Anda di halaman 1dari 23

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

1.0

PENGENALAN

Teknologi Hijau sebenarnya merujuk kepada teknologi mesra alam, tidak mencemarkan dan diperbaharui serta mempunyai nilai kecekapan yang tinggi.Di antara bidang yang berkaitan dengan teknologi hijau adalah kimia hijau, tenaga, nanoteknologihijau dan bangunan hijau.Ketika ini di Malaysia, teknologi hijau merujuk kepada penggunaan tenaga yang cekap dan menjimatkan. 1.1 Definisi

Teknologi Hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

1.2

Ciri-ciri Teknologi Hijau

Teknologi hijau merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria- kriteria berikut: i. ii. Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran. Mempunyai pembebasan gas rumah hijau (GHG) yang rendah atau sifar. iii. Selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua kehidupan. iv. v. Menjimatkan tenaga dan sumber asli. Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

1.3

Sejarah Teknologi Hijau

Sejarah awal tentang teknologi hijau ini tidak dapat dijumpai dengan tepat. Tetapi terdapat bukti mengatakan ia digunakan sejak awal abad ke-20 berdasarkan penggunaan teksi berkuasa elektrik di Manhattan pada tahun 1890. Konsep ini terus berkembang dari hari ke hari kerana kualiti alam sekitar yang semakin teruk selain kekurangan tenaga dan bahan mentah semakin ketara.

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

2.0

TEKNOLOGI TENAGA SOLAR

Perkataan solar berasal dari Latin Sol atau dikenali sebagai helios yang bermaksud matahari. Tenaga solar ini adalah satu teknologi yang digunapakai bagi

menghasilkan tenaga daripada cahaya matahari.Matahari adalah pemberian dari Allah kepada semua makhluk dibumi untuk mendapat manfaat darinya.Di dalam alQuran, banyak ayat yang memperkatakan mengenai matahari. Subhanahu Wataala: Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya. (Surah Yunus, Ayat 5) Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya lampu dan bulan yang memberi cahaya. (Surah al-Furqan, Ayat 61) Firman Allah

Tenaga matahari telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad dan telah digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan tenaga lain, seperti di kawasan terpencil dan di angkasa lepas. Tenaga matahari sekarang digunakan dengan meluas dalam sistem pemanasan, generasi elektrik dan penyahmasinan air laut.
2

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

Tenaga ini sangat penting bagi menyokong kehidupan di bumi ini dengan membekalkan haba kepada hidupan dan memberikan cahaya kepada bumi.Pada masa kini, tenaga suria banyak digunakandalam penjanaan tenaga elektrik.Teknologi penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga solar telah banyak dibangunkan di negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat.Namun penggunaan tenaga solar masih amat terhad di Malaysia.Penggunaan tenaga solar yang utama adalah sistem pemanasan air bersolar di hotel-hotel, industri kecil makanan dan minuman serta di rumah-rumah golongan kelas pertengahan atas.

Tenaga solar boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik melalui dua cara iaitu alat fotovoltan (PV) atau sel-sel suria dan loji kuasa suria.

2.1

Kaedah Fotovoltan

Kaedah fotovoltan berfungsi dengan menukarkan sinar radiasi daripada matahari kepada arus elektrik menggunakan semikonduktor.Bahan fotovoltan seperti cadium telluride dan cooper indium gallium selenide digunakan sebagai sel solar di dalam panel solar bagi menjana tenaga fotovoltan. Kaedah fotovoltan ini banyak digunakan dalam teknologi-teknologi yang lain bagi penjanaan tenaga elektrik. Antaranya ialah satelit dan kereta elektrik.

Sumber: http://infotenaga.blogspot.com/2012/04/tenaga-suria-tenagasolar.html#sthash.vApAlakf.dpuf
3

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

2.1.1

Alat Voltan Foto (PV) atau sel sel suria

Alat Fotovoltan (PV) atau sel sel suria menukarkan cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik.Setiap sel suria dikumpulkan menjadi panel dan susunan panel boleh digunakan secara meluas, dari sel sel kecil yang hanya mencas kalkulator dan bateri jam, sehinggalah kepada loji janakuasa yang merangkumi beberapa ekar.

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

Cahaya Matahari mengandungi foton, atau zarah zarah tenaga suria.Foton foton ini terdiri daripada pelbagai jumlah tenaga yang bergantung kepada perbezaan panjang gelombang cahaya spektrum suria.

Apabila foton mengenai sel suria, ia mungkin dipantulkan semula, terus menembusi, atau diserap. Hanya foton yang diserap membekalkan tenaga untuk menjana elektrik. Apabila cukup cahaya Matahari (tenaga) yang diserap oleh bahan (semikonduktor), elektron akan terkeluar daripada atom bahan, oleh itu elektron secara semulajadi bergerak menuju ke permukaan.

Apabila elektron meninggalkan kedudukan mereka, ia membentuk lubang. Apabila banyak elektron yang bercas negatif bergerak menuju ke permukaan sel, hasilnya ialah berlaku ketidakseimbangan cas antara sel sel pada permukaan hadapan dan belakang yang membentuk potensi voltan sama seperti terminal negatif dan positif sesebuah bateri. Apabila dua permukaan tersebut disambungkan dengan beban luaran, seperti alatan elektrik, arus elektrik akan mengalir. (Rujuk lampiran video: http://youtu.be/K76r41jaGJg ) 2.2 Loji Pengumpulan Kuasa Suria

Loji pengumpulan kuasa suria menjana elektrik dengan menggunakan haba daripada pengumpul terma suria untuk memanaskan cecair yang mana akan menghasilkan stim memberi kuasa kepada generator. Loji kuasa terma suria menggunakan sinaran matahari untuk memanaskan cecair ke satu suhu yang amat tinggi. Cecair itu kemudiannnya dialirkan menerusi paip, oleh itu ia boleh memindahkan habanya kepada air untuk menghasilkan stim. Stim ditukarkan kepada tenaga mekanikal atau kinetik dalam turbin dan kemudian kepada elektrik oleh generator yang disambungkan kepada turbin.

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

Tenaga terma suria selalunya digunakan untuk memanaskan air yang digunakan di rumah dan juga kolam renang dan untuk memanaskan bahagian dalam bangunan (pemanasan ruang).

3.0

INOVASI KUMPULAN

Mengagumi kehebatan tenaga solar sebagai tenaga semulajadi, maka projek inovasi yang dipilih ialah membina lampu jalan di kawasan sekolah yang dikuasakan oleh tenaga solar.

3.1

Tajuk Membuat Lampu Jalan Kawasan Sekolah Berasaskan Tenaga Solar. (Rujuk

lampiran video :http://www.youtube.com/watch?v=hD0Fou73dwo )

3.2

Tujuan Penggunaan Kuasa Solar i. ii. Untuk membuat kesan yang positif terhadap alam sekitar Untuk membangunkan teknologi hijau dengan menggunakan tenaga solar untuk mengurangkan pencemaran di seluruh dunia. iii. Untuk memanfaatkan tenaga solar di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi dengan talian kuasa elektrik. iv. Untuk mengurangkan penggunaan elektrik di rumah dan pejabat dengan menggantikan sumber tenaga.
6

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

v.

Untuk mendapatkan faedah kewangan sekarang dan pada masa akan datang

vi.

Untuk mendapatkan kemerdekaan tenaga, kebolehpercayaan dan keselamatan.

3.3

Faedah i. Menjimatkan kos kerana boleh diintergrasikan berasaskan sumber tenagasolar. ii. iii. iv. Jangka hayat lampu LED melebihi 10 tahun; Pencahayaan adalah 8 kali lebih terang daripada lampu biasa Mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksida kerana lampunya tidak bertoksin

4.0

PENGHASILAN LAMPU JALAN MENGGUNAKAN TENAGA SOLAR

Lampu jalan tenaga solar merupakan satu alternatif terbaik untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik selain dari mesra alam dan selamat.Lampujalan yang dibina daritenagasolarmenggunakankuasa denganpanel yang sangatsedikit.Lampu sumber kuasa.Ia jalanini juga

dibangunkan

solar/solarcellsebagai

tidakmemerlukan kabelelektrik dan sangatsesuai untuk kawasanyangtiada bekalan elektrik. Selain itu, penggunaan lampu jalan ini sangat sesuai di kawasan yang mempunyai kadar penerimaan cahaya matahari yang tinggi. Lebih banyak

pendedahan panel solar terhadap cahaya matahari, lebih banyak tenaga boleh disimpan.

Walaubagaimanapun, rekaan lampu jalan tenaga solar perlulah mengambil kira simpanan tenaga yang cukup untuk kekal cerah hingga ke subuh.Maka bateri perlu digunakan untuk menampung keperluan dalam keadaan cuaca buruk sekurangkurangnya untuk tempoh beberapa hari.

Beberapa pertimbanganperlu diberi perhatian untuk membina lampujalanberasaskanpanel solar/solarcelldan LED:

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

i. ii.

Daya

tahanperantipanel

solar/solarcelldan

lampuLED

Tanparangkaian kabelelektrik,bersifatmandiri,menggunakan tenaga matahari

iii. iv. v. vi.

Tidakmerosakkankemudahan Tanparawatan Pemasangansangat mudah. Mudah alih.

denganpenggaliankabel.

Contoh Lampu Jalan Tenaga SolardenganPanelSolar /SolarCell http://www.panelsurya.com/index.php/id/-lampu/lampu-led-jalan

Contoh rekaan lampu berasaskan LED yang dikuasakan oleh tenaga solar untuk pencahayaan kawasan luar bangunan. Rekaan ini boleh diubahsuai dengan mudah untuk lain-lain bentuk pemasangan selain dari lekapan dinding.

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

4.1

Komponen Lampu Spesifikasi 1. 2. 3. 4. 5. 6. Panel Solar : 20MP Bateri : 12V 26Ah Controller : 12V 3A Sumber Lampu : 7W, LED Kabel : 2.5mm 2X1 Membekalkan tenaga untuk tempoh 3 hari

Lampu jalan berkuasa suria ini terdiri daripada lima bahagian utama:

i.

Panel Suria Panel suria adalah salah satu bahagian yang paling penting lampu jalan suria, panel suria akan menukar tenaga suria kepada tenaga elektrik. Terdapat 2 jenis panel suria: mono-kristal dan poli-kristal. Kadar penukaran panel suria mono-kristal adalah lebih tinggi berbanding poli-kristal.

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

Solar panel dibina menggunakan unit-unit kecil sel solar dengan rating 5V, 50mA.

ii.

Lekapan Cahaya LED biasanya digunakan sebagai sumber pencahayaan lampu jalan suria moden, LED akan menyediakan kecerahan lebih tinggi dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah. Penggunaan tenaga lekapan LED adalah sekurang-kurangnya 50% lebih rendah berbanding lekapan SBT yang digunakan secara meluas sebagai sumber lampu bagi lampu jalan tradisional. LED tidak perlu masa pemanasan turut membenarkan penggunaan pengesan gerakan untuk kecekapan tambahan.

10

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

Lampu LED menyala apabila persekitaran menjadi malap/gelap.Semakin gelap keadaan persekitaran,semakin terang cahaya lampu. iii. Bateri Cas Semula Bateri akan menyimpan elektrik daripada panel suria pada siang hari dan membekalkan tenaga kepada lekapan pada waktu malam. Kitaran hayat bateri adalah sangat penting untuk jangka hayat lampu dan keupayaan bateri akan menjejaskan hari sandaran lampu. Biasanya ada 2 jenis bateri: Bateri Kitaran Dalam Sel Gel dan Bateri Asid Plumbum. iv. Suis Pengawal Pengawal juga sangat penting bagi lampu jalan suria. Pengawal biasanya akan membuat keputusan samaada untuk menghidupkan / mematikan mengecas dan pemasangan lampu. Beberapa pengawal moden diprogramkan supaya pengguna yang boleh memutuskan masa yang sesuai untuk mengecaj, pencahayaan dan malap. v. Tiang Tiang yang kukuh adalah perlu untuk semua lampu jalan, terutama untuk lampu jalan suria bagi menampung komponen yang dipasang pada tiang iaitu pelekapan, panel suria dan kadang kala

bateri.Rintangan angin juga perlu diambil kira apabila memilih jenis tiang.Kebiasaannya ketinggiantiangadalah antara5mhingga14m.

Manakala jarak antaratiangbermula dari15mhingga 40m. Jarak antaratiangbergantungketinggiantiang, diperlukan. jenislampu,dan cahayayang

Setiap lampu jalan boleh memiliki panel fotovoltan sendiri, bebas daripada lampu jalan yang lain. Juga, beberapa panel boleh dipasang sebagai sumber kuasa utama di lokasi yang berasingan dan membekalkan kuasa kepada beberapa lampu jalan.
11

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

4.2

Pemasangan

Rajah di atas menunjukkan sambungan satu set komponen sistem solar. Setiap komponen dalam sistem tersebut mempunyai fungsinya masing-masing.

i.

Sel suria

12

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

Contoh-contoh di atas adalah sel solar yang boleh diperolehi dengan agak mudah. Bagi projek rekacipta yang memerlukan rating kuasa yang lebih tinggi, kombinasi beberapa sel solar boleh disambung secara bersiri, atau selari bagi membentuk panel solar (solar panel). Teknik ini adalah lebih sesuai di dalam menghasilkan dimensi dan rating kuasa panel solar yang menepati keperluan rekacipta anda, berbanding pengunaan panel readymade.

Sebelum membina panel, bahagian belakang sel solar disusun dan ditampal dengan pita pelekat bagi mengelakkan ia bergerak. Sel-sel ini kemudiannya dilekatkan pada permukaan plat akrilik.

Berfungsi sebagai sumber elektrik.Sebuah sel suria yang didedahkan di bawah cahaya matahari yang terik boleh menghasilkan 20v 23v/ 1.9 2.4A (38 50 watt) atau lebih kurang 350 watt sehari.

Panel solar harus yang sepadan dengan keperluan rekaan anda.Pendekatan menghasilkan panel solar sendiri adalah pilihan yang lebih praktikal.Unit sel solar ini memberikan prestasi lebih baik dimana di bawah matahari yang terik, ia mampu menjana sekitar 5.13V dan 57mA. Pelantar panel diperbuat daripada plat akrilik (Acrylic) yang dipotong menjadi segiempat sama dan digerudi untuk memberikan akses kepada contact point setiap sel solar.

13

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

Penyambungan wayar kepada setiap sel adalah secara kombinasi selari dan bersiri.

Panel solar yang telah siap.Sisi solar panel di rivetkan dengan stok aluminum L bar.Bahagian atas solar panel diletakkan

Phototransistor untuk pensuisan dan pengesanan cahaya.Di bawah sinaran matahari terik, solar panel ini mampu menjana sekitar 2.6 Watt. (Rujuk lampiran video : http://www.youtube.com/watch?v=VYupwVhwSo4&feature=player_emb edded )

ii.

Control On/Off

Digunakan sebagai pengawal pengisian bateri dan menghubungkan bateri dengan beban (inverter).

14

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

Contoh suis Single Pole Double Throw (SPDT).

Contoh litar pengecasan solar yang ringkas.

iii.

Bateri

Untuk menyimpan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sel suria di waktu siang. Bateri seharusnya mampu untuk menghidupkan lampu LED

selama satu malam.

15

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

Bateri Ni-Mh dan Lead-Acid mempunyai toleransi yang tinggi terhadap arus pengecasan yang berubah-ubah. Dengan menggunakan teknik yang dikenali sebagai Trickle Charging, bateri Ni-Mh dan LeadAcid dapat dicas dengan selamat (tanpa risiko terlebih cas) tanpa menggunakan litar kawalan selagi arus pengecasan adalah tidak melebihi 10% rating arus bateri tersebut.

Jika dibandingkan prestasi antara bateri Ni-Mh dan Lead-Acid, bateri jenis Lead-Acid mempunyai keupayaan kapasiti menyimpan cas yang lebih tinggi berbanding Ni-Mh. Mengambilkira kesemua faktor ini, bateri Lead-Acid adalah pilihan paling ideal untuk untuk rekacipta sebegini, dan tidak hairanlah ia juga digunakan dengan meluas di dalam aplikasiaplikasi tenaga solar komersil.

Bateri jenis Ni-Cad dan Li-Ion memerlukan arus dan voltan yang malar serta litar kawalan pengecasan agar ianya dapat dicas dengan selamat tanpa risiko terlebih cas (overcharging). Kedua-dua bateri ini tidak begitu sesuai digunakan untuk aplikasi rekacipta berkaitan solar kerana keamatan cahaya matahari sentiasa berubah-ubah dan tertakluk kepada keadaaan cuaca.

16

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

Perumah lampu yang memuatkan litar dan bateri. Kami memilih bateri Lead-Acid 6V (rating paling rendah dan agak mudah diperolehi). Rating arus bagi bateri ini adalah 4.5AH (Amp Hour). Maka ianya dapat dicas melalui teknik Trickle Charging dengan arus tidak melebihi 450mA ( 10% rating arus bateri).

Nilai voltan dan arus yang dilabelkan di bahagian Charging Instruction bateri di atas adalah panduan bagi penggunaan litar pengecasan dari sumber elektrik malar (contohnya pengecas komersil yang menggunakan bekalan elektrik dari soket dinding) dan tidak boleh diaplikasikan secara terus untuk konteks Trickle Charging dan janakuasa tenaga boleh baharu.

iv.

Inverter

Untuk mengubah tegangan DC 12V dari bateri menjadi 220 AC.Inverter yang boleh menghasilkan gelombang sinus adalah lebih baik.

17

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

v.

Weather Proofing

Pengkalisan cuacaatauwheather proofingadalahlangkah tambahan bagi lampu solar yang akan diletakkan di persekitaran yang terdedah kepada elemen cuaca (seperti hujan, panas dan kelembapan). Cara paling mudah dan murah adalah dengan menyaluti komponen eletronik serta menutup segala lubang dan penyambungan dengan menggunakan hot melt glue / glue gun.

Design Lampu Jalan Tenaga Solar yang mudah & mesra alam iaitu keseluruhan sistem berada dalam tiang.

18

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

5.0

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN TENAGA SOLAR.

Tenaga suria sudah dibangunakan sehingga Berjaya memberi impak terhadap kehidupan manusia.Penggunaan teknologi berkuasa tinggi dapat mengatasi kepupusan sumber asli yang semakin merosot pada masa kini.Tenaga solar Berjaya menjadi sumber alternative bagi menjana tenaga elekrtik. Malah ia juga dapat menggantikan sumber petroleum yang digunakan dalam kenderaan. 5.1 Kelebihan Tenaga Suria

19

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

5.2

Kelemahan Tenaga Suria

Dua kelemahan tenaga suria ialah : i. Jumlah cahaya matahari yang tiba di permukaan bumi tidak tetap. Ia bergantung kepada lokasi, hari, tahun dan keadaan cuaca.

ii.

Disebabkan matahari tidak memancarkan cukup tenaga pada satu tempat dalam satu masa, satu kawasan yang luas diperlukan untuk

mengumpulkan tenaga pada kadar yang mencukupi untuk menghasilkan tenaga. 6.0 Kesimpulan

Penggunaan sumber tenaga alternatif mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada berbagai aspek.Namun dari segi jangkamasa panjang kebaikan-kebaikan dari penggunaan sumber tenaga alternative ini jauh mengatasi aspek

keburukannya.Penggunaan tenaga ini haruslah digunakan secara terkawal dan bijaksana.Tenaga alternative seperti tenaga solar ini dilihat sebagai jalan terbaik untuk menangani krisis tenaga dunia untuk generasi masa hadapan.
20

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

Kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumber yang berkesan perlu dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan berterusan bagi kegunaan manusia pada masa hadapan.

21

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

Rujukan Anderson, Dennis, Ahmed dan Kulsum. (1993). Where we stand with renewable energy[Electronic Version] Finance and Development. http://everythingaboutrenewable.blogspot.com/2012/08/solar-street-light-system-pjusurya.html, diakses pada 3 Nov,2.03am http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/06/tenaga-yang-boleh-diperbaharui-dan.html http://infotenaga.blogspot.com/2012/04/tenaga-suria-tenaga-solar.html, diakses pada 3 Nov,1.12am http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/alam-sekitar/4185-teknologi-hijau.html, diakses pada 2 Nov,5.20pm http://www.academia.edu/2548559/Pembangunan_Sumber_Tenaga_Yang_Boleh_Di perbaharui_Mengikut_Perspektif_Islam, diakses pada 12 Okt, 12.08pm http://www.cpsolarenergy.com/sl1.html, diakses pada 30 Okt, 9.40pm http://www.rekacipta.net/2011/08/rekacipta-lampu-solar.html, diakses pada 1 Okt, 10.48pm http://www.st.gov.my, diakses pada 1 Nov, 11.44pm http://www.youtube.com/watch?v=hD0Fou73dwo, diakses pada 30 Okt,9.24pm http://www.zulldesign.com.my/produk-dpasaran/lampu-solar.html, diakses pada 1 Okt, 11.00pm Jauhri P. K. (2005). Encyclopaedia of resource geography volume 2.New Delhi: AnmolPublications PVT. LTD. Murtedza Mohamed. (1991). Sumber alam.Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa danPustaka. Spera, D.A. (2008). Wind turbine technology. Fairfield, NJ (United States): AmericanSociety of Mechanical Engineers.

22

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)

HBLS 3203

LAMPIRAN

23