Anda di halaman 1dari 12

Pendahuluan

Apakah persamaan yang dimiliki oleh Ronaldinho dan Albert Einstein ? Seperti yang memang diketahui, Ronaldinho ialah seorang pemain bola sepak Brazil dan kelab Barcelona yang mempunyai kemahiran mengawal dan membuat percubaan yang begitu menarik yang dapat memukau dan menarik perhatian penonton, peminat dan pihak lawan. Albert Einstein pula ialah seorang ahli fizik yang teragung dengan penemuan saintifik seperti Teori Realitiviti dengan rumusan yang terkenal iaitu E MC 2 .

Mengikut Howard Gardner, profesor pendidikan progresif di University Harvard USA, kedua-dua mereka ini mempunyai kecerdasan yang sama. Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kecerdasan ?

Definisi Kecerdasan

Menurut Gardner (1983) kecerdasan adalah Intelligence is the ability to solve problems, find or create new problems and then appropriate create products of value within a cultural contexts.

Oleh yang demikian, kecerdasan boleh ditakrifkan sebagai kebolehan atau keupayaan untuk menyelesaikan masalah, mencari atau membentuk masalah yang baru dan jika bersesuaian, menghasilkan produk-produk yang bernilai dalam lingkungan bidangnya. Menurut Gardner (1983) lagi, kecerdasan tidak dikaitkan dengan deria iaitu tidak ada kecerdasan pendengaran misalnya sebab kedua-dua muzik dan bahasa menyediakan maklumat mengenai pendengaran. Juga tidak wujud kecerdasan visual sahaja kerana kedua-dua perkataan bertulis dan spatial datang kepada kita secara visual. Kecerdasan juga dikaitkan dengan jenis-jenis maklumat yang spesifik dan bukan dengan cara-cara pemikiran seperti analytical

global dan reflektif-implusif. Seseorang individu itu mungkin berfikir dalam bentuk nombor, perkataan, gambar atau muzik iaitu bergantung kepada

kecenderungannya yang domain. Menurut Gardner juga, kecerdasan bukan secara semulajadi atau dipupuk. Ianya mempunyai kaitan dengan faktor-faktor keturunan dan persekitaran yang mana tidak dengan sendirinya menghasilkan kecerdasan tetapi interaksi kedua-duanya mampu menghasilkan kecerdasan.

Sebagai contoh, mereka yang kembar seiras walaupun mempunyai gen yang 100% sama tetapi telah tinggal berasingan akan mendapat skor yang berlainan apabila diberi ujian kecerdasan kerana faktor persekitaran.

Proposisi utama dalam teori Gardner ialah There is not one, or two ways to be smart. There are many ways to be smart. These are multiple intelligences .

Dalam erti kata lain, kecerdasan bukan berbentuk tunggal, bukan tetap dan tidak boleh diukur sepenuhnya melalui ujian-ujian IQ. Sebagai seorang pendidik, kita tentu mengetahui tentang kes-kes pelajar yang sangat bijak dalam pengiraan tetapi lemah dalam bahasa.

Terdapat pelbagai jenis kecerdasan yang ditakrifkan oleh Gardner. Katakanlah sebuah restoran yang terkenal yang sentiasa dikunjungi. Oleh kerana populariti restoran tersebut, pelanggan sanggup beratur untuk menunggu giliran membuat pesanan masing-masing. Andaikan sembilan pelanggan tersebut yang sedang berbaris untuk membuat tinjauan pemikiran mereka. Pelanggan pertama didapati lebih berminat kepada notis yang menunjukkan menu istimewa hari ini. Dalam pemikiran pelanggan ini dia menghitung tentang harga makanan dan menu itu. Dia berfikir sama ada lebih murah baginya untuk memesan makanan yang ditawarkan dalam menu istimewa atau membuat pesanan seperti biasa. Pelanggan pertama

ini dikatakan mempunyai kecerdasan logik-matematik.

Pelanggan kedua pula

didapati lebih menumpukan perbualan antara dia dan rakan-rakan dibelakangnya. Dia memberi fokus kepada pemilihan perkataan di kalangan rakan-rakannya. Antara perbualan yang menarik perhatiannya ialah pernyataan seorang rakannya yang berkata teman wanita awak sungguh sentimental . Dia pula mungkin akan terfikir penggunan perkataan yang boleh menggantikan makna teman wanita dan sentimental. Pelanggan ini sentiasa memikirkan tentang perkataan -perkataan dan pemilihan perkataan yang sesuai. Pelanggan kedua ini dikatakan mempunyai kecerdasan bahasa-linguistik. Pelanggan ketiga pula tidak memikirkan langsung tentang tanda harga dan perbualan rakan-rakannya. Dia lebih cenderung memikirkan dan membayangkan tentang susunan meja dan kerusi yang lebih menarik dan memberi keselesaan yang lebih kepada pelanggan. Pelanggan ini dikatakan memiliki kecerdasan Visual-Ruang-Spatial.

Seterusnya, pelanggan yang keempat begitu asyik mendengar alunan muzik yang berkumandang di restoran tersebut sambil memikirkan tentang jenis-jenis muzik yang lain yang dapat memberi suasana yang lebih romantis bagi dirinya dan rakan-rakannya yang lain. Pelanggan ini dikatakan mempunyai kecerdasan muzik. Susun atur pokok-pokok bunga di dalam pasu-pasu di restoran tersebut telah dapat menarik perhatian pelanggan yang kelima. Dia meneliti keadaan pokokpokok bunga yang kekuningan dan dia beranggapan bahawa pokok-pokok bunga tersebut telah disirami air dengan berlebihan. Pelanggan kelima ini dikatakan mempunyai kecerdasan naturalis. Pelanggan keenam pula didapati lebih berminat memerhati ekspresi muka sepasang kekasih yang sedang berbual di sudut restoran tersebut. Dalam pemerhatiannya, dia dapat mengesan ketegangan di antara kedua-duanya walaupun mereka nampaknya berbual secara bersopan. Kecerdasan yang dimiliki oleh pelanggan keenam ini ialah kecerdasan interpersonal.

Pelanggan ketujuh pula sedang asyik mengalunkan ayat-ayat al-Quran yang baru sahaja dihafalnya. Sambil menunggu giliran dia asyik mengulang-ulang ayat-ayat tersebut agar dapat dihafal dengan baik. Kecerdasan yang dimiliki oleh pelanggan ini ialah kecerdasan eksistensial. Pelanggan kelapan pula nampaknya bersendirian dan mengelamun dalam dunianya sendiri. Dia mungkin sedang membuat refleksi tentang tugas yang diamanahkan kepadanya tadi. Dari riak wajahnya, dia nampak tidak berpuas hati dengan prestasi kerjanya. Pelanggan ini dikatakan memiliki kecerdasan intrapersonal. Pelanggan yang kesembilan baru sahaja keluar dari kompleks sukan yang berdekatan. Semasa beratur dia begitu asyik menggayakan pukulannya semasa bermain badminton dengan rakannya. Dia memikirkan bagaimana pukulan yang sesuai untuk mematikan rentak permainan rakannya tadi. Pelanggan kesembilan ini dikatakan mempunyai kecerdasan kinestetikbadan.

Dari situasi di restoran ini, dapat diperhatikan bahawa kesembilan pelanggan tersebut tertarik dan mahir dengan pelbagai jenis rangsangan tertentu. Daripada gambaran di atas, toeri Gardner ini memberikan atau membahagikan kecerdasan ini kepada sembilan jenis iaitu :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Kecerdasan Logik-Matematik Kecerdasan Bahasa-Linguistik Kecerdasan Visual-Ruang-Spital Kecerdasan Muzik Kecerdasan Naturalis Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Eksistensial Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan Kinestetik-Badan

Jenis-jenis Kecerdasan

1.

Kecerdasan Logik-Matematik

Kita menggunakan kecerdasan logik-matematik

adalah untuk berfikir dalam,

dengan dan tentang nombor-nombor dan hubungan-hubungan logikal. Mereka yang mempunyai kekuatan dalam kecerdasan ini gemar menyelesaikan masalah, gemar kepada matematik serta gemar mencari hubungan-hubungan logik seperti sebab/akibat dan jika .. maka. Beberapa bentuk kecerdasan ini termasuklah menggunakan simbol abstrak, mencari bentuk dan pola dan sebagainya. Contoh tokoh yang memiliki kecerdasan ini ialah Phythagoras (582 507 SM). Beliau yang berasal dari Yunani seorang pakar matematik yang teragung dan terkenal dengan Teorem Phythagoras yang sehingga kini masih diguna pakai. Beliau juga telah menemui nombor bukan nisbah seperti
5 dan .

2,

Ciri-ciri individu yang mempunyai kecerdasan logik-matematik adalah : i. ii. iii. dapat menyelesaikan masalah matematik dengan cepat dan tepat suka menggunakan komputer suka bermain catur, checker dan lain-lain permainan yang

memerlukan strategi iv. v. memberi sebab kepada sesuatu peristiwa atau kejadian secara logik melakukan eksperimen apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak difahami

2.

Kecerdasan Bahasa-Linguistik

Kita menggunakan kecerdasan bahasa-linguistik untuk berfikir dalam, dengan dan mengenai perkataan. Bahasa bertulis dan lisan adalah simbol-simbol bagi kecerdasan ini. Kecerdasan ini merangkumi pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri atau bahasa asing. Kecerdasan ini juga tidak hanya berkisar kepada menghasilkan bahan bahasa, tepai juga perbezaan, susunan dan rima perkataan. Mereka yang mempunyai kebolehan berpuisi, bercerita dan mudah mempelajari bahasa lain, termasuk dalam kecerdasan ini.

Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Allahyarham Usman Awang yang dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kuala Sedili, Johor. Beliau menerima anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1983, SEA Write Award (1982) dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Malaya (1983). Beliau berjaya menghasilkan lebih 200 buah puisi dan drama pentas beliau yang paling dikenang orang tentulah Tamu di Bukit Kenny dan Uda & Dara. Beliau telah berhenti menjadi polis kerana jawatan polis tidak serasi dengan diri beliau lantaran cinta dan minat beliau terhadap bidang penulisan.

Ciri-ciri mereka yang memiliki kecerdasan ini ialah : i. ii. iii. iv. v. vi. suka menulis suka bercerita mengeja perkataan dengan mudah dan tepat mempunyai ingatan yang baik bagi nama tempat, tarikh atau lirik suka membaca buku jika ada masa terluang suka pada permainan bahasa seperti teka silang kata

3.

Kecerdasan Visual-Ruang-Spatial

Mereka yang memiliki kecerdasan ini termasuklah mereka yang mempunyai keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindahkan ke dalam imej mental. Keupayaan ini amat diperlukan bagi kerja-kerja binaan, ukur bahan dan kejuruteraan. Mereka yang terus melihat graf, carta dan gambar apabila membaca buku teks, membuat peta minda dan memenuhi ruang kosong pada kertas dengan corak-corak adalah tergolong dalam kumpulan kecerdasan ini. Mereka juga dikatakan boleh menawan dan meneroka lautan luas, angkasa dan mendaki gunung.

Ibnu Battuta, seorang pemuda muslim yang berasal dari Tangiren, Maghribi adalah contoh tokoh yang memiliki kecerdasan ini. Pada 1325 iaitu selepas beliau menunaikan haji, beliau telah mengembara perlahan-lahan, tidak mengikut rancangan yang tetap dan kerap kali tinggal beberapa tahun di suatu tempat. Oleh yang demikian, hasil pengembaraannya memberikan gambaran yang jelas dan menyeluruh tentang keadaan dunia pada masa itu. Mengikut suatu perkiraan, jumlah perjalanan Ibnu Battita ialah sejauh 120,700 km iaitu tiga kali jarak perjalanan yang dilalui oleh Marco Polo.

Individu yang memiliki kecerdasan ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. suka berkhayal dan menghabiskan banyak masa untuk itu menyukai permainan puzzle atau teka kata atau lego menyukai carta , rajah dan menonton filem mudah mentafsir dan memahami peta, carta atau gambarajah suka melukis meluangkan masa untuk aktiviti seni seperti menyanyi dan menari melaporkan dengan jelas tentang imej visual apabila berfikir tentang sesuatu

4.

Kecerdasan Muzik

Bagi kecerdasan muzik,

mereka menggunakan kecerdasan ini untuk berfikir

tentang muzik dengan simbol-simbol seperti melodi dan irama. Mereka yang mempunyai kekuatan dalam kecerdasan muzik gemar mendengar dan membentuk muzik dalam pelbagai bentuk termasuk mahir bermain alat-alat muzik, menyanyi lagu dengan suara merdu, menggubah melodi dan lirik dan menghargai muzik. Mereka juga dikatakan sangat peka kepada nada, rentak dan bunyi serta bertindak balas kepada elemen-elemen yang melibatkan perasaan.

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee a.k.a Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh adalah contoh tokoh yang memiliki kecerdasan ini. Beliau yang dilahirkan pada 22 Mac 1929 memulakan bidang lakonan pertamanya yang bertajuk Takdir Ilahi yang diarahkan oleh Datuk L.Krishnan. Beliau berbakat besar dalam bidang menggubah muzik dan nyanyian. Beliau seorang yang versatile sebagai seorang pengarah, lawak jenaka, adegan sedih, penulis skrip dan penerbit filem. Beliau telah ditabalkan sebagai Pelakon Terbaik di Festival Filem Asia pada tahun 1957 menerusi filem yang begitu menghayat hati, Anakku Sazali. Pemergian beliau pada 29 Mei 1973 meninggalkan kenangan yang pahit dalam bidang muzik dan filem tanah air kita. Sepanjang hayat, beliau telah menyanyi, menulis lirik dan muzik untuk lebih 200 buah lagu dan dimuatkan di lebih 63 buah filem beliau.

Ciri-ciri bagi individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah : i. ii. iii. iv. v. vi. boleh bermain alat muzik mudah mengingat melodi lagu boleh mengenal pasti bila note muzik off key memerlukan muzik apabila belajar mempunyai koleksi kaset atau cakera padat lagu-lagu suka menyanyikan lagu-lagu kepada diri sendiri

5.

Kecerdasan Kinestetik-Badan

Kecerdasan ini melibatkan penggunaan tubuh untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu serta menyatakan idea dan perasaan. Gestur-gestur tangan dan muka dan pergerakan-pergerakan yang lain adalah simbol-simbol bagi seseorang itu memikir dalam dan untuk menunjukkan kecerdasan ini. Mereka dikatakan

gemar aktiviti fizikal. Olahragawan, pakar bedah, penari, ahli gimnastik dan mereka yang menghasilkan kraftangan yang bermutu tinggi adalah di antara mereka yang memiliki kecerdasan ini. Contoh tokoh yang memiliki kecerdasan kinetetik-badan ini ialah Durratun Nasihin Rosli. Penglibatan Durratun dalam bidang gimnastik memang menjadi ikutan para peminat dan pihak media. Durratun yang ketika itu berumur 15 tahun dan walaupun itulah penampilan sulungnya di dalam sukan SEA ke-22, beliau telah ditabalkan sebagai ratu baru gimrama sukan SEA hasil usahanya membantu Malaysia memungut empat pingat emas, empat perak dan tiga gangsa dalam acara gimrama pada sukan SEA tersebut. Walaupun ketika itu sepatutnya Durratun berada di sekolah, tetapi oleh kerana minat dan kesungguhan Durratun dalam bidang ini, dia sanggup meninggalkan sesi persekolahan untuk memenuhi impiannya dan seterusnya untuk membantu Malaysia untuk memungut pingat bagi acara tersebut. Antara ciri-ciri mereka yang memiliki kecerdasan ini ialah : i. ii. iii. iv. v. menyukai aktiviti sukan tidak boleh duduk diam di atas kerusi menyukai aktiviti-aktiviti yang mencabar menyentuh orang bila bercakap boleh demonstrasi kemahiran dalam bidang kraftangan, pertukangan kayu atau menjahit vi. vii. bijak meniru mimik muka atau tingkah laku orang lain terlibat dalam aktiviti fizikal seperti berenang, menunggang motosikal atau berkasut roda. 6. Kecerdasan Eksistensial

Kecerdasan ini dimiliki oleh mereka yang lazimnya mempunyai kepekaan dan keupayaan untuk menjawab persoalan-persoalan yang berkaitan dengan

kewujudan manusia dan kematian. Golongan ini memiliki sensitiviti yang kuat terhadap permasalahan manusia di sekelilingnya. Lazimnya individu yang memiliki kecerdasan ini adalah mereka yang taat kepada ajaran agama masing-masing.

Contoh tokoh dalam kecerdasan ini ialah Tokoh Maal Hijrah 1423 H, Datuk Hassan Azhari. Pemilihan beliau sebagai Tokoh Maal Hijraj adalah kerana ketinggian ilmunya dalam bidang bacaan dan tarannum (lagu) al-Quran serta sumbangan besarnya dalam perkembangan bidang qiraah di dalam dan luar negara.

Beliau yang mempelajari al-Quran secara talaqi dan musyafahah dengan guru alQuran terkenal di Mekah mencurahkan kepakarannya dengan membimbing qari dan qariah Malaysia dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Bakat beliau sebenarnya mula terserlah sejak di zaman remaja apabila terpilih untuk melaungkan azan di Stadium Merdeka sempena pengisytiharan

kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Selain menjadi guru agama, beliau juga turut memberi sumbangan kepada kemajuan Islam apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Islam Selangor (19911993) dan Ahli Lembaga Tashih al-Quran Kementerian Dalam Negeri dari 1995 hingga sekarang. Di peringkat antarabangsa pula, beliau merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Qurra yang beribu pejabat di Baghdad, Iraq.

Ciri-ciri individu yang memiliki kecerdasan ini adalah :

i. ii. iii. iv. v.

berminat mengkaji hal-hal keagamaan gemar menghafal kitab-kitab agama berminat mendidik sesorang yang berkaitan dengan agama kerap berfikir tentang kerohanian dan falsafah hidup sensitif kepada kepercayaan ahli masyarakat

Kesimpulan

Setelah mendapat gambaran tentang apa yang dimaksudkan dengan kecerdasan dan jenis-jenis kecerdasan, satu persoalan yang timbul ialah apakah implikasinya terhadap pendidikan di sekolah. Jika di sekolah sistem pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hanya mementingkan dua atau tiga jenis kecerdasan sahaja, bagaimana pula dengan kecerdasan-kecerdasan yang lain. Mengikut teori Gardner ini juga, jika ada pelbagai cara untuk seseorang itu menjadi pandai, maka mesti ada pelbagai cara untuk seseorang guru itu mengajar. Bila pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran digunakan, maka lebih ramai pelajar akan dapat menikmati hasil daripada strategi-strategi pengajaran itu. Oleh yang demikian, seorang pendidik sewajarnya mengajar bersesuaian dengan kecerdasan domain yang ada pada pelajar berkenaan di samping mengembangkan lagi kecerdasan yang lain agar dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Rujukan :

Mahani Razali et al. (2005). HBEF2103 Psikologi Pendidikan. Selangor. Malindo Printers Sdn. Bhd.

Struan Reid (1996). Penjelajahan Melaui Laut. Kuala Lumpur. Pustaka Yakin Pelajar Sdn. Bd.

Mohd. Ghouse Nasuruddin (1991). Muzik Melayu Tradisi. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mook Soon Sang (1993). Pengajaran Matematik Untuk Kursus Perguruan. Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kuala

Noor Shah Saad (2002). Teori Dan Perkaedahan Pendidikan Matematik : Siri 1 Edisi Kedua. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai