Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN SEMANTIK DALAM BIDANG SASTERA

Kepentingan semantik

dalam bidang sastera merangkumi peranan

semantik dalam menjelaskan kajian tentang makna sesuatu ungkapan atau ujaran yang berunsur kesusasteraan. Hubungan antara bahasa dan sastera memang sangat erat, ahli-ahli bahasa berpendirian untuk menggunakan usahausaha penyelidikan dan pengembangan sastera. Oleh kerana semantik adalah sebahagian daripada bidang linguistik, maka ia berperanan penting dalam penghasilan karya-karya sastera khususnya dari segi pentafsiran makna bahasa sastera itu sendiri.

Ciptaan kesusasteraan berbeza daripada ciptaan seni yang lain kerana ciptaan ini menggunakan bahasa sebagai alat penyampaian. Melalui bahasa, keindahan hasil kesusasteraan dapat dirasa oleh pembacanya, pengarang dapat menggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan perasaan yang tercurah. Sesebuah hasil kesusasteraan yang bermutu akan

mempamerkan bahan atau menggunakan bahasa dan olahan yang indah juga memiliki unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan ekspresi dan imaginasi serta karya dengan ciri-ciri kreatif. Penggunaan teknik dan gaya penulisan yang menarik Ini semua dapat memikat hati para pembaca.

Keindahan bahan sastera berdasarkan gaya dan lenggok bahasa yang dipamerkan dalam karya sastera dapat menyerlahkan keindahan sesebuah karya. Kita dapat melihatnya dari dua sudut iaitu dalam puisi juga prosa.

Semantik banyak memberikan sumbangan dari segi penggunaan bahasa atau gaya bahasa seseorang penulis prosa imaginatif seperti cerpen Tina karya Aminhad. Dalam ilmu semantik terdapat tujuh jenis erti iaitu erti konsepsi iaitu erti kognitif yang mampu dicapai oleh akal fikiran manusia sejagat. Aminhad telah berupaya menggarapkan tema kasih sayang antara seorang abang terhadap adik perempuan yang menderita penyakit jantung berlubang. Hal ini menjadi

lumrah manusia hidup dalam suasana kasih sayang bagi melahirkan hubungan yang akrab dan penuh rasa tanggungjawab juga kemesraan melalui pertalian darah.

Semantik boleh memberikan erti konotatif iaitu erti kata yang berlainan berdasarkan ungkapan,susunan kata, jeda dan nada.

Apabila kita mengaitkan ilmu semantik dengan karya prosa berert kita melihat karya prosa itu dari segi gaya dan penggunaan bahasanya.Dari segi gaya bahasa prosa ilmu semantik dapat membantu penulis dari segi diksi,metafora, simili, personafikasi dan hiperbola.

Diksi ialah pemilihan kata yang betul, tepat dan berkesan

Kejayaan dan keberkesanan pengarang menggunakan gaya bahasa tertentu bergantung kepada ketersendirian bahasa seseorang pengarang. Walaupun makna dan maksud sesuatu perkataan itu boleh memungkinkan penafsiran yang pelbagai tetapi ilmu dan kebiasaan berbahasa seseorang penulis itu penting sekali dalam menentukan penggunaan bahasa yang tepat. Dalam hal ini ilmu semantik sangat penting untuk membantu pengarang dalam memilih,menyusun dan menggabungkan perkataan atau ayat dalam penulisan mereka.

Kecenderungan dalam menggunakan teori linguistik dalam menghuraikan bahasa atau penggunaan bahasa karya sastera agak menarik perhatian ahli-ahli bahasa dan sastera kita. Pada masa akan datang hubungan antara semantik dengan kesusasteraan akan semakin erat. Ahli bahasa memerlukan karya sastera sebagai bahan untuk mengkaji keindahan bahasa. Manakala sasterawan memerlukan pengetahuan bahasa dan ilmu bahasa khususnya ilmu semantik untuk mengindahkan bahasa dalam karya mereka dan memberikan maksud

yang tepat dalam pemilihan perkataan dalam karya mereka. Hal yang demikian memperlihatkan satera dan linguistik tidak boleh dipisahkan.

Perkara ini dapat dijelaskan lagi dengan dasar pendidikan kerajaan yang telah memasukkan komponen sastera dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah. Ini terbukti akan hubungan dan perkaitan antara sastera dan linguistik telah terjalin dan menjadi satu dasar kementerian pendidikan dalam merealisasikan hubungan antara kedua-duanya dengan lebih mantap.

Anda mungkin juga menyukai