Anda di halaman 1dari 29

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) 1.

0 PENDAHULUAN

HBML3103

Pantun merupakan seni sastera tulen kepunyaan orang Melayu.Inilah warisan tradisi Melayu yang secara tidak langsung mempamerkan budaya bangsanya.Pantun juga melambangkan jati diri orang Melayu.Pantun adalah pengucapan lisan oleh masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi. Wan Abdul Kadir Wan Yusuf(1996) menyatakan bahawa pantun lahir dan berkembang di dalam masyarakat Melayu yang buta huruf dan sebagai warisan tradisi lisan, penciptaan pantun dilakukan dengan rapi sehingga dapat menghasilkan susunan kata-kata yang indah dan menarik.Ianya diminati oleh semua lapisan masyarakat.Malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu terungkap melalui pantun.Pantun diperdengarkan di majlis-majlis rasmi rakyat biasa mahupun di sitana atau sekadar usikan dan gurauan kawan-kawan serta tetangga. Terdapat pantun-pantun yang memperlihatkan aspek pendidikan kepada seorang kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa sendiri.Pantun sesuai diucapkan oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak.

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001)

HBML3103

Menerusi pantun secara tidak langsung terpancar kehalusan budi, falsafah, dan pandangan hidup masyarakatnya. Menurut Khadijah Hashim (2005), bait-bait pantun bukan sekadar himpunan kata-kata indah, tetapi paparan emosi dan akal budi insan. Pantun dilafazkan secara berbalas-balas atau soaljawab yang mengandungi nilai estetika yang tinggi dan pemikiran yang mendalam tentang sesuatu perkara.Isinya padat dengan nasihat, peribahasa, motivasi, gurauan, luahan hati dan seumpamanya.Dalam gelak tawa pantun diucapkan, rupa-rupanya ada sindiran tajam menusuk hati atau gurau senda yang mencetuskan gelak tawa. Durian segantang dibuat lempuk, Buah duku masak segugus, Liatnya hutang rebus tak empuk, Tahannya malu goreng tak hangus! ( Khadijah Hashim, 2005) Pantun juga digunakan oleh peniaga dan pengiklan sebagai satu cara untuk melariskan jualan, contohnya, Kek lapis dan kuih bahulu, Menjadi juadah di hari raya, Kalau puan-puan ingin tahu, Semua perkakasan ada di IKEA. ( Utusan Malaysia, 2006)

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) 1.1 Objektif

HBML3103

Objektif penulisan tugasan ini ialah, i. Mendefinisikan pantun berdasarkan bahan bacaan dan tokoh-tokoh bahasa. ii. Menyediakan sebuah rancangan pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 6 dengan aktiviti berbalas pantun sebagai focus utama. iii. Menghuraikan kekuatan dan kelemahan aktiviti berbalas pantun di dalam sebuah Pengajaran dan Pembelajaran. 1.2 Sejarah Pantun

Pantun adalah genre kesusasteraaan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau (Anwar Ridhwan, 2004). Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagai alat komunikasi.Pantun

bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas.Ia begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat Nusantara dan Malaysia. Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek. Pantun juga didapati turut berkembang di selatan Burma, Kepulauan Cocos, Sri Lanka, Kemboja, Vietnam serta Afrika Selatan. Ini berlaku kerana pengaruh imigran dari Indonesia dan Malaysia.Pantun di Indonesia dan Malaysia telah ditulis sekitar empat abad yang lalu. Malah, ia mungkin berusia lebih tua daripada itu seperti tertulis dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Zabadalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama.Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau aiti panuntun yang bermaksud pembimbing atau penasihat yang berasaskan sastera kisan dalam pengucapan pepatah dan petitik yang popular dalam masyarakat tersebut. Sehingga hari ini pantun sering digunakan dalam ucapan peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majli-majlis

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001)

HBML3103

rasmi.Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.

2.0

DEFINISI PANTUN DAN CIRI-CIRINYA

Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara.Dalam bahasa Jawa, misalnya dikenal sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan.Lazimnya pantun terdiri atas empat larik iaitu empat baris bila dituliskan, bersajak akhir dengan pola a-b-a-b.pantun tidak boleh ditulis dalam pola a-a-a-a, atau a-b-b-a mahupun a-a-b-b. Pantun pada mulanya merupakan sastera lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis. Menurut Kamus Dewan (1986), pantun ialah sejenis puisi lamaa yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud. Menurut Kamus Sastera Melayu Terkini (200) pula, srtiap rangkap terdiri atas sampiran dan maksud.Rima akhirnya a-b-a-b.Ada pantun 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14 dan 18 (kerat) baris serangkap serta pantun berkait.Namun, pantun empat keratlah yang paling popular. Menurut Dr R Brandsetter, seorang ahli dalam perbandingan bahasa berkata bahawa pantun berasal dari kata akar nun yang terdapat dalam pelbagai bahasa Nusantara. Dalam bahasa Pampanga, tuntun bermaksud teratur; dalam bahasa

tagalog tonton bererti bercakap mengikut aturan tertentu; dalam bahasa Jawa Kuno, tonotn bererti benang dan atuntun yang bererti teratur dan matuntun yang bererti memimpin; dalam bahasa Toba pantun bermaksud kesopanan dan kehormatan. Dalam Bahasa Melayu, pantun bermaksud quatrain, itu sajak berbaris empat, dengan rima a-b-a-b. Sedangkan dalam bahasa Sunda, pantun bermaksud cerita panjang yang bersajak dan diiringi muzik. Menurut Harun Mat Piah (1997), Sejarah dan perkembangan pantun Melayu amat jelas membuktikan pantun adalah milik bangsa dan tamadun Melayu. Pemahaman terhadap pantun Melayu sewajarnya mengambil kira beberapa aspek sastera dan budaya Melayu sendiri.

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001)

HBML3103

Semua bentuk pantun terdiri atas dua bahagian: sampiran danisi. Sampiran adalah dua baris pertama, kerapkali berkaitan dengan alam yang kebanyakannya mencirikan budaya masyarakat setempat dan biasanya tidak punya hubungan maksud dengan bahagaian kedua yang menyampaikan maksud selain untuk mengantarkan rima/sajak.Dua baris terakhir merupakan isi, yang merupakan tujuan dari pantun tersebut.

2.1

Ciri-Ciri Pantun

Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut: i. Mengandungi empat kerat atau empat baris.

ii.

Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

iii.

Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

iv.

ada hubungan antara pembayang (dua baris di atas) dan maksud (dua baris di bawah). Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) v.

HBML3103

Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a . Pantun di bawah mengandungi empat patah perkataan dan sembilan suku kata setiap baris.Berikut ialah contoh pantun yang baik :

Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/, Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/, Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/, A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

vi.

Ayat-ayatnya disusun dengan bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.

vii.

Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema). Biasanya maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup.

viii.

sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai perspektif nilai hidup masyarakat yang melahir yang dan

menggambarkan menggunakannya.

masyarakat

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) 3.0 JENIS-JENIS PANTUN DAN FUNGSINYA

HBML3103

Pantun Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu jenis pantun dan bentuk pantun.

PANTUN MELAYU

JENIS PANTUN

BENTUK PANTUN

Pantun Adat Pantun Agama Pantun Budi Pantun Jenaka Pantun Kepahlawanan Pantun Kias Pantun Nasihat Pantun Percintaan Pantun Peribahasa Pantun Teka-teki 2 kerat 4 kerat 6 kerat 8 kerat 10 kerat Pantun berkait

Pantun adalah salah satu jenis puisi lama, memiliki kekhasan iaitu terdiri dari 4 larik/baris, dimana 2 baris pertama disebut sebagai pembayang maksud, sedangkan 2baris terakhir disebut sebagai maksud. Adapun pantun mempunyai sajak akhir dengan pola a-b-a-b atau a-a-a-a.

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) 3.1 Jenis-Jenis Pantun

HBML3103

Pantun sendiri dikelompokkan menjadi bermacam-macam jenis. Berikut ini adalah beberapa jenis pantun yang disertai dengan contohnya:

i.

Pantun Adat Lebat daun bunga tanjung Berbau harum bunga cempaka Adat dijaga pusaka dijunjung Baru terpelihara adat pusaka

ii.

Pantun Agama Daun terap di atas dulang, Anak udang mati dituba; Dalam kitab ada terlarang, Yang haram jangan dicoba.

iii.

Pantun Budi Biarlah orang bertanam buluh, Mari kita bertanam padi; Biarlah orang bertanam musuh, Mari kita menanam budi.

iv.

Pantun Jenaka Naik kebukit membeli lada, Lada sebiji dibelah tujuh; Apanya sakit berbini janda, Anak tiri boleh disuruh.

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) v. Pantun Kepahlawanan Esa elang kedua belalang, Takkan kayu berbatang jerami; Esa hilang dua terbilang, Takkan Melayu hilang dibumi.

HBML3103

vi.

Pantun Kias Ayam sabung jangan dipaut, Jika ditambat kalah laganya; Asam digunung ikan dilaut, Dalam belanga bertemu juga.

vii.

Pantun Nasihat Parang ditetak kebatang sena, Belah buluh taruhlah temu; Barang dikerja takkan sempurna, Bila tak penuh menaruh ilmu.

viii.

Pantun Percintaan Anak kera di atas bukit, Dipanah oleh Indera Sakti; Dipandang muka senyum sedikit, Karena sama menaruh hati.

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001)

HBML3103

ix.

Pantun Peribahasa Berakit-rakit kehulu, Berenang-renang ke tepian; Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian.

x.

Pantun Perpisahan

Batang selasih mainan budak, Berdaun sehelai dimakan kuda; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun kembali juga.

xi.

Pantun teka-teki

Kalau tuan muda teruna, Pakai seluar dengan gayanya; Kalau tuan bijak laksana, Biji diluar apa buahnya.

3.2

Bentuk Pantun

Bentuk-bentuk pantun pula ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat, pantun sepuluh kerat . Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun.Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait .Contoh-contoh bentuk pantun adalah seperti berikut.

10

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) i. Pantun Dua Kerat

HBML3103

Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang.

ii.

Pantun Empat Kerat

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa.

iii.

Pantun Enam Kerat

Anak memerang memakan sagu, Di perdunya mula diterang, Waktu hari kabur kelala; Anak orang jangan diganggu, Kalau suka masuk meminang, Supaya namamu tidak tercela.

iv.

Pantun Lapan Kerat

Bagus rupanya bunga melur, Putih rupanya bunga pinang, Berukir bertangkai perak, Permainan raja perempuan; Cawan, cerek sudah teratur, Pinggan, mangkuk sudah terhidang, Penganan mulia sudah terletak, Samalah duduk kita makan.

11

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) v. Pantun Sepuluh Kerat

HBML3103

Baju dastar kesumba, Seluar gunting petani, Jahitan nyonya kampung Erah, Di hilir pasar Kampung Melaka, Singgah di rumah nahkodanya; Batang emas dahan suasa, Buahnya intan dengan padi, Bunga diisap burung merak, Pipit hendak hinggap di rantingnya, Adakah boleh oleh yang punya.

vi.

Pantun Berkait

a. Bertemakan budi

Pulau Pandang jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Gunung Daik bercabang tiga, Tampak jauh dari seberang, Budi yang baik dikenang juga, Khidmat bakti disanjung orang.

Tampak jauh dari seberang, Tegak berdiri bagai raksasa, Khidmat bakti disanjung orang, Orang berbudi kita berbahasa.

12

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001)

HBML3103

b. Bertemakan keagamaan

Di atas pokok burung bersarang, Burung terbang di ruang angkasa, Dalam kita ada terlarang, Jangan sekali membuat dosa.

Burung terbang di ruang angkasa, Jatuh ke laut lalu tenggelam, Jangan sekali membuat dosa, Wahai umat beragama Islam.

Jatuh ke laut lalu tenggelam, Sayap patah badan terbelah, Wahai umat beragama Islam, Tetapkan iman kepada Allah.

3.3

Fungsi Pantun

Secara sosial pantun memiliki fungsi pergaulan yang kuat, dari dahulu hingga sekarang.Dalam kalangan generasi muda sekarang, kemampuan berpantun adalah sangat istimewa dan hebat.Pantun menunjukkan kecekapan seseorang dalam berfikir dan bermain-main dengan kata.Sesungguhnya, Pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi.

3.3.1

Untuk mendidik

Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat.Sebagai golongan yang makan garam terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap

13

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001)

HBML3103

perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;

Air melurut di tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk.

Selain pantun nasihat, pantun agama juga dicipta oleh masyarakat dahulu untuk tujuan mendidik.Pantun agama yang dicipta selalunya memberikan peringatan dan pedoman kepada semua lapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah.Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;

Sungguh indah pintu dipahat, Burung puyuh di atas dahan; Kalau hidup hendak selamat, Taat selalu perintah Tuhan.

3.3.2

Untuk meluahkan rasa kasih sayang dan rindu

Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat daripada pantun Melayu lama di bawah ini;

Ribu-ribu pokok mengkudu,

14

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) Cincin permata jatuh ke ruang; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.

HBML3103

Pantun di atas menggambarkan nasihat orang yang melafazkan pantunkepada pasangannya yang kerinduan tidak kira sama ada pasangan kekasih atau suami isteri atau anak kepada ibu bapanya.

3.3.3

Untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih

Masyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu mengenang budi dan jasa.Oleh itu, banyak dapat kita lihat pantun Melayu yang dicipta untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa atau berbudi. Antara pantun yang popular sehingga sekarang ini adalah seperti pantun di bawah:

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Kedua-dua rangkap pantun di atas memperlihatkan masyarakat Melayu zaman dahulu memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya.

3.3.4

Untuk adat istiadat

15

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001)

HBML3103

Masyarakat Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat dalam kehidupan sehari-hari.Oleh itu, pantun juga memainkan peranan yang penting dalam upacara yang melibatkan adat istiadat.Dalam majlis merisik, bertunang sehinggalah majlis perkahwinan, pantun akan dilafazkan sebagai mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran atau untuk menyampaikan maksud di hati. Pantun-pantun sebegini dikenali sebagai pantun adat. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat dalam pantun Melayu lama di bawah ini yang kerapkali dilafazkan dalam majlis merisik sehingga sekarang ini;

Tok Sami ke Teluk Lipat, Kain sekodi dibawa sama; Datang kami membawa hajat, Kalau sudi minta terima.

3.3.5

Untuk sindiran dan tempelak

Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung atau dengan kata lain secara tidak berterus terang. Melalui pantun, masyarakat Melayu dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara mereka. Perhatikan pantun sindiran Melayu lama di bawah ini yang masih kita gunakan sehingga sekarang;

Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbunga lagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. 3.3.6 Untuk menguji minda

16

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001)

HBML3103

Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran.Pantunpantun sebegini amat digemari ramai terutama golongan kanak-kanak.Pantun yang menguji minda ini dinamakan pantun teka-teki.Antara contoh pantunMelayu lama yang masih diingati ialah;

Kalau tuan pergi ke kedai, Belikan saya buah keranji; Kalau tuan bijak pandai, Apakah binatang keris di kaki?

3.3.7

Untuk hiburan

Pantun juga dicipta oleh masyarakat Melayu untuk tujuan hiburan. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu akan berhibur dengan melafazkan pantunpantun bersifat jenaka atau mengusik. Contohnya seperti pantun Melayu lama di bawah yang sememangnya kita ingat sejak kecil lagi.

Tuan Puteri memasang panjut, Dayang tolong menghalau lalat; Kucing tidur bangkit terkejut, Melihat tikus pandai bersilat.

Ada juga pantun yang dijadikan lagu untuk hiburan seperti lagu Dondang Sayang yang popular dalam kalangan Baba Nyonya.

17

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) 4.0 RANCANGAN PENGAJARAN KOMSAS

HBML3103

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6

Matapelajaran Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk Ilmu Nilai Murni

: Bahasa Malaysia : 2 Oktober 2013 : 8.30 9.30 pagi (60 minit) : 6 Pintar : 30 orang : Warisan Alam : Pertandingan Berbalas Pantun : Sains dan Kajian Tempatan : i . cintakan alam sekitar ii . bersyukur iii. bertanggungjawab

Objektif

: Pada akhir pembelajaran ini murid dapat; i. Murid dapat melafazkan pantun ciptaan sendiri dengan penuh yakin. ii. Murid dapat membina sekurang-kurangnya satu rangkap

18

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001)

HBML3103

pantun soalan yang sesuai dengan tema yang ditetapkan. iii. Murid dapat membina sekurang-kurangnya satu rangkap pantun jawapan mengikut tema yang ditetapkan.

Fokus Utama : 5.3 Aras 3 i. Membaca teks pelbagai laras bahasa dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai. Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca.

Fokus Sampingan : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. Aras 1 i. Menulis pelbagai jenis ayat

Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir Kecerdasan Pelbagai KMD BCB Tatabahasa BBM : Menjana idea : Kecerdasan emosi : membuat ramalan : konstruktivisme : ayat tunggal, ayat majmuk, ayat penyata : Teks, Video,Lembaran Kerja

19

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) Pengetahuan Sedia Ada :

HBML3103

1. Murid tahu mencipta pantun dan murid tahu rima pantun.

Langkah-langkah Pengajaran

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Guru mempertontonkan video aktiviti seharian yang menggunakan pantun

1.Perbualan harian http://www.youtube.com/watch?v=cVudu0QT4sY 2.Lagu kanak-kanak http://www.youtube.com/watch?v=TzMcqj-cSgA 3.Majlis pernikahan


http://www.youtube.com/watch?v=TSXUzPGmACo

Tayangan video menggunakan computer dan LCD. ( rujuk lampiran CD)

Langkah 1 Pantun Empat Kerat (10 minit) Ciri-ciri asas Mempunyai empat baris/ kerat Jumlah perkataan dalam

Guru menerangkan tentang ciri-ciri pantun yang baik.

Kaedah: Soaljawab

Murid memberi contoh pantun-pantun yang baik berdasarkan ciri yang dinyatakan oleh guru. Nilai: Bekerjasama

20

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) sebaris antara 4 5 patah perkataan Jumlah suku kata sebaris antara 8 12 suku kata Ada hubungan antara pembayang dan maksud Bunyi rima akhir seuntai pantun adalah sama (ab-a-b) Bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam Maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup

HBML3103

Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/, Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/, Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/, A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

Ribu-ribu pokok mengkudu, Cincin permata jatuh ke ruang; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.

Sungguh indah pintu dipahat, Burung puyuh di atas dahan; Kalau hidup hendak selamat, Taat selalu perintah Tuhan.

21

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) Sarat dengan ciri-ciri tradisional -penggunaan rangkap -ada pembayang dan maksud

HBML3103

Langkah 2 Ayat Penyata intonasi

Murid mencipta pantun empat kerat yang merupakan ayat penyata.

KB: Menjana idea

Langkah 3 Acara Berbalas Pantun (30 minit) Tema: 1. Pantun Budi 2. Pantun Nasihat (Alam Sekitar) 3. Pantun Teka-Teki

Dua kumpulan yang terdiri daripada tiga orang pemantun dari setiap kumpulan.

Pantun Nasihat, Pantun Budi dan Pantun Tekateki yang bertemakan alam

-pemantun pertama dari setiap kumpulan akan berjualbeli pantun tentang budi.

sekitar. (rujuk lampiran 1)

Nilai: -pemantun kedua akan berjual-beli pantun tentang alam sekitar. Cintakan alam sekitar

22

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001)

HBML3103

-pemantun ketiga kan berjual-beli pantun teka-teki.

-para pemantun melafazkan pantun dengan intonasi yang betul.

Langkah 4 Penilaian (10 minit) mengadili pertandingan

Beberapa orang murid yang dipilih untuk mengadili pertandingan memberikan keputusan berdasarkan criteria yang telah ditetapkan.

BBM: Borang markah

Nilai: bersyukur

Penutup (5 minit)

Kesimpulan isi pelajaran beri lembaran kerja

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada muridmurid mengikut kumpulan masing-masing.

BBM: Lembaran kerja

Kumpulan A -mencipta jawapan bagi pantun soalan di dalam Acara Berbalas Pantun tadi.( rujuk lampiran 2) Nilai: Tanggungjawab

Kumpulan B

23

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001)

HBML3103

-melengkapkan pantun sama ada pembayang atau maksud yang sesuai. ( rujuk lampiran 3)

Kumpulan C -melengkapkan pantun dengan menulis satu baris sama ada pembayang atau maksud.( rujuk lampiran 4)

24

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) 5.0

HBML3103

ANALISA KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PANTUN Kekuatan

5.1

Aktiviti berbalas pantun merupakan satu gabungan pelbagai aspek pengajaran Bahasa Melayu. Maksudnya ialah, di dalam aktiviti berbalas pantun, murid akan membina ayat dengan betul. Murid juga akan menggunakan penjodoh bilangan yang tepat. Selain itu, murid juga akan berusaha untuk memikirkan seberapa banyak perbendaharaan kata dan memilih yang terbaik untuk dijadikan bait-bait pantun yang menarik. Pantun juga boleh dijadikan alat bantu mengajar bagi pelbagai tajuk yang bertujuan untuk menguji kefahaman murid. Setelah murid-murid mempelajari pantun dan memahaminya, maka aktiviti berbalas pantun ini merupakan satu bentuk pengukuhan kepada pelajaran yang dipelajari sebelumnya. Peserta-peserta yang mengambil bahagian di dalam aktiviti berbalas pantun ini perlu berani menyuarakan pantun ciptaan mereka kepada orang lain. Kemampuan ini dapat memberikan keyakinan diri dan sikap percaya dengan kebolehan diri sendiri dapat dipupuk. Aktiviti berbalas pantun juga mampu mewujudkan hubungan interpersonal, mahupun memperbaikinya di antara ahli kumpulan ataupun pihak lawan. Aktiviti ini juga merupakan pembelajaran yang bersifat generative iaitu Konstruktivisme, di mana mereka menggunakan pengalaman sedia ada dan mewujudkan pengalaman baru melalui berbalas pantun tersebut.

Selain itu, murid-murid juga akan menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan pantun dan mempersembahkan pantun mereka.

Semasa aktiviti berbalas pantun, pihak yang membeli pantun harus menerima seadanya pantun yang dijual tanpa mempersoalkannya.Begitu juga sebaliknya apabila pihak yang menjual pantun sepatutnya menerima jawapan pantun pihak

25

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001)

HBML3103

lawan. Dengan ini, murid dilatih untuk menghormati, menerima dan menghargai pendapat orang lain.

5.2

Kelemahan

Walaubagaimanapun, aktiviti berbalas pantun yang dijalankan dalam sebuah Pengajaran dan Pembelajaran masih mempunyai banyak kelemahannya.

Kelemahan paling ketara ialah dari segi pengurusan masa.Sesi Pengajaran dan Pembelajaran selama 60 minit sememangnya tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti berbalas pantun secara spontan. Murid atau peserta akan menghabiskan banyak masa untuk mencipta pantun yang perlu dijawab oleh mereka. Masa yang diperuntukkan juga tidak dapat melengkapi pusingan yang sepatutnya dihabiskan dalam satu sesi berbalas pantun. Kedua, aktiviti ini tidak dapat melibatkan semua murid di dalam sebuah kelas. Kebiasaannya hanya murid yang pandai sahaja yang akan terlibat, apalagi jika aktiviti ini merupakan satu pertandingan. Ketiga, aktiviti berbalas pantun juga kurang sesuai bagi murid kumpulan sederhana dan lemah. Kadangkala, walaupun hanya sebagai penonton, mereka tetap tidak mendapat sebarang input kerana gagal memahami maksud pantun-pantun yang dilafazkan. Keempat, berbalas pantun memerlukan peserta yang aktif dan berani menonjolkan diri terutama di khalayak ramai.Oleh itu ianya tidak sesuai bagi murid yang pasif dan pemalu. Seterusnya, bagi pihak guru pula ianya memerlukan perancangan yang teliti dari segi persiapan tempat, ketepatan masa dan kawalan murid supaya semuanya berjalan lancar.Tempat yang sesuai perlu disediakan untuk mewujudkan suasana aktivit berbalas pantun itu sendiri.Aktiviti juga tidak sesuai dijalankan di peringkat

26

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001)

HBML3103

kelas tetapi lebih sesuai di peringkat sekolah kerana dapat melibatkan ramai guru untuk pengelolaannya.

6.0

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, aktiviti berbalas pantun yang dijalankan dalam waktu Pengajaran dan Pembelajaran memerlukan banyak penambahbaikan untuk Kelemahan murid dalam

memastikan ianya mencapai objektif yang dirancang.

menjana ayat yang baik, tepat dan cepat juga merupakan faktor penting yang menyebabkan objektif tidak dapat dicapai sepenuhnya. Murid-murid perlukan

bimbingan yang lebih banyak dan berterusan agar dapat memberikan persembahan yang lebih baik. Kekurangan pengalaman dan pengetahuan am perlu diberi perhatian melalui latih tubi dan bacaan luas bagi mempertingkatkan perbendaharaan kata murid-murid.

7.0

PENUTUP

Pantun satu-satunya khazanah bahasa dan budaya Melayu yang indah yang tidak dimiliki oleh bangsa selain bangsa dalam rumpun Melayu. Nilai tradisi Melayu ini hendaknya janganlah diabaikan. Jagailah khazanah ini dengan cermat dan perasaan sayang dan cinta. Pantun adalah alat komunikasi yang sangat istimewa kerana bahasanya yang tepat dan mempunyai mesej untuk mendidik masyarakat.Setiap rangkap pantun sudah diukur terlebih dahulu dan kemudian baru

digunakan.Keistimewaan bahasa dalam pantun menunjukkan kebijaksaan orang Melayu dalam mendidik masyarakat supaya beradat dan beradab. Pantun yang istimewa dari segi bahasanya yng indah dan kritis dijadikan sumber rujukan, ilmu dan amanat.Pantun juga adalah alat komunikasi Melayu yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.Sastera dan budaya sememangnya mempunyai kedudukan yang tersendiri menurut pandangan Islam seperti yang diakui oleh Allah dalam kitab suci al-Quran mahupun hadis Nabi Muhammad.

27

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001)

HBML3103

Pantun yang baik telah membuatkan orang Melayu jadi unik dan istimewa.Banyk nilai baik dalam pantun yang boleh kita amalkan kerana boleh mewujudkan perpaduan orang Melayu, Islam dan rakyat di Negara kita. Walaupun kita sudah memasuki abad yang ke-21, namun pantun yang istimewa, menarik dan kritis masih boleh diterima oleh semua golongan masyarakat dan mendapat tempat di dalam apaapa majlis-majlis sekalipun.

28

NORAIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) RUJUKAN

HBML3103

___________________. (1991) .Permatang budi. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis, www.books.perintis. com.my. Anwar Ridhwan. (2004). Hati mesra. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Harun Mat Piah. (1997). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. http://fazilabdulaziz.files.wordpress.com/2012/11/08-isi-pelajaran-kesusasteraanmelayu-dalam-bm.doc. http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?aid=38788 http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionI D=826&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID&Page=1 http://www.docstoc.com/docs/136024474/Bahasa-Dalam-Pantun-danKeistimewaannya Kamus Dewan. (1986). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Khadijah Hashim. (2005). Mestika warisan kumpulan pantun baru. Shah Alam : K Publishing Sdn. Bhd. Kurik kundi merah saga kumpulan pantuk lisan melayu.(2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ungku Aziz. (2011). Pantun dan kebijaksanaan akal budi Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Abdul Kadir Wan Yusuf.(1996). Pantun manifestasi minda masyarakat. Akademi Pengajian Melayu : Universiti Malaya. Utusan Malaysia 13 Oktober 2006 http://zurinahhassan.blogspot.com/2008/12/bercakap-tentang-pantun.html Utusan Malaysia , 22 Februari 2007.
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1175

29