Anda di halaman 1dari 13

ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PRA 3101) Sejarah pendidikan awal kanak-kanak Sejarah dan Perkembangan Kanak-kanak di Eropah,

Amerika dan Asia

Definisi Pendidikan Awal Kanak-kanak Pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada tempohmasa seseorang kanakkanak itu mendapat pendidikan awalmereka.Menurut Pertubuhan Kebangsaan Bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda atau The National Association For TheEducation Of Young Children (NAEYC)- Pendidikan awal kanak-kanak adalah segala program pendidikan yang telah diberikan sama ada dalam memberil ayanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari kanak-kanak tersebut lahir hingga ke umur 8 tahun.

Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Eropah Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak diEropah telah bermula dari Zaman Rom, Greek dan negara-negara di sekitar Eropah. Sepanjang perkembangan pendidikan kanak-kanak di Eropah di setiap abad memperlihatkan kepentingan hak kanak-kanak dan kemajuan dalam pendidikan mereka. Kebanyakan sistem pendidikan di Eropah hari ini merujuk kepada sistem pendidikan Greek dan Rom.

Zaman Greek Di Sparta Pendidikan perlu bermula dari rumah semenjak bayi hingga 6 tahun oleh ibu bapa Pendidikan secara formal akan diberi kepada kanak-kanak setelah berumur 6 tahun di bawah satu pendidikan khas yang dinamakan Badan Kebajikan Masyarakat oleh phak kerajaan. Kanak-kanak berumur 8 tahun di anggap dewasa. Latihan yang diberikan adalah berbentuk latihan fizikal seperti berlari, melompat, bergusti,bertinju dan sebagainya. Kanak-kanak perempuan juga diberi pendidikan untuk menguatkan fizikal supaya menjadi sihat dan tegap agar dapat melahirkan keturunan yangsihat dan kuat bila berkahwin nanti.

Di Athens Warga Athens menitik beratkan pendidikan ilmu pengetahuan. Pada peringkat awal, kerajaan tidak mengambil berat dalam pendidikan sekolah dan tidak membiayai kanak-kanak miskin Pendidikan awal kanak-kanak diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak yang mencapai umur 7 tahun, ibu bapa akan memberikan kanak-kanak ini kepada guru yang akan menentukan bidang pendidikan mereka.

Dari umur 11 tahun pula ,kanak-kanak akan menduduki ujian yang berupa ujian jasmani dan akal. Sistem pendidikan begini telah melahirkan ramai ahli falsafah. Tujuan pendidikan di Athens adalah untuk mencapai keseimbangan antara rohani dan jasmani-hidup dengan harmonis. Setiap warganegara hendaklah setia kepada negaranya.
2

Pendidikan Awal Kanak-kanak semasa Zaman Rom Pada zaman Rom Pada zaman Rom kuno, tidak terdapat sekolah sebagai institusi pendidikan. Kanak-kanak dididik di rumah. Mereka belajar mematuhi dan mencontohi orang tuanya dalam segala halterutamanya kelakuan. Pada kira-kira tahun 450 SM barulah wujud sekolah, kanak-kanakbelajar membaca dan menulis tentang agama dan undang-undangnegara. Pada zaman peralihan kanak-kanak mula mendapat pendidikan di sekolah secara formal .

Perkembangan pendidikan di Rom memperlihatkan kemajuan dalam pendidikan mereka . Pendidikan awal kepada kanak-kanak adalah: Mengajar membaca dengan secukupnya Mengarang dengan teliti Mempelajari pidato untuk kanak-kanak yang ingin menceburi bidang peguam, ahli politik. Mempelajari aktiviti bermain pedang, berenang Pendidikan menekankan membaca,menulis,mengira

Selepas kejatuhan kerajaan Rom Pendidikan merosot akibat kelemahan kerajaan. Pendidikan kanak-kanak terletak di bawah tanggungjawab ibu bapa. Kanak-kanak tidak mendapat pendidikan sempurna disebabkan ibu bapa bekerja Kanak-kanak perlu membantu kerja-kerja yang dilakukan oleh orang dewasa Pada waktu yang sama anak-anak golongan istana mendapat

keistimewaan untuk bersekolah Mereka di ajar membaca, menulis mengira dan mempelajari buku simpan kira
3

Pendidikan awal kanak-kanak Abad ke-15 Abad ini kanak-kanak tidak mendapat tempat dan tiada pengiktirafan hak perlindungan yang khusus. Kanak-kanak kelas golongan atasan disediakan peluang pendidikan belajar menerusi tutor atau sekolah di rumah keluarga yang ternama. Kanak-kanak golongan pertengahan mendapat latihan vokasional Kanak-kanak golongan bawahan dan miskin bekerja membantu ibu bapa.

Pendidikan Awal Kanak-kanak ke-16 Di German Berlaku penyerahan perkhidmatan pendidikankepada golongan biasa. Sekolah yang dahulu dikuasai gereja diserahkankepada golongan biasa

Di Belanda Diperkenalkan sistem pengendalian kelas iaitu nisbah seorang guru untuk sepuluh orang kanak-kanak.

Pendidikan Awal Kanak-kanak ke-17 Perlindungan kanak-kanak bawa perubahandalam masyarakat Sebelum ini pendidikan kanak-kanak berumur 6 tahun tidak berbeza dengan kanak-kanak yang lebih tua. Menurut Johann Pestalozzi penekanan pendidikanbermula di rumah Pembelajaran adalah secara penemuan.

Pendidikan Awal Kanakkanak Abad ke-18 Pada abad ini penekanan telah diberikan dalamsistem pendidikan kanakkanak. Menurut Robert Owen, sekolah dapat membendung pengaruh negatif yang terdapat dirumah. Manakala Freidreich froebel mempercayai kanak-kanak perlu diberi peluang memilih aktiviti yang diminati.

Pendidikan Awal Kanak-kanak Abad ke-19 Pendidikan awal kanak-kanak menjadi keperluan masyarakat. Wujud beberapa pendekatan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Pendekatan Reggio Emilia Seorang guru Loris malaguzzi dengan bantuan beberapa orang guru dan ibu bapa telah membentuk satu sistem pendidikan untuk kanak-kanak pada peringkat awal iaitu 4 bulan hingga 6 bulan. Sekolah ini berasaskan prinsip Sosio Konstructivis seperti Dewey, Montessori, Piaget, Vygotsky

Pendekatan Reggio Emilia dalam perkembangan pendidikan awal kanak-kanak o Keistemewaan yang ada pada setiap kanak-kanak o Peranan guru dalam P&P o Tumpuan pendidikan pada potensi o Susunan persekitaran fizikal dan ruang

Pendekatan Bank Street o 1916 Bank Street diasaskan oleh lucy Sprague Mitchell. o Pendekatan berasaskan pertumbuhan kanak-kanak dari aspek fizikal, sosial, emosional dan estetik serta intelektual

Ciri-ciri program o Kanak-kanak bertindak balas terhadap bahan di persekitaran o Kanak-kanak mempelajari menghadapi masalah dan meluahkannya o Orang dewasa penting sebagai pemudahcara o Pembelajaran bertemakan diri,keluarga,masyarakat dan dunia o Kanak-kanak sebaya berada dalam kelas yang sama dengan mempunyai seorang guru dan pembantu o Bilik darjah menyediakan pelbagai pusat aktiviti.

Sejarah Perkembangan Pendidikan awal Prasekolah Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud Garden of Children. Prasekolah pertama di dirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Owen pada tahun 1816 di Scotland dan diberi nama The Infant School.

Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Amerika Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz. Pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston. Penubuhan prasekolah di Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. kanak-kanak yang miskin hanya terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. Pada tahun 1960 berlaku transformasi di dalam system pendidikan Wujud pembelajaran menggunakan kaedah High Scope Merupakan satu kaedah pendidikan bagi prasekolah,tadika atau sekolah rendah berdasarkan idea-idea dari Jean Piaget. Sekolah yang menggunakan pendekatan High Scope mempunyai kawasan yang tertentu untuk setiap aktiviti seperti bermain, aktiviti seni, menulis, permainan dramatik dan sebagainya. Kawasan bagi

setiap aktiviti itu adalah berbeza.(Alice Butler et al., 2004). Menurut Jean Piaget anak-anak seharusnya terlibat secara aktif dalam pembelajaran kendiri mereka. Mereka belajar dengan melakukan, sering bekerja dengan bahan-bahan melaksanakan sesuatu mengikut pilihan sendiri. 1965 wujud program untuk membantu golongan miskin dalam pendidikan di Amerika Syarikat. Dinamakan Program Headstart Tujuan penubuhan untuk membantu kanak-kanak yang datang dari kawasan mundur dan keluarga miskin. Mereka ditempatkan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran. Ianya merupakan sebuah program United States Department Health dan Human Services yang menyediakan pendidikan komprehensif, kesihatan, pemakanan dan perkhidmatan penglibatan ibu bapa untuk kanak-kanak berpendapatan rendah dan keluarga-keluarga mereka
7

Antara perisian program Head Start :-

Early Head Start memperkenalkan tentang kesihatan bayi baru lahir, mempekenalkan

kesihatan keluarga dan fungsinya, kuatkan pembangunan bayi. Migrant And Seasonal Program Branch mewujudkan perkembangan sihat dalam zaman kanak-kanak berumur antara tiga hingga lima tahun. American Indian-Alaska Native Program Branch dikhususkan untuk Orang India Amerika dan kanak-kanak Alaska Native di mana disediakan perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan,sosialisasi yang berunsurkan pendidikan, pemakanan serta perkhidmatan lain untuk meningkatkan kesediaan kanak-kanak untuk ke sekolah (Alice Butler et.al., 2004)

Ciri-ciri Program Headstart a) Penglibatan Ibu bapa Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan pengurusan prasekolah. b) Kesihatan Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah. c) Pemakanan Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-carauntuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri. d) Pendidikan Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk perkembangan sosial, intelek,fizikal dan emosi.
8

e) Perkhidmatan Sosial Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan. f) Ketidakupayaan Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanak-kanak kurang upaya atau keperluan khas. g) Kesihatan Mental Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah dan ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak.

Sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Amerika berkembang dari tahun 1856. Antara perkembangan yang boleh dilihat adalah seperti berikut :

1856

Tadika Jerman berbahasa jerman ditubuhkandi Wisconsin

1860

Elizabeth Palmer Peabody membuka kindergarden persendirian di Bonston, Inggeris. Massachusetts untuk kanak-kanak penutur bahasa

1873

Susan Blow membuka kindergarden pertamadi St Louis Missouri. Latihan perguruan yang pertama untuk guru kindergarden di Oshkosh Norman School, Philadelphia.

Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Asia Perkembangan pendidikan kanak-kanak di Asia bermula di negaranegara Asia Barat dan Timur Tengah. Pendidikan banyak dipengaruhi unsur-unsur keagamaan, kepercayaan, falsafah dan budaya Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand. Manakala di Malaysia, perkembangan

pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.

Pendidikan Zaman Tamadun Mesir Pendidikan dalam zaman tamadun Mesir purba telahwujud sejak 1000 tahun sebelum Masihi Sekolah dalam tamadun Mesir purba hanya untuk orang lelaki sahaja. Sekolah banyak terdapat di Memphis dan Thebes. Tujuan pendidikan ialah menyediakan dan memberikanberbagai pelajaran tentang kehidupan sehari-hari. Mata pelajaran yang dipelajari ialah matematik, mekanik,binaan, ukiran, lukisan, muzik dan lain-lain lagi. Pada peringkat Pendidikan Rendah, umur 6 tahun merupakan permulaan bagi seseorang kanak-kanak menimba ilmu. Mereka belajar selama 6 jam sehari sama ada di rumah ( guru dijemput datang) atau dihantar ke sekolah Pelajaran yang diajar ialah membaca, menulis, dan mengira. Mereka mempelajari tiga bentuk tulisan Mesir dengan cara menyalin sahaja. Alat yang digunakan untuk menulis ialah batu atau kepingan kayu yang diseliputi plaster yang boleh dibasuh (guna semula)

10

Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-kanak di India Tujuan pendidikan pada masa itu ialah melahirkan manusia yang alim. Semua pengetahuan yang dipelajari adalah berkaitan dengan agama. Pendidikan diwajibkan bagi semua yang ingin menjadi pendeta dan pendidikan ini dikendalikan oleh pendeta. Apabila seorang pelajar telah menerima benang yang dianggap suci, dia akan diletakkan di bawah jagaan seorang guru selama 12 tahun. Pada masa itu

pelajar tersebut akan belajar tentang astronomi. Bangsa Aryan yang datang dari Lembah Ganges sehingga ke selatan dan barat India telah memperluaskan lagi pengetahuan tentang agama dan sains. Semua pengetahuan ini terkumpul dalam sutra-sutra yang ditulis dengan mudah, pendek dan menarik untuk dihafal oleh kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun.

Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-kanak di China Ibu bapa China lebih gemar anak-anak mereka mengikuti kurikulum yang bercorak akademik dan apabila lulus terus memasuki peperiksaan awam untuk bekerja sebagai pegawai kerajaan.

Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Arab pendidikan ialah untuk meltih dan menyediakan diri untuk kehidupan seharian. Kanak-kanak dilatih membuat pekerjaan orang tuanya seperti membuat tempat kediaman, melawan musuh dan binatang buas. Pendidikan rumah tangga amatlah dipentingkan. Mereka mempelajari cara-cara mencai makanan, membuat pakaian, bertukang dan kesenian. Mereka juga diberi didikan akhlak dan belajar tentang syair, mengenal keturunan, ilmu mengecam bumi, perubatan dan mengenal arah angin.
11

Pendidikan Awal Kanak-kanak Asia Foundation 1954, Asia Foundation telah menunjukkan satu usaha untuk

meningkatkan kualiti pengajian di Asia. Persediaan awal dalam usaha ini ialah o Memajukan pihak university yang utama di Asia, termasuk

Chinese Universiti of Hong Kong dan Ehwa Womans Universiti of Hong Kong dan Ehwa Womans Universiti di Korea o memajukan perpustakaan dan pembangunan kurikulum o menyediakan peruntukan peralatan yang diperlukan o memberi biasiswa untuk pelajar Sumbangan Asia Foundation o mempelopori program-program untuk meningkatkan pendidikan budak-budak perempuan melalui biasiswa. o program-program lain untuk meningkatkani nsentif kepada keluarga untuk memastikan anak-anak gadis mereka di sekolah (Kimberly Gould Ashizawa, 2006). o Menyokong pembangunan sekolah-sekolah o Wujud perubahan kurikulum dalam Asia, terutama kawasan Islam Asia Tenggara. o Pertengahan 1980 hampir 80 peratus sekolah pondok telah menerima bantuan o Sepanjang 50 tahun sejarah, Asia Foundation telah menyediakan pelbagai keperluan untuk pengajaran profesional di Asia. o 1980-an, The Asia Foundation menyediakan sokongan untuk universiti seluruh Thailand bagi membangunkan mahasiswa dalam kurikulum perniagaan dan program-program MBA. o Membangunkan program-program latihan bahasa Inggeris yang telah dibuktikan amat penting untuk pembangunan ekonomi dan kapasiti penyelidikan skor bagi Negara Asia.

12

o Asia Foundation menyokong penciptaan makmalBahasa Inggeris pertama untuk Universiti East Timor yang merupakan Negara merdeka terbaru (KimberlyGould Ashizawa, 2006).

Bibliografi: ` Asas pendidikan awal kanak-kanak. Diperoleh daripadahttp://www.scribd.com/doc14853636/18 Ogos 2008 ` Pendidikan Di Eropah. Diperoleh daripadawww.scribd/com/doc/1971484314 september 2009 ` Pendidikan Di Eropah. Diperoleh daripadawww.scribd.com/doc/29198931/1971443. 30 march 2010 30 march2010 ` Pelangi Petang Perkembanganpendidikan Prasekolah luar . Diperoleh daripada Pelangi Petang 89.blogspot.com 5 Ogos 2009 ` Pendidikan Awal Kanak-kanak di Eropah. Sumber Bacaan.www.sumber bacaan.com

13