Anda di halaman 1dari 40

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

HALAMAN JUDUL

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

JABATAN BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU


1

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN PENGAKUAN

2013

Kami akui tugasan ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya

Tandatangan : Nama Penulis : NAJIHAH AINI BINTI PUTEK Tarikh :

Tandatangan : Nama Penulis : SABRINI BINTI ABDUL NASIR Tarikh :

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN PENGHARGAAN

2013

Alhamdulillah..... Syukur kami panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kami menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Sejarah Perkamusan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan (BMM3112) bagi pelajar PISMP Semester 6, Ambilan Januari 2011. Ribuan penghargaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing kami, iaitu Encik Abdullah Bin Mohd Yassin yang lebih dikenali sebagai Munsyi. Beliau telah banyak membantu kami serta rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Beliau memberi pelbagai garis panduan serta tunjuk ajar yang ditambah pula dengan pelbagai perkogsian maklumat yang amat berguna kepada kami. Pada kami, tanpa bantuan serta pengorbanan beliau yang memberi nasihat tanpa jemu, tidak mungkin tugasan ini dapat kami hasilkan dengan sempurna. Tidak lupa kepada kedua ibu bapa yang dicintai kerana banyak memberi sokongan dan dorongan di kala diri ini hilang semangat dan lemah demi menghadapi tugasan ini di samping tidak lokek memberi nasihat dan dorongan tanpa mengeluh bosan.

Kepada rakan- rakan juga, terima kasih yang tidak terhingga kepada kamu semua kerana sudi berkongsi maklumat serta memberi tunjuk ajar dengan ikhlas kepada kami yang serba kekurangan ini. Kamu juga menjadi penguat kepada kami tatkala kami hampir rebah serta memberi pelbagai sokongan fizikal dan mental sepanjang kita bersama menyiapkan kerja kursus ini. Diharapkan kita sama-sama berjaya melepasi tugasan ini dengan jayanya. Tidak ketinggalan, kepada senior-senior yang sudi berkongsi ilmu pegetahuan, memberi panduan serta kritikan-kritikan yang amat berguna kepada kami. Jasa kalian takkan kami lupakan. Terima kasih semua. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas jasa yang telah kalian curahkan buat diri ini.

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

KANDUNGAN

MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN TUGASAN 2.0 NOTA SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 2.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU 2.2 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 3.0 SEJARAH BATU BERSURAT KUALA BERANG TERENGGANU 3.1 GAMBAR BATU BERSURAT KUALA BERANG TERENGGANU 3.2 TERJEMAHAN BATU BERSURAT TERENGGANU 3.3 TAFSIRAN BATU BERSURAT KUALA BERANG 3.4 PENGGUNAAN BAHASA DALAM BATU BERSURAT 49 3.5 ASPEK PENGARUH BAHASA 3.6 ASPEK EJAAN 3.7 ASPEK KOSA KATA 3.8 KESIMPULAN 96 98 109 116 I II III 1 2 3 11 35 37 38 42

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013
117

4.0 PENGENALAN 4.1 ANALISIS NAJIHAH AINI BINTI PUTEK 4.2 ANALISIS SABRINI BINTI ABDUL NASIR 4.3 PENUTUP 5.0 RUJUKAN 6.0 LAMPIRAN 174 124

147

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

DISEDIAKAN OLEH:

NAJIHAH AINI BINTI PUTEK 900507-11-5362 BM / PJ / KS1 PISMP SEMESTER 6

SABRINI BINTI ABDUL NASIR 911002-11-5360 BM / PJ / KS1 PISMP SEMESTER 6

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

1.0 PENGENALAN TUGASAN Tugasan kerja kursus projek BMM 3112, kami dikehendaki menghasilkan tugasan secara berpasangan berkaitan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Tugasan ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Bahagian pertama membicarakan berkaitan dengan sejarah perkembangan bahasa Melayu hingga kini beserta bahan grafik yang sesuai. Bahagian kedua, kami dikehendaki melihat perkembangan bahasa Melayu Yang dapat dibuktikan melalui jumpaan batu bersurat. Berdasarkan tulisan jawi yang terdapat pada batu bersurat Kuala Berang Terengganu, secara kritis huraikan penggunaan bahasanya dan hubung kait dengan perkembangann bahasa Melayu. Tugasan ketiga kami dikehendaki menyiapkan tugasan secara individu iaitu mengkaji satu bab dalam teks Sejarah Melayu versi shellabear dan satu bab teks Hikayat Abdullah, analisiskan dan banding beza bahasa yang digunakan.

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

2.0 NOTA SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata Melayu. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu. Satu catatan orang Cina ialah seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila

menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan Mlayu bermaksud berlari atau mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu. Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini. Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula sebagai Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di negara itu juga.

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

2.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU Menurut Amat Juhari Moain ( 2006) , apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara iaitu Asia Tengah dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Bahasa Melayu Berasal Dari Nusantara Beberapa orang tokoh berpandangan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini iaitu:

Menurut Nik Safiah Karim (1986 : 1), terdapat beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Golongan manusia ini datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia.Buktinya ialah pergerakan manusia ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto.Gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro. Secara ringkasnya terdapat perkaitan antara pergerakan gelombang manusia dengan bahasa kerana masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik. Nik Safiah Karim ( 1986 : 2 ) juga telah mengatakan bahawa bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia. Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200-300. Oleh yang demikian bahasa-bahasa ini dapat dibahagikan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina, Sumatera dan banyak lagi.

10

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Gorys Keraf ( 1984:184-201) pula berpendapat bahawa bangsa Melayu memang berasal dari kepulauan Melayu atau Nusantara. Beliau menyatakan bahawa bangsa Melayu sudah sedia ada di kepulauan Melayu dan mereka menuturkan bahasa keluarga Nusantara. Menurut beliau negeri asal orang Melayu ialah daerah Indonesia dan Filipina. J.Crawfurd ialah seorang sarjana Inggeris telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa iaitu bahasa Jawa dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera atau bahasa Melayu. Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini. Sehubungan itu, J.Crawfurd juga telah menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah menglami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau telah merumuskan bahawa Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.Manakala Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain. Mengikut Harry Judge (1991 :18), bahasa Melayu telah wujud sejak abad kedua Masihi.Buktinya ialah kewujudan Kerajaan Melayu Campa yang terletak di Vietnam Tengah. Secara logiknya,kerajaan ini wujud kerana ada bangsa menetap di kawasan ini. Kewujudan bangsa telah membuktikan bahawa wujudnya bahasa untuk berkomunikasi.Oleh yang demikian dapat dikatakan bahawa bangsa yang

mendirikan kerajaan tersebut dan bahasa yang digunakan dalam kerajaan yang berkenaan.Sehubungan itu, terdapat beberapa penemuan penggunaan bahasa Melayu seperti prasasti.Prasasti yang ditemui bertarikh pada abad ke-4

Masihi.Prasasti ini menggunakan bahasa Melayu Kuno Campa. Sumber ini ditemui di Dong Yen Chau, di Teluk Tourane, Vietnam Selatan. Berdasarkan bahan bukti yang dijumpai,dapat dikatakan bahawa pendiri Kerajaan Melayu Campa ialah bangsa Melayu iaitu Melayu Campa dan begitu juga bahasanya.

11

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Bahasa Melayu Berasal Dari Asia Tengah Beberapa orang tokoh berpandangan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara iaitu Asia Tengah ialah:

R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua. Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern telah membuat kesimpulan bahawa kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia ke tanah Kepulauan Melayu. Seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau ialah J.H.C. Kern. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik .Perkataan tersebut di antaranya ialah padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern telah merumuskan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

12

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Manakala W. Marsden (1812) pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia iaitu bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik adalah merupakan bahasa yang serumpun. J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Menurut J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam yang terdapat di daerah Burma dan Tibet. Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana ( 11-28) dan Asmah Haji Omar (28-29) juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar (1985:395) pula telah membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru. Beliau berpendapat bahawa hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba berdasarkan skema seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 1.1.

13

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Rajah 1.1. Hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba

Skema di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Kuno yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Purba.

14

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Kesimpulan Asal-Usul Bahasa Melayu Berdasarkan pendapat Geldern tentang hasil kajiannya iaitu kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara.Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut. Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah. Berbeza pula dengan kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik

memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah.Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik. Pendapat Marsden (1812) bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung

memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur iaitu Lautan Pasifik, pantai barat, dan Selatan Asia di kawasan Nusantara sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

15

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara,dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia.

16

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

2.2 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasa Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara bertahap tahap iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden. Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman

perkembangan telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya.

17

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

ZAMAN BAHASA MELAYU PURBA Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman

prasejarah.Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada masa itu. Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai

dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan.

18

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

ZAMAN BAHASA MELAYU KUNO Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti. Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno wujud setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan Riau dan Sumatera.

Empayar buddha Srivijaya, antara empayar Melayu raya awal di rantau kepulauan Melayu.

Tinggalan Candi di Lembah Bujang, Kedah. Para pengkaji sejarah menemui bukti kewujudan kerajaan Hindu-Buddha di kawasan ini sekurangsekurangnya sejak tahun 110 Masihi. menunjukkan pengaruh India yang kuat dalam masyarakat Melayu ketika itu.

19

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat beberapa ciri yang boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah

Bahasa Melayu Kuno dikatakan bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu, bahasa Melayu Kuno juga mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.

20

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa berlakunya perkembangan bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lamakelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab. Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno.

21

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari India, katakata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkairangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit.
Aksara Pallava

Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah seperti:

Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

22

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Penggunaan Bahasa Melayu Kuno Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu bersurat tersebut ialah:

Batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava. Manakala Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M dan batu, Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf Nagiri.Ringkasnya, penemuan batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh masyarakat.

23

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno Beberapa kajian telah dijalankan pada bahan bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang terdapat pada batu bersurat tersebut telah dikaji dari aspek bahasanya. Bahasa Melayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri, antaranya:

24

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Berdasarkan kajian tersebut, bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada waktu itu bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yang sesuai untuk

memperkatakan perkara-perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa dari kebudayaan asing. Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa masyarakat yang membawa konsep-konsep baru itu. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada bahasa Sanskrit adalah seperti

Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa untuk urusan pemerintahan di istana. Bahasa Melayu kuno juga telah tersebar luas dan berfungsi sebagai lingua franca.Selain itu bahasa Melayu kuno juga bersifat kosmopolitan, keranan menerima pengaruh dari luar terutama pengaruh bahasa Sanskrit.

25

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

ZAMAN BAHASA MELAYU KLASIK Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik. Menurut Ismail Hussein (1984:24), pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang

digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama

Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.

26

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Sejarah Bahasa Melayu Klasik Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan

kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa . Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan,

ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15. Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai lingua franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan penyebaran agama Islam. Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu AlMasail oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari . Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai :

Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara.
27

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agama Islam menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya bahasa Arab. Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda. BAHASA MELAYU MENERIMA PENGARUH

28

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai. Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik. Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium dalam:

Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun

bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang abad ke-7 hingga abad ke-14. terdapat pada batu-batu bersurat antara

29

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Perkembangan Bahasa Melayu Klasik Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu. Amat Juhari Moain ( 1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali. Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam

kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan, dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan. Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya yang ditulis dalam tulisan Jawi seperti :

30

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan bahan yang di akses, didapati ada tiga zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik. Antaranya ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan Johor Riau.

ZAMAN KEGEMILANGAN BAHASA MELAYU KLASIK

Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya ialah pada zaman kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf alSingkel.

31

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa Melayu Klasik. Namun demikian cirri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan bahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Antara ciri ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang.Ketika itu juga banyak menggunakan laras bahasa istana. Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu Klasik bagi Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciri tersebut kepada beberapa aspek iaitu aspek sistem tulisan,kosa kata dan tatabahasa.

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK

32

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata pangkal adalah seperti:

Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian. Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza dengan bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulangulang dan berbelit-belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang

dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut:

33

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh:

Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel pundan lah.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti adapun, bertitahlah,dan berebutlah. Manakala contoh pen ggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti berikut:

34

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit islam. Contoh penggunaan bahasa Arab ialah: bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama

Bagi bahasa Sanskrit pula ialah:

Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti kh, dz, dan sy. Contoh perkataan seperti:

35

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya ialah:

Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan

perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.

36

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

ZAMAN BAHASA MELAYU PRAMODEN Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan barat ini. Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat. Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan seperti:

37

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Selain itu, zaman ini turut mencetak banyak kitab kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada abad ke -19. Antaranya ialah:

Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang menyebabkan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa Melayu.

38

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

ZAMAN BAHASA MELAYU MODEN Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negerinegeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda. Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti syarikat percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secara langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.

39

BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

2013

Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya selepas Perang Dunai Kedua. Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat kiriman,dan peristilahan. Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat. Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan tulisan ilmiah.

40

Anda mungkin juga menyukai