Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Kaunseling didefinisikan sebagai proses membantu menyelesaikan masalah secara sistematik dan beretika. Menurut Shertzer, Bruce & Sherley (1980), proses kaunseling ialah satu proses pembelajaran yang dijalankan untuk membantu seseorang individu untuk memahami persekitaran di sekelilingnya dengan lebih jelas dan terang. Ianya juga dibuat secara perhubungan profesional dan ini dirangkumkan dalam definisi oleh Zainal Abidin (2005) iaitu satu perbincangan antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih. Selain itu menurut Tan Sri Nordin Kardi (1996), kaunseling ialah usaha membantu individu mengatasi halangan dalam pertumbuhan kendiri dan membangunkan sumber kendiri ke peringkat optima. Terdapat tiga matlamat umum kaunseling iaitu pemulihan perlakuan negatif atau antisosial, pencegahan perlakuan atau keadaan negatif dari berlaku atau berulang dan pembangunan atau perkembangan potensi sedia ada. Bagi menghasilkan suatu proses perubahan diri bagi seseorang individu itu secara optimum, kaunselor perlu terlatih dan mahir dalam teknik menolong secara pertuturan dan mempunyai pengetahuan mengenai perlakuan manusia, dengan seorang yang meminta bantuan sama ada secara sukarela ataupun paksa (Cormier & Hackney, 1987). Walaubagaimanapun, proses menjalankan kaunseling bukanlah mudah kerana kaunselor dan klien perlu melalui proses pergerakan dari satu fasa kepada satu fasa yang lain.

LATAR BELAKANG SESI KAUNSELING


Sesi kaunseling ini yang telah diadakan di bilik khas dan ia merupakan sesi yang pertama. Sesi ini juga telah diadakan di sebuah bilik yang selesa dan ia telah diakui oleh klien. Keadaan tempat sesi dijalankan adalah termasuk dalam unsur-unsur penting dalam hubungan kaunseling. Oleh itu, saya memilih tempat yang mempunyai unsur-unsur teraputik dan selesa, berhawa dingin, susunan di dalam bilik yang teratur dan terletak di tingkat atas serta jauh dari gangguan manusia yang boleh menyebabkan kerosakan kepada sesi kaunseling seperti bunyi bising dan sebagainya. Sesi kaunseling yang saya lakukan bersama klien saya berlangsung selama 36 minit 46 saat. Pada awal sesi saya menggunakan lebih kurang 7 minit untuk membina hubungan mesra dengan klien. Kami bertanya khabar dan berbual mengenai pekerjaan, perayaan Hari Raya yang baru disambut, latar belakang beliau, saya dan lain-lain. Kemudian saya menerangkan kepada klien bahawa sesi akan berlaku lebih kurang selama 45 minit dan ia adalah menjadi kerahsiaan antara kami berdua sahaja. Oleh itu klien saya digalakkan menceritakan masalah dengan sejujurjujurnya. Perkara ini penting supaya kilen dapat melahirkan kepercayaan kepada saya dan bersedia untuk menceritakan masalahnya. Selain itu amat penting saya untuk mengingatkan kepada klien saya bahawa segala keputusan dan tindakan yang akan dibuat oleh beliau adalah atas pertimbangannya sendiri. Ia penting supaya saya tidak dipersalahkan jika berlaku masalah yang timbul kesan dari tindakan yang diambil selepas sesi. Kedudukan klien dengan saya turut diberi perhatian. Dalam sesi yang saya lakukan, kedudukan saya dengan klien adalah secara berhadapan dan agak dekat. Sesekali saya mengubah cara duduk saya bagi mengelakkan saya dilihat seperti dalam kebosanan.
2

TRANSKRIP SESI KAUNSELING


Individu Kaunselor Klien Kaunselor Klien Kaunselor Klien Kaunselor Klien Kaunselor Klien Dialog Masuk.. Assalamualaikum.. Waalaikumsalam.. Encik.. Sila duduk. Terima kasih. Apa khabar hari ni? Alhamdulillah sihat.. Datang dari mana ni? Kerja? Saya..ha datang dari tempat kerja tadi terus datang sinilah. Kerja dekat mana? Dekat..simpang sana tu depan balai polis ada kedai..bengkel.. Oh..kerja workshop la? Seperti yang katakan tadi, arwah isteri saya meninggal sebab melahirkan anak saya yang bongsu.. Oh..begitu.. Sebab doktor cakap masa melahirkan tu arwah tak cukup nafas semasa melahirkan anak saya. Jadi walaupun arwah pergi dengan cara itu, saya redhalah.. Saya anggap ia adalah ketentuan takdir. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini.. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini.. Anak Cik Mi yang pertama umur 18 kan? Ha ye.. Anak yang sulung? Ha ye anak saya yang sulung..anak saya yang sulung ni pun satu hal encik.. Sebenarnya saya tak suka nak ceritakan masalah anak sendiri
3

Teori/pendekatan Pemusatan Klien (Penerimaan tanpa syarat) Klien baru pulang dari tempat kerja dan terus datang membuat sesi kaunseling dengan pakaian kerja yang kotor)

Kaunselor Klien

Kaunselor Klien

Keadaan bagi hasilkan perubahan menurut Rogers (tanggapan positif tanpa syarat) Kaunselor cuba mengubah persepsi klien tentang kematian isteri. Kematian isterinya bukanlah satu bala tetapi ada hikmah di sebaliknya.

Kaunselor Klien Kaunselor

Klien

Kongruen (kejujuran dan keikhlasan) Kaunselor bersikap jujur dan cuba meyakinkan klien agar tidak takut dan segan untuk menceritakan masalah peribadinya.

Kaunselor

Klien

Kaunselor Klien

Kaunselor Klien

Kaunselor Klien

Kaunselor Klien

kan.. Tak apa Cik Mi, Cik Mi hadir ke sini pun untuk ceritakan masalah Cik Mi..So Cik Mi jangan risaulah.. Jadi..Itulah sebab saya berjumpa dengan Encik Zaim. Saya nak berkongsi masalah dengan Encik Zaim. Masalah keluarga saya.. Cik Mi tahu tak dia terlibat dengan apa? Apa yang saya tahu..anak saya terlibat dengan penagihan dadah. Penagihan dadah? Penagihan dadah.. Saya..saya tahu saya terima berita tu saya terkejut sebab..saya tak sangka..Dulu selepas tamat SPM dia bagitahu la dia nak ke Kuala Lumpur untuk cari pendapatan sikit untuk keluarga. Cik Mi benarkanlah? Saya benarkanlah sebab saya percaya anak sulung, anak lelaki kan dia boleh berdikari apabila pergi ke tempat orang. Namun berlaku sebaliknya macam saya beritahu Encik Zaim tadilah anak sulung saya tu terlibat dengan penagihan dadah. Memang betul-betul terkejut. Kat rumah dia baik dengan saya dengan adik-adik. Tapi apa yang dia lakukan..... Cik Mi tak boleh terimalah sebab dekat rumah dia baik.. Ha itulah. Sebab yang pertama sekali saya tak boleh terima sebab saya kenal anak saya kan..dia tak melakukan perkara tersebut. Tapi lepas lama-kelamaan saya sendiri telah tengok perubahan
4

Ciri utama Teori Pemusatan Klien (client centred) Klien digalakkan untuk bercerita panjang lebar manakala kaunselor bertindak sebagai fasilitator dengan selalu menyoal soalan-soalan terbuka.

semasa dia balik kampung.

Kaunselor Klien Kaunselor Klien Kaunselor Klien

Kaunselor Klien

Kaunselor Klien

Kaunselor Klien

Kaunselor Klien

Dari segi pihak sekolah? Dari segi pihak sekolah pulak.. Ada buat masalah tak dekat sekolah? Anak sulung? Hm. Anak sulung..masa sekolah hari tu setahu saya tak ada masalah..Dekat sekolah dia baik saja. Masa sekolah dia baik? Baik.. Dari segi kokurikulum dia aktif..Begitulah memang perubahan besar sangat sejak dia ke Kuala Lumpur. Pengaruh kawan-kawan.. Ya pengaruh kawan-kawan. Mungkin dia tak pandai sesuaikan diri dekat sana atau mungkin nak mencuba tu mencuba ni pada awal remaja.. Macam mana keadaan dia sekarang? Dari fizikal kurus kering, hidup merempat, kais pagi makan pagi kais petang makan petang..saya rasa sedih sangat dengan apa yang saya dengar tu. Saya harap dia dapat berubah la.. Saya faham..Cik Mi nak dia berubah la.. Ya sememangnya saya berharap dia berubah dan kembali ke pangkal jalan..

Pandangan Tingkah laku Secara Persepsi. Rogers menekankan bahawa cara individu bertingkah laku dan menyesuaikan diri dengan situasi biasanya konsisten dengan cara individu mempersepsi diri dan situasi di sekelilingnya. Contoh : Perubahan diri anak sulung Cik Mi banyak dipengaruhi oleh kawankawannya di kuala Lumpur.

Kefahaman yang mendalam (empati) Kaunselor memahami perasaan klien dan apa yang diharapkan oleh klien terhadap anaknya.

KRITERIA PEMILIHAN TEORI


Saya menggunakan teori Pemusatan Klien kerana dalam teori ini Carl Rogers mengemukakan bahawa semua manusia adalah sebagai makhluk yang baik dan boleh dipercayai. Semua tingkah laku mereka didorong oleh kehendak untuk mencapai kesempurnaan kendiri berdasarkan hubungannya dengan persekitaran. Manakala tingkah laku negatif manusia sebenarnya adalah sebagai langkah untuk membebaskan diri daripada kesilapan yang dilakukan. Carl Rogers turut menyatakan tiga keadaan yang membolehkan manusia berkembang dengan baik jika wujud iaitu kongruen (kejujuran dan keikhlasan), penerimaan tanpa syarat dan kefahaman yang mendalam atau empati. Empati ialah situasi di mana kaunselor mewujudkan sikap positif tanpa syarat kepada klien. Penerimaan yang tulus dari semua aspek pengalaman kendiri klien adalah pusat kepada kaunseling pemusatan klien. Tanggapan positif tanpa syarat ini bermakna kaunselor menghormati klien tanpa mengira perbezaan nilai antara kaunselor dan klien. Untuk mengekalkan perasaan sedemikian, kaunselor perlu bersikap tidak menilai tingkah laku klien sebagai positif atau negatif. Sebelum dapat mewujudkan empati, kaunselor terlebih dahulu perlu menerima kliennya secara menyeluruh tanpa syarat. Tanpa keikhlasan dalam menerima klien, tidak mungkin kaunselor dapat mewujudkan empati. Sebelum dapat menerima klien, seorang kaunselor perlu bersama-sama berada di dalam ruang rujuk klien tersebut. Kongruen pula ialah ikhlas, jujur atau tulus dalam perhubungannya dengan klien. Mesej yang ingin disampaikan kepada klien haruslah kongruen dengan apa yang dirasai secara dalaman

oleh kaunselor. Kaunselor juga perlu bercakap benar selain sedar apa yang sedang di alami oleh klien contohnya seperti klien bimbang atau tidak yakin dengan kata-kata kaunselor.

KELEBIHAN / KEKURANGAN KAUNSELOR


Kelebihan yang ada pada saya antaranya ialah saya mampu berempati walaupun terdapat sedikit kekurangan. Namun begitu Carl Rogers ada menyatakan bahawa kita tidak seharusnya berputus asa jika kebolehan kita untuk berempati berbeza dengan kebolehan rakan kita, kerana sememangnya perbezaan ini telah diduga. Ia boleh dikuasai dengan pengalaman dan latihan praktikal di bawah penyeliaan yang rapi. Selain itu tiada sesiapa yang mampu untuk menyelami perasaan orang lain secara sempurna. Kelemahan saya pula ialah saya masih lagi belum mampu untuk mengatasi rasa gementar saya. Masalah ini masih berlarutan semenjak dari sesi pertama. Saya akan terus berusaha untuk mengatasi pada masa akan datang. Kelemahan ini perlu ditangani segera kerana jika klien mendapati saya juga bermasalah, akan timbul pula persepsi negatif klien mengenai kewibawaan saya dalam membantunya. Selain itu saya berpendapat kelemahan saya ini disebabkan kegugupan berdepan dengan kamera.

LANGKAH YANG PERLU DIPERBAIKI


Walaupun ini adalah sesi kaunseling kedua yang pernah saya lakukan, ternyata perasaan gugup itu masih wujud dalam diri saya. Dalam sesi kaunseling ini, saya dapati ada beberapa perkara yang perlu saya perbaiki iaitu cuba untuk mengawal rasa gugup atau gementar saya ini. Perasaan gugup dan gementar membuatkan saya hilang kata-kata seketika dan saya melakukan sesuatu tanpa disedari seperti menggaru hidung, melihat ke bawah dan lain-lain. Saya perlu mengatasinya dengan segera agar klien saya hilang keyakinan kepada saya. Selain itu masalah berempati tetap masih menghantui saya. Saya dapati saya kurang dapat berempati dan kurang dapat menyelami masalah klien kerana ada masalah klien yang tidak pernah saya hadapi. Contohnya Cik Mi menceritakan kesunyiannya kerana kematian isteri. Saya yang belumpun berkahwin sukar berempati mengenai perasaannya itu sebaliknya simpati. Pada sesi yang akan datang saya perlu sedaya upaya memahami keadaan dan masalah yang klien hadapi walau apa jua situasi. Selain itu saya juga perlu memahirkan diri dalam kemahiran dan teknik kaunseling yang lain seperti membina hubungan yang lebih mesra. Saya merasakan yang klien masih segan untuk menyuarakan masalahnya walaupun saya sudah memberi jaminan bahawa sesi kaunseling itu berlangsung dalam suasana kerahsiaan yang tinggi. Saya juga mendapati saya jarang menggunakan teknik konfrontasi dan refleksi.

KESIMPULAN (PENGALAMAN/RUMUSAN)
Sesi saya dengan klien tersebut merupakan sesi kaunseling saya yang pertama. Walaupun pernah melakukan sesi kaunseling pada masa lalu, perasaan gementar masih wujud dalam diri saya. Tambahan pula klien saya kali ini seorang yang lebih tua dan pengalamannya dalam masalah keluarga yang dihadapi masih belum pernah dilalui oleh saya. Namun begitu saya cuba untuk merasai kekusutannya melalui teknik empati dengan sedaya upaya saya dan sedikit sebanyak membantu saya. Pengaplikasian empati saya sedikit sebanyak dibantu oleh pengalaman saya sebelum ini apabila mendengar pengalaman rakan-rakan yang telah kehilangan ibu bapa dan ada di antaranya mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan najis dadah. Dengan mendengar masalah rakan-rakan saya ini saya dapat merasai perasaan yang sedang dialami mereka dan mungkin kerana hubungan yang rapat saya dapat menyelami perasaan mereka. Oleh itu dengan pengalaman yang saya ada ini saya cuba menyesuaikannya dengan memahami perasaan klien saya dan ia membantu. Setelah mendengar masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh klien saya itu saya mendapati beliau amat memerlukan seseorang untuk menunjukkan jalan yang sesuai untuk bertindak memandangkan beliau tiada sesiapa untuk menyuarakan masalahnya kerana telah kematian isteri, anak-anak yang tinggal bersamanya masih kecil selain sibuk bekerja sebagai mekanik di bengkel. Sebagai kaunselor saya dapat memahami sedikit sebanyak mengenai perasaannya kerana bukan mudah untuk menjadi seorang bapa tunggal, menguruskan anak yang masih kecil dan anak sulung pula terlibat dengan dadah. Saya berasakan klien saya ini perlu dibantu agar beliau dapat terus menguatkan semangatnya dan berusaha menyelesaikan masalahnya dengan membantunya agar celik akal dan memilih langkah yang betul. Dalam Teori Pemusatan Klien Carl Rogers ini kaunselor tidak
9

boleh memberikan nasihat, syor atau arahan. Apa yang perlu ditekankan ialah hubungan antara kaunselor dan klien dan sikap kaunselor itu sendiri. Dengan hubungan mesra yang wujud dan ciri teori menggalakkan klien bercerita, akan membuatkan klien tanpa segan silu menceritakan masalahnya secara terperinci dan ini secara langsung menyedarkan apa masalah sebenar yang dihadapi dan mula mengenali dirinya. Seterusnya celik akal tentang apa yang perlu dilakukan di samping panduan oleh kaunselor dalam membuat pemilihan.

10

LAMPIRAN

11

RUJUKAN
Amir Awang. (1987). Teori dan amalan psikoterapi. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. Dr. Maznah Baba & Zainal Madon. (2007). Kaunseling Individu. Kuala Lumpur : PTS Profesional Dr. Kamaruzzaman Jalaludin (2006). Teori Kaunseling Bina Jiwa. Kangar : Rasaling Press.

12