Anda di halaman 1dari 12

RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TAJUK 4

Perancangan dan Ramalan Kewangan

4.0

SINOPSIS

Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah merancang dan menggunakan kemahiran dalam peramalan pendapatan, kewangan berkaitan proforma penyata pendapatan, lembaran imbangan dan belanjawan tunai. 4.1 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: 1. 2. 3. 4. Menghuraikan maksud dan peranan pengurusan kewangan bagi sebuah perniagaan. Menjelaskan kepentingan penyata kewangan dalam sesebuah perniagaan. Menerangkan komponen-komponen utama penyata kewangan sesebuah perniagaan. Mempelajari cara penyediaan belanjawan tunai.

4.2

Kerangka Tajuk 4

PENGURUSAN KEWANGAN

PENYATA KEWANGAN

PENYATA PENDAPATAN

LEMBARAN IMBANGAN

BELANJAWAN TUNAI

4.3

Pengenalan

Penyata kewangan merupakan dokumen rasmi sesebuah perniagaan yang melaporkan secara berkala tentang kedudukan kewangan pada hujung sesuatu tempoh kewangan. Tiga komponen utama dalam penyata kewangan yang perlu difahami adalah penyata pendapatan, lembaran imbangan dan belanjawan tunai.

RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4.1

Maksud Pengurusan Kewangan Pengurusan kewangan merujuk kepada aktiviti merancang, menyusun, mengarah dan mengawal segala aspek dalam perniagaan yang mempunyai nilai kekayaan atau nilai wang, untuk mencapai matlamat yang disasarkan.

4.2

Kepentingan Pengurusan Kewangan 1. Memastikan hasil kewangan bukan sahaja dapat menampung segala perbelanjaan malah memperoleh keuntungan 2. Memastikan sumber kewangan yang terhad diagihkan daan dibelanjakan dalam aktiviti perniagaan yang boleh menjanakan keuntungan dan meningkatkan produktiviti. 3. Memastikan organisasi mempunyai aliran wang yang mencukupi untuk menjalankan operasi perniagaan agar operasi perniagaan tidaak tergendala. 4. Memastikan organisasi tidak dibebani hutang yang banyak dan memastikan hutang dapat dibayar balik dalam tempoh yang ditetapkan.

4.3

Peranan Pengurus Kewangan PERANAN PENGURUS KEWANGAN Mengurus struktur aset Mengawal dan menyelaras

Membuat analisis dan perancangan kewangan

Mengurus sumber dana secara berkesan

Menjaga kecairan dan keberuntungan syarikat

Rajah 4.1 : Peranan pengurus kewangan

4.4

Peranan Pengurusan Kewangan

PERANAN PENGURUSAN KEWANGAN

Merancang hal-hal yang berkaitan dengan kewangan organisasi

Mengagihkan sumber kewangan

Mengawal penggunaan sumber kewangan

Rajah 4.2 : Peranan pengurusan kewangan

RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4.5

Penyata Kewangan Penyata kewangan merupakan dokumen rasmi sesebuah perniagaan yang melaporkan secara berkala tentang kedudukan kewangan pada hujung sesuatu tempoh kewangan.

PENYATA KEWANGAN

Penyata pendapatan

Lembaran imbangan

Belanjawan tunai

menunjukkan hasil dan belanja, untung dan rugi

menunjukkan aset, liabiliti, ekuiti pemilik pada satu tarikh tertentu

menganggarkan penerimaan tunai dan pembayaran tunai bagi tempoh tertentu

Rajah 4.3 : Komponen utama penyata kewangan

RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4.5.1

Pihak Yang Berkepentingan Terhadap Penyata Kewangan PENGGUNA KEGUNAAN PENYATA KEWANGAN

Pemilik / pemegang saham

Memastikan modal dilaburkan dengan cekap Menilai prestasi pihak pengurusan dalam mengurus perniagaan Melihat keberuntungan perniagaan

Pelabur / bakal pelabur

Mengetahui pencapaian perniagaan kerana kedudukan kewangan mempengaruhi harga saham syarikat berkenaan Mengekalkan pegangan saham syarikat yang berprestasi baik Bakal pelabur ingin mengetahui prestasi perniagaan sebelum membuat keputusan untuk melabur

Pihak pengurusan

Membuat keputusan perniagaan yang tepat Mengawal dan mengambil tindakan untuk membetulkan kelemahan dan kesilapan Membuat perancangan masa depan sama ada jangka pendek atau jangka panjang

Pemiutang, bank, pembekal / vendor

Menilai kemampuan membayar balik sebelum memberi atau memperbaharui kemudahan kredit

Agensi kerajaan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia mewajibkan syarikat perniagaan menyerahkan penyata kewangan kepadanya pada setiap tahun Lembaga Hasil Dalam Negeri menggunakan penyata kewangan syarikat sebagai asas pengiraan cukai Jabatan Statistik menggunakan penyata kewangan untuk mengumpulkan data untuk kegunan awam

Kesatuan sekerja, pekerja

Menjadi asas kepada tuntutan untuk mendapatkan bonus, kenaikan gaji dan sebagainya

Jadual 4.1 : Kegunaan penyata kewangan kepada pihak yang berkepentingan

RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Secara umumnya, apabila seseorang membuka perniagaan, objektifnya ialah untuk mendapatkan keuntungan semaksimum yang mungkin. Walau bagaimanapun, menurut perspektif kewangan, matlamat memaksimumkan keuntungan tidak menyeluruh dan tidak menjamin hayat perniagaan yang penjang. Buat analisis mengapakah matlamat untuk memaksimumkan keuntungan sahaja tidak menjamin hayat sesuatu perniagaan. Berikan contoh situasi dan huraikan matlamat lain yang perlu diambil kira dalam memastikan hayat sesuatu perniagaan dapat bertahan lama.

RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4.6

Proforma Penyata Pendapatan 1. Penyata pendapatan juga dikenali sebagai penyata untung rugi. 2. Penyata pendapatan merupakan penyata yang mengukur prestasi perniagaan bagi suatu tempoh kewangan. 3. Penyata pendapatan disediakan untuk melaporkan untung rugi sesebuah perniagaan. 4. Penyata pendapatan menunjukkan hasil, belanja dan untung bersih atau rugi bersih sesebuah perniagaan. 5. Penyata pendapatan merupakan gabungan akaun perdagangan dan akaun untung rugi. 6. Akaun perdagangan disediakan untuk mengesan sama ada perniagaan memperoleh untung kasar atau mengalami rugi kasar. 7. Akaun untung rugi disediakan untuk mengesan sama ada perniagaan memperoleh untung bersih atau mengalami rugi bersih. 8. Untung atau rugi sesebuah perniagaan diperoleh melalui perbandingan antara hasil perniagaan dengan belanja perniagaan dalam suatu tempoh tertentu. 9. Jadual 4.2 menunjukkan contoh penyata pendapatan Syarikat Teraju Perintis Sdn. Bhd bagi tahun berakhir 31 Disember 2012.

SYARIKAT TERAJU PERINTIS Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2012 2011 (RM) Jualan Tolak : Kos barang dijual Untung kasar Belanja operasi: Belanja am dan pentadbiran Belanja pemasaran Belanja pelbagai Belanja susut nilai Jumlah belanja operasi Pendapatan sebelum faedah dan cukai Tolak : Belanja faedah Pendapatan sebelum cukai Tolak : Cukai Untung bersih 30 120 20 400 9 720 2012 (RM) 28 680 20 000 8 680

2 000 1 200 800 200 4 200 5 520 520 5 000 1 500 3 500

2 000 1 200 800 200 4 200 4 480 480 4 000 1 200 2 800

Jadual 4.2 : Penyata pendapatan Syarikat Teraju Perintis Sdn. Bhd bagi tahun berakhir 31 Disember 2012

RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4.7

Proforma Lembaran Imbangan 1. Lembaran imbangan turut dikenali sebagai kunci kira-kira. 2. Lembaran imbangan menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan pada satu tarikh tertentu. 3. Lembaran imbangan menyenaraikan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik sesebuah perniagaan. 4. Lembaran imbangan memberikan gambaran kasar tentang pelaburan sesebuah perniagaan ke atas aset-aset serta sumber kewangan yang digunakan bagi membiayai aset-aset tersebut. 5. Jadual 4.3 menunjukkan contoh kunci kira-kira Syarikat Teraju Perintis Sdn. Bhd bagi pada 31 Disember 2011 dan 2012.
SYARIKAT TERAJU PERINTIS Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2012

2012 (RM) ASET Aset Semasa Tunai Penghutang Inventori Jumlah aset semasa Aset bukan semasa: Aset bukan semasa Tolak : susut nilai terkumpul Jumlah aset bukan semasa Jumlah Aset LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK Liabiliti Semasa: Pemiutang Pinjaman jangka pendek Belanja terakru Jumlah liabiliti semasa Hutang jangka panjang Jumlah liabiliti Ekuiti pemilik: Saham biasa Premium saham Pendapatan tertahan Jumlah ekuiti pemilik Jumlah Liabiliti dan Ekuiti 1 640 5 900 5 300 12 840

2011 (RM)

1 840 4 800 4 000 10 640

21 000 6 740 14 260 27 100 (RM) 2 000 2 000 2 500 6 500 7 600 14 100 2 000 5 800 5 200 13 000 27 100

19 600 6 540 13 060 23 700 (RM) 1 600 1 800 1 900 5 300 6 600 11 900 2 000 5 800 4 000 11 800 23 700

Jadual 4.3 : Kunci kira-kira Syarikat Teraju Perintis Sdn. Bhd bagi pada 31 Disember 2011 dan 2012. 7

RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4.8

Proforma Belanjawan Tunai 1. Setiap perniagaan perlu mengendalikan wang perniagaan secara cekap untuk memastikan tunai yang cekap. 2. Untuk tujuan itu, peniaga perlu membuat perancangan kewangan dengan menyediakan belanjawan tunai. 3. Belanjawan Tunai merupakan penyata yang menganggarkan penerimaan tunai dan pembayaran tunai serta kedudukan tunai bagi beberapa tempoh yang telah ditetapkan. 4. Belanjawan Tunai boleh disediakan bagi sebulan, suku tahun, setengah tahun, setahun dan sebagainya. 5. Belanjawan Tunai menunjukkan jumlah wang yang diperlukan oleh perniagaan untuk beroperasi.

4.8.1

Kepentingan Belanjawan Tunai 1. Membantu perniagaan merancang pembiayaan dan perbelanjaan. 2. Menjadi panduan untuk institusi kewangan mempertimbangkan permohonan pinjaman. 3. Mengawal aliran tunai perniagaan supaya mempunyai wang yang cukup untuk membuat pembayaran. 4. Mengukur keupayaan tunai untuk membuat pembayaran.

4.8.2

Penyediaan Belanjawan Tunai 1. Belanjawan tunai disediakan dalam format berlajur 2. Setiap lajur menunjukkan anggaran penerimaan dan pembayaran tunai bagi suatu bulan atau minggu. 3. Antara butiran anggaran penerimaan tunai adalah: a. Modal tambahan dalam bentuk tunai. b. Pinjaman bank c. Bayaran oleh penghutang d. Jualan tunai e. Faedah atas simpanan f. Dividen atas pelaburan g. Jualan tunai aset bukan semasa 4. Antara butiran anggaran pembayaran tunai adalah: a. Ambilan tunai b. Belian tunai c. Bayaran kepada pemiutang d. Bayaran balik pinjaman e. Gaji dan upah f. Sewa g. Kadar bayaran (elektrik dan air) h. Insurans

RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

5. Jadual 4.4 menunjukkan contoh format belanjawan tunai. Butir Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3

Baki awal Penerimaan tunai

Jumlah penerimaan Pembayaran tunai

Jumlah pembayaran

Lebihan (kurangan)

Baki akhir

Jadual 4.4 : Contoh format belanjawan tunai Langkah Penyediaan Belanjawan Tunai Adalah Seperti Berikut: a. Bermula dengan baki awal tunai (seperti A dalam Jadual 4.4). b. Masukkan semua anggaran penerimaan tunai dan jumlahkan (seperti B dalam Jadual 4.4). c. Masukkan semua anggaran pembayaran tunai dan jumlahkan (seperti C dalam Jadual 4.4) d. Dapatkan lebihan atau kurangan tunai pada suatu bulan (seperti D dalam Jadual 4.4) e. Baki akhir bulan diperoleh (seperti E, iaitu A + D dalam Jadual 4.4) f. Baki akhir bulan berkenaan menjadi baki awal bulan yang berikutnya (seperti E dalam Jadual 4.4)

Tahukah anda? Apabila jumlah anggaran penerimaan tunai melebihi jumlah anggaran pembayaran tunai, maka akan berlaku lebihan tunai. Apabila jumlah anggaran penerimaan tunai kurang daripada jumlah anggaran pembayaran tunai, maka akan berlaku lebihan tunai.

RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Apakah langkah yang boleh diambil oleh peniaga sekiranya perniagaan mengalami kurangan tunai pada suatu tempoh tertentu? Bincangkan dalam OLL.

Contoh Penyediaan Belanjawan Tunai

Kedai Buku Wawasan mula beroperasi pada 1 Januari 2012 dengan modal tunai di bank RM 25 000. Maklumat perancangan perniagaannya bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2012 adalah seperti berikut: i) Anggaran jualan tunai: RM 10 500 14 000 18 000

Januari Februari Mac ii) Anggaran belian tunai: RM 6 000 8 000 7 500

Januari Februari Mac

iii) Pada bulan Februari perniagaan akan membeli lengkapan kedai bernilai RM 2 500. iv) Perniagaan menerima komisen jualan buku sebanyak RM 1 200 pada bulan Mac. v) Sewa kedai untuk 6 bulan pertama berjumlah RM 2 400 akan dibayar pada awal bulan Januari. vi) Belanja bulanan yang tidak berubah: RM 150 450 100

Kadar bayaran Gaji Belanja am

vii) Pada awal bulan Februari perniagaan memperoleh pinjaman bank sebanyak RM 8 000. Pinjama dibayar balik mulai bulan Mac dengan ansuran RM 400 sebulan. Sediakan Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2012.

10

RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Penyelesaian: Butir Baki awal Januari RM 25 000 10 500 35 500 Februari RM 26400 14 000 8 000 22 000 Mac RM 37200 18 000 1 200 19 200

Penerimaan tunai Modal masuk Jualan tunai Pinjaman bank Komisen Jumlah Penerimaan

Pembayaran tunai Belian tunai Kadar bayaran Gaji Belanja am Sewa kedai Lengkapan kedai Ansuran bank Jumlah Pembayaran

6 000 150 450 100 2 400 9 100

8 000 150 450 100 2 500 11 200

7 500 150 450 100 400 8 600

Lebihan (kurangan) Baki akhir

26 400 26 400

10 800 37 200

10 600 47 800

11

RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TUGASAN 1 Koperasi SMK Taman Jati telah menyediakan anggaran kewangan bagi tiga bulan berakhir 31 Ogos 2012. Anggaran tersebut adalah seperti berikut: i) Baki tunai pada 1 Jun 2012 adalah RM 3 600. ii) Jualan tunai bagi bulan Jun berjumlah RM 10 000 dan dijangka akan bertambah pada tiaptiap bulan sebanyak 10% daripada jualan bulan sebelumnya. iii) Belian kredit bulan Julai berjumlah RM 6 500 dan akan dibayar pada bulan Ogos. iv) Koperasi menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Pembangunan Koperasi sebanyak RM 5 000 pada bulan Julai. v) Pada bulan Jun koperasi menerima 150 orang ahli baru. Bayaran masuk dikenakan RM 5 seorang. vi) Belanja bulanan yang tidak berubah: RM 250 120 180

Sewa Kadar bayaran Pelbagai belanja

vii) Pada akhir bulan Ogos koperasi dijangka akan membeli sebuah mesin fotostat berharga RM 4 000. Sediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Ogos 2012.

TUGASAN 2 Syafiq Enterprise menganggarkan jualan dan belian bagi tiga bulan akan datang, iaitu dari bulan Februari hingga bulan April 2013. Pengalaman lalu menunjukkan bahawa jualan tunai perniagaan adalah 20%, manakala selebihnya adalah jualan kredit yang dipungut sebulan kemudian. Apabila membuat belian inventori, Syafiq biasanya membayar 50% pada masa pembelian dan bakinya dibayar pada bulan yang berikutnya. Belanja upah setiap bulan yang dijangkakan adalah 10% daripada jualan bulan yang sama. Belanja pengangkutan sebulan adalah RM 4 000 dan belanja pentadbiran dianggarkan sebanyak RM 25 000 sebulan. Encik Syafiq bercadang untuk membeli sebuah lori kecil yang berharga RM 60 000 secara sewa beli pada bulan Februari. Perjanjian sewa beli tersebut memerlukan bayaran muka sebanyak 20% pada masa pembelian dengan ansuran bulanan sebanyak RM 2 000 bermula pada bulan Mac. Setelah mendapat lori baru, Encik Syafiq akan menjual lorinya yang lama dengan serta merta. Beliau menganggarkan aliran tunai bersih daripada jualan lori itu adalah berjumlah RM 5 000. Baki tunai pada akhir bulan Januari ialah RM 10 000. Jualan dan belian untuk bulan Januari masing-masing ialah RM 100 000 dan RM 70 000. Anggaran jualan dan belian untuk tiga bulan akan dating adalah seperti yang berikut: Bulan Februari Mac April Jualan (RM) 120 000 160 000 100 000 Belian (RM) 80 000 60 000 60 000

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan yang berakhir 30 April 2013. 12

Anda mungkin juga menyukai