Anda di halaman 1dari 4

SBFS 1103 KEMAHIRAN BERFIKIR & PENYELESAIAN MASALAH

Topik 1 : Penyelesaian Masalah

Pengenalan Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses pertolongan. Namum matlamat ke arah penyelesaian masalah bukanlah suatu yang mudah dicapai kerana ia melibatkan tahap-tahap dan penggunaan kemahiran-kemahiran tertentu. Justeru, kertas ini akan menggariskan maksud masalah dan penyelesaian masalah serta membincangkan tahap-tahap yang perlu diambilkira dalam proses penyelesaian masalah semasa memberikan proses pertolongan. Maksud Masalah dan Penyelesaian Masalah Perkataan pengalaman masalah merujuk kepada suatu keadaan, situasi atau

yang boleh

memberi kesan

kepada

ketidakseimbangan

seseorang individu dari aspek emosi, pemikiran, tindakan dan adakalanya fizikal (Compton, Gallaway & Cournoyer, 2005). Kehadiran masalah turut secara langsung boleh menolak atau memotivasikan seseorang individu untuk bergerak ke hadapan terutamanya dari aspek pemikiran dan tindakan yang boleh memberi jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi. Dengan kata lain, kehadiran masalah selain memberi tekanan kepada individu, ia turut mendorong individu untuk mencuba sedaya-upaya menggunakan kekuatan peribadi ke arah mencari jalan penyelesaian masalah tersebut. Usaha-usaha individu untuk menyelesaikan atau menamatkan masalah yang sedang dihadapinya inilah yang boleh dirumuskan sebagai tindakan individu mengharungi proses-proses tertentu ke arah penyelesaian masalah.

Proses Penyelesaian Masalah Antara ahli teoris yang telah memperkenalkan pendekatan penyelesaian masalah adalah John Dewey (1910) dan Helen Harris Perlman (1957, 1970, 1986) (Skidmore, 2000). Kedua-dua teoris terkenal ini melihat penyelesaian masalah sebagai satu bentuk kaedah pertolongan yang melibatkan proses-proses tertentu

(Hepworth & Larsen, 2002). Peringkat Penyelesaian Masalah 4 peringkat: 1. mengenal pasti dan mengetahui masalah yang dihadapi 2. mencari kaedah penyelesaian masalah 3. memilih kaedah penyelesaian masalah 4. melaksanakan kaedah penyelesaian masalah yang dipilih kepentingan Penetapan Matlamat Dalam Penyelesaian Masalah 1. Untuk memastikan tahap masalah yang dihadapi 2. Mencari kaedah penyelesaian masalah yang terbaik 3. Pastikan matlamat penyelesaian yang boleh/mampu dicapai Panduan Am Penyelesaian Masalah 1. Meneroka Masalah 2. Menentukan matlamat penyelesaian masalah yang realistik dan boleh dicapai 3. Menjana idea 4. Memilih idea 5. Mengimplementasi pelan rancangan 6. Menilai/mengukur dan membuat susulan lanjut

Analisis Punca Penyebab Masalah (RCA) 3 punca asas 1. Sebab fizikal 2. Sebab manusia 3. Sebab organisasi Proses RCA : 1. mengetahui masalah 2. memgumpulkan data 3. mengidentifikasi kemungkinan faktor penyebab 4. menidentifikasi punca utama 5. rekomendasi dan implementasi kaedah penyelesaian Halangan / Kekangan Dorner & Wearing (1995) dan Fluke (1991) Halangan untuk menyelesaikan masalah: 1. Ketidak jelasan masalah yang dihadapi 2. Polytely 3. Bersifat terlalu kompleks 4. Bersifat dinamik Maksud penyelesaian ialah jawapan kepada penyelesaian masalah /

pengurusan masalah sehingga mencapai matlamat yang dikehendaki ,Harris. R (1998) Pendekatan Stop It 3 cara : 1. mengelakkan dari masalah itu berlaku 2. menghapuskan masalah

3. mengurangkan masalah Pendekatan Mop It 3 cara : 1. menguruskan masalah 2. mengarahkan semula masalah 3. toleransi masalah Merancang Penyelesaian 1. mengenal pasti masalah 2. mencari kaedah penyelesaian masalah 3. memilih kaedah penyelesaian yang terbaik 4. implementasi perancangan penyelesaian masalah