Anda di halaman 1dari 29

FALKULTI SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2014

HBAE 3103 - KRAF TRADISIONAL

NAMA

: MAHADI BIN IBRAHIM

NO. MATRIKULASI

: 730510115057001

NO KAD PENGENALAN : 730510115057

NO. TELEFON

: 0199241152

E-MEL

: madicobeng@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

: TERENGGANU LEARNING CENTRE

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk Kraf Tradisional HBAE 3103 pada kali ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami serta memberi galakkan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM Terengganu ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tutors saya Pn Rosnah Binti Mustaffa kerana telah memberi banyak panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan dan menyiapkan tugasan yang diberi. Tanpa penerangan mereka, tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

1.0

PENGENALAN

Kraf tangan dan kraf tradisional ialah salah satu bidang dalam mata pelajaran dunia seni visual. Seni kraf, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran, terutamanya kemahiran menggunakan tangan. Kraf tangan juga adalah dikategorikan sebagai seni rupa dalam masyarakat Melayu kerana ia merupakan ciptaan yang mengandungi unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui batik, ukiran, anyaman, wau, gasing, tekat, tenunan, seni bina dan lain-lain. Di Malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri dan dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sebilangan masyarakat di Malaysia.

Rekaan kraf tangan itu memerlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi dalam menggunakan bahan-bahan asas dengan teratur, mulai dari proses yang awal hinggalah suatu hasil seni kraf tangan itu tercipta. Proses penciptaan seni kraf tangan itu juga memerlukan daya estetika yang tinggi. Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih kepada tumbuhtumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang dipilih pula adalah berkisar kepada serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput, ayam dan lain-lain. Bagi kraf yang dihasilkan oleh orang Melayu yang beragama Islam, kebanyakan motif atau corak yang dipilih

berunsurkan tumbuh-tumbuhan, geometri dan arabes yang tidak bercanggah dengan apa yang dilarang agama. Unsur figura seperti manusia, haiwan seperti harimau, singa, gajah dan sebagainya adalah tidak digalakkan dalam seni kraf Tradisional Islam. Ini berlaku kerana motif benda bernyawa yang dihasilkan dalam kraf seperti batik dan sebagainya dikhuatiri mewujudkan unsur yang tidak diingini seperti pemujaan dan sebagainya. Di dalam tugasan pada kali ini empat seni kraf yang akan dikupas, bagaimana proses menggarap idea, mentafsir idea dan memberi pengaruh kepada hasil seni berkonsepkan Islam seperti batik, ukiran, tenunan songket, dan anyaman. Diharap apa yang dirungkaikan dapat memenuhi kehendak tugasan pada kali ini.

2.0

KRAF DAN MAKNA KRAF

Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara persendirian atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf. Manakala Keluaran Kraftangan" pula membawa maksud apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan sesebuah kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan. Kraf tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kreativiti seperti membuat tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya. Kraf merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka nenek moyang suatu ketika dahulu.

Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaan dalam agama Islam. Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan kepercayaan dan pegangan orang Melayu sebelum ini. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini jelas digambarkan dalam ragam hias atau motif yang dihasilkan. Ianya juga mengambarkan sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakatnya yang menunjukkan ciri-ciri Islam. Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias, membuktikan kraf tradisional Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur ini adalah diharamkan di dalam Islam. Ciri-ciri seni Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geomatri. Memang tidak pernah terfikir bahawa nenek- moyang kita dahulu telah memahami dan menghayati seni yang dihasilkan. Nukilan dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.

3.0

JENIS- JENIS KRAF TRADISIONAL MELAYU

Kraf tradisional haruslah dihargai oleh generasi muda pada masa kini supaya ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman, tenunan, tekat, wau, gasing, songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.

3.1

Seni Batik Melayu

Batik adalah sejenis seni kraftangan yang terkenal di Malaysia. Batik dikatakan berasal daripada Kepulauan Jawa sejak abad ke 12 lagi. Ia telah dikembangkan ke Tanah Melayu terutamanya di kawasan Kelantan dan Terengganu akibat daripada kedatangan orang Jawa ke sini. Batik merupakan satu proses yang memerlukan terapan lilin pada kain putih yang telah diregang pada kayu pemidang. Setelah lakaran dibuat, lilin panas akan dimasukkan ke dalam canting dan proses terapan bermula. Setelah itu, sapuan pelbagai warna akan dilakukan oleh pembuat batik yang mahir. Seterusnya beberapa proses seperti merendam kain selama 8 hingga 12 jam dengan sodium silikit untuk mematikan warna dan air dilalukan pada kain itu untuk menghilangkan sodium silikit tersebut. Kemudian, kain direbus dengan soda ash untuk menanggalkan lilin itu. Akhir sekali, kain dicuci dan dibilas di dalam air bersih sebelum ia dikeringkan. Proses untuk menyiapkan batik agak lama dan rumit. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis batik yang dihasilkan, antaranya ialah ;

i.

Batik Blok

Teknik pembuatan batik blok ini adalah yang terawal digunakan oleh masyarakat kita. Blok yang digunakan diperbuat daripada kayu atau logam yang diukir dengan motif tertentu dan sesuai bagi mengecap kain yang dikenali sebagi batik blok atau batik cop. Kain yang digunakan terdiri daripada kain kapas, kain sutera dan organza, yang kini menjadi satu jenama fesyen dan digemari

oleh rakyat Malaysia dan di luar negara. Selain daripada pakaian, batik blok juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah yang menarik.

Contoh Batik Blok

ii.

Batik Canting

Batik canting juga digelar sebagai batik lukis. Ia memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan motif dan corak yang tertentu di atas sehelai kain putih yang diregangkan pada kain pemidang. Ini kerana, pembuat batik memerlukan lilin cair untuk diterapkan di atas lakaran pada kain dengan menggunakan satu canting khas. Proses mencanting memerlukan ketelitian dan kesabaran pada pembuatnya. Kemudian, ia diwarnakan mengikut kesesuaian reka corak. Kain yang digunakan terdiri daripada kain sutera, organza, rayon, voile dan kain kapas.

Contoh Batik Canting

iii.

Batik Skrin

Batik skrin adalah batik stensil atau batik sutera saring, yang mana ia menggunakan teknik lakaran corak dan terapan warna di atas skrin yang dhasilkan dari poliester dan diregang di atas pemidang. Motif dilukis di atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Selalunya, beberapa keping kain pemidang dengan reka corak yang berlainan disediakan. Ini disebabkan satu kain pemidang boleh disapukan satu warna sahaja. Skrin akan dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses penwarnaan dan ia dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna pada sehelai kain batik.

Contoh Batik Skrin

3.1.1

Garapan Idea Motif Dan Corak Dalam Seni Batik Melayu

Dalam penghasilan batik, memilih motif dan membuat reka corak adalah kemahiran tinggi yang perlu ada pada pembuat batik. Bagaimana seseorang itu menggarap motif yang kreatif dan indah, lalu diterjemahkan kepada sehelai kain polos yang berwarna putih. Proses penggarapan motif selalunya adalah berasakan sumber alam sekeliling seperti motif flora, arabes geometri, fauna, benda buatan manusia, atau motif isen. Jika di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, unsur-unsur motif yang dipilih adalah berasaskan hidupan alam seperti tumbuhtumbuhan, bunga-bungaan, subjek yang berkaitan pantai dan laut seperti motif isen yang terdiri daripada sisik, mata dara, poleng, dan lain-lain. Mereka menjadikan objek disekeliling sebagai motifnya. Orang lama selalunya melihat sesuatu objek yang berada disekelilingnya yang mempunyai keistimewaan dan menggubahnya menjadi sebagai motif yang tersirat dalam batik

yang dihasilkan. Contohnya, sisik ikan yang digubah menjadi corak yang menarik dalam batik. Begitu juga paku-pakis, pucuk rebung, bunga raya, dan sebagainya yang banyak didapati di kawasan itu menjadi sumber inspirasi dan motif popular kepada para pembuat batik.

Dalam agama Islam, kesenian itu adalah untuk menunjukkan penghargaan dan rasa syukur kepada Tuhan yang esa. Al-Ghazali pernah mengatakan bahawa, "Kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur dan tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat pengaduan rasa dan ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya pada manusia. Budaya Melayu lebih mengutamakan sesuatu yang positif, kelembutan dan kebaikan dalam menghasilkan seni.

Jika di Indonesia atau kepulauan Jawa, batik dihasilkan tanpa mengira motif subjek. Ini kerana pengaruh agama seperti Hindu telah meresapi budayanya. Jadi terhasillah motif fauna seperti kuda, harimau, ular, dan sebagainya. Malahan motif figura seperti manusia juga dijadikan sebagai karya seni batik yang digemari. Ini bercanggah dengan konsep seni dalam Islam yang kita amalkan, iaitu unsur benda hidup seperti haiwan dan figura manusia tidak digalakkan kerana dikhuatiri menjadi unsur pemujaan dan diagung-agungkan oleh sesetengah pihak. Dalam Islam itu sendiri melalui para ulamanya, tiga mazhab Islam iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, AlImam Al-Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbali, menyatakan membuat gambar atau mengukir patung berunsurkan manusia atau haiwan dilarang kerana menurut hadith Rasulullah, ia dikira mencabar kuasa Allah Taala. Apatah lagi jika sesuatu gambar itu dihasilkan untuk tujuan penyembahan agama, ia mewujudkan kemaksiatan dan menyekutukan Allah SWT. Namun begitu, dalam Mazhab Imam Al-Maliki pula, para ulama menyatakan melukis objek ini dibenarkan walaupun makruh.

Motif yang selalu dihasilkan dalam budaya masyarakat Melayu yang bercirikan Islam ialah motif flora yang sering menjadi pilihan seperti dalam batik ela, motif bunga, kudup, putik ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertaburan disusun secara kreatif. Unsur-unsur geometri juga menjadi pilihan kerana mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan sering dijadikan kaki kain atau gigi kain.

3.1.2

Analisis Contoh Seni Batik Melayu Berkonsepkan Kesenian Islam

Contoh Kain batik canting atau batik lukis

Motif batik yang dihasilkan adalah bercorak Arabes iaitu gabungan antara motif flora dan geometri. Bunga dan daun disusun secara menegak dan dihiasi dengan corak paku-pakis, akar kayu dan bentuk geometri yang melingkar di kiri, kanan hingga ke atas kain. Susunan motif ini tentang imaginasi pembuat batik melalui motif dipilih. Warna-warna harmoni digunakan adalah merah muda serta kuning dan jingga serta berlatarkan warna hitam. Dari konsep sains pula, tumbuhan memberi banyak faedah kepada manusia dengan menghasilkan oksigen untuk keperluan pernafasan dan dapat mengindahkan kawasan dan dapat memberi ketenangan pada jiwa manusia. Keseniaan seperti inilah yang dituntut dalam agama Islam.

3.2

Seni Ukiran Melayu

Ukiran kayu tradisional juga adalah satu hasil kreativiti masyarakat Melayu. Ukiran ini dapat kita lihat pada tangga rumah Melayu, kisi-kisi rumah, masjid, istana, rumah makam, rumah kediaman, perabot rumah, barangan hiasan dan lain-lain lagi. Namun di Malaysia, ukiran bukan sahaja dihasilkan oleh orang Melayu, malahan suku kaum di Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Teknik ukiran yang dihasilkan adalah hampir sama, tetapi motif yang dipilih mungkin berbeza. Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu dengan menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, carving tool (Khairuddin Talib: 2011). Terdapat empat jenis ukiran iaitu, ukiran layang, ukiran larik, ukiran timbul dan ukiran tebukan

tembus. Seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu yang menyatakan seni ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa Al-Quran sebagai pegangan menjadi sumber motif ukiran bercirikan Islam, contohnya kaligrafi.

Contoh Seni Ukiran Melayu

3.2.1

Garapan Idea Motif Dan Corak Dalam Seni Ukiran Melayu

Terdapat pelbagai motif ukiran iaitu motif flora, motif fauna, arabes dan motif seni khat atau kaligrafi menggunakan huruf Arab. Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek dipersekitaran seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakkannya melambangkan budaya masyarakat Melayu yang bernaungkan agama Islam. Dikebanyakkan rumah orang Melayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Di masjid atau surau juga sering kita dapati ayat-ayat Al-Quran diukir pada kayu dan diletakkan di dinding, serta ukiran motif pelbagai diukir pada mimbar masjid atau surau. Di bawah adalah contoh-contoh ukiran kayu untuk dianalisis, bagaimana idea motif digarap dan ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi makna kepada hasil ukiran tersebut.

3.2.2

Analisis Contoh Seni Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Contoh Ukiran Kayu 1

Ukiran di atas dinamakan sebagai ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari motif arabes, yang menggabungkan unsur flora dan geometri dan ada ciri-ciri kosmos yang berbentuk bintang di situ. Corak disusun dengan menarik dan teratur menunjukkan, motif yang dipilih menggambarkan dunia ciptaan Allah. Di sini juga kita boleh mentafsirkannya sebagai menghayati kebesaran Ilahi dan mengkagumi ciptaan Allah. Konsep penting yang bercirikan Islam ini dapat mewujudkan perasaan tenang, aman dan damai di hati dan merendah diri pada Tuhan yang Esa. Pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar dalam seni ukiran Islam. (Norashikin Mohd Bani, 2002). Dalam seni ukiran Islam, ianya perlulah mengikut syariat agama seperti tidak boleh menghasilkan ukiran berbentuk haiwan dan manusia. Ini untuk

mengelakkan unsur penyembahan, pemujaan dan mengagung-agungkan benda buatan manusia. Ukiran pada tembaga dan gangsa juga perlulah bergabung dengan motif kaligrafi dan arabes supaya tidak timbul ciri motif yang dilarang. Seni ukiran tradisional Melayu bercirikan Islam harus dipelajari kerana mengandungi nilai-nilai estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi sesuatu kaum (Norashikin Mhd Bani,2002)

Contoh Ukiran Kayu 2

Di atas, adalah foto ukiran kayu jenis tebuk tembus yang didapati di sebuah surau lama di Perak, yang bermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa seni khat adalah keitimewaan seni ukiran yang sering menghiasi bangunan-bangunan Islam, masjid, surau, sekolah agama, dan segelintir rumah orang Melayu yang beragama Islam. Seni khat ini berasal dari negara Timur Tengah. Wujudnya ukiran seperti ini telah memberi kesan keindahan yang mendekatkan diri manusia kepada Penciptanya. Oleh itu, ukiran dari pelbagai motif yang terjalin dengan keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan perasaan manusia (Abdul Ghani Samsudin etal 2001). Budaya masyarakat Melayu juga mengajar anak-anak mereka agar mencintai ayat-ayat Allah dan sentiasa menyemai jiwa dengan iman melalui penghayatan kepada ajaran agama Islam

3.3

Seni Tenunan Songket Melayu

Tenunan juga merupakan salah satu kraf tradisional yang popular di Malaysia, terutamanya di kalangan kaum Melayu. Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejak dari dahulu lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah dan menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu pada zaman dahulu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan, terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Pada zaman dahulu, motif dan warna yang terdapat pada songket melambangkan kedudukan seseorang. Sebagai contoh, songket yang ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas dipakai oleh kerabat raja dan golongan bangsawan. Namun kini, songket ditenun dengan menggunakan benang kapas dan dipakai oleh golongan rakyat biasa di majlis-majlis tertentu.

3.3.1

Garapan Idea Motif Dan Corak Dalam Seni Tenunan Songket Melayu

Motif dalam tenunan songket biasanya terdiri daripada unsur flora seperti Bunga Tanjung, Bunga Gorek, Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung, Bunga Lawang dan lain-lain. Selain itu, motif daripada haiwan seperti Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu-kupu, Ayam Jantan, Burung Merak juga menjadi sumber inspirasi para penenun dalam menghasilkan karya. Satu lagi motif yang popular ialah geometri, bintang pecah lapan dan mahkota. Menurut Koordinator Batik International Research Design Access (Birda), International Institute of Design Excellence, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Norwani Md. Nawawi, corak dan motif pada kain songket memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu. Mereka sangat kreatif dan mempunyai pemerhatian yang tajam dan daya imaginasi yang kuat. Hasilnya, kebanyakan motif songket adalah nama-nama dari pokok, bunga, burung dan ada juga daripada kuih-kuih Melayu yang menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan tepung talam (Dr. Norwani Md Nawawi : Utusan Online).

Kehalusan, keunikan dan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dan sumber dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif tenunan yang bernilai. Setiap karya yang dihasilkan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Setiap hasil tenunan itu kebanyakannya tidak lari daripada bercirikan ajaran Islam. Melalui motif-motif tersebut, penenun ingin menyampaikan perasaan mereka mengenai rasa kesyukuran dan kekagumannya pada apa yang diciptakan Allah. Itulah kehebatan kraf tradisional Melayu yang bercirikan Islam yang menggabungkan keindahan bukan sahaja pada karya yang dihasilkan malahan keindahan dan kasih sayang antara seorang hamba kepada penciptaNya.

3.3.2

Analisis Seni Tenunan Songket Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Contoh Tenunan Songket

Tenunan songket pada gambar di atas merupakan kain samping songket yang menggunakan motif arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri. Motif arabes sangat popular dalam kesenian Islam kerana ia budaya dan tamadun masyarakat mahir dalam pelbagai ilmu matematik, logik, astronomi, kosmologi, seni bina yang kesemuanya menjadi sumber nilai-nilai estetika. Padanan motif geometri dan bunga disusun dengan menarik. Sebenarnya pemilihan bentuk geometri, tumbuh-tumbuhan dan corak khat adalah antara alternatif kepada larangan menggambar yang disebut dalam hadith-hadith contohnya figura manusia atau motif haiwan. Selain itu juga, penenun mengolah dan mereka cipta bentuk-bentuk geometri dan hiasan bermotifkan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan keseniaan yang harmoni dan bernilai tinggi. Penenun juga menghasilkan motif bukan sekadar indah pada pandangan mata, malah ia penuh dengan makna yang tersirat. Contohnya motif arabes sering diguna dalam keseniaan Islam kerana selain bentuk dan ideanya yang merupakan aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam penjelmaan pelbagai motif arabes. Idea yang melahirkan pernyataan kreativiti penenun Melayu Islam dalam percubaan dan usaha mereka mencungkil ilmu daripada al-Quran dan Hadith. (Fleurza, 2004: CARI Malay Forum).

3.4

Seni Anyaman Melayu

Anyaman adalah satu jenis kraf yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Terdapat anyaman ketupat, tikar mengkuang, alat keperluan harian dan sebagainya. Terdapat beberapa jenis anyaman masyarakat Melayu seperti, anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Reka bentuk kraftangan yang dihasilkan melalui anyaman adalah untuk mencipta alat keperluan harian. Contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk. Anyaman berkembang sejak dahulu lagi dan tidak mempunyai pengaruh dari luar. Orang dahulu menganyam untuk menghasilkan barang keperluan hidup tetapi kini, anyaman sudah dikomersilkan dengan penghasilan barangan yang menarik seperti hiasan dinding, bekas duit, bekas tisu, alas pinggan, kipas, bekas tembakau dan sebagainya. Sewaktu dahulu, aktiviti anyaman ini dikatakan dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Malah, kini hasil seni anyaman tidak lagi terhad kepada bentuk tradisional, malahan reka bentuk baru dari segi rupa, warna dan corak, teknik dan bahan, seringkali diubahsuai mengikut citarasa pengguna dan kesesuaian zaman.

3.4.1

Garapan Idea Motif Dan Corak Dalam Seni Anyaman Melayu

Dalam anyaman, idea motif dan corak juga bersumberkan dari alam sekitar. Motif anyaman yang sering digunakan terdiri daripada tumbuhan, nama manusia, haiwan dan abstrak. Namun begitu, corak yang dihasilkan bukanlah berbentuk figura manusia ataupun haiwan. Hanya sekadar nama penyedap bicara orang dahulu sahaja, contohnya Kelarai Mak Mek, Kelarai Cik Kedah Ketapang, Kelarai Jari Kedidi, Kelarai Tapak Anjing dan Kelarai Mata Ketitir, adalah sebahagian nama-nama manusia dalam anyaman. Anyaman Kelarai daripada tumbuhan terdiri daripada Kelarai Tampuk Manggis, Kelarai Bunga Cengkih, Kelarai Bunga Cina dan lain-lain.

Contoh Anyaman Kelarai

3.4.2

Analisis Seni Anyaman Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Contoh Seni Anyaman Melayu

Anyaman di atas bermotifkan Kelarai Tampuk Jantung. Motif yang dipilih adalah berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan geometri yang dikenali sebagai motif arabes. Motif ini banyak digunakan oleh seniman dan tokoh-tokoh seni Islam kerana bentuknya yang digarap mudah dan menarik. Idea anyaman ini dijelmakan oleh orang dahulu berdasarkan tumbuhan di sekitar rumah mereka dan bentuk geometri yang sering dilihat dan menjadi sumber inspirasi dalam penghasilan motif, yang akhirnya dikenali dengan pelbagai nama rekaan mereka sendiri. Motif ini saling berkait antara budaya Melayu dengan kesenian Islam. Ini kerana sumber motif kebanyakannya adalah berlandaskan ciptaan Allah yang Esa. Penghasilan anyaman selalunya menitikberatkan unsur Islamik dengan mengagungkan kebesaran Tuhan dan mengelakkan unsur yang bercanggah dengan syariat agama.

4.0

Analisis Kraf Tradisional

Kraf tradisional yang amat popular pada masa kini adalah kraf ukiran. Dalam seni kraf ukiran, sejak zaman berzaman lagi terdapat pengaruh Islam dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif keislaman dalam suatu penghasilan kraf pada rumah-rumah dan tempat ibadat seperti surau-surau dan masjid-masjid di kampung-kampung. Kraf ukiran sangat terkenal di Negeri Kelantan dan Terengganu.

Setelah diteliti dan dianalisis, saya memilih seni kraf ukiran sebagai topik perbincangan garapan idea yang berkonsepkan Islam. Dari pemerhatian yang dibuat, seni kraf ukiranlah yang banyak menggunakan konsep keislaman. Tiga buah tempat telah saya fokuskan untuk perbincangan ini iaitu Masjid Besar, Kuala Berang, Masjid Hadhari, Jertih dan Muzium Negeri Terengganu. Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding, kerusi, pintu, tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur keislaman. Kebanyakan ukiran yang terdapat di sini adalah bermotifkan flora, geometri dan khat.

Setiap sudut di Masjid Besar, Kuala Berang itu dihiasi dengan ukiran yang menampakkan unsurunsur kesenian Islam dan Melayu. Unsur flora, melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya serta menimbulkan tanda kesyukuran padaNYA. Kebanyakkan ukiran adalah berunsurkan motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian, seluruh kehidupan melalui tahap perkembangannya. Oleh itu, reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk. Ia boleh dilihat pada ukiran pintu masuk Masjid Besar, Kuala Berang. Ukiran corak awan larat bermotifkan flora pada pintunya menunduk ke bawah. Seni ukirannya pula sangat halus dan menarik.

Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat Al-Quran mula diukir. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur tumbuhan. Pengaruh keagamaan Islam yang berkembang pada zaman dahulu mempengaruhi pengukir seni yang mengadaptasikannya pada ukiran pintu, dinding, tingkap, perhiasan dan peralatan perabot. Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan pintu Masjid Besar, Kuala Berang. Selain motif kaligrafi, motif fauna juga digunakan pada ukiran tersebut. Unsur geometri iaitu tumpal yang mempunyai kaitan dengan unsur geometri Islam digunakan dalam seni khat. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang. Sebahagian susunan motifnya melambangkan sifat keesaan Allah yang tiada permulaan dan tiada pengakhirannya.

Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada tangga Masjid Hadhari, Jertih. Motif ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora. Motif yang disusun berulangulang dan mengembang ke semua arah. Konsep ini dikaitkan dengan sifat Allah swt yang kekuasaannya tidak terbatas serta tiada penghujungnya.

Mimbar merupakan tempat imam duduk di atas kerusi yang berukir ketika khutbah pada hari Jumaat. Motif flora telah digarap seperti bentuk bunga dan daun di sekeliling kawasan mimbar itu. Kerusi berukir ini sangat unik dan cantik. Corak padanya jelas ada unsur-unsur keislaman.

Ukiran yang dapat pada pintu Masjid Hadari Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunungganang. Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai matahari.Manakala ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar memberi tumbuhan hidup subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya kepada hambanya di alam semester.

Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan seni ukir tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan pengukir berdasarkan pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat.

Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai salah satu budaya disamping mengekalkan nilai-nilai keagamaan. Dalam gubahan ukiran awan larat, punca permulaannya agak sukar dikesan dan seakan-akan tiada penghujungnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah swt yang tiada permulaan dan tiada akhirnya. Menurut Abdullah Mohamed (1990:13-20), memberikan pandangan bahawa alam adalah tajalli atau manifestasi daripada sifatsifat ilmu Allah. Melalui sifat ilmu Allah tersebut terjadi berbagai bagai organisme baik flora atau fauna. Sebagai contoh adalah tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan aneka warna, bentuk dan bauan adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha Kaya.

5.0

Seni Ukiran Kayu Tradisional

5.1

Pengenalan

Ukiran kayu atau seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir sifat menggunakan pemahat dan pisau wali.

Contoh ukiran kayu tradisional

5.2

Sejarah Perkembangan Seni Ukiran Kayu

Catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai Istana Hawa Nafsu. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780)

Di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Kebanyakan ukiran kayu dipengaruhi dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ini di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam.

5.3

Bentuk - Bentuk Ukiran Kayu

i.

Ukiran Tebuk Tembus

Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan gerudi gergaji supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat. Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat

pada rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar timbul dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.

ii.

Ukiran Bunga Timbul

Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

iii.

Ukiran Arca

Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

iv.

Larik

Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

v.

Ukiran Kayu Hanyut

Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.

5.4

Jenis-Jenis Bunga Ukir Atau Corak

Terdapat lima corak bunga ukir yang terdapat dalam reka corak tradisional, antaranya awan larat, awan silang atau kerawang, awan bentuk huruf, larik dan semetri.

i.

Awan Larat

Awan larat berilham dari alam iaitu awan yang berarak apabila ditiup angin. Ada pula mengatakan bahawa nama ini diambil sempena nama seorang anak kecil bernama Awang yang menggaris tanah hingga melarat-larat menjadi bentuk yang cantik. Gambaran inilah yang diabadikan oleh pengukir dalam ukirannya. Kebiasaannya pengukir mencipta daun, buah dan bunga hasil ilhamnya sendiri. Awan larat ini corak yang paling dimuliakan dalam apresiasi seni ukir Melayu Klasik. Ukiran jenis ini tidak diletakkan di paras pusat. Awan larat terbahagi kepada dua jenis yakni Awan Larat Melayu dan Awan Larat Jawa.

ii.

Awan Larat Melayu Asli

Awan jenis ini juga dikenali sebagai Awan Larat Jawi. Bentuknya mempunyai bunga yang besar dan jarang. Coraknya bermula dari satu tempat dan melarat memenuhi ruang yang lain. Batangnya berlingkar dan bertembung dengan daunnya yang berlipat lunak.

iii.

Awan Larat Jawa

Bentuknya lebih kecil daripada awan larat Melayu Asli. Daun dan bunganya rapat-rapat. Terdapat banyak bunga dan daun saling bertindih. Bentuk daunnya lurus dan tidak berlipat.

iv.

Silang / Kerawang

Bunga ukir bentuk ini adalah dalm garis yang bengkang-bengkok. Garisan bersimpang-siur seumpama akar yang berlegar. Ukiran corak ini biasanya terdapat dalam bentuk papan tebuk tidak silat.

v.

Awan Bentuk Huruf Larik dan Simetri

Jenis ukiran berbentuk huruf yang dimaksudkan ialah huruf-huruf dalam al- Quran. Ukiran ini biasanya banyak terdapat di masjid. Awan jenis Larik berbentuk gerlang-gerlang pada batang bulat. Keindahan jenis ini terletak pada gerlang yang berkala dan tersusun. Ukiran ini biasanya terdapat pada tongkat, tiang-tiang ulu senjata dan sebagainya. Kebanyakannya mempunyai dua jenis larik. Awan jenis simetri biasanya terdapat dalam bentuk geometri Islam, misalnya corak swastika. Awan jenis ini biasanya terdapat di masjid atau mimbar.

5.5

Pengaruh Motif Corak Ukiran Tradisional

Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan persekitaran amat kuat pengaruhnya kepada pengukir. Antara pengaruh yang dimaksudkan ialah unsur tumbuh-tumbuhan, unsur makhluk hidup, unsur kaligrafi, unsur geometri dan unsur kosmos.

i.

Unsur Tumbuh-Tumbuhan

Unsur ini biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan seni ukir tradisional.

ii.

Unsur Makhluk Hidup

Unsur ini kebanyakannya dipengaruhi oleh semangat dan kepercayaan. Pada zaman pengaruh Hindu, unsur-unsur seperti kepala burung, ayam, itik dan naga sangat disukai oleh pengukir. Setelah kedatangan Islam, pengaruh ini semakin berkurangan. Ukiran unsur makhluk hidup banyak terdapat pada kapal atau perahu nelayan di pantai timur.

iii.

Unsur Kaligrafi

Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula diukir oleh pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur tumbuhan.

iv.

Unsur Geometri

Unsur ini dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.

v.

Unsur Kosmos

Unsur ini menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunungganang. Ukiran seperti ini banyak terdapat di tebar layar rumah-rumah Melayu Trasidional.

Kesimpulan

Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai

pelbagai jenis dan bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu mempunyai hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Proses penggarapan idea bagi setiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap daripada kraf mempunyai motif dan corak dari sumber yang hampir sama seperti flora, fauna, geometri, arabes, abstrak dan sebagainya.

Namun begitu, dalam Islam motif fauna seperti haiwan dan figura berbentuk manusia dilarang dan tidak digalakkan dalam penghasilan karya berdasarkan hadith dan beberapa mazhab yang terdapat dalam Islam. Ini kerana, kebanyakan hasilan yang berbentuk figura dan haiwan boleh mewujudkan satu elemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana ia mirip kepada ciptaan asal. Ini dikira mencabar kuasa Yang Maha Mencipta. Selain itu, motif-motif yang berunsurkan arabes, flora, dan geometri mempunyai makna yang tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah diri hamba kepada Penciptanya. Orang Melayu sememangnya sangat kreatif dan mempunyai daya penglihatan dan pemikiran yang tajam kerana telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan sekitar kehidupan mereka untuk mendapat idea. Sumber idea itu digarap dan dijelmakan dengan pelbagai bentuk corak yang akhirnya setiap satunya diberi nama yang memberi gambaran tentang apa yang difikirkan oleh mereka. Oleh yang demikian, penghasilan kraf, pengusaha dan tokoh-tokoh seni ini, bukan sahaja menghasilkan karya yang indah pada pandangan lahiriah tetapi menyerapkan unsur-unsur keagamaan seperti kekaguman dengan ciptaan Allah berdasarkan motif-motif yang dipilih.

Rujukan

Norhana Ismail.(2001), Ekpresi Seni Ukir dalam Senibina Melayu sebagai Suatu Penerapan Unsur-Unsur Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hassan M. Ghazali (1993), Dimensi Pendidikan Seni KBSM Tingkatan 4&5, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Siri Pelangi Fokus Pendidikan Seni (Teori Seni), SPM, Penerbitan Pelangi, Sdn. Bhd.

Siti Zainon Ismail (1986), Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Motif-motif Batik(1991), Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Infokraf Malaysia.

Sumber dari Internet

http://malaysiana.pnm.my/04/0408songket.htm

http://psasir.upm.edu.my/6836/1/UM_2006_7(1-24).pdf

Khairudin Talib.(2011).HBAE 3103Kraf Tradisional.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.Anyaman http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html Batik http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/10/?menuid=95 Contoh Ukiran Kayu Melayu http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea

Contoh Kelarai http://artgeng.blogspot.com/2010/04/contoh-kelarai.html

Hukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=929:hukum-melukisgambar-menurut-pandangan-islam-&catid=7:ilmiah&Itemid=69

Hukum Melukis Objek dan Binatang http://www.padinno.com/2011/08/hukum-melukisgambar.html

Motif Songket Bercirikan Orang Melayu http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=kel uarga&pg=ke_04.htm&arc=hive

Sarawak Bidayuh Handicrafts.Beautifully crafted. durable and functional works of art. http://www.sarawak-vacation-destinations.com/sarawak-bidayuh-handicrafts.html

Seni Lama Melayu http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang-terbiar-oldand.html

Tenunan Songket http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/tenunan-songket.html

Ukiran Kayu Tradisional http://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html

Anda mungkin juga menyukai