Anda di halaman 1dari 3

LAMPIRAN A PROTOKOL TEMUBUAL 1. Assalamualaikum Cikgu..

2. Terlebih dahulu terima kasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa ditemubual.

3. Baiklah kita teruskan sesi ini.Sebelum itu bolehkah saya tahu berapa lamakah cikgu bergelar warga pendidik?

4. Berapa lama pula cikgu mengajar subjek sains di sekolah?

5. Sebagai guru sains apakah perkara pertama yang cikgu buat dalam merancang pengajaran sains di sekolah?

6. Apakah cara ataupun kaedah yang cikgu gunakan untuk memulakan sesi pengajaran?

7. Dalam sesi pembelajaran siapakah yang selalu mengemukakan soalan?

8. Adakah murid cikgu mengambil bahagian dalam sesi soal-jawab?

9. Pada pendapat cikgu,manakah yang lebih penting,sesi pengajaran yang cikgu sampaikan atau hasil pembelajaran yang murid perolehi? Atau pada cikgu kedua-duanya sama penting?

10. Adakah cikgu menyedikan pembelajaran secara koperatif (berkumpulan)?

11. Adakah cikgu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid dalam memulakan sesi pengajaran?

12. Adakah cikgu menerima pendapat anak murid cikgu tentang sesuatu konsep sains yang akan dipelajari?

13. Adakah cikgu memberi peluang kepada kepada murid cikgu mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep sains?.

14. Adakah cikgu menyediakan aktiviti hand-on dan mind-on kepada murid?.

15. Adakah cikgu menerapkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir dalam merancang pengajaran?

16. Adakah anak murid cikgu boleh mengaplikasikan idea yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian?

17. Bagaimanakah caranya cikgu menjalankan aktiviti eksperimen atau kajian?

18. Siapakah yang selalu menyediakan radas atau bahan dalam eksperimen atau kajian dalam pengajaran ? Cikgu atau murid atau kedua-duanya sekali?

19. Kebanyakan aktiviti cikgu dalam pengajaran,adakah secara individu atau berkumpulan?

20. Ada atau tidak ada murid cikgu mengemukakan sesuatu hipotesis (kesimpulan awal) dalam sesuatu eksperiman atau kajian yang dibuat?

21. Adakah cikgu memberikan soalan yang merangsang idea murid untuk mencari jawapan sendiri?

22. Adakah cikgu menggalakkan anak murid cikgu mencari maklumat sendiri untuk mendapatkan jawapan ? Jelaskan bagaimana cara atau kaedah yang cikgu boleh gunakan.

23. Adakah cikgu mengambil kira keperluan,kebolehan dan minat murid dalam merancang pengajaran?

24. Siapakah yang selalu membuat refleksi atau rumusan apabila selesai satu sesi pembelajaran ? Adakah cikgu,murid atau kedua-duanyaJelaskan juga cara atau kaedah yang cikgu selalu gunakan?

25. Adakah faktor persekitaran juga boleh mempengaruhi sejauh mana kanakkanak mempelajari sains? Boleh cikgu nyatakan contoh-contoh persekitaran tersebut.

26. Pada pandangan cikgu ,adakah personaliti seseorang guru turut mempengaruhi sejauh mana kanak-kanak mempelajari Sains?

27. Baiklah kita sampai ke penghujung temubual ini.Soalan saya terakhir,apakah harapan cikgu tentang subjek sains pada masa akan datang?

28. Terima kasih cikgu atas kerjasama sepanjang menjayakan temubual ini.

Anda mungkin juga menyukai