Anda di halaman 1dari 3

Ulasan Jurnal: Pengurusan Bilik Darjah Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seseorang guru menjalankan tugas,

peranan dan tanggungjawab. Bilik darjah perlu diurus dengan keadaaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan sebagai pendidik berketerampilan cemerlang. Sesungguhnya, pengurusan bilik darjah merupakan komponen yang paling sisah untuk dikuasai walaupun banyak teori yang telah dipelajari dan banyak teknik yang telah cuba diaplikasikan. Pengurusan bilik darjah termasuklah mengurus tingkah laku pelajar merupakan kemahiran yang hanya akan dicapai melalui pengalaman mengajar. Perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah bagaimana beliau akan mengurus bilik darjah pada hari pertama beliau melangkah masuk ke bilik darjah untuk mengajar. Para murid secara langsung akan terus menilai guru dan meneliti setiap gerak-geri guru sebelum mereka menunjukkan tingkah laku mereka yang sebenar. Oleh sebab itu, sebagai guru, kita harus bersedia dan merancang apakah yang harus dilakukan pada kali pertama melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Contohnya, guru memulakan pertemuan tersebut dengan sesi perkenalan. Kronowit (2004) menyenaraikan tip-tip yang ringkas bagi guru untuk memulakan sesi perkenalan iaitu remember the acronym WISHES- Welcome, Introduction, Share Hopes, Establish Standards, this is your formula for a good start on the first day. Seterusnya, seseorang harus mempunyai penampilan yang sesuai. Guru harus boleh menampilan imej yang kemas, menyakinkan, tenang dan profesional. Hal ini dapat membantu guru tersebut lebih berkeyakinan untuk berhadapann dengan reality di sekolah. Perlu diingat, sebelum guru mengurus murid, guru perlu mengurus dirinya terlebih dahulu. Pengetahuan guru mengenai nama dan latar belakang murid akan membantu mengeratkan hubungan dengan murid dan seterusnya membantu guru untuk mengurus bilik darjah dengan baik dan cekap. Hal ini memudahkan guru untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan myurid semasa proses pdp. Murid akan rasa bangga dan dihargai apabila dipanggil oleh guru. Jelasnya, guru harus mengingati nama dan mengetahui latar belakang murid supaya murid akan merasakna hubungan lebih rapat dan mesra dengan guru. Prosedur menetapkan peraturan di bilik darjah sangat penting sebagai garis panduan kepada tingkah laku murid di bilik darjah. Guru harus menetapkan peraturan di bilik darjah yang telah dipersetujui bersama oleh murid sebagai satu kontrak yang dapat mengawal tingkah laku mereka. Antara contoh peraturan yang perlu diwujudkan seperti peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh murid ketika guru mengambil kedatangan murid, bagaimana prosedur menjawab pertanyaan guru dan juga peraturan khusus apabila aktiviti kumpulan dijalankan. Robertson (1989) menyatakan guru perlu yakin, tegas, dan mengetahui tentang haknya untuk bertindak dalam menguruskna tingkah laku murid di bilik darjah.Oleh

itu, guru harus tegas dan konsisten dengan apa yang telah ditetapkan dalam peraturan tanpa ada pengecualian kepada mana-mana murid. Guru membuat perancangan yang rapi berkaitan dengan susunatur di bilik darjah. Susunan yang baik seharusnya membolehkan guru memerhati semua murid dan seterusnya mengendali bilik darjah dengan mudah. Ruang yang kerap digunakan sepatutnya tidak mempunyai sebarang bentuk halangan dan mudah dilalui. Murid juga harus berada di dalam kududukan yang selesa di mana mereka boleh melihat guru ataupun sebarang persembahan pengajaran guru tanpa perlu berpaling atau bergerak ke mana-mana. Bahan yang kerap diigunakan seperti buku rujukan dank ad kebenarkan keluar bilik darjah sepatutnya ditempatkan di tempat yang mudah diambil. Selain daripada itu, perhiasan yang tidak keterlaluan di dalam bilik darjah perlu difikirkan oleh guru untuk meningkatkan keceriaan bilik darjah dan seterusnya meningkatkan motivasi dalam guru dan murid untuk proses pdp. Guru boleh menyediakan satu sudut yang boleh membantu murid mengisi masa terluang seperti perpustakaan mini, Ruang ini boleh dihiasi dengan hiasan yang ringkas dan unik agar murid merasa selesa dan tenang. Marsh (2004) mengatakan bahawa tindakan guru meletakan tumbuhan ataupun binatang peliharaan seperti ikan atau burung dalam bilik darjah akan membantu pelajar membina sikap tanggungjawaba dalam diri mereka melalui tugas menguruskan tumbuhan atau binatang peliharaan. Jelasnya, Glerr (2001) menegaskan bahawa environment bilik darjah yang ceria dan gembira akan terdorong ke arah pembelajaran yang lebih memberangsangkan. Dalam menguruskan hal murid,, guru perlu bersabar dan banyak bertolak ansur agar murid akan menghormati guru sebagai pendidik mereka. Pujian daripada guru merupakan saru kaedah yang bernilai dan berkesan untuk membantu murid mengubah tingkah laku mereka seterusnya meningkatkan proses pembelajaran. Guru harus mengelak daripada menggunakan sindiran ketika menasihati murid yang bermasalah. Sindiran ini tidak akan membuahkan hasil yang tidak diingin malah lebih terdorong murid untuk meneruskan kesilapan mereka sebagai balasan kepada sindiri murid terhadap perbuatannya. Dari segi persediaan fizikal, guru harus mengetahui dan memahirkan diri mereka dengan subjek yang akan diajar. Kandungan pelajaran harus disampaikan secara tersusun dan berperingkat-peringkat. Watson (1998) menasihatkan guru harus membuat perancangan yang rapi sebelum memulakan sesi pengajaran. Hal ini akan menyebabkan murid berasa lebih bersemangat untuk belajar kerana mereka melihat guru sebagai seorang yang berpengetahuan untuk mengajar mereka. Kemahiran set induksi harus dikuasai oleh guru dalam menarik minat serta meransang murid supaya enumpukan perhatian terhadapa aktiviti pengajaran yang akan disampaikan. Set induksi ini harus menarik, bersesuaian dengan tahap murid dan berkaitan dengan isi pelajaran dan pengetahuan sedia ada murid. Kesannya, murid akan bersedia, aktif dan seronok dalam meneruskan aktiviti pembelajaran mereka. Selain itu, guru menyediakan latihan, tugasan dan ujian untuk mengukuhkan apa yang telah diajar. Guskey (2003) mengatakan bahawa penilaian merupakan satu

asset yang penting yang dapat membantu guru meningkatkan proses pembelajaran murid. Kemahiran penyoalan juga harus dikuasai oleh guru untuk memastikan murid memahami isi pelajaran yang disampakan. Aras soalan yang dikemukakan perlulah bersesuaian mengikut umur, kebolehan dan pengalaman murid. Perkataan dan istilah yang digunakan mestilah ringkas, jelas, tepat, mudah difahami. Guru juga perlu memberikan pujian kepada murid jika mereka berjaya memberi jawapan yang betul dan meminta murid lain membantu jika murid tersebut gagal memberikan jawapan yang tepat. Kesimpulannya, untuk menguruskan bilik darjah dengan baik, guru memerlukan ketekalan, kesedaran tentang erti keadilan, semangat juang yang tinggi dalam memahami fasa psikoligi dan tahap perkembangan murid, berfikiran terbuka, bersedia untuk belajar dari kesalahan. Guru harus tangani segala apa yang berlaku di dalam bilik darjah dengan tenang, cepat, tegas, fleksibel. Pengurusan bilik darjah yang cemerlang akan membantu dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningatkan motiviasi murid di dalam bilik darjah seterusnya melakarkan kejayaan yang diidamkan.