Anda di halaman 1dari 26

1.

PENGENALAN

1.1

APA ITU GIMNASTIK? Gimnastik adalah salah satu perkara yang paling asas dan menarik untuk semua aktiviti fizikal yang dijalankan. Kemahiran asas gimnastik mengembangkan sifat-sifat kemahiran yang sesuai untuk menjadi batu loncatan kepada sukan-sukan dan aktiviti-aktiviti lain. Aktiviti sukan dapat meningkatkan kekuatan otot, ketahanan, kuasa, fleksibiliti, koordinasi, ketangkasan dan keseimbangan. Dengan adanya aktiviti aerobik dalam gimnastik, program ini dapat menyumbang ke arah perkembangan fizikal yang seimbang. Melalui kaedah yang betul, kanak-kanak yang mengikuti program gimnastik menunjukkan kemajuan dalam beberapa aspek, iaitu : a) Koordinasi Melalui pembelajaran kemahiran asas gimnastik, kanak-kanak dapat meningkatkan kesedaran tubuh badan, keseimbangan dan pergerakan berkoordinasi. b) Keyakinan Latihan gimnastik adalah berasaskan pembelajaran untuk

meningkatkan kemahiran. Seorang pelatih itu bermula dari pergerakan mudah kepada pergerakan yang lebih sukar. Dengan itu barulah dia dapat mencapai matlamat yang diinginkan lantas dengan sendirinya membina keyakinan terhadap kemampuan dirinya. c) Orientasi matlamat Sifat gimnastik yang progresif dapat mendidik kanak-kanak tentang tujuan dan nilai dalam menetapkan matlamat yang ingin dicapai, ini merupakan pengajaran yang berharga bagi setiap peringkat umur d) Disiplin dan organisasi Jika seseorang pelatih itu maju, dia dapat mempelajari bahawasanya untuk mencapai kemajuan, sesuatu perkara itu perlu dilakukan dengan

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

cara tersendiri setiap kali jika ingin berhasil. Hal ini memerlukan disiplin dan organisasi. Ganjaran yang diperoleh kerana menerapkan sikapsikap positif ini adalah keseronokan yang sebenar. Kanak-kanak awal-awal lagi dapat belajar bahawa disiplin yang diamalkan, boleh membawa kepada kejayaan. e) Kreativiti Gimnastik membolehkan kanak-kanak mengekspresikan diri mereka mengikut cara individu yang unik. Kanak-kanak berterusan tercabar untuk mencuba kemahiran baru, untuk mengetahui sejauh mana mereka boleh berjaya melalui kerja keras dan pemikiran yang kreatif . 1.2 APA TUJUAN SUKAN INI? Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani khususnya gimnastik bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani khususnya gimnastik berkebolehan untuk;-

a) Melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan; b) Mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor; c) Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan; d) Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan; e) Mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala; f) Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal; g) Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat; h) Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa

melakukan aktiviti fizikal; dan i) Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

1.3

ASPEK-ASPEK PENTING YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN OLEH GURU.

Sebagai guru atau jurulatih, kita bertanggungjawab untuk memberi bimbingan dalam sukan untuk memastikan keselamatan murid-murid yang menyertai aktiviti dan memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada mereka. Dalam masa yang sama mereka mengembangkan fizikal mereka dengan sendirinya.

a) Bimbingan dalam sukan Apabila kita menjadi jurulatih, kita juga bertindak sebagai pendidik. Kita bukan sahaja bertanggungjawab melatih murid-murid tentang asas-asas kemahiran sesuatu sukan malahan kita juga perlu menerapkan nilai-nilai sosial dan etika dalam sukan secara umum. b) Keselamatan Untuk memastikan keselamatan, kita harus merancang sesi pembelajaran. Ini Untuk memastikan keselamatan dan meminimumkan risiko ketika melatih kemahiran yang lebih sukar. Semua peralatan harus diperiksa sebelum digunakan dalam sesi latihan. Sebarang amaran bahaya perlu diberitahu atau diperkenalkan kepada murid-murid sebelum sesi latihan dimulakan. c) Pengalaman menyeronokkan Memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada murid-murid. Berilah keseronokan kepada latihan disamping anda memberi latihan kepada muridmurid. Kanak-kanak mengambil bahagian dalam sukan atas banyak faktor tetapi faktor utama yang memberi daya motivasi adalah keseronokan yang boleh diperoleh ketika bersukan. 2.0 MODUL PENGAJARAN KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

2.1

MATLAMAT PENGHASILAN MODUL

Modul ini adalah satu panduan keadah pengajaran gimnastik untuk guru kepada murid-murid. Dengan modul ini guru boleh mengajar dengan lebih teratur, sistematik, berkesan dan yakin untuk menjalankan aktiviti gimnastik kepada murid-murid yang diajar. Di samping itu juga, modul ini boleh dijadi rujukan kepada guru-guru Pendidikan Jasmani untuk mereka satu pengajaran yang lebih berkesan. Sebagai contoh, guru boleh menggabungkan pengalaman yang sedia ada dengan aktiviti yang terdapat dalam modul ini untuk menjadi pengajaran gimnastik lebih berkesan seterusnya memupuk minat dan keyakinan murid untuk menjalankan aktiviti gimnastik.

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

3.0 KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

AKTIVITI 1 IMBANGAN

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN


FASA

: FAIZ DAN MUIZ : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : IMBANGAN :AKTIVITI &BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI/PENGELOLAAN/GAMBAR ILLUTRASI

PERMULAAN 5 minit

Aktiviti memanaskan badan : Permainan kereta sorong

1.

Imbangan Dekam Duduk mencangkung Selitkan tangan di antara dua paha. Letak tapak tangan di atas lantai di bawah paras bahu. Condong badan kehadapan dan bengkokkan tangan. Rehatkan kedua-dua lutut (bahagian dalam) di atas siku. Imbangan V Duduk melunjur di atas lantai. Tangan diluruskan di belakang badan. Tangan memegang paha. Angkat kaki menggunakan bantuan tangan. Lepas sokongan tangan dan depa kan tangan. Imbang badan selama 4 saat.

2.

PERKEMBANGAN AKTIVITI 15 minit

3.

Imbangan Sisi Posisi badan dalam keadaan sokong depan. Angkat badan menggunakan tangan kanan. Tangan kiri diluruskan kehadapan dalam posisi badan mengiring. Imbang badan selama 4 saat.

4.

Imbangan Skala Depan Berdiri dalam keadaan tegak. Angkat kedua-dua tangan ke atas. Bawa tangan kehadapan sambil sebelah kaki di angkat keatas. Muka memandang kehadapan.

KEMUNCAK 5 minit

Persembahan/pertandingan mini penutup Pertandingan mengimbang skala hadapan antara individu / kumpulan.

PENUTUP 5 minit

Penyejukkan badan dan kelonggaran / refleksi aktiviti oleh guru.

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

AKTIVITI 2 GULING SISI

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN


FASA

: NAIM DAN KHAIRUL : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : GULING SISI : KON


BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI / PENGELOLAAN/ GAMBAR/ ILUTRASI

Permulaan (5 minit)

Pemanasan badan (Warming Up) Permainan Random Run and Balance i. Murid bergerak secara berlari perlahan-lahan di dalam kawasan yang ditetapkan. ii. Apabila guru meniup wisel, semua murid dikehendaki berhenti bergerak dan melakukan mana-mana imbangan yang telah dipelajari secara berpasangan. Aktiviti 1 : Peringkat bayi i. Duduk melutut, kedua-dua tangan diatas lutut, rapatkan badan ke lutut. ii. Gerakkan badan dari sisi kanan ke arah kiri secara perlahan-lahan dan kembali semula ke posisi asal. Ulang semula dari kiri ke kanan. iii. Ulang semula aktiviti sehingga lancar dan kemas. Aktiviti 2 : Peringkat Kanak-kanak i. Melutut dengan kedua-dua tangan didepakan. ii. Mulakan gerakan daripada sisi kanan ke kiri secara perlahan-lahan dan kembali semula ke posisi asal. Ulang semula dari kiri ke kanan. iii. Ulang semula aktiviti sehingga kemas dan lancar.

Perkembangan (15 minit)

Aktiviti 3 : Peringkat Remaja i. Berdiri separuh cangkung, lutut bengkok, tangan di atas lutut. ii. Mula gerakan dengan meletak tangan di lantai terlebih dahulu dari kanan ke kiri kemudian kembali semula ke posisi asal. Ulang semula dari kiri ke kanan. iii. Ulang semula aktiviti sehingga kemas dan lancar. Aktiviti 4 : Peringkat Dewasa i. Berdiri dengan kaki seluas bahu. ii. Gerakan dimulakan dengan melonjak sedikit, tangan menyentuh lantai dan berguling secara perlahan-lahan dari kanan ke kiri dan kembali semula ke posisi asal. Ulang lakuan dari kiri ke kanan. iii. Ulang semula aktiviti sehingga kemas dan lancar. Permainan siapa sampai dulu i. Bina 4 kumpulan, 1 kumpulan 4 murid. ii. Setiap murid dalam kumpulan akan melakukan salah satu kemahiran guling sisi. Semua murid harus mempunyai kemahiran yang berbeza. iii. Setiap murid akan berada di kon yang telah ditetapkan untuk melaksanakan kemahiran masingmasing untuk memenangi permainan. Penyejukan badan i. Duduk secara santai di atas lantai sambil membuat pergerakan kelonggaran. ii. Guru akan mengimbas kembali kemahiran yang telah dipelajari pada hari tersebut.

Kemuncak

Penutup

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

AKTIVITI 3 GULING HADAPAN

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN


FASA

: AZEATUL DAN NAJIHAH : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : GULING HADAPAN : TILAM, PETI LOMBOL DAN PAPAN ANJAL
AKTIVITI & BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI/PENGELOLAAN/GAMBAR ILLUTRASI

PERMULAAN 5 minit

Aktiviti memanaskan badan Musang & ayam

1. Aktiviti buai kelapa Dari posisi duduk-dakap tuck Gerak ke depan dan ke belakang hingga 3 kali Ulang lagi 3 kali

PERKEMBANGAN AKTIVITI 15 minit

2. Guling dari atas bangku/peti lombol Dari kedudukan melutut atas bangku Letak kedua tangan atas tilam. Tangan seluas bahu Turun guling depan sambil rapatkan dagu ke dada Bulatkan badan

3. Guling dari spring board Mata pandang tapak Daya tolakan dilakukan Bahu menyentuh lantai Guling ke hadapan Berdiri semula

4. Guling depan atas tilam rata Lakuan sempurna Daya tolakan dilakukan Bahu menyentuh lantai Guling ke depan Berdiri semula

KEMUNCAK 5 minit

Persembahan/pertandingan mini penutup Pertandingan antara in dividu / kumpulan

PENUTUP 5 minit

Cooling down -aktiviti kelonggaran otot

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

10

AKTIVITI 4 GULING BELAKANG

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

11

NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN


FASA

: UZAIR DAN FARAH : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : GULING BELAKANG : TILAM DAN PAPAN ANJAL
AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR GAMBAR ILLUSTRASI

PERMULAAN 5 MINIT

AKTIVITI : LARI DAN IMBANG Murid lari kearah stesen. Murid akan membuat imbangan di setiap stesen.

Pelajar

Stesen 1

Stesen 2

AKTIVITI 1 : BUAIAN Dakapkan lutut ke badan. Buaikan badan ke depan dan belakang. Ulangi lakuan ini sebanyak 3 hingga 4 kali.

AKTIVITI 2 : GULING BELAKANG DAN TANGAN SENTUH LANTAI Duduk dakap. Gerakkan badan ke belakang. Tangan pelaku disisi kepala dengan tapak tangan menghala kearah tilam. Ulangi lakuan ini sebanyak 3 hingga 4 kali.

PERKEMBANGAN AKTIVITI 15 MINIT

AKTIVITI 3 : GULING BELAKANG DAN KAKI SENTUH LANTAI Duduk dakap. Gerakkan badan ke belakang. Angkat kaki dan punggung ke atas melepasi kepala. Kaki rapat dan lurus. Mendarat dengan bebola kaki. Ulangi lakuan ini sebanyak 3 hingga 4 kali.

AKTIVITI 4: GULING BELAKANG Duduk dekam. Gerakkan badan ke belakang. Mendarat dengan bebola kaki. Luruskan kaki dan berdiri. Ulangi lakuan ini sebanyak 3 hingga 4 kali.

KEMUNCAK 5 MINIT

AKTIVITI : PERTANDINGAN MINI INDIVIDU Murid akan melakukan guling belakang Murid yang terbaik lakuannya dianggap pemenang AKTIVITI : COOLING DOWN Melakukan aktiviti cooling down. Soal jawab.

PENUTUP 5 MINIT

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

12

AKTIVITI 5 RODA KERETA

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

13

NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN


FASA

: ADELINE DAN MIRA : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : RODA KERETA : BANGKU PANJANG, PETI LOMBOL, PAPAN ANJAL
NAMA AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI/ENGELOLAAN/GAMBAR ILUSTRASI

i) Warming-up / Stretching ii) Aktiviti Kangaroo Dan Katak -Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan PERMULAAN 5 minit kangaroo dan katak -Apabila guru menyebut kangaroo, maka ahli kumpulan kangaroo akan melompat (hop) untuk mengejar katak -Guru akan menukar arahan dengan menyebut katak dan katak akan mengambil alih peranan i) Lakuan roda kereta menggunakan bulatan kecil dan besar - Tangan diletakkan di bahagian bulatan garisan - Kaki dan badan mengikut lajak lakuan ke sisi membentuk PERKEMBAN GAN AKTIVITI separa bulatan ii) Lakuan roda kereta di atas bangku atau peti lombol -Berdiri di atas kaki kanan dan tangan kanan berada si atas peti lombol @ 15 minit -Tangan kiri di atas peti lombol dan kaki kiri diangkat ke sisi badan iii) Lakuan roda kereta di atas papan anjal - Melakukan roda kereta menuruni papan anjal - Rakan memegang pinggang pelaku untuk memberi bantuan Persembahan/pertandingan mini i)Pertandingan antara individu / kumpulan - Mengambil kira dari segi kekemasan Cooling down -Aktiviti kelonggaran badan Lakuan roda kereta di atas lantai dengan sokongan rakan -Jika pelaku mula dengan langkah kiri, perlu diikuti AKTIVITI TAMBAHAN dengan tangan kiri -Tangan kanan penyokong di pinggang pelaku dan diikuti tangan kiri untuk membantu pada bahagian kaki -Khusus untuk murid yang sukar menguasai kemahiran Roda kereta menggunakan peti lombol Bulatan besar Bulatan kecil Kangaroo Katak

KEMUNCAK : @ 5 minit

PENUTUP 5 minit

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

14

AKTIVITI 6 DIRIAN TANGAN

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

15

NAMA PEMBENTANG : AZZUWA DAN AMIN CONTOH FORMAT : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT TAJUK KEMAHIRAN : DIRIAN TANGAN ALATAN : TILAM KECIL

FASA

NAMA AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR

ORGANISASI/PENGELOLAAN/GAMBAR ILUSTRASI

PERMULAAN 5 minit

Aktiviti : Pemanasan badan Lompat Katak Kedudukan dalam keadaan mencangkung Lompat ke hadapan dan letakkan tapak tangan di lantai Menolak kedua- dua belah kaki ke belakang Kembali ke posisi asal Aktiviti 1 : Dirian tangan Menghadap Dinding Berdiri tegak dengan badan bersentuhan dinding Letak kedua tangan di atas lantai. Gerakkan kaki naik ke atas perlahanlahan sehingga badan rapat ke dinding Luruskan kaki Aktiviti 2 : Lejang kuda Berdiri tegak Gerakkan sebelah kaki kehadapan Turunkan kedua-dua belah tangan ke lantai Tendang kaki belakang (lurus) ke atas Diikuti kaki yang berikutnya

PERKEMBAN GAN Aktiviti @ 15 minit

Aktiviti 3 : Dirian tangan Berdiri tegak dengan kedua tangan ke atas Gerakkan sebelah kaki kehadapan dan kedua tapak tangan menyentuh lantai Tendang sebelah kaki (lurus) ke atas diikuti kaki yang berikutnya Luruskan kaki beberapa saat

KEMUNCAK : @ 5 minit

Aktiviti : Pertandingan Minta semua murid untuk melakukan dirian tangan. Membuat penilaian terhadap setiap lakuan murid Murid yang dapat melakukan dirian tangan yang paling lama dikira pemenang. Aktiviti : Sejuk badan Regangan otot. Refleksi murid

PENUTUP 5 minit

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

16

AKTIVITI 7 HAMBUR TANGAN

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

17

NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN


FASA

: NAZRUL DAN JALWAA : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : HAMBUR TANGAN : TILAM, PETI LOMBOL DAN BANGKU PANJANG
AKTIVITI & BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI / PENGELOLAAN / GAMBAR ILLUSTRASI

SANG BUAYA DAN SANG ARNAB PERMULAAN 5 minit Sang Arnab perlu melompat dan mengelak daripada di tangkap oleh Sang Buaya untuk pulang ke rumahnya.Bangku adalah zon selamat bagi Sang Arnab. Murid akan bergilir-gilir menjadi Sang Arnab dan Sang Buaya. AKTIVITI 1 Dirian Tangan atas bangku panjang atau peti lombol ( tinggi 1 meter) : dengan bantuan 2 penyokong - dan mendarat atas tilam. AKTIVITI 2 Hambur Tangan atas bangku panjang atau peti lombol ( tinggi 1/2 meter ): dengan bantuan 2 peyokong mendarat atas tilam.

PERKEMBANGAN AKTIVITI 15 minit

AKTIVITI 3 Hambur Tangan melepasi tilam bergulung sehingga penyokong tidak diperlukan.

AKTIVITI 4 KEMUNCAK 5 minit Pertandingan mini individu / kumpulan: Hambur Tangan atas tilam rata mengikut individu / kumpulan

ULAT BULU PENUTUP 5 minit Murid mengambil ruang sendiri dan melakukan aktiviti pengenduran.

Aspek Teknikal

Pelaku : Letak kedua belah tangan ke atas lantai. Mata pandang di titik tengah antara kedua tapak tangan. Hayun satu kaki lurus kuat ke atas dan diikuti sebelah kaki. Badan mesti sentiasa, rapat dan luruskan kedua-dua belah kaki dan tangan. Kunci semua bahagian sendi.

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

18

AKTIVITI 8 PAPAN ANJAL

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

19

NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN


FASA

: FARID DAN FIRDAUS : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : PENGGUNAAN PAPAN ANJAL BERVARIASI : TILAM GIMNASTIK , PAPAN ANJAL
NAMA AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI / PENGELOLAAN / GAMBAR ILUSTRASI

Memanaskan badan/regangan i) Aktiviti ketinting dan lompat kanggaru PERMULAAN 5 minit Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan X dan Y. X melakukan ketinting, Y melakukan lompat kanggaru. 2 kumpulan akan bertukar peranan apabila guru memberi arahan.

i) Aktiviti papan anjal (lompat dan tuck) Berlari, lompat di atas papan anjal Rapatkan lutut ke dada menggunakan kedua tangan(tuck). Bengkokkan kaki dan depakan tangan ketika mendarat.

PERKEMBANGAN Aktiviti

ii) Aktiviti papan anjal (lompat dan kangkang) Berlari, lompat di atas papan anjal Lurus dan kangkang kaki ke hadapan sambil tangan didepa menyentuh kaki.

@ 15 minit

Bengkokkan kaki dan depakan tangan ketika mendarat.

ii) Aktiviti papan anjal (lompat dan putar) Berlari, lompat di atas papan anjal Badan lurus dan putar 360 Bengkokkan kaki dan depakan tangan ketika mendarat.

Pertandingan mini KEMUNCAK : @ 5 minit i) Pertandingan antara individu / kumpulan Menilai kekemasan lompatan, gaya di udara dan pendaratan pelajar yang terbaik

PENUTUP 5 minit

Aktiviti menyejukkan badan i) Aktiviti kelonggaran

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

20

AKTIVITI 9 LOMBOL KANGKANG

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

21

NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN


FASA

: MOTHY DAN FAIS : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : LOMBOL KANGKANG : TILAM BESAR, PAPAN LONJAK, PETI LOMBOL
NAMA AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI / PENGELOLAAN / Gambar Ilustrasi

Aktiviti : Pemanasan badan PERMULAAN 5 minit Lakukan larian bebas. Lompat ke atas dan buka kaki.

Aktiviti 1 : Lompat kucing Lompat seperti kucing kucing. Mendarat dengan kaki kangkang. Ulang aktiviti sebanyak tiga kali.

Aktiviti 2 : Lompat menggunakan papan anjal melalui peti lombol dengan kaki kangkang Lari dan lompat menggunakan papan anjal. PERKEMBANGAN Aktiviti @ 15 minit Aktiviti 3 : Lompat menggunakan papan anjal terus melalui peti lombol dengan kaki kangkang Lari dan lompat menggunakan papan anjal. Menyentuh peti lombol dan terus melalui peti lombol. Kaki kangkang kehadapan. Mendarat atas tilam dengan menggunakan kaki. Mendarat di atas peti lombol dengan kaki kangkang. Lompat mendarat di atas tilam.

Aktiviti : Pertandingan KEMUNCAK : @ 5 minit Membuat penilaian terhadap setiap lakuan murid. Minta setiap murid ulang aktiviti. Murid yang dapat melakukan pergerakan ini dengan baik akan jadi pemenang. PENUTUP 5 minit Aktiviti : Sejuk badan Regangan singkat. Sesi soal dan jawab.

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

22

AKTIVITI 10 PALANG SELARI

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

23

NAMA PEMBENTANG CONTOH FORMAT TAJUK KEMAHIRAN ALATAN


FASA

: TUAN FARIZ : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT : PALANG SELARI : TILAM DAN PALANG SELARI
AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR GAMBAR ILLUSTRASI

AKTIVITI : STRONGER HANDS

PERMULAAN 5 MINIT

Mengimbangkan diri di atas palang selari. Bergerak ke hadapan dengan menggunakan tangan sehingga ke hujung palang.

AKTIVITI 1 : SWING FORWARD AND DISMOUNT

Lompat dan menyokong badan dengan keduadua belah tangan. Berayun ke hadapan dengan badan diluruskan. Lihat ke arah kaki. Berayun ke belakang dan badan diluruskan. Berayun ke hadapan untuk duduk dengan kaki terbuka. Angkat dan rapatkan kaki. Berayun ke belakang, ke hadapan dan berayun ke belakang semula. Melakukan pendaratan (tangan kiri memegang palang di hadapan tangan kanan, tangan kanan diangkat dan mendarat dengan dengan tangan kiri memegang palang).

PERKEMBANGAN AKTIVITI 15 MINIT

AKTIVITI 2 : SWING BACKWARD AND DISMOUNT

Lompat dan menyokong badan dengan keduadua belah tangan. Berayun ke belakang dengan badan diluruskan. Kepala dinaikkan sedikit dan pandang 1m ke hadapan. Berayun ke hadapan untuk duduk dengan kaki terbuka dan dirapatkan apabila berayun ke belakang. Berayun ke hadapan, ke belakang dan ke hadapan. Melakukan pendaratan (tangan kiri di palang tangan kanan untuk sokongan belakang, tangan kanan diangkat dan mendarat dengan tangan kiri memegang palang).

AKTIVITI : MOVE MOVE

KEMUNCAK 5 MINIT

Melakukan tolakan dan bergerak ke hadapan secara berkumpulan. Kumpulan yang dapat melakukannya tanpa terjatuh dikira pemenang.

PENUTUP 5 MINIT

AKTIVITI : COOLING DOWN

Melakukan aktiviti regangan. Menjalankan proses soal jawab.

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

24

RUMUSAN Modul ini dihasilkan sebagai satu panduan kepada mana-mana guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani terutama sekali dalam aktiviti gimnastik. Diharapankan

dengan modul ini guru boleh mengajar dengan lebih teratur, sistematik, berkesan dan yakin untuk menjalankan aktiviti gimnastik kepada murid-murid yang diajar. Di samping itu juga, modul ini boleh dijadi rujukan kepada guru-guru Pendidikan Jasmani untuk mereka satu pengajaran yang lebih berkesan. Sebagai contoh, guru boleh menggabungkan pengalaman yang sedia ada dengan aktiviti yang terdapat dalam modul ini untuk menjadi pengajaran gimnastik lebih berkesan seterusnya memupuk minat dan keyakinan murid untuk menjalankan aktiviti gimnastik.

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

25

RUJUKAN

Chong Siew Han. Introduction to Gymnastics. Flo Enterprise SDN. BHD. Gene Schembri. (1984). Aussie Gym Fun : A Resource For School and Clubs. Australian Gymnastic Federation Incorporated. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Gimnastik Irama : Buku Panduan guru. Taman Koperasi Polis Fasa 1, Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Gimnastik artistik : Buku Panduan Guru. Taman Koperasi Polis Fasa 1, Kuala Lumpur.

MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

26