentang gambar yang dipamerkan -memberi satu situasi kepada murid, murid memberi pendapat dan idea berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Teka silang kata,sehari 10 perkataan baru, kuiz

Pengetahuan yang mendalam

Perbualan substantif Masalah pengetahuan

Metabahasa

2. Relevansi (keterhubungan)
Strategi Aktiviti

Pengintegrasian pengetahuan Latar belakang pengetahuan pelajar Penghubungan dengan dunia

Keratan akhbar Soal jawab, membaca pofil

Penggunaan teknologi maklumat seperti internet.

Kurikulum berteraskan masalah

Perbincangan dengan pelajar,rakan sebaya

3. Persekitaran Bilik Darjah Yang Menyokong


Strategi Pengawalan murid Sokongan sosial Penglibatan Kriteria tersurat Aktiviti Arahan yang jelas, tepat dan mudah difahami Penyediaan bilik darjah yang kondusif Aktiviti berkumpulan, berpasangan Membuat ujian rujukan kriteria seperti lembaran kerja, kerja kursus & latihan bertulis. Mendedahkan isu sebenar melalui aktiviti membaca, menulis, menganalisa dan mengkritik.

Pengetahuan kendiri

4. Pengakuan perbezaan
Strategi
Persekitaran budaya

Aktiviti
Pembentukan kumpulan tidak hanya tertumpu pada satu kaum, bercerita, Aktiviti berkumpulan seperti pembentangan dan perbincangan

Inklusif Ekspositori / naratif Kumpulan identiti kewarganegaraan

Kelebihan Kaedah Pedagogi Produktif


Berpusatkan murid P&P lebih bersifat positif kerana guru mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap semua murid Murid mendapat peluang pendidikan yang sama rata Pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran diterapkan Kandungan pelajaran tidak ditekankan, penekanan lebih kepada penguasaan kemahiran dan konsep Kaedah p&p yang dirancang mengambil kira latar belakang murid, gaya pembelajaran,minat dan kebolehan murid.

Kekurangan Kaedah Pedagogi produktif


Kesukaran mengawal kelas sekiranya jumlah murid ramai Guru perlu menyelidik setiap latar belakang murid, minat dan kebolehan Guru menganggap semua kaedah yang digunakan semuanya sama

Bibliografi
Boon Pong Ying & Ragbir Kaur. (1998) Psikologi II (Semester II). Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur Haliza Hamzah & Samuel, J.N. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam : Oxford Fajar Mok Soon Sang. (2009). Teks Komprehensif P.T.K. Fungsi Pengajaran Dan Pembelajaran(P&P). Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012) Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI (Pedagogi).Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

http://www.anglefire.com/linux/kapiljain/Productive Pedagogy.html
http://education.qld.gov.au/public_media/reports/curriculumframework/qsrls/ html/abt_ppc.html

Anda mungkin juga menyukai