Anda di halaman 1dari 15

APA ITU INFLASI? Pada urnumnya inflasi bermakna "kenaikan yang berterusan dalarn tingkat harga urnum".

"Harga umum" bermaksud harga yang menggambarkan paras harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalarn sesuatu ekonorni pada sesuatu masa tertentu. Oleh kerana terlalu banyak bilangan barangan yang terdapat pada sesuatu masa, maka arnat sulit untuk mendapatkan sernua harga barangan dan perkhidmatan berkenaan. Oleh itu, satu kaedah telah dibentuk untuk mengukur paras harga urnum ini dengan mengambil sebilangan barangan dan perkhidmatan tertentu sebagai mewakili keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalarn sesuatu ekonorni dan harga mereka diukur dengan rnenggunakan Indeks Harga. Seringkali koleksi barangan dan perkhidmatan yang diambil itu mewakili barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna. Oleh itulah indeks harga ini dinamakan Indeks Harga Pengguna (IHP) dan bagi Malaysia, indeks ini dikeluarkan dari masa ke masa oleh Jabatan Perangkaan. Kenaikan yang berterusan" bermaksud bahawa inflasi hanya berlaku pada ketika paras harga urnum meningkat secara berterusan dalarn satu-satu tempoh tertentu sahaja. Sesuatu kenaikan harga yang bersifat sementara seperti kenaikan harga akibat musim kernarau atau kenaikan harga kerana meningkatnya kadar cukai jalan tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikan harga sebegini hanya berlaku sekali sahaja.

KESAN-KESAN INFLASI Inflasi banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi dan penduduk sesebuah negara. Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan ini akan mengurangkan taraf hidup mereka. Agihan faktor-faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi berkenaan.

Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu berkenaan. Pengurangan pendapatan benar akan berlaku dengan ketara kepada pekerjapekerja yang berpendapatan tetap. Sewaktu ekonomi menghadapi inflasi, kesan agihan amat dirasai. Bagi mereka yang menabung, yang menerima pencen, yang memiliki bon dan polisi insuran, nilai sebenar (dalarn eftikata kuasabeli wang) tabungan, nilai pencen, nilai bon atau polisi insuran mereka

merosot. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah dan mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa inflasi. Bagi mereka yang berhutang dan yang memberi hutang agihan semula pendapatan juga akan berlaku. Bagi yang berhutang, mereka beruntung kerana nilai benar wang bayaran hutang yang dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya. Yang memberi hutang pula akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang diterima menjadi rendah daripada keadaan tanpa inflasi.

Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMYEBABKAN INFLASI Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini : 1. Inflasi Tolakan Kos Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jika kadar upah meningkat dengan tinggi, maka kos pengeluaran akan meningkat. Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi. 2. Inflasi Tarikan Permintaan Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada

pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab kekata,n pasaran buruh atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:
a) Peningkatan

Tinglkat Pendapatan Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi. b) Peningkatan Penawaran Wang Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud. 3. Inflasi Diimport Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor: peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaran asing. i. Peningkatan Harga di Luar Negara Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import. Ini terutamanya benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika hargaharga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara. ii. Penurunan Kadar Pertulkaran Wang Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara Malaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara. 4. Jangkaan Pengguna Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu

ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga. Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini : 1. Inflasi Tolakan Kos Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jika kadar upah meningkat dengan tinggi, maka kos pengeluaran akan meningkat. Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi. 2. Inflasi Tarikan Permintaan Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab kekata,n pasaran buruh atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada: a) Peningkatan Tinglkat Pendapatan Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi. b) Peningkatan Penawaran Wang Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada

keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud. 3. Inflasi Diimport Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor: peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaran asing.

i. Peningkatan Harga di Luar Negara Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import. Ini terutamanya benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika hargaharga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.

ii. Penurunan Kadar Pertulkaran Wang Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara Malaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara. 4. Jangkaan Pengguna Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga. LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI Objektif utama kerajaan ialah menstabilkan harga dalam keadaan ekonomi membangun dengan pesat. Langkah-langkah utama kerajaan dalam usaha memerangi inflasi boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran. Dasar Kewangan (Monetary Policy) Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk mengurangkan pertumbuhan penawaran

wang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar faedah pinjaman yang tinggi untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui pinjaman serta mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit. Dasar Fiskal (Fiscal Policy) Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, barangbarang isi rumah, barangbarang elektrik, elektronik dan sebagainya.
Pentadbiran i. Menggalakkan Persaingan

Kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk.
ii. Memperbalki Sistern Pengangkutan

Sistem pengangkutan awam sedang diperbaiki bagi memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran.
iii. Kapasiti Pengeluaran Makanan

Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan. KEMPEN ANTI-INFLASI DI SELURUH NEGARA Kerajaan menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk kepada perkembangan ekonomi negara, kos sara hidup dan taraf hidup orang berpendapatan rendah. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah positif untuk membantu membendung inflasi. Objektif utama kempen ialah untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang paling rendah sehingga mencapai tahap sifar seperti yang dihasratkan oleh YA.B. Perdana Menteri. Kempen ini diasaskan kepada konsep untuk memupuk pemikiran masyarakat supaya membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna supaya:

membeli barang buatan Malaysia mengelakkan pernbelian tidak dirancang membeli hanya barangan yang benar-benar diperlukan

menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan menabung mengurangkan pernbelian menggunakan kad kredit elakkan amalan mencatut (profiteering) oleh para peniaga. menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.

Kempen melalui media cetak dan elektronik ini adalah bertemakan "Inflasi Sifar Sasaran Kita". Inflasi Sifar Inflasi sifar bermakna sesuatu keadaan di mana tidak berlaku apa-apa kenaikan pada Indeks Harga Pengguna tahun semasa berbanding dengan Indeks Harga Pengguna tahun asas. Dalam keadaan ini paras harga kekal dan tidak berubah bagi tempoh masa tertentu.
Takrifan Inflasi Sifar Dalam Kempen Anti Inflasi Kerajaan

Sementara itu inflasi sifar dalam konteks Kempen Anti Inflasi yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah merujuk kepada usaha-usaha kerajaan mengekalkan paras harga bagi barangan dan perkhidmatan perlu yang biasanya digunakan oleh sebahagian besar rakyat di negara ini terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah seperti barang makanan, pengangkutan bas, teksi, kos rumah murah, sewa rumah murah, utiliti dan sebagainya.
Peranan Pengguna Dalam Menangani Masalah Inflasi

Pengguna mempunyai peranan yang penting dalam melawan inflasi. Dengan kebijaksaan yang ada, pengguna boleh mencorak semula perbelanjaan mereka sewaktu ekonomi berada dalam keadaan inflasi. Pengguna boleh mengurangkan paras perbelanjaan dengan berbelanja ke atas barangan dan perkhidmatan yang perlu sahaja. Pengguna tidak perlu mempunyai jangkaan inflasi yang boleh memburukkan keadaan. Dalam keadaan-keadaan tertentu, pengguna boleh juga mencari barangan atau perkhidmatan pengganti yang lebih murah harganya. Kempen Anti-Inflasi serta program-program yang lain bertujuan mendidik pengguna tentang hak-hak pengguna, tentang pengurusan ekonomi rumah tangga dan tentang bahaya inflasi. Nasihat kepada pengguna ialah sebelum berbelanja mereka haruslah:

merancang perbelanjaan dapatkan nilai bagi wang elakkan perbelanjaan berlebihan

PERBANDINGAN KADAR PERTUMBUHAN KELUARAN DALAM NEGERI KASAR DAN PERTUMBUHAN INFLASI DI MALAYSIA 1982-1995

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar Pertumbuhan IHP Sumber : Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

Negara

ANGGARAN KADAR PERTUMBUHAN KDNK (1994) DAN PERUBAHAN INDEKS HARGA PENGGUNA (JUN 1995) NEGARA-NEGARA TERPILIH Pertumbuhan Perubahan KDNK * IIHIP (CPI) (GDP Growth) 2.7% 3.7% 3.7% 6.0% 7.2% 3.0% 6.5% 7.4% 4.3% 11.0% 5.3% 6.4% 0.3% 8.9% 3.2 3.9 3.4 4.0 2.2 2.5 5.4 10.5 6.8 20.3 8.5 30.3 -0.2 3.7

U.S Australia Britain New Zealand Singapore Brunei Thailand Indonesia Philippines China India Myanmar Japan Malaysia

Sumber: Asiaweek, July 14, 1995 Catatan:KDNK adalah nilai sernua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan pada satu tahun. KDNK juga diubahsuaikan untuk mengambilkira kesan inflasi. Dipetik daripada : Panduan Pengguna (Edisi Kedua), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur, 1999.

Rujukan
Dipetik daripada : Panduan Pengguna (Edisi Kedua), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur, 1999.

Definisi inflasi dan menghitung kadar inflasi Inflasi boleh di definisikan sebagai suatu proses kenaikan tingkat harga umum untuk semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam ekonomi. Oleh kerana kenaikan harga ini berlaku untuk semua jenis barang maka kita perlu melihat kenaikan harga itu secara purata iaitu dengan menggunakan indeks harga. Oleh itu untuk menghitung kadar inflasi, kita menggunakan rumus berikut;

3.

Indeks harga di Malaysia dan menghitung kadar inflasi di Malaysia

Indeks harga boleh di bahagikan kepada dua bahagian, iaitu indeks harga pengguna dan indeks harga pengeluar. Di Malaysia, kadar inflasi boleh ditentukan dengan menggunakan indeks harga pengguna. Indeks harga pengguna merupakan gambaran tentang arah aliran perubahan harga barang pengguna secara amnya. Berikut adalah indeks harga pengguna dalam tahun 1990-an dengan menggunakan tahun 1994 sebagai tahun asas.

Tahun 1996 1997 1998 1999 2000

1994 = 100

Indeks harga pengguna 107.0 109.9 115.7 118.9 120.4

Kadar inflasi 2.7 5.3 2.8 1.4

Dengan menggunakan tahun 1994 sebagai tahun asas, indeks harga pengguna Malaysia telah bertambah dari 107.0 bagi tahun 1996 menjadi 120.4 bagi tahun 2000. Ia menunjukkan pertambahan sebanyak lebih kurang 13% dalam tempoh lima tahun. Maka secara puratanya harga-harga barang telah bertambah sekitar 3% dalam satu tahun. Kadar inflasi di Malaysia boleh di hitung dengan menggunakan rumus seperti di atas. Sebagai contoh, kadar inflasi pada tahun 1997 adalah,

Berdasarkan jadual tersebut di dapati bahawa kadar inflasi di Malaysia telah meningkat dari tahun 1996 hingga tahun 1998 dan selepas itu kadar inflasi mula menurun sehingga tahun 2000. 4. Jenis-jenis inflasi

Inflasi boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu; a. Inflasi tarikan permintaan.

Inflasi jenis ini berlaku disebabkan oleh i. pertambahan bekalan wang. ii. pertambahan perbelanjaan kerajaan. iii. peningkatan pelaburan. iv. penurunan kadar cukai. Apabila berlakunya perubahan perkara-perkara di atas, maka permintaan agregat akan meningkat. Ini dapat diterangkan melalui gambar rajah di bawah.

Merujuk rajah di atas, keseimbangan tingkat pendapatan negara pada mulanya adalah Y0 dengan tingkat harga P0. apabila AD0 bersilang dengan AS. Pada ketika ini ekonomi belum mencapai tingkat guna tenaga penuh. Apabila terdapatnya pertambahan permintaan agregat, maka AD0 akan beralih ke AD1 maka penawaran agregat turut bertambah dari OY0 ke OY1. Tingkat harga tidak akan naik kerana pertambahan AD dapat dipenuhi dengan pertambahan AS. Apabila permintaan agregat terus bertambah ke AD2 maka ekonomi telah hampir capai guna tenaga penuh. Oleh itu pertambahan AD akan diikuti dengan pertambahan AS yang sedikit sahaja iaitu dari OY1 ke OYF. Akibatnya tingkat harga mula meningkat ke OP1. Apabila ekonomi telah capai guna tenaga penuh, pertambahan AD seterusnya tidak akan menambahkan AS. Oleh itu tingkat harga akan terus meningkat dari OP1 ke OP2 dan inflasi tarikan permintaan berlaku. b. Inflasi tolakan kos.

Inflasi jenis ini berlaku disebabkan oleh i. kenaikan untung firma. ii. kenaikan upah buruh. iii. kenaikan kos faktor pengeluaran. Apabila berlakunya perkara di atas, maka penawaran agregat akan berkurangan dan tingkat harga akan meningkat. Ini dapat diterangkan melalui gambar rajah di bawah.

Apabila ekonomi telah capai guna tenaga penuh, kenaikan untung firma akan menambahkan desakan kesatuan sekerja untuk menuntut kenaikan upah. Kejayaan kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah akan meningkatkan kos pengeluaran.

Apabila kos pengeluaran meningkat, firma akan mengurangkan penawaran untuk meningkatkan harga. Jika banyak firma mengalami peningkatan dalam kos pengeluaran, AS akan berkurangan dan tingkat harga umum akan naik. Berdasarkan rajah, kenaikan kos pengeluaran pada pendapatan negara GTP, akan mengurangkan AS dari AS0 ke AS1 dan meningkatkan tingkat harga dari OP0 ke OP1. Pengurangan AS seterusnya akan menyebabkan tingkat harga umum terus naik. Kesannya, inflasi tolakan kos berlaku. c. Inflasi diimport.

Inflasi ini berlaku di sebabkan oleh kenaikan harga barang diimport atau kenaikan nilai mata wang asing. Apabila sesebuah negara mengimport barang dari luar negara yang telah mengalami kenaikan harga, barang-barang import tersebut akan dijual dengan harga yang lebih tinggi di pasaran tempatan. Apabila banyak barang diimport mengalami kenaikan harga maka inflasi diimport akan berlaku di negara berkenaan. Kenaikan nilai mata wang asing juga boleh menyebabkan inflasi diimport. Apabila berlaku kenaikan nilai mata wang asing, maka harga barang di luar negeri akan menjadi lebih mahal. Jika barang ini diimport dan dijual di pasaran tempatan, maka inflasi diimport akan berlaku. 5. Kesan inflasi

Inflasi yang berlaku di sesebuah negara akan memberikan dua kesan iaitu kesan negatif dan kesan positif. a. Kesan negatif.

i. Inflasi menyebabkan tingkat harga umum meningkat. Ini akan menyebabkan pendapatan benar penduduk akan menurun dan merendahkan kuasa beli pengguna.

ii. Golongan berpendapatan tetap, pemiutang dan orang yang menabung di institusi kewangan mengalami kerugian kerana inflasi telah mengurangkan pendapatan benar yang mereka terima.

iii. Firma yang kurang cekap terpaksa memberhentikan operasi apabila berlaku inflasi tolakan kos dan inflasi diimport. Hanya firma yang cekap dan mempunyai modal yang besar dapat membeli faktor pengeluaran yang semakin mahal semasa inflasi.

iv. Apabila berlaku inflasi dalam negara harga eksport menjadi lebih mahal dari harga import. Ini akan menambahkan import dan mengurangkan eksport dan seterusnya memburukkan imbangan pembayaran.

v. Pertambahan jumlah import dan pengurangan jumlah eksport akan menjejaskan kadar pertukaran asing. Keadaan ini akan menjatuhkan nilai mata wang dalam negara dan menyebabkan kejatuhan pelaburan asing. b. Kesan positif.

i. Inflasi yang sederhana akan menggalakkan pelaburan dari firma-firma. Firma akan menambahkan penawaran agregat untuk memenuhi pertambahan permintaan agregat.

ii. Pertambahan pelaburan ini akan meningkatkan penggunaan guna tenaga. Ini dapat mengurangkan kadar pengangguran.

iii. Golongan pemilik harta tetap, pemilik saham dan golongan peniaga akan menikmati keuntungan semasa inflasi. Misalnya harga harta tetap akan meningkat bagi pemilik harta tetap.

iv. Pertambahan pelaburan juga akan menambahkan keluaran negara jika ekonomi belum capai tingkat guna tenaga penuh. Akibatnya pendapatan negara juga turut bertambah.

v. Inflasi dalam negara akan menaikkan harga barang eksport dan menurunkan harga barang import. Jika lain-lain faktor tidak berubah, kadar syarat perdagangan negara bertambah baik.

vi. Kadar syarat perdagangan yang bertambah baik akan dapat membaiki kedudukan imbangan perdagangan negara itu.

Inflasi masalah global, bukan setakat di Malaysia - Dr. Hamzaid


KUALA LUMPUR 26 Jan. - Inflasi bukan sahaja berlaku di Malaysia malah merupakan masalah global yang sering melanda terutamanya negara yang mengalami pertumbuhan pesat. Pakar ekonomi yang juga Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Alpha, Dr. Hamzaid Yahya berkata, inflasi akan berlaku di negara yang mengalami pertumbuhan enam peratus ke atas seperti di China, India, Singapura dan Jepun. "Buat masa ini, inflasi tidak akan dirasai dengan jelas. Jika pertumbuhan ekonomi negara berkembang enam peratus, kita akan merasai kesan inflasi mulai tahun depan. "Kenaikan harga barang keperluan juga menunjukkan berlakunya inflasi. Kenaikan tersebut disebabkan negara pengeluar tidak dapat memenuhi permintaan akibat bencana alam dan faktor-faktor lain. Contohnya seperti harga bawang yang meningkat berkali ganda," katanya ketika diminta mengulas mengenai inflasi di Malaysia dan negara lain di sini hari ini. Tambah beliau, inflasi juga berlaku apabila kenaikan permintaan melebihi pengeluaran kesan daripada kenaikan pendapatan yang tinggi. Katanya, kenaikan harga minyak secara perlahan-lahan dan akan terus naik menyebabkan peningkatan harga import yang sebahagiannya digunakan semula dalam sektor pengeluaran negara. Sementara itu, penganalisis ekonomi dan pensyarah Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, kenaikan harga barang keperluan akan menyebabkan kuasa beli berkurangan. "Perkara ini berlaku apabila permintaan pengguna yang melebihi penawaran akan menyebabkan mereka terpaksa membayar melebihi daripada harga asal. "Inflasi berlaku disebabkan kenaikan harga makanan, komoditi dan bahan bakar yang bergantung kepada pengeluaran dalam dan luar negara," ujarnya. Dalam pada itu, pensyarah ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Amir Hussin Baharuddin pula berkata, inflasi boleh berlaku di seluruh negara akibat permintaan barangan yang melebihi penawaran. "Inflasi dapat dilihat sedang berlaku di Amerika Latin dengan kadar tujuh peratus, Filipina tujuh ke lapan peratus dan Eropah empat ke lima peratus. "Inflasi tidak boleh dihentikan sepenuhnya. Cuma kita boleh menyesuaikan diri dan belajar meningkatkan lagi produktiviti agar dapat memenuhi penawaran atau pengeluaran," jelasnya.

Utusan Malaysia 27 Januari 2011

Anda mungkin juga menyukai