Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN JANUARI/2013

KOD KURSUS HBSC 2203

TAJUK KURSUS TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

NUR RASHIDAH BT YUSOF 740723065486001 740723065486 019-9644142 ara.shidah@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

KELANTAN LEARNING CENTRE

HBSC 2203

1.0 PENGENALAN Sains bukan sahaja setakat pengetahuan semata-mata. Sains adalah bidang yang meliputi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami alam sekeliling mereka.
Kurikulum sains diperkenalkan bagi melahirkan masyarakat yang celik sains dan teknologi serta membangunkan sumber manusia yang terlatih, dinamik dan produktif yang dapat mengembangkan pemahaman saintifik pada aras yang sesuai dengan minat dan keperluan pelajar.

Menurut Meor Ibrahim (2001), mata pelajaran sains memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai satu disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Maka, kemahiran saintifik perlu diberi penekananan sepenuhnya.

2.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN SAINTIFIK Kemahiran saintifik sangat penting untuk dikuasai oleh pelajar bagi mengkaji dan memahami alam melalui pendekatan inkuiri. Pengajaran dan pembelajaran sains mendidik murid menggunakan akal fikiran secara kritis dan kreatif dan bukannya untuk mengingat dan menghafal fakta dan prinsip sahaja. Kemahiran saintifik adalah kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti penyelidikan, eksperimen, projek adalah aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik adalah satu alat berfikir secara teratur untuk menjelaskan konsep dan fenomena. Dalam mempelajari sesuatu konsep dan fenomena, murid biasanya memperolehi maklumat dari buku dan kemudian menghafalnya. Tetapi jika murid menggunakan kemahiran saintifik murid dapat mendefinisikan konsep serta

menghuraikan sesuatu fenomena berkenaan dengan kreativiti sendiri. Murid yang menguasai kemahiran saintifik membolehkan pelajar berfikir bagi mendapatkan fakta tertentu secara sendiri tanpa bergantung kepada buku teks atau buku rujukan. Murid lebih kreatif dan kritis.

HBSC 2203

Kemahiran proses sains sangat penting kerana (Padilla, 1980): a) Aktiviti kemahiran proses sains melibatkan pemikiran tahap operasi formal dan membantu perkembangan pemikiran pelajar. b) Aktiviti kemahiran proses sains mencerminkan sifat sains yang sebenar dan memberi gambaran yang lebih tepat mengenai kerja-kerja yang dilakukan oleh ahli-ahli sains. c) Pemindahan kemahiran dalam kehidupan seharian dalam usaha mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

3.0 KEMAHIRAN SAINTIFIK Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid

mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses ini terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks. Kemahiran ini terdiri daripada kemahiran proses sains asas dan bersepadu. Kemahiran proses sains asas merupakan prasyarat kepada kemahiran proses sains bersepadu, pelajar perlu menguasai kemahiran ini dahulu sebelum kemahiran proses sains bersepadu dapat digunakan dengan berkesan. Kemahiran proses sains bersepadu bergantung kepada keupayaan pelajar untuk berfikir pada tahap yang lebih tinggi dan berfikir lebih daripada satu perkara pada sesuatu masa. Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan cara yang betul, menggendalikan spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat, mematuhi arahan eksperimen dan membuat pemerhatian, perekodan dan pengukuran dengan betul (Abu Hassan, 2003). 2

HBSC 2203

Kemahiran berfikir adalah satu proses mental yang memerlukan individu menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorakkan alam sekelilingnya. Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Pemikiran yang kritis seseorang itu akan menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. Pemikiran kreatif pula mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta berupaya menjana idea yang inovetif dan asli. Kategori kemahiran saintifik boleh ditunjukkan seperti rajah 1 di bawah. KEMAHIRAN SAINTIFIK

KEMAHIRAN PROSES SAINS

KEMAHIRAN MANIPULATIF SAINS

KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS 1. Memerhati 2. Mengelas 3. Mengukur dan menggunakan nombor 4. Membuat inferens 5. Meramal. 6. Berkomunikasi

KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU 1. Menggunakan hubungan ruang dan masa. 2. Mentafsir data. 3. Definisi secara operasi. 4. Mengawal pemboleh ubah. 5. Membuat hipotesis. 6. Eksperimen. 1. Guna dan kendali peralatan sains dan bahan sains. 2. Mengendali spesimen dengan betul dan cermat. 3. Melukis specimen dan peralatan sains. 4. Membersih peralatan sains. 5. Menyimpan peralatan sains.

Rajah 1: Klasifikasi kemahiran saintifik

HBSC 2203

3.1 KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS 3.1.1 Kemahiran Memerhati Memerhati ialah proses mendapatkan maklumat secara langsung dari persekitaran. Pemerhatian dilakukan dengan menggunakan lima deria iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga iaitu pemerhatian kualitatif, kuantitatif dan pemerhatian perubahan. Misalnya, murid menyatakan daun berwarna hijau. Ini adalah pemerhatian kualitatif dimana hanya deria sahaja yang diguna. Pemerolehan maklumat secara perbandingan yang lebih tepat dikenali pemerhatian kuantitatif.

3.1.2 Kemahiran mengelas Kemahiran mengelas adalah satu proses mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri-ciri umum atau sifat sepunya. Pengelasan boleh dikategorikan kepada tiga iaitu pengelasan bersiri, pengelasan perduaan dan pengelasan berbilang tahap. Objek dapat dikelaskan dalam pelbagai cara. Contohnya, beberapa jenis haiwan dapat dikelaskan mengikut cara pembiakan, sifat fizikal, cara pemakanan dan sebagainya. Kemahiran mengelas ini membolehkan murid murid menyusun sesuatu mengikut peraturan umum serta memudahkan mereka belajar sesuatu yang baru dengan membandingkan ciri-cirinya dengan pengelasan sedia ada.

3.1.3 Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor Mengukur dan menggunakan nombor ialah proses membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih tepat dan jitu. Proses sains mengukur dan menggunakan nombor, murid dapat belajar cara menyukat dengan betul dan menggunakan unit paiawai dengan betul. Pelajar yang sudah menguasai kemahiran ini akan dapat: a) Membandingkan objek berdasarkan saiz. b) Mengukur dan membandingkan ketinggian. c) Memilih alat dan unit yang sesuai untuk membuat pengukuran. 4

HBSC 2203

3.1.4 Kemahiran membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang logik atau tidak, untuk menerangkan peristiwa atau pemerhatian tentang sesuatu perkara merupakan kemahiran membuat inferens. Melalui inferens murid-murid dapat melalui proses pemikiran yang kritis semasa hendak menghuraikan sesuatu pemerhatian. Misalnya, daun berlubang-lubang kerana dimakan oleh ulat. Pelajar yang telah menguasai ia akan dapat: a) Memberi alasan yang munasabah tentang sesuatu bukti yang dilihat. b) Mengetahui perbezaan antara pernyataan pemerhatian dengan pernyataan inferens. c) Mencadangkan penerangan yang sesuai bagi sesuatu pemerhatian.

3.1.5 Kemahiran meramal Meramal pula adalah proses membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau data yang boleh dipercayai. Ramalan yang dilakukan mungkin berdasarkan: a) Perisitwa yang berulang secara seragam seperti matahari terbit dan terbenam. b) Pola yang dilihat dalam suatu siri peristiwa yang berkaitan seperti ramalan cuaca. Pelajar yang telah menguasai kemahiran ini akan boleh: a) Meramal hasil yang mungkin terjadi daripada sesuatu tindakan b) Menjangka sebarang masalah yang mungkin timbul apabila melakukan sesuatu penyiasatan. c) Menggunakan corak data atau graf yang lain untuk membuat ramalan.

3.1.6 Kemahiran berkomunikasi Berkomunikasi adalah proses menerima dan menyampaikan maklumat daripada seseorang kepada yang lain. Kaedah yang digunakan untuk berkomunikasi seperti berikut: a) Komunikasi secara lisan

HBSC 2203

Komunikasi secara individu, kumpulan kecil, atau kelas antara murid dengan murid, murid dengan guru.

b) Komunikasi secara bertulis Maklumat disampaikan secara lebih formal seperti carta, buku skrap dan lainlain lagi. c) Komunikasi bergambar Jadual, foto,graf, model dan sebagainya.

Kemahiran berkomunikasi membolehkan pelajar menerangkan idea mereka sendiri serta memahami idea yang disampaikan oleh orang lain.

3.2 KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU 3.2.1 Menggunakan hubungan masa dan ruang Menggunakan perhubungan ruang dan masa bermaksud satu proses untuk memerihalkan perubahan sesuatu objek dari segi bentuk, saiz dan kedudukan dalam sesuatu tempoh masa. Kemahiran ini dapat dikuasai dengan: a) Memerhati bentuk yang berlainan yang jelas pada bentuk sesuatu objek apabila dilihat dari kedudukan yang berbeza. b) Menyusun objek mengikut kedudukan, bentuk dan saiz. Bagi murid yang telah menguasai kemahiran ini, mereka akan dapat: a) Mengenalpasti bentuk dua dimensi yang merupakan sebahagian daripada bentuk tiga dimensi. b) Menyusun objek mengikut saiz. c) Mengelaskan objek mengikut lokasi.

3.2.2 Kemahiran mentafsir data Mentafsir data adalah proses yang berkaitan dengan penyusunan dan penyampaian data yang diperoleh daripada keputusan pemerhatian dan pengukuran. Untuk mentafsir data, murid perlu mengenal pasti: a) Hubung kait antara dua atau lebih pembolehubah b) Pola atau corak dalam sesuatu data yang ada 6

HBSC 2203

Bagi murid yang telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh: a) Memberi penerangan yang sesuai dengan pemerhatian b) Memahami data pada jadual, graf dan sebagainya c) Menggunakan data yang dukumpulkan untuk membuat ramalan, mencabar suatu hipotesis atau membuat hipotesis. 3.2.3 Kemahiran mendefinisi secara operasi Mendefinisi secara operasi merupakan proses memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

3.2.4 Kemahiran mengawal pembolehubah Kemahiran ini ialah proses mengawal dan memanipulasi keadaan yang akan mempengaruhi sesuatu peristiwa. Banyak faktor yang perlu diambil kira ketika melakukkan eksperimen. Jika kesemua faktor tidak dimalarkan, kita tidak dapat menjalankan penyiasatan dengan adil. Kemahiran ini penting kerana: a) dapat menentukan pembolehubah yang menyebabkan sesuatu kesan kepada keputusan ujikaji dilaksanakan. b) Menentukan pembolehubah yang tidak memberi kesan kepada keputusan ujikaji. c) Dapat menentukan bahawa sesuatu kesan adalah disebabkan oleh pemboleh ubah dimanipulasi ke atas pemboleh ubah gerakbalas. 3.2.5 Kemahiran membuat hipotesis Kemahiran membuat pernyataan umum yang difikirkan benar untuk menerangkan suatu perkara atau peristiwa. Kebolehan pelajar memberi cadangan penerangan berasaskan pemerhatian awal mereka. Contohnya, membuat pemerhatian pada paku berkarat. Murid membuat hipotesis pengaratan berlaku dengan kehadiran air dan udara. Pernyatan ini hendaklah diuji untuk membuktikan kebenarannya. Murid yang boleh menguasai kemahiran ini menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis semasa memilih antara beberapa cadangan penerangan

HBSC 2203

3.2.6 Kemahiran melakukan eksperimen Mengeksperimen adalah proses merancang dan menjalankan aktiviti untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsir data sehingga mendapat rumusan daripada aktiviti itu. Sesuatu eksperimen perlu mengikut langkah-langkah seperti berikut: a) Mengenal pasti masalah atau perkara yang hendak disiasat b) Menyenaraikan satu atau lebih pemboleh ubah c) Memanipulasikan pemboleh ubah dengan cara tertentu supaya kesan daripada sesuatu pemboleh ubah dapat diperhatikan d) Mengumpulkan data e) Menyusun dan mentafsir data f) Menyampaikan hasil eksperimen Kemahiran ini belum dicapai oleh murid-murid sekolah rendah kerana belum mencapai tahap kematangan untuk menjalankan eksperimen sebenar tetapi mereka berkebolehan menggunakan proses-proses sains mengikut tahap mereka.

HBSC 2203

4.0 EKSPERIMEN 1 Tahun Tajuk Tujuan eksperimen :6 : Daya Geseran : Membanding daya geseran antara pelbagai jenis permukaan. Bahan/Peralatan : Papan berpaku, gelang getah, bongkah kayu, kertas pasir dan kepingan plastik. Mengawal pemboleh ubah :1. Dimanipulasi 2. Bergerak balas 3. Dimalarkan : Jenis permukaan : Jarak yang dilalui oleh bongkah : Saiz bongkah, jumlah daya yang dikenakan. Hipotesis Arahan 1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah. 2. Tarikkan bongkah kayu bersama gelang getah itu hingga ke garisan asalan. 3. Lepaskan gelang getah dan ukurkan jarak bongkah kayu bergerak di permukaan papan. 4. Ulang eksperimen di atas dengan menutup permukaan papan dengan kertas pasir dan kemudian dengan sekeping plastik. 5. Catatkan pemerhatian kamu di dalam jadual dan tunjukkan keputusan dalam carta palang. Gambar rajah: Gelang getah : Permukaan kasar bongkah bergerak lebih dekat

Bongkah kayu

HBSC 2203

Keputusan eksperimen: 1. Pemerhatian Jenis permukaan Kertas pasir Papan Plastik Jarak yang dilalui (cm) 8 12 20 1.Kemahiran memerhati 2. mengukur dan menggunakan nombor 3. Kemahiran berkomunikasi

2. Tunjukkan keputusan kamu dalam carta palang di bawah.

Jarak yang dilalui (cm)


25 20 15 10 5 0 Kertas pasir Papan plastik Jarak yang dilalui (cm)

Kemahiran berkomunikasi

3. Nyatakan corak perubahan jarak yang dilalui oleh bongkah kayu. Menaik 4. Susun jenis permukaan di atas mengikut turutan semakin kasar. Plastik papan kertas pasir

Kemahiran mentafsir maklumat

5. Apakah inferens kamu tentang pemerhatian kamu?

Kemahiran membuat inferens

Jarak yang dilalui oleh bongkah kayu di atas permukaan plastik lebih jauh kerana kurang daya geseran pada permukaan licin. Kemahiran membuat hipotesis 6. Nyatakan hipotesis yang dapat dibuktikan. Semakin kasar jenis permukaan, semakin dekat jarak yang dilalui oleh bongkah kayu.

10

HBSC 2203

kesimpulan eksperimen: Daya geseran lebih besar pada permukaan yang lebih kasar.

Berdasarkan eksperimen (1) di atas, kemahiran proses sains yang terlibat adalah:
KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS KEMAHIRAN BERFIKIR b) Murid mesti membanding yang dan

a) Kemahiran pemerhatian Murid di minta mereka merekodkan di dalam

membezakan

mana bergerak

pemerhatian

lebih jauh dan lebih dekat.

jadual. Murid menggunakan organ deria mata di mana mereka

mengambil ukuran pengukur.

pada pita
secara

Pemerhatian

kuantitatif di perlukan pada bahagian ini kerana melibatkan nombor. Organ

tangan

pula

boleh

menyentuh

permukaan yang kasar dan licin.

c) Kemahiran

mengukur

dan

d) Menghubungkait

menggunakan nombor Kemahiran ini murid perlu pandai


mengambil bacaan pada pita ukur dan

merekodkan

nombor

di

dalam

jadual. Murid juga perlu tahu unit piawai yang sesuai digunakan.

e) Kemahiran komunikasi Ketika melakukan penyiasatan,

f) Semua kemahiran berfikir

murid mesti berkomunikasi sesama mereka. Biasanya komunikasi

secara berkumpulan. Mereka akan 11

HBSC 2203

berkomunikasi sesama mereka di dalam kumpulan dan untuk menerima

menyampaikan maklumat.

g) Kemahiran mentafsir maklumat Kemahiran ini bermaksud murid dapat mengumpul maklumat

h) Membanding dan membeza i) Menganalisis

daripada data yang diberi seperti dalam bentuk carta palang, jadual, graf dan sebagainya. Contoh, untuk menyatakan pola bagi jarak yang dilalui oleh bongkah itu murid mesti berpandukan pada carta

palang tersebut. Murid menyatakan


jawapan mereka dalam perkataan menaik, menurun atau mendatar.

j) Kemahiran membuat inferens Membuat sesuatu inferens perlu berdasarkan pemerhatian. Dalam penyiasatan memberi berdasarkan mereka ini, murid perlu mereka yang

k) Menganalisis dan membuat inferens

alasan pemerhatian

perolehi.

Contohnya,

mengapa di atas permukaan plastik jaraknya lebih jauh berbanding yang lain? Murid yang telah

menguasai kemahiran ini dapat memberi alasan yang logik.

12

HBSC 2203

l) Kemahiran membuat hipotesis Untuk membina hipotesis, kenal pasti pembolehubah yang dimanipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah malar. Tulis satu penyataan spesifik yang menghubungkait antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Perlu nyatakan bagaimana pembolehubah yang pertama mempengaruhi pembolehubah kedua.

m) Murid

perlu

mencirikan

jenis

permukaan sama ada kasar atau licin. Kemudian murid menghubungkaitkan jenis permukaan dengan jarak yang dilalui oleh bongkah kayu.

Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian Semakin kasar jenis permukaan, semakin dekat jarak yang dilalui oleh bongkah kayu. Jenis

permukaan adalah pemboleh ubah dimanipulasi dan jarak yang dilalui adalah pemboleh ubah

bergerakbalas. n) Kemahiran hubungan masa dan ruang .


Dalam hal ini, murid perlu menyusun jenis permukaan dari licin ke permukaan kasar atau sebaliknya. o) Murid membuat urutan dari permukaan kasar ke licin atau dari licin ke kasar.

13

HBSC 2203

Kemahiran proses sains bersepadu yang boleh dimasukkan ke dalam eksperimen ini ialah: a) Kemahiran mentafsir maklumat Kemahiran ini memerlukan murid menyatakan maklumat yang dikumpul seperti pemboleh ubah manipulasi, pemboleh ubah bergerak balas dan dimalarkan. b) Kemahiran mengeksperimen Murid menyatakan hipotesis, menyatakan pemboleh ubah-pemboleh ubah, menyatakan langkah-langkah eksperimen dengan jelas, mentafsir maklumat dan membuat kesimpulan. Cadangan untuk penambahbaikan bagi eksperimen ini adalah : a) Bongkah kayu boleh diganti dengan troli. b) Landasan yang digunakan boleh dicondongkan dan bongkah kayu boleh dilepaskan tanpa menggunakan gelang getah. Kemahiran manipulatif: 1. Guna dan mengendalikan peralatan sains dan bahan sains dengan betul. Murid boleh menggunakan pita ukur dengan cara yang betul. 2. Melukis spesimen dan peralatan sains. Murid melukis gambar rajah peralatan sains mengikut bentuk yang sebenar. 3. Menyimpan peralatan sains di tempat dan cara yang betul.

14

HBSC 2203

5.0 EKSPERIMEN 2 Tahun Tajuk Tujuan eksperimen bayang-bayang berubah. Bahan/Peralatan Mengawal pemboleh ubah : Blok kayu, lampu suluh, skrin putih, :1. Dimanipulasi : Jarak di antara objek dengan sumber cahaya 2. Bergerak balas 3. Dimalarkan Hipotesis : saiz bayang-bayang : jarak di antara objek dengan skrin :5 : saiz pembentukan bayang-bayang : Untuk menyiasat faktor-faktor yang menyebabkan saiz

: kedudukan objek dekat dengan lampu suluh mempengaruhi saiz bayang-bayang.

Arahan 1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah. 2. Kedudukan A, B dan C ditanda terlebih dahulu. 3. Bongkah kayu diletak di kedudukan A dan lampu suluh dinyalakn. 4. Saiz bayang-bayang pada skrin diperhatikan. 5. Catatkan pemerhatian. 6. Kemudian alihkan bongkah kayu di kedudukan B dan perhatikan saiz bayangbayang dan rekodkan pemerhatian. 7. Ulang aktiviti seterusnya hingga ke kedudukan C dan catatkan pemerhatian dalam jadual. Gambar rajah: Bayang-bayang Bongkah kayu

skrin putih

15

HBSC 2203

Keputusan Eksperimen Kedudukan bongkah kayu A B C Saiz bayang-bayang Lebih besar Kecil Lebih kecil pemerhatian komunikasi Tafsir maklumat

1. Nyatakan corak perubahan saiz bayang-bayang pada skrin. 2. Tuliskan pemerhatian kamu berdasarkan eksperimen di atas. 3. Berikan inferens kamu berdasarkan pemerhatian telah dibuat.

inferens

4. Ramalkan apa yang berlaku jika kamu menggantikan bongkah kayu dengan bongkah kaca.Mengapa? meramal 5. Nyatakan hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan eksperimen ini. hipotesis

Berdasarkan eksperimen ke-2 pula, kemahiran proses sains asas yang terlibat adalah seperti pemerhatian, membuat inferens, meramal dan berkomunikasi. Penerangan seperti di dalam jadual di bawah: Kemahiran Proses Sains Asas
1. Membuat pemerhatian -murid membuat pemerhatian pada saiz bayang-bayang yang terbentuk di skrin apabila di alih pada kedudukan -

Kemahiran Berfikir
1. Membanding dan membeza murid dapat membanding dan

membeza saiz bayang-bayang pada skrin sama ada besar atau kecil.

berlainan. Pemerhatian dibuat secara kualitatif iaitu menggunakan deria sahaja. Murid boleh menyatakan saiz bayang-bayang sama ada besar atau kecil atau lebih kecil.

1. . inferens murid memberi sebab berdasarkan

2.

menganalisis

dan

membuat

inferens

16

HBSC 2203

pemerhatian Misalnya, Pemerhatian:

yang

direkodkan.

- kebolehan murid membuat analisis pada pemerhatian mereka dan murid perlu

kedudukan

saiz

membuat inferens.

bayang-bayang lebih besar Inferens : kerana jarak antara objek dengan lampu suluh lebih dekat. 2. Meramal kemahiran ini memerlukan murid meramal tentang pembentukkan bayang-bayang. murid juga perlu menggunakan pengetahuan sedia ada mereka kerana murid telah belajar sebelumnya. Berkomunikasi - murid perlu berkomunikasi di dalam kumpulan untuk mendapat jawapan dan merekodkan pemerhatian dalam jadual, menyusun radas dan sebagainya lagi. 3. membuat gambaran mental - memerlukan murid menggambarkan apa yang berlaku jika objek lutsinar diletak di antara lampu suluh.

Kebolehan murid mengimaginasi bagi mendapat jawapan. 4. semua kemahiran berfikir - memerlukan murid menggunakan semua kemahiran berfikir.

Kemahiran Proses Sains Bersepadu 5.mengawal pemboleh ubah - murid perlu menentukan pemboleh ubah yang menyebabkan sesuatu kesan kepada keputusan ujikaji yang dilaksanakan. Dalam eksperimen ini, ia ingin mengkaji faktor mempengaruhi saiz bayang-bayang. Jarak antara objek dengan sumber cahaya diubah untuk menentukan kesannya ke atas saiz bayang-bayang. Oleh itu, jarak di antara objek dengan sumber cahaya adalah pemboleh ubah dimanipulasi dan saiz bayang-bayang merupakan

Kemahiran Berfikir membanding dan membezakan murid mencari persamaan dan

perbezaan

semasa

menentukan

pemboleh ubah dimanipulasi, gerak balas dan malar.

17

HBSC 2203

pemboleh ubah gerak balas. 6.Mentafsir data - kebolehan murid membuat analisis data yang diperolehi. Murid diminta menganalisis saiz bayang-bayang yang terbentuk sama ada secara menaik atau menurun. 7.Mengeksperimen melibatkan pengujian hipotesis dan pengawalan pemboleh ubah -murid sekolah rendah belum mencapai tahap kematangan untuk melakukan eksperimen sebenar. 7.melibatkan semua kemahiran berfikir. Menganalisis - murid mengolah maklumat kepada yang lebih kecil supaya mudah faham.

Kemahiran manipulatif: 1. Guna dan kendali peralatan sains dan bahan sains. 2. Melukis spesimen dan peralatan sains. 3. Menyimpan peralatan sains. Saya dapati eksperimen ini boleh ditingkatkan lagi. Cadangan saya ialah: a) Kedudukan A, B dan C itu boleh menggunakan unit piawai supaya murid boleh nampak dengan jelas lagi bahawa jarak antara objek mempengaruhi saiz bayangbayang. Contoh, kedudukan A di tulis 5 cm, B ialah 10 cm dan C ialah 15 cm. Dengan menggunakan nombor, murid tahu itu adalah jarak. b) Eksperimen ini untuk memerhatikan saiz bayang-bayang. Dengan menggerakan objek itu murid telah nampak saiz bayang-bayang berubah. Dalam hal ini, boleh juga diminta murid mengukur ketinggian saiz bayang-bayang walaupun tidak dicatat dalam jadual. Ini untuk mengaitkan jika saiz bayang-bayang besar, ketinggian bayang-bayang juga lebih tinggi dan sebaliknya.

18

HBSC 2203

6.0 KESIMPULAN Sains merupakan proses dan hasil manusia yang mempunyai sikap ingin tahu untuk menghuraikan dan menerangkan alam semula jadi dan alam buatan dengan menggunakan cara yang boleh diuji. Oleh itu, semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sikap saintifik dan nilai-nilai murni murid perlu diambil kira. Misalnya, semasa kerja amali sains, guru perlu mengingatkan dan memastikan murid-murid supaya menjalankan eksperimen dengan berhati-hati, bekerjasama dan jujur. Memupuk sikap saintifik di kalangan murid membolehkan murid menjalankan amali sains dengan berkesan.

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI 19

HBSC 2203

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan Bahagian Pendidikan Guru (1995). Mempelajari Kemahiran Proses Sains. Buku Sumber Pengajaran Pembelajaran Sains Sekolah Rendah Jilid 2. Projek PIER. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum (1993). Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Huraian Sukatan Pelajaran Sains KBSR Tahun Enam. (2001). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. http://www.scribd.com/doc/98861472/09b-Kmhrn-Proses-Sains diakses pada 3.3.2013 pada 5 petang. Nur Sinar Suria (2012), Science Practical Work Assessment (PEKA) Info Didik, Sdn. Bhd. Azizah Ngah Tasir dan Normah Abdul Aziz (2012), Modul OUM HBSC 2203 Tools For Learning Science, Open University Malaysia.

20