Anda di halaman 1dari 17

SUKAN DAN REKREASI

Rekreasi membawa maksud aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk


memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi
ketenangan minda dan merehatkan badan. Rekreasi terbahagi kepada 2, iaitu
Rekreasi dalam dan Rekreasi luar.

Ford (1981) pula mendefinisikan rekreasi sebagai program yang meliputi


penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran
dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan
pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.

Manakala Hammerman et.at (1985) telah mendefinisikan sukan rekreasi


sebagai landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh
dipraktikkan dalam situasi seharian.

Akhir sekali, Knapp (1981) menyatakan bahawa sukan rekreasi sebagai


alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Sukan rekreasi telah
diubahsuai selaras dengan matlamat ”humanization og education” iaitu
perkembangan potensi insan dari segi intelek, rohani dan emosi diberi penekanan
yang sama dengan aspek jasmani. Sukan rekreasi adalah untuk membina dan
mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat serta melahirkan
warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu.

KEPENTINGAN SUKAN REKREASI


Sukan Rekreasi penting dalam-

✔ Pembentukan personaliti yang baik


✔ Modal insan negara kelas pertama
✔ Aktiviti rekreasi akan membantu terhadap pembangunan mentaliti dan kualiti
masyarakat.
✔ Membentuk satu gaya hidup yang sihat
✔ Bersosial dan berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira kaum.
✔ Membina nilai kepimpinan dalam diri seseorang supaya individu itu dapat
menjadi seorang mepimpin yang baik dan berwibawa/
✔ Memperoleh dan memperkembangkan bakat, melakukan aktiviti dengan
tahap kecekapan fizikal dan keyakinan diri yang tinggi.
✔ Meningkatkan semangat kesukanan sesama individu.
✔ Membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang
sihat.

KEPENTINGAN SUKAN REKREASI DALAM KURIKULUM


Sukan rekreasi memain peranan yang penting dalam merealisasi FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama
yang seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani, intelek dan rohani (JERIS). Justeru
itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasi
menjadi salah satu komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani.
Denganya adanya sukan rekreasi para murid dapat membina dan mengekalkan
keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat.

Apabila sukan rekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum


mereka, maka para murid haruslah mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Apabila seseorang itu mula melibakan diri secara aktif dalam setiap
aktiviti maka secara automatik ini akan menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa
sihat dan mereka akan menjauhi diri daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat
seperti merokok.

Seterusnya, apabila seseorang individu mula untuk melibatkan diri dalam


aktiviti sukan rekreasi maka dia akan dapat mengawal emosi dia dengan baik.
Contohnya apabila individu A berasa marah atau hatinya tidak tenteram , pastinya
setelah mengambil bahagian dalam sukan rekreasi dia pasti dapat menenangkan
fikirnya dan membuat keputusan yang baik untuk menyelesaikan masalahnya.

Akhir sekali, mereka juga dapat mengembangan kemahiran sosialisasi


mereka dengan berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaum
tanpa sebarang masalah. Ini secara tidak lansung dapat membina perpaduan,
semangat kekitaan dalam kalangan anak murid apabila mereka mengikuti sesuatu
aktiviti dalam sukan rekreasi. Tambahan pula, Seseorang individu boleh mempelajari
nilai nilai murni secara tidak langsungnya apabila mengambil bahagian dalam aktiviti
sukan rekreasi yang dianjurkan di sekolah sebagai salah satu syarat bagi memenuhi
sukatan kurikulum di sekolah.
Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya member banyak faedah kepada
para murid yang mengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oleh itu, sukan
rekreasi haruslah dijadi sebagai matapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah
rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga di IPTA.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM SUKAN DAN


REKREASI

Pendidikan konservasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha untuk


menimbulkan kesedaran atau kepekaan terhadap kepentingan atau keperluan
terhadap sesuatu perkara. Manakala sukan rekreasi pula boleh didefinisikan sebagai
aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk
tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan minda dan merehatkan
badan serta mempelajari pengetahuan tentang sesuatu perkara. Maka kepentingan
pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha
ataupun cara untuk mendidik seseorang individu dalam sesuatu perkara apabila
mereka mengikuti aktiviti rekreasi ini.

Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi perlu didedahkan kepada semua


orang sejak di bangku sekolah lagi supaya kita dapat meluaskan ilmu pengetahuan
mereka terhadap kepentingan alam sekitar kita. Hal ini kerana isu alam sekitar
sememangnya menjadi suatu isu yang serius dan memerlukan pemerhatian segera.
Oleh itu apabila pendidikan konservasi terhadap alam sekitar diberikan kepada anak
murid melalui sukan rekreasi, kita dapat memupuk amalan memelihara dan
memulihara alam sekitar daripada ancaman pencemaran.

Pendidikan koservasi ini juga turut mendidik anak-anak murid untuk tidak
mencemarkan alam sekitar kita dan ramah dengan alam sekitar dengan tidak
membuang sampah serta mencemarkan sungai. Mereka juga akan mula untuk
mencintai flora dan fauna serta sungai yang berada di kawasan aktiviti sukan
rekreasi. Ini akan membantu untuk memelihara alam sekitar kita yang kian hari
semakin mengalami ancaman yang serius.

Selain itu, pendidikan konservasi dalam sukan rekrasi juga menjadi alat
utama untuk menanamkan semangat untu menjaga alam sekitar dan sekaligus
menukar sikap mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada
sebaliknya.

Pendek kata, pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi sememang


sesuatu yang harus ditekankan dan diteruskan supaya kita dapat mengubah sikap
generasi yang akan datang supaya mereka juga turut memainkan peranan dalam
menjaga alam sekitar kita. Dengan berbuat demikian dapatlah kita mengurangkan
masalah pencemaran alam sekitar dan mula untuk menanam semula pokok-pokok
baru supaya kawasan sekeliling kita dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau

PERKHEMAHAN

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit,


di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul
beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan
melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda
berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam
semulajadi perlu anda utamakan. Selain itu, aktiviti perkhemahan juga merupakan
diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini,
unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan
para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi, bertolak ansur, tolong
menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada
kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada
cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan
semangat juang dan keyakinan diri masing – masing.

Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan


bersepadu, secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada para peserta
mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing – masing.
Misalnya dengan menjalani aktiviti jungle tracking, para pelajar bukan sahaja
dapat pengetahuan tentang flora dan fauna, tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal
dan kematangan emosi, selain daripada memperolehi kemahiran ikhtiar hidup dalam
keadaan terdesak serta mencabar

KRITERIA PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN

1. Tanah atau tapak yang rata.

Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan


khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Sebaik-baiknya walau pun
tapak yang rata, cuba elakkan daripada kawasan yang terdapat akar-akar pokok
atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut. Tapak yang rata juga akan
mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai
tempat laluan air ketika hujan turun.
2. Berhampiran punca air.

Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus difikirkan ialah
mengenai punca air bersih. Air yang bersih digunakan untuk memasak,
membersihkan diri dan sebagainya. Tapak perkhemahan haruslah berhampiran
dengan punca air tidak kira sungai, anak sungai, telaga, kolam atau sebagainya
tetapi air tersebut hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku
kejadian tidak diingini seperti sakit perut atau penyakit lain yang boleh dijangkiti
melalui air yang tidak bersih. Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana
datangnya dan melalui kawasan yang tiada pencemaran.

3.Perhubungan
Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung
dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon
awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk
memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan
aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda
berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah
dikesan dari udara.

4. Jauh daripada dahan mati.

Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada kawasan sekitar,


khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan perkhemahan
tiada dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan peserta perkhemahan. Ini
penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting serta dahan
mati tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat di tapak
perkhemahan tersebut.

5. Tapak yang lebih tinggi dari punca air.


Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting untuk
mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai dan air pasang
jika berkhemah di pantai.

6. Mudah untuk mendapatkan bantuan.

Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan kepada keadaan


tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan.
Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan kampung, laluan
orang atau mudah dihubungi. Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah
dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan.

7. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar.

Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar yang digunakan untuk


memasak perlu diambil kira. Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-
ranting mati, tapak perkhemahan yang dipiiih mestilah di kawasan yang mudah dan
banyak untuk mendapatkan bahan tersebut.

8. Keselamatan kawasan perkhemahan.

Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting. Pastikan bahawa kawasan


tersebut adalah bukan kawasan binatang buas dan mudah diganggu oleh
penceroboh luar.

9. Denai Binatang
Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri
khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai
tersebut.
JENIS-JENIS PERKHEMAHAN

Khemah merupakan tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa


dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis
tempat berlindungan itu. Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk
tempat perlindungan tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga
dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak
sementara di negeri orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari
hujan, panas, kesejukan dan juga angin. Bagi warga rekreasi, khemah yang
diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang
paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan.

Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu:


• Rigde tent
• Frame tent
• Dome tent
• Bell tent

Ridge tent
• Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung.
• Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat
Dome tent
• Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel.
• Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di
sekolah dan sebagainya

Frame tent
• Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga.
• Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.
Bell tent
• Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.
• Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis
“DOME”.
Shelter
• Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi
• Boleh melindungi daripada serangga,panas, hujan, angin, salji dan suhu sejuk.
• Boleh menyembunyikan diri daripada musuh bahaya

Jenis-jenis Shelter

1.Phonco-Lean-To
Mudah dan cepat dibina.
Diikat pada dua batang pokok
Shelter tertutup pada satu bahagian sahaja
Pastikan shelter tidak menghala arah angin

2.Phonco Tent
• Mudah dibina.
• Diikat diantara dua pokok
• Shelter tertutup pada dua bahagian,kiri dan kanan.

3. One man Shelter


• Mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin.
• Saiz yang kecil menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman.

PELAN LOKASI PERKHEMAHAN


DAPUR & DEWAN MAKAN

KHEMAH PELAJAR LELAKI KHEMAH PELAJAR PEREMPUAN

PINTU

PETUNJUK:

TANDAS TONG SAMPAH


BILIK RAWATAN

AMPAIAN TIANG BENDERA

Lokasi perkhemahan perlulah berada di tempat yang selamat dan strategik.


Tapak perkhemahan haruslah dilengkapi dengan khemah, tandas, bilik rawatan,
dapur/ dewan makan, pagar untuk keselamatan dan sebagainya. Khemah pelajar
lelaki haruslah didirikin berasingan dan jauh daripada khemah pelajar perempuan.
Sekitar kawasan perkhemahan perlulah sentiasa bersih dan teratur.

CARA PENJAGAAN KHEMAH


Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/tiang
khemah berada dalam keadaan baik.
Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan mengeluarkan
tiang/ pancang.
Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip dari pada jem dan
menyebabkan susah untuk di buka.
Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada
binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari
makanan tersebut.
Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas
trip atau setelah selesai menggunakkannya, dan pastikan anda memeriksa
setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggal.
Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul2 kering
Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik, atau dengan
apa cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan
dengan khemah.
Sentiasa menggunakan peralatan yang berkuasa bateri didalam khemah
dalam usaha mengelak kejadian tidak di ingini berlaku.