Anda di halaman 1dari 4

1.

PENGENALAN

Bimbingan dan kaunseling merupakan proses menolong individu bagi memahami diri dan dunianya. Oleh itu menjadi suatu kewajiban bagi para guru untuk mendidik, menasihati, membimbing dan merancang masa depan yang kian mencabar. Peranan guru bimbingan juga adalah sangat penting bagi membantu para pelajar dengan menjalankan aktiviti seperti menyalurkan maklumat tentang pekerjaan, aktiviti sosial dan kemudahan pendidikan. Hal ini merupakan secara tidak langsung akan membantu pelajar bersedia untuk menghadapi cabaran dan membuat keputusan yang betul terhadap masalah yang dihadapinya. Dewasa ini, masalah disiplin dalam kalangan murid-murid sekolah sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah semakin hangat diperkatakan dalam media massa terutamanya di dada-dada akhbar, kaca televisyen dan lain-lain lagi. Peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak ini menimbulkan tanda tanya dan meresahkan semua pihak terutamanya ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat. Semua pihak mula bingung memikirkan mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Dalam konteks pendidikan masa kini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah suatu usaha bertujuan menanam dan menyuburkan nilai, sikap dan kemahiran dalam perkembangan individu. Ini bermakna perkembangan individu merupakan satu usaha yang berterusan agar individu terhindar dari mengalami kekurangan dan halangan demi mengenali diri dan potensinya yang sebenar. Masalah ini semakin sukar untuk dibendung terutamanya gejala ponteng sekolah. Peranan guru bimbingan amat berat kerana bertanggungjawab dalam usaha memperkembang segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa pelajar tersebut bersekolah. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah membuat suatu perancangan teratur supaya kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasaran berkesan bagi membentuk pelajar supaya seimbang berjiwa besar, berwawasan dan berketrampilan.

EDU 3107 | Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak 1

2.0 2.1

KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING Konsep Bimbingan

Menurut Crow dan Crow (1983), bimbingan, di bawah konteks pendidikan, merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan. Murid yang memerlukan bimbingan merujuk kepada murid yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial. Di peringkat sekolah, masalah-masalh yang dihadapi oleh murid biasanya boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu masalah akademik dan masalah emosi-sosial, Dalam proses bimbingan, murid yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu.

2.2

Konsep Kaunseling

Menurut Shertzer dan Stone (1968), ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Menurut Arbuckle (1965), kaunseling bukan bertujuan menlng klien menyesuaikan diri dengan alam sosial, tetapi menolongnya memahami kelebihan dan kelemahannya, potensi dan keupayaannya. Patterson dan Eisenberg (1983) menghuraikan kaunseling sebagai proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan klien pada akhirnya. Mengikut Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan perbincangan rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat. Konsep bimbingan adalah saling berkait dengan konsep kaunseling. Kaunseling merupakan sebahagian proses daripada perkhidmatan bimbingan. Di peringkat institusi pendidikan, kaunseling merupakan proses pertemuan secara bersemuka antara seorang pengajar yang memainkan peranan kaunselor, dengan seorang murid atau disebut sebagai klien yang menghadapi masalah peribadi atau akademik, dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku murid itu ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Bimbingan merangkumi segala aspek seperti orientasi, inventori, penempatan, kaunseling, tunjuk ajar dan nasihat serta tindakan susulan.

EDU 3107 | Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak 2

3.0

FALSAFAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sejak dahulu, masalah disiplin dan masalah akademik merupakan perkara biasa di peringkat sekolah. Hal ini demikian kerana murid-murid terdiri daripada latar belakang yang berbeza-beza. Mereka merupakan individu-individu yang berbeza dari segi kognitif, emosi, fizikal, moral, minat, tingkah laku, sosial, bakat dan aspekaspek lain yang mungkin terdapat dalam kelas yang sama. Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sebuah kelas mempunyai perbezaan dari segi intelek, jasmani rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian, tahap kepunyaan belajar mereka juga berbeza. Dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaanperbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara sepenuhnya. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu mencabar, guru terpaksa menggunakan kaedah keseluruhan kelas sebagai aktiviti pengajaran mereka. Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan. Murid-murid yang kurang minat belajar dan rendah motivasinya, kerap menimbulkan pelbagai masalah disiplin di sekolah, terutamanya apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bilik darjah. Jika masaah peribadi ataupun masalah pembelajaran mereka tidak dapat diselesaikan secepat mungkin, masalah yang lain seperti ponteng sekolah, mengundur diri, hisap rokok dan aktivitiaktiviti yang kurang sihat akan ditimbulkan berikutnya. Akibatnya, prestasi akademik mereka akan merosot dan seterusnya gagal dalam akademik. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran ataupun menimbulkan masalah disiplin memerlukan bimbingan guru untuk menolong mereka. Mereka memerlukan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah akademik ataupun masalah disiplin yang timbul. Kadangkala perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling terlibat memberi nasihat dalam pemilihan mata pelajaran elektif yang sesuai untuk kerjaya pada masa depan, di samping menganjurkan kem motivasi untuk murid-murid yang kurang berminat dan mempunyai motivasi rendah untuk belajar. EDU 3107 | Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak 3

4.0

MATLAMAT PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Berdasarkan rasional Bimbingan dan Kaunseling yang dihuraikan, maka matlamat utamanya adalah memberi bimbingan penyelesaian supaya murid dapat

menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan kaunselornya untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya melalui usaha diri sendiri. Konsep Bimbingan dan Kaunseling kadangkala disalahertikan sebagai suatu sesi yang digunakan untuk menganalisis dan mengkritik kesalahan murid, menentukan punca kesalahan, memberi ajaran, ataupun memaksa murid yang berkenaan supaya menurut cara penyelesaian yang dicadangkan oleh kaunselor. Konsep bimbingan dan Kaunseling yang sebenar ialah kaunselor hanya perlu mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh kliennya, dan

membimbingnya memikir penyelesaian masalah dari pelbagai sudut. Hal ini dilakukan demi membolehkannya memahami pelbagai cara yang boleh dipilih untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya. Ringkasnya, matlamat Bimbingan dan Kaunseling ialah memupuk kebolehan menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu kliennya menguasai pelbagai kemahiran asas untuk adaptasi dan penyesuaian diri serta dapat menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang sedia ada untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam kehidupan.

EDU 3107 | Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak 4

Anda mungkin juga menyukai